Jumpa tentang kisah ni di forum Lowyat. Rumah yang dikatakan berhantu di Shah Alam SS2 tu sekarang dalam status untuk dijual. Iklan ini diletakkan hari ini. Antara butiran yang disertakan di dalam iklannya:
Kemudahan:
- Berdekatan kedai makan dan restoran ternama
- 5 minit ke Pusat Pengajian Tinggi (Uitm)
- 10 minit ke Shah Alam
- 15 minit ke Masjid Besar Shah Alam
- 20 minit ke NKVE
- 20 minit ke Federal Highway
- 30 minit ke Klang
- Corner lot
- No broker
Rumah telah dibersih dan telah dicat baru sepenuhnya. ‘Tiada Unsur-unsur Luar‘. Sila hubungi Pn. Atilah 019-3984101.
Sebelum apa-apa, saya dah cuba menghubungi sendiri alleged owner Pn. Atilah untuk kepastian, namun tiada sebarang jawapan. Jadi, besar kemungkinan iklan ini hanyalah hoax atau budak-budak trolling. Lagipun, kalau owner sebenar nak jual dan dah siap cat bagai, confirmlah dia tak akan letak gambar lama macam tu. Siapa nak beli kalau rupa macam tu kan?
Mari kita bincangkan dari sudut pelaburan (by the way, jemput ke seminar pelaburan hartanah serendah RM25). RM66k untuk rumah double storey corner lot freehold macam tu kat Shah Alam?? Untung tu beb. Kalau betul dia jual harga tu dan kalaulah saya dah kerja sekarang, memang beli terus je. Hantu tak hantu..
Dah beli kasi renovate cantik-cantik. Spend dalam 30-40k untuk renovation. Bila rumah dah cantik, hantu pun rasa segan nak tinggal. haha.. Paling-paling kalau budak-budak kita tak nak tinggal pun, kasi je pekerja kedai mamak ke, pekerja kilang orang asing ke, atau student foreign dari Afrika tinggal.
Untuk perbandingan, disertakan harga rumah yang hampir kepada spesifikasi rumah ni. Tak tepat pun, just anggaran. Sesiapa yang lebih pakar kat area tu harap bolehlah kasi price range property kat situ.
25 Comments
Tho Ha Iskandar
3 January, 2012 at 9:27 amDaripada e-mel yg aku baca arrr ….. dulu ada student duduk sini. Mmg byk gangguan coz dia berhantu. Kesudahannya dua student mati. Satu mati dilanggar kenderaan dan satu lagi mati penyakit misteri.
farramiera
2 January, 2012 at 12:59 pmrumah mona fendey lagi dahsyat dari rumah nie..daun2 pokok da menjalar tutup rumah..lagi la berhantu ..
kimmie
1 January, 2012 at 10:02 pmrumah double storey harga RM66k, mmg tak dpt la kat Shah Alam. Klu ada duit mmg untung beli.
wanG
1 January, 2012 at 7:46 amsaya nak beli saya nak beli…sesuai utk buat shooting filem seram ni..hehe..
anyway, HAPPY NEW YEAR 2012 TO ALL…
akubiomed
31 December, 2011 at 12:28 pmTerus terang memang tidak dapat harga rumah di kawasan Shah Alam. setuju dengan ide bro untuk memberi nafas baru kepada rumah tersebut.
Emmet
30 December, 2011 at 12:05 pmmurah gile doh, susah nak dapat rumah harga murah gitu zaman sekarang…
syuk
30 December, 2011 at 10:26 amni memang sah2 troll ni. sebab :
1. dekat s.alam tak ada SS2, SS2 terletak di PJ.
2. rumah berhantu tu terletak di seksyen 2, shah alam.
3. ada lagi kot. tapi yang pasti yakin roll sebab lokasi tu.
btw, shah alam value tinggi dan harga rumah kat situ pun paling kurang now 300k.
syafiq_lomotech
30 December, 2011 at 10:10 amkalau betul 66k memang aku angkat. kete pun dah lebih 66k. hantu tak hantu.
Azman
30 December, 2011 at 9:44 amAda pernah dengar pasal rumah ni..mmg ada ganguan makhluk halus…kebanyakan orang sewa pun tak sampai seminggu dah blah…wallahhualam!
Terbakor
30 December, 2011 at 7:32 amBetul ke berhantu tu?sebab dengar budak2 yang pernah tinggal berdekatan situ cakap cerita tu rekaan semata2 je.. wallahualam..
Lord Zara
30 December, 2011 at 6:16 amLOL!
Gila menakutkan. Menipu je kot ni?
Hari tu ada orang nak jual rumah dia, dua tingkat di Muar, siap renovate, memang cantik. Mak aku suruh aku beli, tapi mana nak cekau duit? =.=”
Baru beli kereta, aku tak rasa aku boleh beli rumah dalam masa setahun dua ni.
Tapi kira murah gak la. RM 150k. Takde hantu2.
zietie
5 January, 2012 at 12:18 pmklu nk bli rumah murah2,tkt gak berhantu..nak duduk pn tkt2…anyway,nk tnye…yg rumah kt muar tu boleh bg alamat x?mcm best je dah renovate hrge 150k…tq
encikbeliau
30 December, 2011 at 3:07 amrumah tu mmg berhantu tapi takde lah scary mcm cerita dekat lowyat tu.. sebagai orang islam , kita ada cara untuk mengusir unsur-unsur luar ni contohnya dengan menggunakan bacaan ayat-ayat syifa.
Dalam islam pun , kita digalakkan azan semasa kita melangkah buat pertama kali ke rumah baru. Tujuan nya adalah untuk menghalau jin-jin yang tinggal dirumah tersebut.
Sya Isya
30 December, 2011 at 1:43 amwow! murah sangat dah tu. labur jangan lebur :D
tuanbri
30 December, 2011 at 1:20 amcuba tengok siapa yang letak iklan tu…
Aku rasa 85% iklan tipu.
But you will never know.
Kalau jin , kita boleh usir. Insya Allah tak ada masalah.
CUma boleh ke dapat beli pada harga tu .?
Ariff
30 December, 2011 at 3:11 amok. katakan kalau rumah tu betul2 dijual. Rasa-rasanya bro nak cekau tak?
Saje nak tau pendapat pakar.
tuanbri
30 December, 2011 at 3:18 amkau cuba contact dia…
kalau dapat, kita set appointment dan jumpa face to face.
Nak JV dengan aku ke utk beli rumah ni ?
saya ok sahaja :-)
zie fauzi
30 December, 2011 at 12:43 ampernah dengar kisah rumah ni.. baca gitu2 jer.. kalau betul la nk jual dengan harga tu..murah gila… harga rumah kat Kedah ni pun dah ratus ribu..inikan pulak kat sana… ada duit cheq pun nk beli… buat pelaburan.. :)
Ekspresi Ruang
30 December, 2011 at 12:12 amrumah ni elok buat investment utk disewakan balik kpd pejabat2 kerajaan.
at least diorang xperlu hire security utk jaga mlm2 sbb dah kasi ‘percuma’ waktu sewa nnt. haha
Ariff
30 December, 2011 at 12:17 amItulah. Aku rasa nanti nak tengok balik la rumah mona fendi kat usj tu. mana tau kalau owner dia jual ke? siapa owner dia eh? hm…
Ekspresi Ruang
30 December, 2011 at 7:48 ambsr ke rumah mona fendi tu?
lps ni Ariffshah bley jd femes sbb jd investor rumah2 hantu Malaysia. haha
istana kat perak yg dlm filem tu cuba ko try2 approach. manatau kot2 nk jual. istana tu bro. hehe
titan
30 December, 2011 at 12:07 amaku dengar macam-macam cerita pasal rumah tu. keras kan main. aku rasa ada yang nak membeli. tapi tinggal kat tempat tu..aku rasa tak ramai yang berani. hehe..
Nizam6281
29 December, 2011 at 11:53 pmHahaha siot lah Ariff aku baru jek nak cakap idea yang sama.
Gile hang murah kot.
Rumah kat Shah Alam sekarang makan dalam RM 300 ratus ribu tahu.
Gile murah die jual tanah siap aset rumah pergh perghh!
lynnaiza
29 December, 2011 at 11:48 pmtak pernah dengar pon kisah hantu rumah kat shah alam ni. yang di Johor pernah la.
tapi kalau dah murah,dah tu ditambah pulak dengan lokasi yang strategik macam tu,memang hantu tak hantu laaa.orang ada duit confirm nak je ni.
zuarxpdc
29 December, 2011 at 11:45 pmhaha.sengal je sape yg bt main ni.femes btl rumah tu kan