Ya, aku tau selama ni aku dok bising-bising pasal kegilaan di musim peperiksaan ni. Kalau korang nak tahu, peperiksaan hujung semester kat Russia ni sangatlah jauh bezanya dengan sistem peperiksaan di Malaysia. Kita mungkin dah terbiasa jawab peperiksaan dengan memilih jawapan yang betul (seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah – UPSR dan Penilaian Menengah Rendah – PMR) dan jawab peperiksaan secara bertulis (seperti Sijil Pelajaran Malaysia – SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia – STPM) tetapi kat Russia ni, semua tu tak wujud.
Ada lecturer yang jahat memang susah nak kasi orang lepas, even foreigners.. Sedih juga kadang-kadang..
Di Russia, sistem peperiksaan disini dijalankan secara lisan. Keputusan peperiksaan dapat on-the-spot. Di hari peperiksaan, pelajar akan datang ke kelas, ambil slip soalan yang mengandungi beberapa soalan (kurang daripada sepuluh). Setiap slip soalan mengandungi soalan yang berlainan, oleh itu memang susah la nak tiru sesama sendiri. Pelajar akan diberikan masa antara 20-40 minit sebagai persiapan, dan kemudian lecturer tu akan panggil seorang demi seorang. Time nak jawab nilah memang gerun, rasa macam nak akad nikah pun ade gak kadang-kadang sebab kita kena bentangkan jawapan sebaik dan selengkap mungkin.
Berdasarkan prestasi dan jawapan masa peperiksaan tu, pelajar akan diberi gred antara 2-5. Gred 3 adalah lulus, dan gred 5 adalah cemerlang. Gred 2, kena repeat peperiksaan untuk subjek tu.
Untuk subjek-subjek yang xde exam (subjek yang tak penting untuk semester tersebut) akan ada ujian. Dalam bahasa Russia dipanggil ‘zachot’. Kalau lepas, dapat ‘zachot’, bermaksud tested atau telah diuji. haha.. Minggu zachot ni adalah minggu untuk submit segala jenis kerja projek sebelum bulan exam. Kalau ada yang tak lepas atau tak zachot, tak boleh masuk exam. Tu yang leceh. Zachot ni kadang-kadang boleh dapat secara automatik (dipanggil avtomat, tapi bukan avtomat kalashnikova AK-47) kalau tak ponteng lecture langsung untuk semester itu. Minggu zachot biasanya 2 minggu sebelum bulan exam dan bulan exam pula adalah Januari (sesi musim sejuk) dan bulan Jun (sesi musim panas).
Gambar buku rekod (zachotka). Tiada apa yang boleh dibanggakan di sini..
1 – Nama subjek 2 – Nama lecturer 3 – Zachot/Gred 4 – Nama aku, biasanya aku suka kalau lecturer yang tuliskan sebab tulisan aku buruk..
Jadi itulah dia sebab aku kecoh-kecoh exam dah dekat nih.
Ariff Shah: Sekarang ni cuti sampai 5 Januari. Orang Russia tak sambut Krismas pada 25 Disember, tapi sambut pada 7 Januari sebab kat Russia ni Kristian Orthodox ikut kalendar Julian. Tiap-tiap tahun pada 25 Disember, orang akan tanya aku best ke tak sambut Krismas kat Russia.. Pening betul aku nak jawab..

Comments
17 responses to “Sistem Peperiksaan Di Russia”
goodluck exam arif! :)
baru ku tahu..cmni rupanya org russia pnye exam..fenin2..^_^
itulah dia. nak hadap lecturer tu yang buat susah sket.
wah best nye.. sume tulisan rusia, pening!!
yg best sbb ade buku rkod bagai,.
tempat sha-na blja x de buku rekod pun..
:(
korng cam lebih sistematik kan?
bese la sistem org arab x sistematik sgt ..~
tulisan pensyarah kamu ..WOW :)
[…] • Categorized as Pasca SPM see Russia is totally different. i mean the examination system watch this i’ve told you on my my […]
hahahaa kita serupa la UNDER MARA….
adk badik MARA..huhu
.-= fifi´s last blog ..good bye 2009 welcome 2010! =-.
mak aih..
kalau aku surrender dulu..
hahha
.-= fifi´s last blog ..tekan [x] habis cerita padan muka kau! =-.
mana boleh surrender. nanti kena bayar balik kat MARA
Buku zacheot aku dl rsenye cm kosong. Psl aku x dtg pon mse zacheot tu. haisy
haha. buat apa ko nak datang pun kan.
btw. apa cerita? cuti kan sekarang?
can’t even read the language.. hahaha.. =P
.-= kenwooi´s last blog ..Not So Lovely and Romantic Paris =-.
no point knowing how to read it. haha
haha.. giler ah. yg kt msia ni pn ak dh x tersurvive.. hahaha.. apa lg ni main lisan2 lak. adeiii
good luck! =)
.-= fiffy syafiqa hazirah´s last blog ..hari penghabisan 2009 yang durjana =-.
tahan je la kan. nak buat camana
ooooooooo………. barulah tau walau pun ada beberapa kawan blogger study kt sana , tak pernah pula dia org cerita tentang sistem peperiksaan ni
cantiklah tulisan lecturer tu…ade seni
.-= Kujie´s last blog ..Entri popular 2009 =-.
hm. kemungkinan besar kawan blogger kak jie tu budak medic kan? sistem diorang lain sikit sebab belajar sesama foreigner je..
kalau tempat saya memang sistem peperiksaan russian yang original
ooo mcm tu ke memang gerun la kalo jawab zachotka camtu