Samsung Galaxy S3 Dalam Tangan Saya

Malam tadi saya telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy S3 untuk wakil daripada media. Sebagai pengguna Samsung Galaxy S, teringin sangat untuk melihat berapa jauh telah Samsung pergi daripada versi pertama mereka. Daripada apa yang saya lihat, mereka sekali lagi telah berjaya melancarkan phone yang memang hebat dan sesuai dengan kemajuan teknologi sekarang.

Pihak Samsung telah berbesar hati untuk meminjamkan satu unit Samsung Galaxy S3. Jadi dalam beberapa minggu ini, expect blog update dan review berkaitan phone baru ini.  Sementara menunggu review lain, sila tonton video unboxing Samsung Galaxy S3 ini.

Dalam masa terdekat, phone ini akan boleh didapati daripada telco utama (Maxis, Celcom & Digi) di Malaysia. Pasti akan ada special offer dan pre-order price daripada mereka. Nantikan.

Kalau ada apa-apa special feature pada phone ini yang anda ingin lihat, sila tinggalkan permintaan tersebut di ruangan komen. Saya akan cuba tunjukkan mana yang boleh.


66 thoughts on “Samsung Galaxy S3 Dalam Tangan Saya

    • RM2199. Tapi kalau ambil kontrak 24 bulan dengan telco, boleh dapat lagi murah

  1. more review please..and nak tawu gak pasal celcom exec package tu..xbrape nak faham sangat..=)