Setahun Berbisnes

Reading Time: 3 minutes

Sekadar pemerhatian saya setakat baru hampir setahun berbisnes secara full time.

No Money No Talk

Nak buka bisnes memang kena pakai duit. Tak banyak sikit mesti ada. Lagi banyak, lagi mudah urusannya. Cuma tak semestinya bisnes yang ditabur dengan duit banyak akan berjaya. Awal-awal mungkin nampak gah, tapi kalau pengurusan dan strateginya tak betul, takde fundamental, lama-lama bisnes yang ditabur dengan duit banyak ni akan mati.

Some people memang ada banyak duit nak buat bisnes. Tak tau duit mereka ni datang dari mana. Tengok muda lagi, baru je start tapi tengok perbelanjaan untuk bisnesnya memang hebat. Untunglah.

Kalau takde duit, buat cara takde duit. Lupakan niat buat bisnes atau kalau nak buat pun, carilah bisnes jenis perkhidmatan yang tak perlukan modal permulaan yang banyak. Kalau takde kepakaran nak buat bisnes perkhidmatan, kerja makan gaji dulu sementara belajar uruskan bisnes orang lain dan kumpulkan modal.

Connections Matter

Dalam hidup ni, tak kisah lah walau di mana sahaja kita berada, connection yang kita ada tu penting untuk dapatkan atau buka peluang lain. Dalam bisnes pun sama je. If you are nobody, memang awal-awal business kena merangkak dulu untuk perkenalkan bisnes anda kepada bakal pelanggan.

Connection ni bukan setakat siapa yang kita kenal atau siapa yang kenal kita. Sekarang ni canggih dah, sebuah jenama boleh bekerjasama / collaborate dengan jenama lain dalam satu projek sekadar untuk meluaskan exposure yang ada. Benda ni jarang kita lihat dulu terutamanya pada jenama lama yang dah besar.

Collaboration ni juga adalah petunjuk aras di mana jenama kita berada sekarang. Mungkin secara peribadi kita tidak dikenali sebagai pemilik jenama tapi kalau jenama kita mampu bekerjasama dengan jenama lain yang lebih besar / lama, then that is a huge plus point for us.

If you can grow your business or brand sehingga tahap boleh colaborate dengan bisnes lain atau lebih baik bisnes yang lebih besar, it shows that your branding effort works and moving to the right path.

Branding Matters

Tak kisahlah anda buat bisnes perkhidmatan atau jual barang, penjenamaan penting. Penjenamaan akan menentukan samada harga yang anda letak tu berbaloi kepada pelanggan anda ataupun tidak.

Packaging adalah salah satu kaedah penjemanaan. Dengan pembungkusan yang kena gayanya, barang yang tak berkualiti boleh nampak jadi macam barang yang berkualiti dan boleh dijual seolah-olah barang tu memang mahal dan dibuat daripada bahan yang berkualiti.

Serius. Ada brand ni packaging cost je dah dekat RM20 per unit, tapi barang lebih kurang je, made in China. Sebab branding hebat dan packaging dia nampak mahal, barang yang dijual pada harga empat angka tu pun dengarnya dijual laris di sebuah marketplace besar tempatan. Kos barang dia kalau ikutkan around 1/3 je daripada harga jual, probably less.

Selain packaging, overall look dan experience bila interact dengan sesebuah jenama juga merupakan satu kaedah penjenamaan. Nak jual barang mahal kena buat orang rasa macam barang tu memang bagus. Short cut untuk buat barang nampak bagus adalah dengan social proof. Kalau orang popular gunakan barang tu, mesti barang tu ok.

Sekarang ni akaun social media adalah branding tool yang paling power sebab people judge a brand by how it looks. Akaun social media boleh dikatakan sebagai wajah kepada sesuatu jenama. Kalau nampak cantik, updated dan interesting, jenama tu akan kelihatan kuat.

Cash Flow is King

Untuk bisnes yang mempunyai inventori, cash flow is king. Memang pantang kalau bisnes jenis ni duduk atas inventori lapuk yang banyak. Inventori mesti keluar masuk silih berganti sebab inventori tu adalah tunai dalam tangan tapi dalam bentuk barangan. Kalau inventori tak bergerak, duit dalam akaun akan jadi semakin kecil.

Cash flow juga merupakan petunjuk aras tahap kesihatan bisnes dan ini biasany merupakan perkara pertama yang dilihat oleh institusi kewangan dan atau badan seumpamanya sekiranya ingin memohon bantuan kewangan mahupun geran.

Margin is Life

Dalam mengejar cash flow dan sales, satu lagi perkara yang sangat-sangat penting adalah margin. Margin keuntungan perlu dijaga. Margin yang sihat penting untuk memastikan syarikat mempunyai dana pusingan yang cukup untuk melakukan aktiviti-aktiviti mengembangkan syarikat.

Tak semua jenis barangan yang dijual dengan margin kecil mampu untuk menghasilkan dana pusingan yang cukup untuk bisnes berkembang. Orang selalu fikir kalau jual murah-murah dengan mengurangkan margin, jualan naik. Tapi naik sampai tahap mana? Ada jenis barangan kalau ambil margin kecil, volume jualan naik sehingga sekali atau dua kali ganda.

Kalau setakat kurangkan margin 10-20% untuk dapatkan meningkatkan angka jualan lebih 20-30%, agak kurang bermakna sebab tak pergi jauh sangat. Kerja bertambah pada kadar keuntungan yang lebih kurang sama kalau tak kurangkan margin.

Buat bisnes untuk menjana keuntungan dan bisnes yang tak mendatangkan keuntungan adalah hobi. Elakkan daripada melakukan hobi yang mahal.

Sekadar nota peribadi saya. Kalau nak pasal bisnes, memang panjang lagi, tak semudah yang saya tulis ni. Cuma this is the basic untuk kebanyakan bisnes sekarang.

Still much to learn. Wish me luck.


Posted

in

by

Comments

8 responses to “Setahun Berbisnes”

  1. SAPS Ibu Bapa Avatar

    Boleh berguru dengan tuan sifu ni. Saya berminat nak mulakan bisnes, tapi masih takut sebab ramai cakap 8 daripada 10 bisnes akan gagal.

  2. Zamree Avatar

    Peranan social media juga penting untuk menampakkan ‘gah’ nya brand kita di mata pelanggan.

  3. mrhanafi Avatar

    Branding sangat penting dan tidak semudah yang kita sangkakan..

  4. ATan AHmad Avatar

    nak berbisnes kena konsisten…nak kekal konsisten tu yg payah…

  5. Firdaus Avatar

    Bila baca post ni baru tahu bisnes part time yang saya buat banyak lagi kekurangannya terutama sekali bab networking, branding, dan cash flow.

  6. Amirul Avatar

    Nak start bisnes tak semudah nak kembangkan syarikat… the hardest part

  7. akubiomed Avatar

    Dato’ Fazley kata ‘connection’ untuk zaman sekarang adalah ‘networking’ untuk mula bertapak.

  8. Ira Avatar

    Bila ad perancangan dan strategi yang baik plus tratur , bru lah bisnes tu boleh berkembang lebih maju .. susah2 dahulu bersenang2 kemudian ..ambil pengalaman bermula dari zero untuk jd org y hebat :)