Malam tadi saya telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy S3 untuk wakil daripada media. Sebagai pengguna Samsung Galaxy S, teringin sangat untuk melihat berapa jauh telah Samsung pergi daripada versi pertama mereka. Daripada apa yang saya lihat, mereka sekali lagi telah berjaya melancarkan phone yang memang hebat dan sesuai dengan kemajuan teknologi sekarang.
Pihak Samsung telah berbesar hati untuk meminjamkan satu unit Samsung Galaxy S3. Jadi dalam beberapa minggu ini, expect blog update dan review berkaitan phone baru ini. Sementara menunggu review lain, sila tonton video unboxing Samsung Galaxy S3 ini.
Dalam masa terdekat, phone ini akan boleh didapati daripada telco utama (Maxis, Celcom & Digi) di Malaysia. Pasti akan ada special offer dan pre-order price daripada mereka. Nantikan.
Kalau ada apa-apa special feature pada phone ini yang anda ingin lihat, sila tinggalkan permintaan tersebut di ruangan komen. Saya akan cuba tunjukkan mana yang boleh.
Comments
66 responses to “Samsung Galaxy S3 Dalam Tangan Saya”
ada2 je yang baru keluar…klu dapat free mcm SII ni ok aje..:-)
berape harga s3 ni ek??
RM2199. Tapi kalau ambil kontrak 24 bulan dengan telco, boleh dapat lagi murah
If you want to get this phone, this site got comparison, can put minutes and sms per month, tell u which is best contract
http://savemoney.my/best-samsung-galaxy-s3-plans-compared/
more review please..and nak tawu gak pasal celcom exec package tu..xbrape nak faham sangat..=)
Kalau pasal plan tu, boleh tengok comparison pada link Tim
best jugak galaxy s3 ni. rasa macam nak aje…apapun aku nak tunggu sampai hujung tahun, benarkah iphone 5 akan keluar dan adakah ia lebih hebat dari galaxy s3 ni
Kalau iPhone memang kena tunggu la.
kecik jer kotaknya..
tapi isinya memang superb punya..
Samsung S III nie adalah hot stuff gadget untuk smartphone skang…. tunggu sale time raya je la nanti… huhuhu
rasa malas jer nak kejar handset nih..tak sampai setahun, dah keluar yang baru…adoii…hhihi
selagi hp aku ni tak rosak..memang susah la aku nak angkat handset baru..apatah lagi s3 ni..
samalah. Takkan tukar hp selagi boleh guna kecuali kalau orang kasi free :P
titan guna 3310 lagi ya?..hehe…mantap tu..
kalau disertakan berbezaan dengan S2 pun bagus…
wah…terbaik la Samsung. Syarikat Korea yang telah mengalahkan syarikat Jepun.
harga S3 ni brapa ye? kalau ambil sekali dgn pakej internet?
Masih menunggu senarai pakej daripada telco.
boleh cerita lebih detail mengenai phone ni? thanks :)
camne nak root s3 ni? camne nak pasang custom rom? hehee..
Hahaha. Root2 rasanya tak dibenarkan
kalau dapat, buat video comparison/vs dengan mana2 model samsung galaxy..
kot2 nanti bkn bg pinjam je, dia bagi terus. bestnye…
wah…bestnya.dorang bagi pinjam tu
Wah….best la bro dpt test. Jadi antara yg 1st in Malaysia test pakai la ni ek..hehehehe
Yeah. Kedai Samsung pun takde lagi ni. Hehe..
pergh mmg beruntung dpt bawak balik rumah n test.
jgn lupa buat review samada worth the money ke x smartphone br ni.
so far blom bercita2 nk tukar BB Bold 5 ni. still elok utk 2 3 tahun lg.
xtau la kalau nafsu cakap cm lain plak. huhu
… cuma bagi peminat Samsung Galaxy S3 dari kalangan business people, buat masa ni Samsung tak offer warna lain misalnya hitam, seperti warna kebanyakan smartphone BlackBerry. Yang ada cuma Pebble Blue dan Marble White. Siap ada reader tanya kami, Galaxy S3 kaler pink bila nak keluar? erk..
aku ada buat review pasal galaxy s3 ni.. mamang mantop la tipon tu..
pasti peminat Android garu kepala lagi..features nye dasyaht2
sape yg br rempat S2 atau note mesti nyesal. huhu
Ada tak sape2 yang nak beli handphone Sony Walkman W810i gua? Kalau ada pembeli barulah gua boleh angkat ini SIII.
ade tak telco yg bagi free?ingat nak amik la..huihui
yang tu tak pasti. Kena tunggu telco punya announcement. Masa media launching semalam pun takde detail pasal tu
ade tak telco yg bagi free nset tu?hehe..ingat nak “BELI”..huhu
bateri S III ni tahan lama tak? nak blogging semaksima. hehehe.
Serius tahan lama!
Aku dapat phone ni semalam (50% battery), tak charge, on Wifi sampai pagi. Hari ni guna on standby sampai malam pun hidup lagi dengan penggunaan wifi kurang daripada sejam. Kesimpulan, battery memang tahan lama.
Telefon idaman… Sejak bulan lepas tunggu s3 ni… Bila la nak sampai malaysia… Dengar kata s3 ni pakai wireless charging.. Bleh review ckit cane tu bro… Tq..
semalam takde pulak tunjuk feature ni. Nanti aku selongkar lagi cari
Ok ujung minggu gua pinjam kalo idokkkkk..jeng..jeng..wakakakaka
jeng.. jeng.. jenggg.. .
kemain eh..
Yang ni cantik sikit bentuk dia.. Takde la petak je mcm henset samsung yg lain.
Bentuk dia really nice. Walaupun komen orang lain cakap tak banyak beza, tapi aku suka design yang ni daripada SGS2
keluar lagi yang baru…apa funcation dia yang paling menarik dan tertarik…baru cadang nak beli yang SII keluar pulak yang III plak….kena pikir banyak kali ini…jauh beza tak harga nya dengan version II?….
wah macam best je. screen besar. hehe. tapi mesti mahal.
Bila nak pindah ketangan saya bro.. hehehe.. jeles ni bro dapat bawa balik.. nanti cuba bro buat demo sambil ambil video tangkap gambar sekali.. malam semalam lupa nak uji fungsi tu..
kalau SII memang membosankan sebab banyak apps boleh install tapi bila open apps carsh.salah satu masalah utama android sebab terlalu banyak sangat pilihan sebabtu apps jadi crash bila main.tapi SIII ni tak tau lagi macam mana.tapi still plastik walaupun dia kata tahan tapi sangat nipis.
Tahan memang tahan, tapi kalau tak cermat, memang boleh terpatah. Biasanya orang tak akan buka cover belakang tu kecuali kalau nak keluarkan microSD, sim or battery.
S II pun xmampu nak kejar…ini pulak S3. best giler nmpk gadget ni..suare bro slow la.
Suara nak tidurr.. Hehe
Processor quad core mengancam. Bagaimana dari segi ketahanan bateri? Apakah aplikasi killer untuk Samsung Galaxy SIII ini?
Ketahanan battery so far memang memuaskan. App masih dalam proses exploring. Will update soon
pergh..mantap… teringin nak tengok features yg bila kita alihkan pandangan ke lain, screen s3 terus padam.
pergh! da dpt pegang..bru cdg nk tukar BB Bold 4 ke SGS III ni..hehehe..
Smart… Macam2 gadjet yang keluar skrang ni.. tak terkejar..
tak sabar nak tgk full spec…adeh s2 baru jer beli 2bulan lepas.
wah..best2…sy da jth hati kot msa 1st tme dpt emel tntg hp nih..pergh!..
tp x mmpu nk miliki..
bro, hp tu nipis je..nmpk mcm ringan..ringan x?
sound ok x?lg ok dr sony ke?huhuhu
you’re sleepy voice…
Untung la korang dapat test SIII sebelum keluar kat market.. nak pinjam boleh?
smooth sungguh gadget ni nampaknya.. tp tula. btul ckp ariff bila casing plastik tu bila selalu bukak akan ad effect.. kind of funny, unboxing Galaxy S III using iPhone.. hehehe :P
hahaha.. itu je kamera yang kita ada. Kalau dia kasi dua Galaxy S3 boleh gak buat jadi kamera yang lagi satu tu.. hehe
kadang2 tak terkejar teknologi ni
Tiap-tiap tahun ada jer benda baru
Nak beli samsung SII pun tak lepas lagi dah keluar yang S3… hehehe apa agaknya beza function antara S2 dan S3? Apa kelebihan yg ada pada S3? tanya ajer… :) video x dpt nk tgk la.. sbb kat opis ni video dh kena block.. :)
Oh. Tak sangka pulak kena block. Takpe. Balik nanti boleh tengok. Perbezaan, dari segi bentuk, saiz dan performance. Pastilah Samsung Galaxy S3 lebih hebat daripada S2 dalam hampir kesemua aspek.
wah, bestnya dapat cuba S III tu…