Sedikit gambar yang belum sempat ditunjukkan sebelum ni semasa trip saya ke Kemboja bulan April yang lalu. Satu trip yang banyak memberikan pengajaran kepada saya.





Orang mungkin bertanya, kenapa nak buat qurban & aqiqah di Kemboja. Ini antara sebab-sebabnya:
- Daging qurban dapat diagihkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Kat Malaysia ni, tempat orang kaya kadang-kadang entah berapa ekor lembu tumbang, but at the end, daging qurban diagihkan kepada mereka yang cukup makan. Tak rasa ke perbuatan & niat bersedekah tu tak kena pada matlamat yang diharapkan?
- Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Islam Kemboja. Keadaan ekonomi kat sana sangatlah bergantung kepada projek pertanian seperti ternakan lembu. Bila ada permintaan tinggi untuk aktiviti qurban & aqiqah, perniagaan akan dibesarkan dan lebih ramai pekerja di sana akan diambil bekerja.
- Pihak eQurban juga terlibat secara langsung dalam aktiviti kemanusiaan untuk membantu penduduk Kemboja, khususnya penduduk yang beragama Islam.
Kadang-kadang kita rasa hidup ni ada je benda yang tak kena dan tak cukup. Manusia memang tak pernah puas. Bila teringat balik tentang keadaan rakyat di sana, timbullah sedikit rasa keinsafan dan kesyukuran di dalam hati.
Note: Kepada yang ingin menjalankan ibadah qurban & aqiqah di Kemboja, tarikh akhir penerimaan tempahan adalah 19 Oktober 2012. Harap maklum.

Comments
17 responses to “Sempena Aidiladha”
semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban pelajar dan guru di Kemboja.
terkesan sungguh tengok keadaan kat sana..untunglah tinggal di Malaysia even banyak hal yang tak sempurna di sini
Memang menyedihkanlah ni..
mmg org di sana lebih layak utk diberi sumbangan korban berbanding kita di sini.
… setuju. Kat sini iPhone 5 yang berharga 3 ribu pun mampu dibeli sekelip mata, ini kan pula daging korban yang diberi percuma. Rakyat di Kemboja lebih memerlukannya.
Bagus initiatif macam ni, kalau ada rezeki, tahun depan akan turut serta dalam program ini. Kita perlu bersyukur kerana bernasib baik. PS/-Your pictures are excellent!
hensem bro ! aku jumpa gak blog kool mcm ni :)
setuju tu bro…kat sana lebih ramai yang LAYAK menerima daging korban ni….
Hurmm….kena kasi viral info nie sebelum tarikh tutup yang berakhir lusa kan….
bertuahnya kita ni nak banding mereka di sana..
Semoga mereka menikmati apa yang sedang kita nikmati skrang ini..aminnn
sungguh menginsafkan…kadang 2 daripada selalu ke paris london tu kena jugak lawat negara2 camni kan? supaya kita sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri..kan?
kesian tengok diorang, doakan yang terbaik buat mereka
mintak izin nak share n promote sikit entri ini dalam blog saya…
bersyukur dan bertuah keadaan kita… tetapi lebih ramai yang gagal dalam ujian senang…
syukur bila tengok diri sendiri lebih bernasib baik daripada saudara disana. T_T semoga usaha mereka diberkati Allah..
Marilah sama-sama kita membantu saudara se islam di Kemboja.