Ramadhan Buffet @ Nikko Hotel Kuala Lumpur

Berbuka puasa hari pertama Ramadhan biasanya kat rumah je, tapi hari ni lain sikit. Orang Moscow ni telah dijemput oleh pihak Hotel Nikko Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama jemputan media yang lain. Agak terkejut sebenarnya masa menerima jemputan ni, tapi baguslah sebab memang ada slot dalam blog.ariff ni untuk event makan-makan macam ni (Jalan Jalan Cari Makan). Bangga pun ada sebab ada hotel lima bintang yang mengiktiraf blog.ariff sebagai rakan media.

Cerita pasal makanan, aku boleh cakap menu yang disajikan di restoren Serena Brasserie Hotel Nikko untuk buffet Ramadhan dia memang sedap. Main course aku Nasi Goreng Tom Yam, Puyuh Goreng Berjintan, Masak Lemak Cili Api Perut bersama Rebung Muda, Rendang Kambing Mamak berempah dan Sambal Ikan Bilis. Yeah.. Aku suka meratah lauk! Air kelapa muda dia memang terbaik sebab sejuk, segar dan manis.

Air kelapa muda paling best tapi cepat sangat habis :(

Sushi bar pun ada..

Pelbagai jenis kerabu disediakan – Kerabu Mangga Istimewa bersama Ayam, Kerabu Perut Lembu Sapi, Kerabu Udang. Tak berapa minat kerabu sebab aku tak makan sayur sangat.

Section feveret aku.. ohhhh~

Bahagian luar ni ada banyak ‘live’ stall yang menyajikan Kebab Ayam, Ayam Tandoori, Satay, Ayam Panggang, Kambing Panggang… perrggghhh… memang rambang mata tadi. Semua benda nak try!

Dari segi staff dan waitresses (waiter aku tak layan :P) semua pakai baju kurung. Memang ayu gitu.. hehe.. Ada waitress mat saleh pun pakai baju kurung. Nasib baiklah aku datang dengan perempuan, so kena control sikit. Kalau tak.. Tapi memang best la layanan diorang. Itu yang penting sebenarnya bile dine in kat tempat high class macam ni, hospitality matters. Semua staff memang tak lekang dek senyuman dan professional. Rasanya macam takde staff baru tadi.

Tempat pulak memang cantik dan luas. Surau ada, cantik dan besar. Lupa pulak nak snap gambar kat surau. Lama gaklah aku lepak tadi sebab duduk sekali dengan wartawan Kosmo! hehe.. Ada harapan aku masuk Kosmo! lagi sekalilah nampaknya kan? :D Memang gelak sakan gak tadi masa lepak ngan diorang. Very friendly. Mentang-mentanglah masing-masing dah biasa sangat dapat invitation food review macam ni, semua orang relax je buat macam rumah sendiri. Aku yang first time ni memang malu-malu kucing lagi..

Ramadhan buffet Nikko Hotel ni berharga RM90 seorang dan RM45 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) tapi aku cakap memang berbaloi la. Bagi yang tersesat di KL tengah-tengah malam buta dan nak cari tempat sahur, restoren Serena Brasserie ni ada menyediakan buffet sahur pada harga RM45 seorang. Menu yang disediakan untuk sahur antaranya ialah Sup Tom Yam Ekor, Sup Tulang Rawan Soto bersama Nasi Impit, Ayam Goreng Sambal Jering, Sotong Kari Kerala, Sambal Sotong dan macam-macam lagi. Mereka juga ada menyediakan pakej banquet sempena Ramadhan dan Aidilfitri.

Untuk tempahan sila hubungi restoren Serena Brasserie Nikko Hotel di talian 03-27826228. Kalau nak tengok gambar lain juadah yang disediakan (banyak lagi), boleh tengok kat page Facebook Nikko Hotel Kuala Lumpur

2010/2011 Premium Sponsor

51 Comments