Rumah Pertama

Pada umur 26, kebanyakan yang sebaya dengan saya sibuk bekerja dan cari duit. Selain untuk menampung kehidupan seharian, mereka sibuk cari duit untuk beli kereta, beli gadget baru dan untuk kahwin.

Jadi pada umur ni, memang sukar untuk seseorang membeli rumah. Tak tipu. Kecuali kalau seseorang tu kerja dalam bidang Oil & Gas ataupun pilot/cabin crew, tak ramai yang mampu beli rumah pada umur ni.

Alhamdulillah walaupun saya tak kerja dalam sektor-sektor yang kaya ni, masih lagi mampu untuk memiliki rumah sendiri. Modalnya adalah dari simpanan sejak dari masa saya belajar di Moscow dulu.

Dulu tak banyak berjalan. Kalau student yang dapat tajaan oversea ni sibuk berjalan setiap kali cuti semester, saya pula banyak menghabiskan masa depan komputer, main game atau update blog. Itu je.

Rasa sayang nak belanjakan duit. Mungkin saya terikut dengan sifat mak saya yang memang rajin saving.

rumah-pertama

Semalam saya baru ambil Deed of Assignment daripada lawyer beserta dengan check berjumlah RM4500. Lepas ni kea jumpa property agent untuk ambil kunci dan duit deposit penyewa, lebih kurang RM2000 lagi. Ini yang mereka kata, beli rumah dapat duit.

Bila dah dapat semua ni, kiranya selesai sudahlah urusan pembelian rumah dan secara rasminya rumah tu dah jadi milik saya. Langkah seterusnya adalah untuk menukar nama akaun Indah Water, PKNS, TNB & MBSA.

Bersyukur kerana simpanan saya tadi dapat menghasilkan sumber pendapatan yang baru. Sangat berterima kasih kepada mentor saya atas segala tunjuk ajar dan panduan.

31 Comments