Rumah Pertama Untuk Tinggal Sendiri Atau Pelaburan?

taman-bukit-serdang

Rumah macam ni jadi idaman semua orang

Semalam pergi menemani seorang rakan ke Thriller Hartanah DSR di Bangi. Persoalan ini diutarakan dalam seminar dan saya rasa memang menarik untuk dikongsi bersama pembaca.

Mentaliti orang biasa, rumah pertama untuk dibeli mestilah rumah untuk tinggal sendiri. Kalau anda berfikiran macam ni, memang satu kesilapan kalau nak mengejar financial freedom.

Kenapa?

  1. Bila nak beli rumah untuk tinggal sendiri, mesti pilih yang terbaik, tercantik, terbesar dan paling selesa. Rumah yang macam ni mesti mahal berbanding rumah untuk pelaburan. Memang saya pun akan pilih macam tu. Kita nak yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.
  2. Rumah untuk tinggal sendiri tidak boleh menjana pendapatan.

Rumah pertama mestilah dibeli untuk pelaburan kerana:

  1. Rumah tersebut akan dibayar oleh penyewa.
  2. Dapat pendapatan daripada lebihan sewa tadi.
  3. Lepas setahun, mungkin dah boleh refinance untuk pembelian rumah seterusnya tanpa rasa bersalah kerana kalau instalment naik pun, masih lagi akan dibayar oleh penyewa.
Rumah Pertama - Tinggal Sendiri atau Pelaburan?Tinggal SendiriPelaburan
Jumlah PendapatanRM3000RM3000
Instalment Rumah (A)RM1200RM600
Pendapatan Sewa -RM400
Instalment Kereta (B)RM500RM500
DSR = (A+B)/Jumlah Pendapatan * 10057%32%

Rule of thumb, lagi rendah DSR, lagi bagus. Mudah untuk lulus loan yang seterusnya. Kalau dah berada dalam lingkungan 60-70%, say goodbye to whatever loan application anda. Memang susah nak lepas.

Bila beli rumah untuk pelaburan, tak kisah sangat berapa harga rumah tu asalkan menepati pelan pelaburan kita. Kalau boleh, paling murah. Bila beli rumah sendiri, memang nak pilih yang terbaik dan ada kalanya kita sanggup bayar lebih.

Kalau yang menyewa tu, biarlah hidup menyewa 2-3 tahun dulu. Beli rumah untuk pelaburan, korek sendiri telaga duit anda. Bila dah steady dan ada beberapa telaga duit, barulah beli rumah sendiri yang selesa. Mungkin masa tu dah mampu nak beli rumah idaman.

Orang kita kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Jadi kepada yang ada rakan nak beli rumah pertama, atau student di IPT, kongsikan entri ni kepada rakan anda. Jangan biarkan mereka melakukan kesilapan. Zaman sekarang pelaburan hartanah bukanlah suatu pilihan tapi suatu kemestian.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

46 Comments

  • Azim Yusoff

    16 October, 2013 at 10:35 pm

    Aslm. Saya nak share pengalaman sy. Pelaburan pertama sy adalah tanah sawit yg sdh mengeluarkan hasil, pendapatan amat memuaskan, kebiasaannya hampir 2 kali ganda dari byran ansuran pinjaman. Selepas hampir 3 tahun, saya membuat pinjaman utk rumah pula. Disebabkan, sy tidak declare pada LHDN pendapatan dari hasil sawit tersebut, maka DSrR saya pun menjadi kurang cantik dan pihak bank pun tidak dpt memberikan pinjaman sebanyak 90%, sebaliknya cuma dpt 80% shj. Kesimpulannya, declare lah apa jua hasil pendapatan utk memudahkan pelaburan anda yg seterusnya dimasa akan dtg. TK

  • fendy

    16 October, 2013 at 3:21 pm

    bila macam ni, pembacaan yang mudah dan jelas..semua org sng faham termasuk yg first time tahu pasal ni..
    step by step penerangan… kalau yg dah otai pasal hartanah,sublet, saham perlaburan semua tu maybe la sng nak catch up…

    entri ni bagus untuk mereka yang baru tahu mcm sy..haha

  • Tukang Tilik

    16 October, 2013 at 12:39 pm

    Pada saya kiraan ni kurang tepat. Tak semua org ada tempat tinggal free sementara sebelum dpt masuk rumah sendiri. So patutnya sewa rumah rumah skrg sebelum dpt masuk rumah sendiri pun kena kira gak sebab tu pun cost hidup.

  • myvitrd

    16 October, 2013 at 10:31 am

    terima kasih tn. Atas perkongsian ilmu ni… Aku pun tak pasti yg keputusan aku beli rumah apartment 3 tahun dulu satu kesilapan atau tidak.. Sbb rumah tu aku duduk sendiri sekarang… Ada juga terfikir nak cari rumah lagi satu untuk sewakan.. Tapi masalah DSR tak berapa cantik menyebabkn susah nk lulus loan.. Skrg tengah perbaiki DSR bagi membolehkan membeli rumah kedua untuk pelaburan.. Saya ada terbaca satu teknik yang pelabur gunakan iaitu rumah yang dia duduk skrg dijadikan seperti rumah sewa.. Walhal rumah tu takda penyewa pun tn. Rumah yg duduk sendiri.. Tapi dibuatkn surat perjanjian sewa untuk membolehkan pihak bank melihat seperti beliau ada income dari rumah sewa tersebut.. Boleh ke teknik tu dipraktikkan tn.. Dan apa risikonya..

    • Ariff

      16 October, 2013 at 8:16 pm

      Teknik tu boleh digunakan, cuma kalau bank tahu, ada risiko kat loan kita.

      Rumah duduk sendiri, tapi alamat surat menyurat nak tulis ke mana? Dan bank boleh check alamat surat menyurat yang digunakan untuk akaun, kad kredit dan dengan menghubungi syarikat tempat kita bekerja.

      Boleh rujuk dengan AE untuk penjelasan lanjut tentang perkara ni.

  • mang

    15 October, 2013 at 11:29 pm

    salam bang. sy baru je kerja, dan nak beli rumah dulu (apartment) instead of kereta sebagai pelaburan…

    boleh abg suggest kan area mana sy patut beli? sbb takut bila dah beli, payah nak dapat penyewa…kat mana area “hotspot” eh?

    terima kasih…

    • Ariff

      16 October, 2013 at 8:17 pm

      Personally saya suka Shah Alam. Situ ada low & medium cost untuk pelaburan.

      Sunway pun ok, cuma harga medium cost kat situ dah mahal. Walaupun begitu, rental rate masih lagi memuaskan.

  • Faiz S

    15 October, 2013 at 9:15 pm

    Soalan budak-budak,

    Macam mana nak bagitau bank yang rumah pertama kita tu untuk pelaburan @ selepas beli baru bgtau rumah pertama tu adalah rumah pelaburan?

  • Amirez

    14 October, 2013 at 6:38 pm

    ya betul tu. rumah pertama sebaik-baiknya digunakan untuk pelaburan. ramai yang menjadi jutawan hartanah sekarang ni buat macam ni awal-awal terlibat dengan pelaburan hartanah dulu. susah-susah dulu, senang-senang kendian :)

    • Ariff

      14 October, 2013 at 7:21 pm

      Pertimbangkan dulu untuk beli rumah pertama tu. Of course pilihan terbaik adalah buat pelaburan dulu.

      Bila fikir nak buat pelaburan, kena timba ilmu dulu tapi percayalah, bila dah start melabur dengan ilmu yang betul, memang takkan stop

      • blog amir

        16 October, 2013 at 5:25 pm

        nk tanya. boleh tak kongsi blog utk belajar ilmu-ilmu pelaburan rumah macam ni? teringin juga nak belajar dulu sebelum beli. hihi. blog abg ensem tu ok jgk kan, blog lain-lain ada? hehe.

  • diarisakura

    14 October, 2013 at 11:02 am

    thanks bro ats nsht sgt bguna tu .. mmg skrg ad niat nk sambar 1 rumah .. tp msh blum mmpu .. tp perancangan tu tetp ad .. skurgnya utk ank2 pd msa dpn .. insyaa Allah :)

    • Ariff

      14 October, 2013 at 7:22 pm

      Boleh guna konsep satu anak satu rumah.

      Beli rumah pelaburan untuk setiap seorang anak. Biar bila mereka besar nanti, dah ada harta

  • Hazmin Hamudin

    14 October, 2013 at 10:15 am

    Bagus tips yang bro bagi ni. Macam aku sendiri pun memang tak tahu benda ni. Ingat rumah sendiri untuk duduk tu kira rumah untuk pelaburan dah. Ramai lagi yang tak tahu pasal benda ni rasanya.

    • Ariff

      14 October, 2013 at 7:26 pm

      Ramai yang beli rumah sendiri dengan alasan untuk buat pelaburan.

      Silap.

      Bila pilih rumah sendiri, objektif kita adalah keselesaan kita. Berkemungkinan besar tak menepati ciri-ciri untuk pelaburan seperti rumah terletak di kawasan hot untuk penyewa.

      Kalau nak melabur, buat betul-betul. Jangan separuh jalan. Risiko meningkat kalau kita tak buat betul-betul.

  • ira

    14 October, 2013 at 8:51 am

    i dulu lpas grad trus smbar rumah right after dpt pengesahan jwtan… x ingin amik keta pun.. mula2 tu ingat nk duduk sndiri tpi tiba2 je dpt better job yg sgt jauh dr umah di beli tu, sayang tpi kena sewakan gak but no problem nk jana income sbb sana hi-demand… then beli rumah lain utk duk smpai skang, i jaga DSR baik2 smpi dpt sambar umah ke-3, pun disewakan…
    skang tgah berangan nk smbar ke-4 lak … all my houses are landed property, byr tinggi bank tpi still balik modal bulanan… thank god :)

    • Ariff

      14 October, 2013 at 7:28 pm

      Alhamdulillah. Tahniah sebab dah berjaya masa langkah pertama (beli rumah dulu instead of kereta).

      Bila langkah pertama untuk kebebasan kewangan kita betul, langkah seterusnya lebih mudah.

      Saya doakan semoga berjaya untuk rumah pelaburan yang seterusnya :)

  • Eridy

    14 October, 2013 at 8:48 am

    Memang betul apa yang ariffshah katakan ini, rumah pertama sepatutnya jadi pelaburan, ini yang menjadi kesilapan saya pada mulanya…rumah pertama untuk kediaman…sekarang nie tgh repair balik kesilapan itu … harap banyak lagi tips macam nie.. :)

    • Ariff

      14 October, 2013 at 7:31 pm

      Konsep pelaburan dan financial freedom ni mudah sangat sebenarnya.

      Kalau kita senang sekarang, memang lambat nak jadi financially free.
      Kalau susah sekarang, lagi cepat boleh achieve financial freedom.

      Saya doakan yang terbaik untuk Eridy supaya boleh melangkah masuk ke dunia pelaburan dengan betul.

    • Ariff

      14 October, 2013 at 7:33 pm

      Depends.

      Untuk saya, kalau pasif income daripada telaga duit adalah 2x current salary, saya boleh anggap dah capai financial freedom.

      Boleh berhenti kerja dan buat business atau apa-apa yang saya nak buat.

    • Ariff

      14 October, 2013 at 7:37 pm

      Yes. Ada risiko kegawatan.

      Tapi risiko ni lebih terdedah kepada mereka yang main flipping rumah under construction.

      Kepada yang memilih rumah sewaan untuk pelaburan, risiko dia kurang sebab biasanya tempat yang dipilih tu dah matang. Jadi ekonomi teruk sekali pun, akan ada penyewa lebih-lebih lagi untuk rumah murah macam apartment low/medium cost.

  • Azah

    13 October, 2013 at 1:24 pm

    Tq ariffshah for the tips. Kalau boleh nak byk2 tips pelaburan or financial freedom yg tak terlalu deep mcm ni, so that aku yg masih student ni senang faham. huhu… bukan apa… tips yg byk2 n terlalu deep tu, tak sempat nak baca