Samsung Galaxy S – My Last Words #maxis10

Reading Time: 2 minutes

Entri ni sepatutnya ditulis malam tadi, tapi malangnya SEMUA internet broadband bermasalah (Maxis, DiGi dan Celcom) kat area ni. Jadi jangan salahkan aku, salahkan telco Malaysia kesayangan kita ni. Kalau nak masuk Streamyx atau Jaring bukan aku tak mampu, lebih dari mampu cuma bila aku blah balik Moscow nanti takde siapa nak bayar dan guna benda-benda tu kat rumah ni (lagi satu kebodohan pembekal internet Malaysia, kenapa perlu kontrak yang menyusahkan pengguna?). P1? P1 katanya kat area USJ12 ni memang bermasalah. Jadi apa lagi aku ada??? Aku tulis entri ni sekarang, manalah tau esok aku kena pulangkan Samsung Galaxy S ni kan.

Pada pendapat aku, aku layak la untuk simpan phone ni. Walaupun aku tak buat banyak review benda-benda teknikal ni (yang majoriti blogger Maxis10 buat), aku masih yakin aku layak untuk memenangi phone ni. Berdasarkan briefing dengan pegawai yang dilantik oleh Maxis tu, aku difahamkan yang program ni BUKAN program review phone semata-mata. Maxis pilih blogger sebab blogger ni ada cerita unik mereka tersendiri. Kalau setakat nak buat review berkaitan benda teknikal, dengan mudah Maxis boleh kasi phone tu kepada website-website teknologi yang buat kerja-kerja macam ni.

Harap ni bukan gambar terakhir dengan Samsung Galaxy S

Berdasarkan idea tersebut, aku fikir biarlah orang lain buat cerita pasal benda teknikal tapi aku guna phone ni untuk aktiviti blogging aku gak. Dalam masa yang sama, aku cuba highlight features yang aku gunakan kat Samsung Galaxy S supaya dapat membantu aku dalam blogging. Terus terang aku cakap, phone ni memang berkali ganda lebih berguna berbanding iPhone 3G aku terutamanya dalam aktiviti berblogging. Of course, kalau aku menang Samsung Galaxy S ni, iPhone 3G tu memang akan dijual. Penat lah nak maintain 2 smart phone yang mahal sekali gus. Kalau hilang satu, memang menangis.

Minggu pertama aku release beberapa video aku dengan Samsung Galaxy S tu. Aku sentuh sikit tentang ciri-ciri teknikal phone tu dengan keyakinan bahawa benda-benda benda-benda ni akan diceritakan oleh blogger lain. Buat apa bagi kontent yang sama kan? Kalau macam tu, orang yang bagi penerangan paling lengkap la menang dan aku rasa tak sepatutnya jadi macam tu.

Untuk minggu kedua, sepatutnya aku buat video masa gathering Geng Blogger (yang muka aku masuk suratkhabar tu.. :P). hehe.. Kalau time wartawan tu amik gambar aku pegang phone Samsung Galaxy S kan best, senang sikit kerja aku. Dengan itu aku boleh cakap aku dah buat pengiklanan percuma dalam Kosmo untuk Samsung Galaxy S. Confirm aku dapat simpan phone ni punya. hehe.. Tapi semua tu tak terfikir pulak time tu, dan lupa nak kasi sape-sape record video masa sharing session aku (rugi woo sape yang tak datang. Ada tips baik punya untuk naikkan PageRank).

Video dalam minggu kedua semuanya berkaitan trip aku ke Lumut. Dari masa boat tu masuk garaj, cabut enjin, pasang enjin balik dan jalan2 kat sungai Perak naik boat tu, semua aku rakamkan dengan Samsung Galaxy S tu.

Sebenarnya ada beberapa entri lagi nak buat, tapi itulah kat rumah ni memang agak kurang kondusif untuk aku buat kerja lebih-lebih lagi aku ada masalah internet ni. Dari segi kerja yang aku dah buat, aku berjaya mengintegrasikan penggunaan Samsung Galaxy S tu dengan blog.ariff (harap Maxis suka cara aku). Jadi aku harap aku menang la sebab lepas ni pun memang aku akan guna Samsung Galaxy S tu untuk blog ni.

Terima kasih kepada pihak Maxis kerana sudi memberikan peluang keemasan ini kepada aku dan aku harap kita dapat bekerjasama lagi pada masa hadapan.


Posted

in

by

Comments

18 responses to “Samsung Galaxy S – My Last Words #maxis10”

  1. penyubiru Avatar

    aku rasa 10 orang tu seme dapat kut. takkan diorang nak jual henpon 2ndhand kan. hee

  2. fndrocka Avatar
    fndrocka

    kalau tak dapat pun…boleh beli iye dak…

  3. atreyu strange Avatar

    Aku pun tak reti nk tulis review teknikal sgt. Maklum la, bkn gadget savvy. Aku guna mcm makcik2 yg tak reti gune tepon. Hukhuk..

  4. ProfHariz Avatar

    InsyaAllah ada rezeki…

  5. amar haziq Avatar

    aku rasa maxis mesti bagi phone tu kat kau lah
    dont worry..haha
    top blogger kot;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Takut pulak nak mengharap sangat, takut terkilan. Takpe2. Just hope for the best la

  6. aziq Avatar

    Handphone oh handphone.

  7. NoorAfzan Avatar

    samsung galaxy s ni sesuai la tuk blogger yang suka travel kan.
    sambil jalan2 sambil update blog..
    siap boleh upload video semua.
    mmg menarik nih.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul2. Memang sesuai sangat. Kalau nak guna untuk blogging, memang recommended.

  8. denaihati Avatar

    review ni betul2 mengoda aku mencuba ni

  9. KNizam Avatar

    perghhhhh baek punya review. hidup live blogging! hehe :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Yeah.. tu dia bro KNizam, pakar live blogging

  10. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Aku harap ko dapat simpan phone tu, sebab aku tak sempat lagi nak main-main dengan phone tu. Haha. Oh, dan dah lama aku tak tinggalkan komen dekat sini, cuma baca je. Nanti la bila senang. Hehe.

    p/s: blog.ariff has 700 fans. Nice!

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Baru perasan 700. Nice :D

  11. afiq aiman Avatar

    wah hebat2…rekrut blogger hg mng jugak kn…aku terbaca kt facebook

  12. nabilpotter Avatar

    terbaik la ariff…huhu..
    bila balik moscow?
    sempat raya sini tak?>

    1. ariff Avatar
      ariff

      sempat2. balik Moscow 15 sept nanti

  13. Lord Zara Avatar

    Moga2 kamu dapat terus hp tu Ariff~

    ^___^

    dan ya, tu siapa yang snap gambar kamu tu?