Renew Road Tax

Reading Time: < 1 minute

Yes. Walaupun aku takde kereta hatta lesen memandu kereta sekalipun (jangan gelak!), aku masih perlu merenew roadtax untuk orang kat rumah. Bukan orang rumah (isteri), tapi orang kat rumah (mak). Oklah tu.. Kurang-kurang dah menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki meringankan tanggungjawab mak. Anak lelaki kena tahu tanggungjawab, kalau tak tak payah fikir la nak kahwin atau nak berdating-dating.

Sekali tengok blacklisted pulak kat JPJ walaupun saman ekor hari tu dah settle semua. Memang sampai matilah dia blacklist dalam sistem MYEG online ni. Faham-faham jelah orang Malaysia punya sistem ni macam mana.. Bila call tanya, “sistem belum update encik.. ” Sistem komputer yang mereka buat memang perlu diupdate secara manual agaknya, kena call JPJ, minta surat atau apa-apa yang menyatakan dah tak blacklisted, hantar ke MYEG lepas tu barulah boleh guna. Kalau tak silap aku, macam tu lah.. Ke ada cara lain?

Nasib baik duit MARA bulan April masuk dah. Hidup sebagai student macam ni la, bila dah terbayar macam-macam sekali selempap (dalam kes aku bayar internet untuk setahun terus) memang minggu terakhir kena ikat perut sikit. Perancangan nak tambah aset emas tergendala kejap. Takpe2. Mungkin bulan ni boleh.


Posted

in

by

Comments

18 responses to “Renew Road Tax”

  1. mas Avatar

    abis blajo nanti ambil terus lesen dik.

    lesen bawak kapal terbang la. baru cool!

  2. luthfi Avatar
    luthfi

    Perghh…. jejauh masih boleh buat itu ini di malaysia

  3. ekspresiruang Avatar

    time key in saman atau status muflis, cpt je key in. tp time kena clearkan nama dari status tu, kena tunggu sampai berjanggut baru nak clearkan.

  4. tips-kurus Avatar

    lesen sah ku masih suci.. :-)

  5. sha myheart Avatar

    sistem yang tak digunakan sepenuhnya, menyusahkan orang lain.

  6. Izwan Avatar

    saman berekor2 ni menyusahkan..bulan lepas lagi siot, kes2 yg dah ditutup kat jpj diorang up balik..nak setel kena tunjuk resit 10 tahun yg lalu..celah mane nak cari.. ada sorg member ayah aku 6 saman kena buka balik..beribu gak r kena hanguskan duit..

  7. Lord Zara Avatar

    Woot!
    Ariff takde lesen pun takpe for time being. Balik ambil. XD

  8. CJ Avatar

    tgh buat lesen…..tapi deal ngan syarikat memandu macam hampeh ja. jadual pon lambat giler nak susunnya..haish. kalaulah kat Malaysia ni bleh mandu tanpa lesen..haha!

  9. titan Avatar

    bayar ajelah..aku pun kena gak. abah dengan adik aku malas beratur..suruh bayar online aje..

  10. nur hidayah isa Avatar

    selempap tu apa?

  11. aizuddin Avatar

    lepas ni renew roadtax untuk orang rumah pulak..

    1. serol Avatar

      hehe..betul tu aizuddin..

  12. takky Avatar

    bro x trigin nk bli kete bwk blik m’sia ke??

  13. munna Avatar

    sure ke blacklisted tu sbb saman ekor?
    (xde lesen lg?muahahahahahaha…^^)

    1. ariff Avatar
      ariff

      yakin. sebab hari tu nak buat dia cakap sebab tu.

      oo.. gelak eh..

  14. neyra Avatar

    aku pun takde lesen haha

    1. ariff Avatar
      ariff

      eny dah amik lesen.. siot jer.

      1. neyra Avatar

        tahu!! siot. kita amek sekali la arep. nak? ahaha