SEO Tutorial: Komponen Yang Mempengaruhi Google Ranking

Trust/Authority of Host Domain

Bermaksud bagaimana sesebuah domain itu boleh dipercayai dalam menyampaikan maklumat. Banyak faktor boleh mempengaruhi benda ni, antaranya ialah:

  • PageRank
  • Inbound links (link dari website lain)
  • Google backlinks (bukak Google dan type site:domainanda.com)
  • Google indexed pages
  • Yahoo backlinks
  • Yahoo indexed pages
  • Alexa ranking
  • Mungkin bounce rate untuk site korang (register kat Google analytics untuk data tersebut)
  • Time length on site, berapa lama pelawat dari search engine kat blog/site korang (Google analytics)

Macam-macam lagi. Macam biasa benda ni takde siapa yang tau 100%, jadi atas ni semua hanyalah cadangan dan berdasarkan pemahaman aku sahaja melalui pembacaan yang berterusan.

Link Popularity of The Specific Page

Yang ni senang, basically link popularity ni adalah linkback dari site lain. Contohnya kalau 1000 orang link page aku ni kat website/blog dia maka link populariti untuk page ni adalah tinggi. Jadi kalau ada entri yang korang buat khas untuk dapat trafik dari search engine, try untuk dapatkan sebanyak linkback yang mungkin. Apa yang boleh korang buat:

  • Post kat forum yang ada section untuk blogger post entri baru, seperti forum Lowyat.net
  • Try dapatkan kawan blogger lain untuk link kan entri diorang yang berkaitan dengan entri korang
  • Ping entri korang kat Rakan Daus (dofollow, backlink PR2)

p.s Ping kat tempat seperti petalingstreet tak memberi backlink sebab kat situ nofollow. Kalau ada tempat/forum lain yang dofollow boleh share kat comment section =)

brought to you by

Anchor Text of External Links to The Page

Anchor text adalah seperti ini:

<a href://link.com>Anchor text</a>

Contohnya macam ni lah, misal kata korang nak link entri yang berguna ni kat blog korang supaya pembaca korang boleh baca (sharing is caring):

Baca Tutorial SEO Perfectly Optimized Page blog.ariff di sini <– perkataan sini dihyperlink, bukan anchor text yang bagus

Baca Tutorial SEO Perfectly Optimized Page blog.ariff <– Anchor text sepadan/berkaitan dengan link, bagus

Adalah menjadi tabiat yang baik kalau kita link blog lain dengan cara yang betul. Sama-sama menolong la kan. Semua link kawan-kawan blogger kat sini aku letak memang ikut cara yang paling lengkap.

On-Page Keyword Usage

Explain banyak tadak guna. Tengok gambarajah dalam entri SEO Tutorial: Perfectly Optimized Page. Cuma kalau terlalu banyak keyword search engine boleh cop page tu sebagai spam dan bagi penalti kat page tu. Domain authority jatuh.

Registration + Hosting Data

Kurang pasti, tapi pendapat aku benda ni dia tengok prestasi hosting korang gak. Kalau hosting hampeh, site selalu down mungkin akan mempengaruhi ranking korang dalam search engine secara negatif.

Blog yang dihostkan di Malaysia, akan lebih mudah mendapat trafik dari Malaysia berdasarkan hosting data dan ip hosting tersebut.

blog.ariff menggunakan hosting daripada Shijiru.com.my, Business package. Setakat ni, masih berpuas hati. Support memang bagus. Theme aku punya problem hari tu pun aku boleh suruh diorang check setting server sume.

Traffic + CTR Data

CTR adalah click through rate. Nak dapat click through rate yang tinggi senang je, kalau ada apa-apa event korang pastikan korang post something tu paling awal. Dengan itu, persaingan kat search engine sikit maka kalau orang search entri korang ada peluang naik dulu. Kalau tajuk dan description menarik, confirm banyak orang klik. Klik = trafik

CTR yang tinggi memberi petunjuk kepada Google yang page tersebut releven. Oleh itu lebih mudah la page tersebut masuk ke front page SERP. Jadi ingat, always be the first!

Social Graph Metrics

Kurang pasti ape dia, mungkin berapa kali entri tu diTweet, sebab sekarang Tweet pun google dah index. Benda ni juga ada kaitan dengan CTR dari Facebook, Twitter dan sebagainya.

***

Harap dapat membantu =)

Apa kata korang reTweet ramai-ramai entri lengkap macam ni, ikut cara Denaihati yang rajin reTweet tiap2 hari.

60 Comments