#SBB2013 – Memperkasakan Blogger

Untitled

 

Rakan semeja: Prohariz, Zulseffort, Zulkbo, Sohoque & Hafiz MD

Kalau Sepetang Bersama Blogger 2012 lebih bertumpu kepada saudara Denaihati, SBB tahun ni pula lebih bertemakan kepada memperkasakan blogger dan mengembangkan lagi pengaruh rakan blogger Denaihati Network. SBB2013 dihadiri oleh top blogger Malaysia seperti Beautiful Nara dan Amanz serta blogger dari Brunei dan Indonesia.

Sepanjang tahun 2012, saya nampak ramai blogger yang mula kelihatan serius dalam karier penulisan blog mereka. Kalau dulu kebanyakan blogger buat ‘blog rojak’ sekarang ramai yang dah ada niche dan topik utama yang ditulis dalam blog mereka. Yang lebih advanced dah ada branding sendiri untuk blog mereka dan ini memang jauh berbeza berbanding 2-3 tahun dahulu semasa saya menulis di Moscow.

Untuk blog.ariff, saya masih lagi mengekalkan dengan kisah pengembaraan saya sebagai seorang engineer dan blogger, isu semasa yang menarik untuk saya tulis serta menyelitkan sedikit sebanyak topik kegemaran saya iaitu personal finance dan investment.

Suka dengan nasihat Denaihati dalam ucapannya iaitu blogger tak boleh malu dengan blog mereka sendiri walaupun blogger baru. Orang kita memang terlebih humble kadang-kadang sampai menjatuhkan semangat diri untuk melangkah ke hadapan. Nasihat Kujie iaitu blogger perlu rajin membaca memang tepat sekali kerana kalau ilmu cetek, macam mana nak menulis entri yang menarik untuk pembaca? Pembaca akan menganggap sesuatu penulisan itu sebagai menarik apabila mereka mempelajari sesuatu yang baru daripada penulisan tersebut.

Akhir sekali nasihat Abang Nara untuk mengetahui target pembaca blog kita adalah sesuatu yang blogger perlu ambil serius. Bila kita tahu target pembaca kita, maka secara automatiknya cara pembawaan dalam blog akan difokuskan kepada target pembaca ini.

Dalam kemeriahan berjumpa dengan blogger lain, Jejai yang turut dijemput sama untuk menghadiri SBB2013. Namun Jejai yang hadir tak lagi seperti yang saya kenali tahun lepas. Rasa sebak tatkala melihatnya dari jauh. Kalau dulu dari jauh lagi dia dah angkat tangan untuk menyapa, sekarang tak lagi. Rakan-rakan rapat pun dia tak kenal dah. Hanya doa yang mampu saya panjatkan untuk kesejahteraannya.

jejai

Ramai blogger ditemuramah oleh pihak media yang hadir. Kalau tak silap ada RTM dan .Com Utusan. Kita tengok siapa yang masuk tv/surat khabar nanti.

Overall, sebuah petang yang bermakna dan bermanfaat. Ada yang lebih untung sebab dapat bawa pulang iPad Mini, iPhone 5, basikal, gold bar dan bermacam-macam lagi hadiah lain yang disediakan oleh sponsor. Terima kasih kepada pihak penaja yang sudi menaja hadiah lumayan untuk SBB2013.

Semoga tahun 2013 adalah tahun untuk blogger menaikkan lagi reputasi dan pengaruh mereka dalam arena social media di Malaysia. Nak tengok lebih ramai professional blogger lahir tahun ni. Teruskan usaha dan semoga berjaya!

55 Comments