Rakan semeja: Prohariz, Zulseffort, Zulkbo, Sohoque & Hafiz MD
Kalau Sepetang Bersama Blogger 2012 lebih bertumpu kepada saudara Denaihati, SBB tahun ni pula lebih bertemakan kepada memperkasakan blogger dan mengembangkan lagi pengaruh rakan blogger Denaihati Network. SBB2013 dihadiri oleh top blogger Malaysia seperti Beautiful Nara dan Amanz serta blogger dari Brunei dan Indonesia.
Sepanjang tahun 2012, saya nampak ramai blogger yang mula kelihatan serius dalam karier penulisan blog mereka. Kalau dulu kebanyakan blogger buat ‘blog rojak’ sekarang ramai yang dah ada niche dan topik utama yang ditulis dalam blog mereka. Yang lebih advanced dah ada branding sendiri untuk blog mereka dan ini memang jauh berbeza berbanding 2-3 tahun dahulu semasa saya menulis di Moscow.
Untuk blog.ariff, saya masih lagi mengekalkan dengan kisah pengembaraan saya sebagai seorang engineer dan blogger, isu semasa yang menarik untuk saya tulis serta menyelitkan sedikit sebanyak topik kegemaran saya iaitu personal finance dan investment.
Suka dengan nasihat Denaihati dalam ucapannya iaitu blogger tak boleh malu dengan blog mereka sendiri walaupun blogger baru. Orang kita memang terlebih humble kadang-kadang sampai menjatuhkan semangat diri untuk melangkah ke hadapan. Nasihat Kujie iaitu blogger perlu rajin membaca memang tepat sekali kerana kalau ilmu cetek, macam mana nak menulis entri yang menarik untuk pembaca? Pembaca akan menganggap sesuatu penulisan itu sebagai menarik apabila mereka mempelajari sesuatu yang baru daripada penulisan tersebut.
Akhir sekali nasihat Abang Nara untuk mengetahui target pembaca blog kita adalah sesuatu yang blogger perlu ambil serius. Bila kita tahu target pembaca kita, maka secara automatiknya cara pembawaan dalam blog akan difokuskan kepada target pembaca ini.
Dalam kemeriahan berjumpa dengan blogger lain, Jejai yang turut dijemput sama untuk menghadiri SBB2013. Namun Jejai yang hadir tak lagi seperti yang saya kenali tahun lepas. Rasa sebak tatkala melihatnya dari jauh. Kalau dulu dari jauh lagi dia dah angkat tangan untuk menyapa, sekarang tak lagi. Rakan-rakan rapat pun dia tak kenal dah. Hanya doa yang mampu saya panjatkan untuk kesejahteraannya.
Ramai blogger ditemuramah oleh pihak media yang hadir. Kalau tak silap ada RTM dan .Com Utusan. Kita tengok siapa yang masuk tv/surat khabar nanti.
Overall, sebuah petang yang bermakna dan bermanfaat. Ada yang lebih untung sebab dapat bawa pulang iPad Mini, iPhone 5, basikal, gold bar dan bermacam-macam lagi hadiah lain yang disediakan oleh sponsor. Terima kasih kepada pihak penaja yang sudi menaja hadiah lumayan untuk SBB2013.
Semoga tahun 2013 adalah tahun untuk blogger menaikkan lagi reputasi dan pengaruh mereka dalam arena social media di Malaysia. Nak tengok lebih ramai professional blogger lahir tahun ni. Teruskan usaha dan semoga berjaya!
Comments
55 responses to “#SBB2013 – Memperkasakan Blogger”
Bloger yang hebat, minat juga nak join..
Kalau awk ni kira bloger gak eh.tapi kira website gak kan..i tak paham.
Sama la tu
yang jelas minat untuk berblog semakin tinggi setelah berjumpa blogger-blogger hebat di event ini
salam kenal dan juga salam hangat :)
betul tu.. program sbb tahun ni memang terbaik.. banyak dapat kutip ilmu2 blog daripada otai2..
Dapat juga bergambar sekeping dua dengan Arif – Tunggu juga Ariff naik pentas untuk kongsi tip blogging.Slot dah penuh kut.
Memperkasakan logger. sebuah istilah yang sangat tepat. Moga bisa bersua dengan sahabat semuanya di event berikutnya.
harap lebih ramai blogger Melayu dari niche teknologi dapat menghadirkan diri pada perjumpaan akan datang.
memang event yang best, dan menyeronokkan..
dapat jugak jumpa bro ;)
Gambar bro dalam avatar dengan real person lain sangat.
Tak lama lagi ramai la peminat.. hehe
Bro Ariff terlebih lagi,…. kelihatan sangat muda dan lebih tampan.
ohh yeke…
ramai jugak cakap macam tu… tapi tak tau pulak lain part mana tu.. hehe
meriah sungguh. ramai blogger-blogger berpengalaman yang hadir. rasa rugi pulak tak dapat hadir cedok ilmu dari otai-otai :)
dapat juga pergi majlis ni,
ariffshah nampak penat selepas majlis selesai…
memang penat. Event dari pagi, merempit lagi dari Shah Alam.
Sedih bila tgk Abg Jejai dtg..
meriah sangat petang tu kan.. semuanya sporting2.. :)
go go go blogger. ada event macam ini mmg nampak pengaruh blogger malaysia boleh pergi lagi jauh.
Den pon dok semeja ngan hang kan… Hahahaha… :P
Bila la agaknya event yg akan datang. Xsempat hadir sebab kematian ayah.
Terima Kasih sudi lepak semeja dan aku pun masih segan dengan hang.
Yup banyak yang boleh kita belajar dari SBB2013 tapi ramai yang macam segan-segan untuk menonjolkan diri. Pada pendapat aku, kita kena cipta nama di atas talian baru senang kot turun2 event ni sperti kak jie :)
Ko nak segan dengan aku buat apa. Dah berapa kali lepak dah. haha
semoga blogger di Malaysia semakin matang dan bijak dalam mengeluarkan idea untuk menulis dan tidak semata-mata untuk mengada-ngada atau mengata orang…
setuju… blogger perlu diperkasakan. :)
Tapi apa2 pun gua suka baju lu ..smart2 sbb seakan hampir dgn baju yg gua nak cari..
Event blogger memang rasa nak join.. tp.. kekangan masa, selain tempat yang jauh (nun di sabah) memang sukar hajat ni nak tercapai.. huhu..
Amiin. Semoga dunia blog di Malaysia semakin baik mutunya sehingga boleh memberi input yang berguna kepada masyarakat.
Salam..
1st time join gathering sesama blogger
alhamdulillah, banyak yang saya pelajari
akan cuba improved diri sendiri masa
akan datang
terima kasih ariffshah di atas perkongsian di atas, setuju sekali dengan tips yang abang nara berikan tu.. perlu ada target supaya memudahkan kita menulis blog… semoga tahun ini adalah tahun yang lebih baik kepada semua blogger..
Ramai blogger2 yang baru Aya kenal .. blogger da jadi satu kerjaya dah.. macam wartawan.. tak lama lagi ada anugerah blogger popular ni..macam anugerah artis-artis tu..hehehehe
Masa berborak dgn brother, satu perkara yang wajib nak
tanya pasal SEO tapi dah terborak perkara lain plak.. hik3..
Akhirnya kita bertemu bro.
Anda lebih kacak dari yang saya bayangkan :)
setuju dengan nasihat abang Nara, Target audiens..tq for the info :)
Akhirnya dapat gak jumpa ngan bro…..tahun depan eden nak request trip pegi RUSIA pulak lah….hehehehe
pergi nanti menyesal tak sudah. Tengah sejuk beku sekarang ni
haish bestnya..meriah..tahun depan mau join..
Mesti join. Ramai blogger yang tak pernah pergi event datang
Ariff kali ini seperti sembunyi kali ini. Mungkin sangkaan saya kot.
sembunyi macam mana pulak tu? takdelah. Tahun ni kasi orang lain naik.
aah..perasan jugak..mana dia sembunyi ye..hehe
part orang tak puas hati ariff dapat lucky draw yang kelakar..patutnya memang takde masalah ambil hadiah tuu
Dia ada lepak kat meja kami. Saje nak dekat ngn meja buffet…hehehe
p.s Bro Ariff Shah naik pentas, terus dapat cabutan bertuah…tp ditolak penganjur pulak…hehehhee
p.s. Thanks bro sudi borak2 ngan ambe walaupun tak panjang
Tahniah kepada Beautiful Nara. Saya dengar blog dia capai hit paling tinggi..!
Blog dia memang top. Tak boleh disangkal lagi
Mmg top. 100k-200k UV per day…fuh!
sangat setuju dengan pandangan yang profesional dari ariff, cuma ariff memang tersangat diam orangnya, nasib baik boleh senyum dan gelak bila di usik, so kira ok lah kan hehe
ehem. saya ni macam ni la. kalau yang baru-baru kenal tu lagi diam. cuba nak ubah kebiasaan
Dia kecewa sebab ceweknya enggak muncul Kak Rock.
tahniah kepada ariff shah yang menang lucky draw walaupun ada bantahan.. hehehehehe
kejam giler korang. kalau ipad mini, memang aku angkat terus dah petang tu
hahaha…tak patut..mmg kijam =)
hahahaha.. kalau ipad mini mesti ko akan rampas terus kan.hehehe.. sebenarnya kan bro, aku antara yang bantah kemenangan ko tu, tapi bukan betul2 pun, bantah main2 je.. saja nak menjerit2 daripada bawah.. tapi tak sangka dorang tak bagi betul2.. hurm, aku minta maaf bro..
hahaha.. takpe2.. next time aku bantah pulak kalau ko dapat
Eh… hari tu kita tak sempat borak kan…? adoih..
hahah.. saya terkejut tengok abg gedek ada sekali. selalu nampak dalam blog je.
takpe2. insya allah lepas ni mesti ada masa lagi
SBB2013 memang satu event yg sungguh hebat dan AWESOME kan..
Memang awesome! Anyways, tahniah menang ipad mini :)