Kat sini aku nak listkan macam mana nak uji blog kita supaya kita tahu macam mana orang lain punya perasaan bila masuk blog kita (untuk mereka yang rajin blogwalking dan mengharap/menjemput orang lain masuk blog dia la, kalau tak kisah blog takde reader tak payah baca).
- Ujian suara (untuk blog yang ada lagu autoplay). Cuba pasang volume tu kuat-kuat, to the max. Then buka blog sendiri. Kalau korang boleh tahan sampai lagu tu habis, then oklah tu. Kalau tak, jangan buat autoplay. Point aku, biasanya benda autoplay ni memang dia amplify volume tu. Jadi tak payah pasang max volume pun dah cukup kuat. Ada orang memang by default dah pasang volume maximum sebab malam tadi bantai tengok movie pasang kuat-kuat. Barulah feel kan? Sila bertimbang rasa pada mereka.
- Ujian rupa. Cuba tenung sikit blog kita lama-lama. Browse page/entri satu persatu. Zoom in and out. Puas hati? Tanya diri sendiri adakah itu yang kita nak tunjukkan kat dunia ni? Ingat, internet ni global bukan satu Malaysia je. Jadi sanggup ke kita associatekan blog kita tu dengan diri kita di hadapan mata dunia?
- Ujian pop-up yang menyusahkan orang. Cuba macam ni. Blog korang ada pop up widgeo tak? Kalau ada ok, aku takde hal sangat. Cuma cuba kalau korang masuk 30 lagi blog yang ada pop up widgeo tu. Apa perasaan korang? Kalau tak tutup pop up tu tiap kali masuk blog yang ada pop up widgeo, confirm browser boleh crash. Kalau komputer yang sistem dia cikai-cikai silap-silap boleh hang.
- Ujian komen. Jangan login masuk Blogger/Google. Masuk blog korang dan tinggalkan komen kat 5-10 entri yang berlainan. Senang? Susah? Cuba tutup word verification tu. Kan jadi lagi senang. Betul tak?
- Ujian bahasa. Dunia blogging ni memang la tak perlu sangat ikut gaya penulisan yang formal tapi janganlah terlalu kasual sangat. Bila dah tulis entri baru, cuba preview balik dalam blog. Puas hati tak dengan apa yang korang tulis? Layak ke kalau kita nak kasi orang baca penulisan kita yang ada banyak sangat singkatan, kesalahan ejaan dan sistem perenggan yang berterabur? Sanggup nak kasi satu dunia baca? Kalau sanggup takpelah. Itu hal korang.
- Ujian iklan. Bukak blog kita dan tengok, apa yang paling jelas dan nyata? Iklan atau content blog? Ada blog yang baru dapat Innity tu semua jenis ads size dia nak letak. Ades~ Jadi blog tu nampak macam blog hijau Innity pulak. Dah hilang identiti blog.
Jadi kenapa nak uji banyak-banyak?
- Lagu autoplay tu.. kalau kawan rapat aku, aku tak kisah sangat. Dah tau pun blog dia ada lagu. Jadi takdedah elemen surprise tu, tapi still orang lain akan kena elemen surprise tu. Huhu~ Kalau orang tua yang terkena silap-silap dah boleh kena heart attack.
- Semua orang puji blog orang lain cantik-cantik dan kemas tapi mereka tak berusaha nak buat blog yang kemas macam tu. Kalau ada widget yang tak berguna tu, yang rasanya tak kena dengan theme/template blog kita buang aje.
- Tengok kat forum GB semua cakap nak komen banyak-banyak tapi tak semua berusaha ke arah memudahkan commentator meninggalkan komen. Macam mana ni?
- Kalau tulis shortform je memanjang, tu bukan penulisan. Tu adalah singkatan/rumusan/nota. Cubalah tulis betul-betul sikit, bahasa rojak pun takpelah, asalkan boleh dibaca secara normal. Ini blog, bukan nota lecture anda. Dua perkara berbeza disitu.
- Iklan. Ingat, blog kita ni adalah blog kita. Bukan blog advertiser. Advertiser bayar murah je, jadi bagilah nilai yang setimpal dengan yang dia bayar. Jangan la nak penuhkan blog dengan iklan. Kalau ada satu iklan skyscraper tu, tak payah la letak wide-skyscraper pulak. Lepas tu letak sebelah-sebelah. Ades~ Nak senang pilih, amik mana satu yang advertiser paling banyak guna, pilih yang tu. Yang lain tak payah letak.
Ni bukan nak mengutuk atau mengkondem sesiapa. Just pendapat dan cadangan daripada aku. Kalau nak ikut, ikut. Kalau tak, takpe. Selamat berblogging.
Terbaik lah. Nice info
setuju bro… Kan simple itu mudah, kemas itu indah :D
Nice sharing
muhasabah blog yg bagus ;)
bagus sangat-sangat info terutama kepada mereka yg baru memulakan blog..macam uncle ni jugak hihihi
sekarang initty dah hadkan banner , hanya 3 banner yg dibenarkan , tk de lagi kes blog hijau kan .. byk sgt iklan pun pening pengunjung nk klik dan tengok yg mana satu ..
yeah. Itu yang sepatutnya mereka buat sejak dulu lagi. Sakit mata pulak tengok blog hijau.
Nice info.
Kadang2 tu terkejut jugak bila masuk certain2 blog. Lagu dorg pasang mmg kuat walaupun sound lappy tu dah slow dh. Kalau xde background lagu pun ok pe. Relax je layan..
Tips yang terbaik. Terima kasih.. saya nak uji blog saya tgok cmna.. nmpak gaya ada juga elemen2 yg perlu dibuang. hehe
Terbaek bro!!!
tang lagu.. memang menderita. lagi-lagi yang takde butang pause. end up mute trus laptop ni.
word verification pun, kadang-kadang susah nak tinggal komen. sebab kadang-kadang akan online pakai henpon. selalu susah nak handle word verification tu.
pastu shortform. memang trus pangkah je kalu ade pakai shortform ni, sebab tak paham sangat. saye pun ade gak pakai shortform, tapi takat yg org paham la. lebih2 nanti kene maki je.
anyway thanks. blog sendirik pun banyak lagi nak kene betulkan. arigatou gozaimasu
Your welcome. Harap blog jadi lebih baik lepas ni. Selamat berblogging.
“Kalau tulis shortform je memanjang, tu bukan penulisan. Tu adalah singkatan/rumusan/nota. Cubalah tulis betul-betul sikit, bahasa rojak pun takpelah, asalkan boleh dibaca secara normal. Ini blog, bukan nota lecture anda. Dua perkara berbeza disitu”
Ini aku paling sokong. Sampai kadang-kadang puas mengeja tapi tak dapat juga maknanya. Pendek sungguh shortforum. Berkerut dahi cari jawapan. Last2 tutup browser. Confirm tak datang dah.
ncie info!
wa…info yang cantik!
yang tak boleh blah, nak tunggu load site tu lambat sangat..pasal tunggu load iklan2 semua..last2 aku blah je..:P
cik su dah cube dah buat semua yang tersenarai.. tapi pasal widget tue tak pasti la.. haha. cam ne nak tau widget tue berguna ke kat pengunjung..
salam, ya ampun shida harini br kenal blog ariff shah (sangat ketinggalan ye). nak tanya, nak buang word verification tu macam mana ye?
Yup !!! KIkiki ada yang dinyatakan terkena pada hidung sendiri ..apa-apa pun Nice entry hihi nasihat yg amat baik
Salam. Datang dari twitter bro. Entry ni memang terbaik! Saya setuju dengan semua pendapat yang bro kemukakan di atas. Kalau ada yang terasa dan masih tak mahu berubah, suka hati mereka la. Dah ada panduan untuk berubah, sendiri tak nak ubah, ye dak? Hehe. Apa pun, happy blogging. :)
bukan nak mengutuk, tp user blogspot biasanya yg letak pop up apa suma..
second.. tulisan kasi font yang jelas, terang dan nyata.. baru best..
*sedang nak godek theme minimalist dari mentariworks iaitu arialis dan monorial.. :D
Awal-awal blogging memang kalau boleh kita nak letak semua benda yang kita fikirkan berguna pada pembaca kita tapi pada hakikatnya tak. Takpelah, lama-lama nanti belajar gak.
pergh tips terhebat!! :)
banyak sungguh komen di sini.. penat membacanya.. entri ini memang typikal, tapi cara disampaikan di sini lebih unik.. tapi aku still pelik, kenapa masih ramai yang tak faham tentang benda-benda macam ni. even ramai sangat blogger yang telah membuat entri berisi seperti di atas..
sebab golongan-golongan tu belum terbaca entri macam ni. mereka tak tahu. tapi ada yang tak kisah.
tips2 ni dah common tapi cara penulis bro menjadikan banyak org akan ‘makan dalam’ dan rasa pedas. by the way, bagus cara penulisan artikel ni :)
mantap la bro!! hahaha.. kene blajar cara sebegini la.. hahhaa.. biasa la newbie..
tak paham pasal widgeo.
*ceyy wat macam kamoo chekgu plak kan sukesuki bertanye. hehe*
Bila baca entri ni, aku rasa macam nak jemput orang kritik blog aku la pulak :D