Aku mengambil kesempatan untuk menulis entri ni sempena review contest yang dianjurkan oleh RedMummy. Dah lama tak review blog orang kan.. Note: this is not a sponsored post. Jadi aku tulis berdasarkan apa yang aku fikir dan lihat dan tak berniat nak jatuhkan RM atau sesiapa disebalik tabir blog RM. Kalau nak tengok orang puji dia melambung-lambung, entri ini bukan untuk anda.
Warna yang menyengat mata
Thanks to Afiq Aiman & Aizuddin for the comment
Satu benda yang paling aku tak berkenan pasal blog RedMummy.com adalah warna background dia yang agak menyengat mata. Oklah, mungkin aga keterlaluan kalau nak cakap menyengat mata tu, tapi terlalu banyak sangat merah la. Aku tau ni cara RM menjenamakan blog dia, tapi aku rasa kalau semua benda dah merah memang agak keterlaluan. Jadi sekarang ni, penggunaan warna merah dalam blog RM adalah agak keterlaluan dan boleh dikurangkan.
Cadangan: Boleh gunakan warna merah, tapi pelbagaikan tone atau boleh buat background putih dan gunakan warna merah tu pada tempat-tempat yang bersesuaian. Dengan pendapatan blog RM tu, aku rasa dia mampu sangat untuk hire seorang graphic designer tempatan yang berpengalaman dalam WordPress dan buat one time facelift untuk blog. Kalau tak nak gak, mungkin sesiapa yang disebalik tabir RM tu boleh gunakan tools kat entri Top 10 Resources To The Perfect Color Scheme for Web Designers untuk memilih warna-warna yang sesuai.
Tengok RM pakai merah, warna dalam rumah pun merah, ok.. we get it. Memang RedMummy, tapi biarlah blog tu nampak kemas sikit. Kan tempat cari makan tu.
Banner bersepah di sidebar
Ni satu lagi yang aku kurang minat. Banner bersepah la kak RM. Dahla bersepah, alignment semua kucar-kacir; kalau nak buat centered, maka semua buatlah centered. Contoh tengok ifram Facebook tu, then tengok banner 125 atas tu. Patut lurus je, barulah cantik.
Cadangan: Resize banner-banner tu dan kalau boleh buat satu default size untuk banner kat sidebar macam yang aku buat kat blog ni. Banner Serverfreak yang kat footer tu boleh buang lah kot. Tengok kat blog sampai 3 banner ServerFreak. adoi..
Terlalu banyak link kat front page
Kat front page RM tu terlalu banyak link la. Ada 300+ dan untuk pengetahuan semua Google akan index link 100 yang pertama je. Selebihnya Google akan ignore. This is bad for SEO. Mungkin RM tak kisah sangat pasal SEO, tapi aku tengok ada plugin All in One SEO tu, jadi aku rasa RM ambil kisah cuma tak tahu sangat je. Takpe.. technical guy RM boleh baca blog.ariff atau blog-blog tempatan lain yang ada tulis pasal SEO.
Cadangan: Ada benda yang kita tak perlu sangat nak tunjuk. Mungkin entri pasal RM masuk media dan surat khabar tu semua boleh diletakkan dalam satu subpage (macam page In The Press blog.ariff) kat page About Red. Dengan feature custom menu untuk WordPress, benda tu memang senang sangat dah nak buat.
Simple rule: Better SEO –> Potential for more traffic –> More money.
PR3 – Terlalu rendah untuk blog yang maju macam RM
Terus terang aku cakap, aku tak terkejut blog RM ada PR3 je. Sepatutnya dia boleh dapat PR5 atau paling cikai pun PR4 la. Blog RM popular dan Google memang akan kasi PR tinggi pada blog dan site yang dah sememangnya popular tapi disebabkan blog RM tak optimized dengan betul dari segi SEO dan benda-benda teknikal lain, itu sebab sampai sekarang sangkut di PR3.
Aku aku pasti backlink blog RM memang dah banyak sangat. Blog yang popular memang senang dapat backlink daripada pembaca yang juga blogger.
Cadangan: Blog RM banyak pengiklan luar, jadi untuk setiap banner dan link ke laman web pengiklan, letakkan rel=”nofollow”. Google tak kisah kalau nak jual link, tapi link-link tu semua kena ada nofollow. Mungkin kalau ada boleh improve chances nak dapatkan PR yang lebih tinggi (and of course kalau kurangkan link 300 atas ni la)
Alexa rank yang kurang memberangsangkan
Thanks to Joegrimjow for highlighting this, cuma penjelasan dia mudah sangat.
Takde Google Sitelinks
Ada satu je link ke blog RedMummy: bukti blog tidak mesra SEO
Bila blog tak optimize untuk SEO, Google tak boleh kasi apa sangat walau popular macam mana pun blog tu. Aku bukan nak berlagak dengan sitelinks aku cuma macam yang aku dah cakap tadi, blog RM patut ada dan dah dapat semua tu. Tapi tak dapat, maksudnya ada banyak benda yang perlu diperbaiki.
Ok, nak tanya tech guy blog RM, blog tu register ke tak kat Google Webmasters? Tekaan aku, tidak.
Mobile version
Layari RM melalui smartphone anda, in my case aku guna Samsung Galaxy S
Zaman sekarang ni hampir semua orang ada smartphone dan WiFi pun bersepah sana sini. Kalau tak pun, ada yang beli data plan sendiri untuk smartphone diorang. Jadi adalah satu langkah yang bijak untuk website dan blog yang popular macam Redmummy untuk mempunyai mobile version sendiri. Yes, dalam hal ni aku respek tech guy RM sebab sediakan mobile version untuk blog tu.
Mobile version ni simple, gambar tak load, text je. Jadi dapatlah jimatkan bandwith kepada yang menggunakan data plan yang limited. Memudahkan pembaca. Blog.ariff? Aku masih mencari plugin yang compatible dengan theme ni sebab sebelum ni try memang semua bermasalah. Tak compatible.
Contoh yang baik untuk menulis advertorial
Disebabkan RM ni dah popular, senang sangat untuk dia dapat tawaran advertorial daripada Nuffnang. Apa yang aku nampak ialah, ada beza cara dia menulis entri biasa dengan cara dia menulis advertorial. Bahasa yang digunakan lebih formal dalam advertorial berbanding entri biasa yang lain. Paling senang nak nampak perbezaan dia, tengok entri advertorial, lepas noktah mesti huruf besar. Dalam entri biasa rasanya benda tu tak berlaku.
So what? Kepada yang baru first time dapat peluang menulis advertorial, RM adalah salah satu sumber yang bagus untuk dijadikan rujukan. Tapi, cuba dapatkan seberapa banyak sumber rujukan yang mungkin supaya korang nampak the main idea dalam penulisan advertorial.
Last words
Harap kipas-susah-mati (die-hard fans) blog RM tak mengamuk kat aku lepas ni. Entri ni aku tulis bukan nak menang pun, tapi bila dah ada peluang terbuka untuk review, maka aku review la. Review ni juga untuk pembaca blog.ariff supaya korang dapat belajar macam mana nak buat blog dengan lebih baik. Bukan nak cakap aku terbaik, jauh sekali daripada itu cuma aku ada ilmu sikit jadi aku kongsikan kepada semua.
Kenapa aku tak cakap pasal content? Simple. Content adalah keunikan seseorang blogger. Sebenarnya macam ni, kita buat blog, letak content ikut suka hati kita. Orang yang datang baca adalah orang yang suka dengan content kita. Jadi untuk trafik cari pembaca yang minat dengan content kita atau buat blog dan letakkan content yang orang nak baca. Your choice.
Content wise blog dia ni cerita pasal kehidupan harian dia. Blog RedMummy adalah blog personal. Rasanya aku tak perlu cerita banyak pun sebab pada pandangan aku RedMummy is just another average normal woman. Blog meletup sebab content dia banyak orang baca, terutamanya para wanita yang bekerja dan blogger-blogger perempuan yang lain, dan juga mungkin segelintir yang nak belajar pasal Nuffnang.
P/s: Harap kak RM tak kisah amik screenshot blog ye..
2010/2011 Premium Sponsor
illyz x brani nak komen apa apa sebab illyz still newbie dalam blogging ni.tapi illyz suka ariff nyer blog,Kemas berstail gitu :)
Ramai cakap Merah itu warna berani,Kalau chinese cakap merah itu Hong.ekeke
smarties…great job bro
btw,x paham part PR tu..
yg nofollow…ape tu?
cite sikit…
http://azrijohan.blogspot.com/p/agent-topup.html
Betu Bro,pernah dua kali masuk,tetapi cepat keluar,sakit mata,beb.
Pingback: Alasan Aku Kurang Update Blog. | M! Ni Rashid
ramai orang komplen warnanya yang terlalu striking. tapi tetap ramai masuk kan?
review yg sgt bmanfaat…tp de sape2 ley explain lebih lg psl SEO x? xbpe nk fhm sgt…thanks
tengok page seo atas ni. dah banyak explanation kat sini
tahniah ariff, u deserve it!!
bg review akak nyer blog skit, ahakss
(saya budak br belajar! tgh dan sedang belajar dgn broframestone ni..hihihihi)
review yang penuh maklumat. teknikal, personal semua ada. dr segi teknikal dpt memberi manfaat kepada blogger lain. anyway, congratz menang. u deserved it!
Gerenti page ni ramai viewer ari ni..komen mmg padat dan bernas….serta pedas…opssss…terlebey suda…..he3
Tahniah yek
Ni 1st time datang sini, btw bagus gak review cenggini bleh gak sy share ape yg patut. tq
tahniah!! :D
tahniah…memang layak menang pun…u deserved it!
tahniah. bagus ya review kamu, mmg layak mng! :)
Bagus la RM ni, dia terima teguran dengan hati terbuka, dan kalau betul2, mungkin PR blog RM sama macam blog 1malaysia PM kite..
tokleh bukak blog die depan lembu/seladang/kerbau,habis monitor disondol nanti…bahaye!
wah seronok bc review bro ni…hihi
nak tanya, cane ariff cek berapa banyak link yang ada kat blog RM?
saya budak baru belajar, kalau salah jangan jolokkan..
Guna plugin SEO doctor. Tengok page Facebook blog.ariff. Ada senarai dia.
ok..dah dapat,tq..tq..tapi kan still tak paham ar..hahaha..cek2 punyerla bnyk giler link..cane nak bg kurang ek?
Buang la mana yang rasanya tak bermanfaat untuk pembaca.
kaw-kaw ariff komen RM..terbaek la ariff
nice review ariff!
then, macam mane nak letak rel=”nofollow” tu ek?
tang mana?aku kurang faham la..
rel nofollow letak dalam
wah…tersngat lh kenl dgn redmummy ini…huhuhu
http://cuitsaya.blogspot.com/2010/10/jiran-yang-terlampau.html
memang background blog RM ni terlalu memukau..lepas baca blog dia mesti mata jadi berpinau-pinau jap…adoihhh
Pingback: Redmummy | Review Blog RedMummy.com Sempena Contest Meletup