
Semalam pergi menemani seorang rakan ke Thriller Hartanah DSR di Bangi. Persoalan ini diutarakan dalam seminar dan saya rasa memang menarik untuk dikongsi bersama pembaca.
Mentaliti orang biasa, rumah pertama untuk dibeli mestilah rumah untuk tinggal sendiri. Kalau anda berfikiran macam ni, memang satu kesilapan kalau nak mengejar financial freedom.
Kenapa?
- Bila nak beli rumah untuk tinggal sendiri, mesti pilih yang terbaik, tercantik, terbesar dan paling selesa. Rumah yang macam ni mesti mahal berbanding rumah untuk pelaburan. Memang saya pun akan pilih macam tu. Kita nak yang terbaik untuk diri dan keluarga kita.
- Rumah untuk tinggal sendiri tidak boleh menjana pendapatan.
Rumah pertama mestilah dibeli untuk pelaburan kerana:
- Rumah tersebut akan dibayar oleh penyewa.
- Dapat pendapatan daripada lebihan sewa tadi.
- Lepas setahun, mungkin dah boleh refinance untuk pembelian rumah seterusnya tanpa rasa bersalah kerana kalau instalment naik pun, masih lagi akan dibayar oleh penyewa.
[table id=10 /]
Rule of thumb, lagi rendah DSR, lagi bagus. Mudah untuk lulus loan yang seterusnya. Kalau dah berada dalam lingkungan 60-70%, say goodbye to whatever loan application anda. Memang susah nak lepas.
Bila beli rumah untuk pelaburan, tak kisah sangat berapa harga rumah tu asalkan menepati pelan pelaburan kita. Kalau boleh, paling murah. Bila beli rumah sendiri, memang nak pilih yang terbaik dan ada kalanya kita sanggup bayar lebih.
Kalau yang menyewa tu, biarlah hidup menyewa 2-3 tahun dulu. Beli rumah untuk pelaburan, korek sendiri telaga duit anda. Bila dah steady dan ada beberapa telaga duit, barulah beli rumah sendiri yang selesa. Mungkin masa tu dah mampu nak beli rumah idaman.
Orang kita kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Jadi kepada yang ada rakan nak beli rumah pertama, atau student di IPT, kongsikan entri ni kepada rakan anda. Jangan biarkan mereka melakukan kesilapan. Zaman sekarang pelaburan hartanah bukanlah suatu pilihan tapi suatu kemestian.

Comments
46 responses to “Rumah Pertama Untuk Tinggal Sendiri Atau Pelaburan?”
mesti pikir-pikir dulu lah,kira-kira mana yang cocok di hati juga cocok dengan pendapatan.. salam kenal sobat^^
thanks for the great tips, ariff. InsyaAllah, tahun depan nak start pelaburan hartanah
Dah faham konsep ni tapi tak mampu nak apply lagi. Masih menyewa dan tak mampu nak beli rumah lagi.
Aslm. Saya nak share pengalaman sy. Pelaburan pertama sy adalah tanah sawit yg sdh mengeluarkan hasil, pendapatan amat memuaskan, kebiasaannya hampir 2 kali ganda dari byran ansuran pinjaman. Selepas hampir 3 tahun, saya membuat pinjaman utk rumah pula. Disebabkan, sy tidak declare pada LHDN pendapatan dari hasil sawit tersebut, maka DSrR saya pun menjadi kurang cantik dan pihak bank pun tidak dpt memberikan pinjaman sebanyak 90%, sebaliknya cuma dpt 80% shj. Kesimpulannya, declare lah apa jua hasil pendapatan utk memudahkan pelaburan anda yg seterusnya dimasa akan dtg. TK
bila macam ni, pembacaan yang mudah dan jelas..semua org sng faham termasuk yg first time tahu pasal ni..
step by step penerangan… kalau yg dah otai pasal hartanah,sublet, saham perlaburan semua tu maybe la sng nak catch up…
entri ni bagus untuk mereka yang baru tahu mcm sy..haha
Pada saya kiraan ni kurang tepat. Tak semua org ada tempat tinggal free sementara sebelum dpt masuk rumah sendiri. So patutnya sewa rumah rumah skrg sebelum dpt masuk rumah sendiri pun kena kira gak sebab tu pun cost hidup.
Betul.
Tapi bank tak nampak sewa rumah tu. Jadi saya keluarkan pengiraannya sebab tak dikira oleh bank.
terima kasih tn. Atas perkongsian ilmu ni… Aku pun tak pasti yg keputusan aku beli rumah apartment 3 tahun dulu satu kesilapan atau tidak.. Sbb rumah tu aku duduk sendiri sekarang… Ada juga terfikir nak cari rumah lagi satu untuk sewakan.. Tapi masalah DSR tak berapa cantik menyebabkn susah nk lulus loan.. Skrg tengah perbaiki DSR bagi membolehkan membeli rumah kedua untuk pelaburan.. Saya ada terbaca satu teknik yang pelabur gunakan iaitu rumah yang dia duduk skrg dijadikan seperti rumah sewa.. Walhal rumah tu takda penyewa pun tn. Rumah yg duduk sendiri.. Tapi dibuatkn surat perjanjian sewa untuk membolehkan pihak bank melihat seperti beliau ada income dari rumah sewa tersebut.. Boleh ke teknik tu dipraktikkan tn.. Dan apa risikonya..
Teknik tu boleh digunakan, cuma kalau bank tahu, ada risiko kat loan kita.
Rumah duduk sendiri, tapi alamat surat menyurat nak tulis ke mana? Dan bank boleh check alamat surat menyurat yang digunakan untuk akaun, kad kredit dan dengan menghubungi syarikat tempat kita bekerja.
Boleh rujuk dengan AE untuk penjelasan lanjut tentang perkara ni.
tq bro.. memang sebab takut risikolah tu aku tak cuba buat cara tu.. hehehe
Boleh tunjuk ajar saya macam mana nak labur saham syarikat tak? A website maybe? Ke nak forex trading better?
Saham dan forex ni kategori high risk. Silap langkah, boleh habis duit sekelip mata. Boleh mula dengan menimba ilmu dulu.
maksud sy, kat area KL/Selangor…sbb kerja kat sini (petaling jaya)
salam bang. sy baru je kerja, dan nak beli rumah dulu (apartment) instead of kereta sebagai pelaburan…
boleh abg suggest kan area mana sy patut beli? sbb takut bila dah beli, payah nak dapat penyewa…kat mana area “hotspot” eh?
terima kasih…
Personally saya suka Shah Alam. Situ ada low & medium cost untuk pelaburan.
Sunway pun ok, cuma harga medium cost kat situ dah mahal. Walaupun begitu, rental rate masih lagi memuaskan.
Soalan budak-budak,
Macam mana nak bagitau bank yang rumah pertama kita tu untuk pelaburan @ selepas beli baru bgtau rumah pertama tu adalah rumah pelaburan?
Tunjuk Tenancy Agreement dan bukti duit sewa masuk tiap-tiap bulan kat akaun bank kita.
Tenancy Agreement dalam bahasa mudah nak paham apa bro? Hehe. Dan lagi satu, dengar kata yang buat bisnes kecil kecilan ni susah sikit nak dapat loan.. Sob sob.. Kerja makan gaji jugak senang katanya..
great thinkin bro.. hehe nampaknya sifu ae dah turunkan semua ilmu..hehe ^^
Mana ada semua. Banyak lagi nak kena belajar
ya betul tu. rumah pertama sebaik-baiknya digunakan untuk pelaburan. ramai yang menjadi jutawan hartanah sekarang ni buat macam ni awal-awal terlibat dengan pelaburan hartanah dulu. susah-susah dulu, senang-senang kendian :)
Betul rumah pertama untuk tinggal tidak larat untuk menyewa dan bayar mahal-mahal dengan menyewa di kawasan Lembah Kelang.
terima kasih kerana sudi berkongsi dgn kami semua. sy baru terfikir utk beli duduk sendiri, tp bila terbaca entry ni. baru terfikir. :)
Pertimbangkan dulu untuk beli rumah pertama tu. Of course pilihan terbaik adalah buat pelaburan dulu.
Bila fikir nak buat pelaburan, kena timba ilmu dulu tapi percayalah, bila dah start melabur dengan ilmu yang betul, memang takkan stop
nk tanya. boleh tak kongsi blog utk belajar ilmu-ilmu pelaburan rumah macam ni? teringin juga nak belajar dulu sebelum beli. hihi. blog abg ensem tu ok jgk kan, blog lain-lain ada? hehe.
InshaAllah habis belajar nanti, rasanya dah boleh fikir untuk ini.. Teruskan berkongsi bro :)
thanks bro ats nsht sgt bguna tu .. mmg skrg ad niat nk sambar 1 rumah .. tp msh blum mmpu .. tp perancangan tu tetp ad .. skurgnya utk ank2 pd msa dpn .. insyaa Allah :)
Boleh guna konsep satu anak satu rumah.
Beli rumah pelaburan untuk setiap seorang anak. Biar bila mereka besar nanti, dah ada harta
Bagus tips yang bro bagi ni. Macam aku sendiri pun memang tak tahu benda ni. Ingat rumah sendiri untuk duduk tu kira rumah untuk pelaburan dah. Ramai lagi yang tak tahu pasal benda ni rasanya.
Ramai yang beli rumah sendiri dengan alasan untuk buat pelaburan.
Silap.
Bila pilih rumah sendiri, objektif kita adalah keselesaan kita. Berkemungkinan besar tak menepati ciri-ciri untuk pelaburan seperti rumah terletak di kawasan hot untuk penyewa.
Kalau nak melabur, buat betul-betul. Jangan separuh jalan. Risiko meningkat kalau kita tak buat betul-betul.
i dulu lpas grad trus smbar rumah right after dpt pengesahan jwtan… x ingin amik keta pun.. mula2 tu ingat nk duduk sndiri tpi tiba2 je dpt better job yg sgt jauh dr umah di beli tu, sayang tpi kena sewakan gak but no problem nk jana income sbb sana hi-demand… then beli rumah lain utk duk smpai skang, i jaga DSR baik2 smpi dpt sambar umah ke-3, pun disewakan…
skang tgah berangan nk smbar ke-4 lak … all my houses are landed property, byr tinggi bank tpi still balik modal bulanan… thank god :)
Alhamdulillah. Tahniah sebab dah berjaya masa langkah pertama (beli rumah dulu instead of kereta).
Bila langkah pertama untuk kebebasan kewangan kita betul, langkah seterusnya lebih mudah.
Saya doakan semoga berjaya untuk rumah pelaburan yang seterusnya :)
Memang betul apa yang ariffshah katakan ini, rumah pertama sepatutnya jadi pelaburan, ini yang menjadi kesilapan saya pada mulanya…rumah pertama untuk kediaman…sekarang nie tgh repair balik kesilapan itu … harap banyak lagi tips macam nie.. :)
Konsep pelaburan dan financial freedom ni mudah sangat sebenarnya.
Kalau kita senang sekarang, memang lambat nak jadi financially free.
Kalau susah sekarang, lagi cepat boleh achieve financial freedom.
Saya doakan yang terbaik untuk Eridy supaya boleh melangkah masuk ke dunia pelaburan dengan betul.
Kene ada berapa banyak rumah utk financial freedom?
Depends.
Untuk saya, kalau pasif income daripada telaga duit adalah 2x current salary, saya boleh anggap dah capai financial freedom.
Boleh berhenti kerja dan buat business atau apa-apa yang saya nak buat.
Tips yang penting. Banyak yang keliru beli rumah utk kediaman dikatakan sebagai untuk pelaburan.
Ada khabar tahun 2015 nanti kemungkinan besar harga hartanah turun 20 hingga 30 peratus. Macam mana tu bro Ariff, mesti dah tak dapat maintain cashflow nanti?
Yes. Ada risiko kegawatan.
Tapi risiko ni lebih terdedah kepada mereka yang main flipping rumah under construction.
Kepada yang memilih rumah sewaan untuk pelaburan, risiko dia kurang sebab biasanya tempat yang dipilih tu dah matang. Jadi ekonomi teruk sekali pun, akan ada penyewa lebih-lebih lagi untuk rumah murah macam apartment low/medium cost.
Terima kasih untuk ini. aku pun cadang nak ada rumah sendiri untuk pelaburan sementara dok dengan parent lagi. tapi kan perlu tengok tempat atau tidak utk satu2 kawasan tu..
Kalau tempat untuk investment wajib
input yang berguna untuk budak yang xtau apa2 macam sy huhu
buat pelaburan dulu kendian baru tinggal
Tq ariffshah for the tips. Kalau boleh nak byk2 tips pelaburan or financial freedom yg tak terlalu deep mcm ni, so that aku yg masih student ni senang faham. huhu… bukan apa… tips yg byk2 n terlalu deep tu, tak sempat nak baca
Will try my best to write more. Thanks for the input Azah
Saya setuju jugak.. kita boleh rolling duit.. dan gunakan duit itu untuk dapatkan rumah yang lebih mantap utk duduk sendiri..