Proton Suprima S – Kereta Baru Proton Yang Terakhir?

proton-suprima-s

Kerajaan Malaysia pun dah tak support ‘kereta kebangsaan’ ni, perlukah kita kepada jenama ini lagi?

Kadang-kadang saya rasa takde point dah Proton wujud sekarang ni. Banyak lagi jenama kereta lain yang dihasilkan pada kos yang lebih rendah, tapi sebab wujudnya ‘kereta kebangsaan’ ni, cukai yang berlipat kali ganda dikenakan kepada jenama lain untuk melindungi jenama kita.

20 tahun Proton wujud, berbillion-billion telah dilaburkan namun kualiti kereta yang dihasilkan tak setaraf dengan jenama lain di peringkat antarabangsa. Membela Proton ni ibarat membela mayat hidup.

Maaf kepada pengguna Proton, tapi kena tanya balik la, mereka beli Proton ni sebab suka ke? Majoriti terpaksa beli sebab kereta lain terlalu mahal dan diluar kemampuan mereka. Kalau takde cukai yang melampau tu, rasanya Proton dah bungkus.

proton-suprima-s-depan

Jadi bila mereka keluarkan Proton Suprima S ni, reaksi saya sama je, it’s just another Proton. Buat kereta baru untuk dijual kepada rakyat yang takde pilihan lain untuk membeli.

Ada baiknya kalau mereka lihat jualan yang tak memberangsangkan terhadap Proton Suprima S ni, mereka tutup kedai terus. Kilang besar-besar kat Tanjung Malim tu DRB-Hicom boleh sewakan kepada pengeluar lain. Pasti ada pengeluar lain berminat nak gunakan kemudahan kilang pemasangan yang canggih tu.

Proton adalah sebuah perniagaan yang merugikan. Nak tunggu sampai berapa banyak lagi pendapatan negara dibazirkan untuk perniagaan ini?

Comments

  1. Yopi says

    Sokong n sayang proton..tapi kenapa harga mahal?? Memang la harga lagi murah dari kereta import, tapi kalo takat murah 2-3k baik x yah ceriter, lain la kalo harga preve ni dalam 50k-60k…

  2. asrulhisham says

    kepada admin berhati2 bila bercakap,buat research dulu.tahukah anda suprima s adalah kereta terbaik yang dibua oleh proton.Dekat motoshown luar negara berapa banyak award yang proton dapat……..ini bukan sokong malah nak menjahanam kan kereta keluaran tempatan….Tahukah anda suprima s telah mengalatasi world spec yang ditetapkan oleh pasaran dunia….ia kereta yang berbaloi untuk dibeli….saya dah pandu uji kereta ini…10 bintang boleh saya letak untuk proton…

  3. hjk says

    Buat pengetahuan suprima s dapat ncap 5 bintang.so spe ckp body mcm tin milo,aliminuam dan sebagainya refer blik ape yang anda kate.Jikalau tin milo adakah bmw dan mers 5 star ncap juga tin milo?jgn buat fitnah melulu dan kalo nk kereta yang diingini kerja keras cara halal dan belajar bersungguh-sungguh.Jangan nk mengharapakan bantuan orang dan menyalahkan pihak lain atas cukai dan sbgnya…

  4. zarwin says

    Aku bukan tak sokong jenama proton ni tp walau ada 50 airbag sekalipun dlm kereta lengkap dgn tyr michelin terbaru..Takde erti jika badan mcm Aluminium..Hampeh!.. Walau ajal maut di tgn tuhan tp xde manusia yg sanggup mengambil risiko kecuali xde pilihan..jika proton dpt mnyaingi toyota dr segi ketahanan bdn mgkn sy berpihak kpd proton.

  5. neo cps says

    Aku dah 3 tahun pakai satria neo cps…
    beli baru…belum sempat amik kunci, lock pintu dah rosak…
    6 bulan pakai, absober dah rosak…masuk bengkel..
    1 tahun pakai, bearing tensioner dah tercabut…masuk bengkel..
    1 tahun 6 bulan pakai, intake manifold cps rosak….masuk bengkel..
    2 tahun pakai, absober mounting pecah…masuk bengkel..
    3 tahun pakai, cover bumbung tercabut…tampal sendiri dgn double tape..
    skarang intake manifold cps rosak lagi..bunyi tek..tek..tek..
    Beli neo cps tahun 2010 RM60,313..
    nak jual tahun 2013, used car nak RM32,000 jer…
    hutang dekat bank ada lagi RM38,000…
    PROTON second value TERUK!…
    PROTON OH PROTON….

  6. says

    Kalau ada lah lebih ramai yang berfikiran seperti penulis blog, sampai bila-bila lah sebangsa dengannya hanya menjadi ‘pengguna’ sepenuh masa. Tak ada lah lagi sebangsa yang digelar pemaju (developer) yang sekurang-kurangnya dapat menyaingini pemaju lain. Hanya menjadi pengguna biasa untuk mengkayakan bangsa orang lain.. (Orang yang dah kaya, hidup serba mewah lebih senang hilang lupa diri)

    Aku pengguna biasa. Memilih kereta sekadar keperluan & bajet yang tak perlu Overhead. Apa yang terpenting, jimat petrol untuk lebih KM, keselesaan & keselamatan kereta semasa pemanduan. (Memiliki kereta untuk menunjuk-nunjuk kekayaan, bukan kriteria aku)

    – ‘Kereta murah, jangan disangkal tiada manfaat kerana fungsi utama kereta asalnya untuk memudahkan perjalanan dari suatu destinasi ke suatu destinasi lain. Ada kereta bernilai jutaan ringgit sekalipun kalau hanya menjadi perhiasan, tak memberi sebarang makna.’

    Ikhlas,

    AMIN JOHAR
    (Pendaftar Domain)
    PAKAR NIAGA
    Entri terbaru PakarNiaga.com (AMIN) >> TEKNIK SEO | KATA-KUNCI ITU DUITMy Profile

    • zulsatria says

      Saya setuju Proton memang diperlukan untuk jangka masa panjang. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang memiliki teknologi sendiri kewujudan proton adalah amat penting. Jika dilihat pada kepentingan pengguna mungkin proton dianggap membebankan. Namun jika dirujuk pada sejarah pembuatan kereta lain di dunia mereka juga mengambil masa yang sangat panjang untuk mencapai tahap hari ini. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan proton memiliki potensi yang besar apabila dalam masa 31 tahun telah hampir mampu menyaingi prestasi pengeluar kereta lain. Jadi kita patut beri sokongan pada proton dan mendesak mereka memenuhi kehendak pengguna kereta Malaysia yang bercitarasa tinggi. Jika mereka berjaya melalui situasi ini proton pasti akan muncul sebagai pengeluar kereta terbaik.

  7. jabb says

    Orang Malaysia mmg macam ni. Kutuk dulu sebelum siasat. Sapa cakap Proton tak pernah improve? Dulu pakai enjin Mivec, sekarang dah ada Campro. Campro pun dah banyak advancement dari segi teknologi sejak diperkenalkan 2004. Sekarang dah ada Campro IAFM (Intake Air Fuel Module), Campro CPS (Cam Profile Switching System) dan Campro CFE (Charge Fuel Efficiency). Campro CPS adalah enjin jenis Variable Valve Timing sama seperti VVT-i utk Toyota dan i-VTEC utk Honda. Campro CFE adalah enjin turbo.

    Transmission pulak kalau dulu cuma ada 4 speed AT, sekarang dah ada 5 speed CVT (Continously Variable Transmission). Yang terbaru Proton dah pasang dekat Preve dan Suprima adalah 7 speed Protronic CVT. Kereta Preve CFE dan Suprima sekarang dah ada ABS, EBD (Electronic Brake Distribution), BA (Brake Assist), ESC (Electronic Stability Control), TC (Traction Control) dan 5 star ANCAP rating. ESC & TC ni dekat Toyota Vios, Honda City, Toyota Corolla, Honda Jazz dan Suzuki Swift pun tak pasang. ESC sangat penting utk elak kereta berpusing dan terbalik. Euro NCAP mencadangkan supaya jangan beli kereta yg takde ESC. ESC dianggap penemuan ciri kesalamatan yg penting selepas seat belt dicipta.

    Dari segi handling Proton dah banyak belajar dari Lotus. Kalau standard kereta Jepun dan Korea kat Malaysia masih pakai torsion beam utk suspension, Proton dah pakai multi-link suspension utk tayar belakang dan MacPherson strut utk tayar depan.

    Ni lah masalah persepsi org Malaysia. Proton buat apa pun dorang masih dok terkenang kelemahan Proton pada zaman Saga dan Wira.

    • says

      @Jabb,

      Mungkin saudara salah seorang jurutera Automatif. Orang yang ada ilmu dalam bidang kejuruteraan automatif & mengkaji sepenuhnya tentang industri ini sahaja boleh beri info jelas mengenainya. Pendapat saudara saya sangat sokong.

      Manakala pendapat penulis blog ini masih terlalu cetek.. Mungkin bukan bidang atau karier saudara yang sebenar. Hanya pemerhati jarak jauh. Tak perlu terlalu kritik memukau. Silap-sila makan diri sendiri.

      Proton ni perlu dibangga kerana sebilangan besarnya dari orang Melayu. Sumber rezeki orang Melayu. Yang memperkenalkan Proton pun awalnya juga orang melayu. Kalau orang Melayu sendiri kritik kaw2x produk/servis dari orang Melayu sendiri, tak perlulah lagi jadi bangsa Melayu – (Seolah2x pengkhianat bangsa) – Jadilah bangsa yang sentiasa mundur.. Mungkin itu lah yang diingini oleh penulis blog.

      Sekurang-kurangnya Proton telah membuktikan pengingkatan pembaikan dalam perkidmatan mereka untuk persaingan di masa-masa akan datang yang lebih mencabar.

      (Kalau tak puas hati, ciptalah kereta sendiri.. & cubalah pasarkan.. Tengok berapa biji boleh laku.. ada berani?)
      Entri terbaru PakarNiaga.com (AMIN) >> TEKNIK SEO | KATA-KUNCI ITU DUITMy Profile

    • says

      Mr.Jabb,
      Tentang revolusi pada kereta Proton memang tak dinafikan,dah banyak improvement dari pengalaman lepas.Cuma berkenaan torsian beam tu kurang tepat.Anda membayangkan torsion beam teknologi lapuk.Tak semua teknologi lama kurang sesuai diadaptasi di zaman sekarang.Honda CR-Z pun pakai torsion beam.
      Setiap kereta dibina untuk tujuan dan golongan sasaran tertentu.Tak semua kereta dibina untuk masuk race.Walaupun handling torsion beam tak sesedap multilink,kelebihannya ialah ruang kabin dapat dibina lebih luas,dan juga kurang selenggaraan.
      Sebab tu dalam perancangan membuat model baru,golongan sasaran jadi kriteria penting juga.Kita boleh buat ikut selera kita sendiri,tapi takkan nak jual kat niche market saja?Survival dalam bisnes tu kena utamakan dulu.
      Entri terbaru Major Raidenovich >> Awesome Job by Profess Rim KepongMy Profile

  8. akak tulip says

    akak follow blog awak ni.dan suka point2 dlm entri2 awak.
    cuma frasa org pakai proton sebab tak mampu nak beli kereta lain adalah satu ayat yang agak kejam.hahah
    macam awak ckp diorg ni miskin dan tak berpelajaran la.
    klu awak tak guna ayat tu tak la org marah sgt.

    sebab yes & yes mmg org pki proton sbb itu kemampuan diorg.kdg2 bukan sebab duit je.

    and yes & yes proton need some improvement.

  9. says

    rasenya bg ak xmyusahkan kot. barang keluaran malaysia ni, nape nk tingkatkan keluaran Toyota, Honda. knp nk tlg keluaran luar? proton n perodua tuk org yg berkemampuan rendah, rse bersyukur sbb ada proton n perodua ni. u xptot nk bt stetmen mcm ni, pembangkang je yg komplen iaitu u ariff. “Membela Proton ni ibarat membela mayat hidup”. better u musahabah dri u ariff. byk maknanya proton n perodua pd kami yg with no class , xmcm u high class , 5 star person ariff…. please la fikir dalam2 sebelum nk mention sesuatu, i rse rmai yg xpuas hati bile u all out prkara ni. Jgn nk berlagak sgt bila kite dkt ats ariff….cuba suatu hari u duk bwh plk,,,,bru thu kami ni cmner. Jaga bahasa. salam
    Entri terbaru ain >> Tips Pemilihan Cincin PertunanganMy Profile

  10. Hairie says

    Ariff2.. Duduk malaysia, makan beras malaysia, jalan atas jalan raya malaysia, mak bapak ko kaya tak pakai kereta proton. cakap senanglah. aku membesar dengan proton saga 1st model yg mahathir rasmikan, ada lg elok smpai skrg bapak aku wat g masjid.. alhamdulillah berkat duit halal, tu r kereta yg hantar aku g balik skolah smpai aku dpt master.. alhamdulillah plajaran berkat.. lpstu kereta kedua keluargaku iswara masih ada lg sampai skrg, adikku bawak pergi blk blajar skrg da degree.. Alhamdulillah berkat.. kereta abang aku ptama proton wira, ada lg sampai skrg da anak 3 msh lg jb penang dgn kereta tu.. alhamdulillah syukur.. ko org senang. ko xtahu jasa proton ni pada diri kita.. sy percaya yang setiap orang dkt sini pnh bila kecemasan proton datang membantu.. teksi, kereta polis, peronda lebuhraya dan security taman.. jadi bsyukurlah.. jika xpuas ati, salurkan dijalan yang betul.. sy percaya ariff tak pakai proton tp ariff xsdr bahawa proton pnh bjasa pd kita masa kita susah..

    • Ariff says

      Kelakar.

      Kalau takde Proton, kereta lain yang akan dijual di Malaysia.
      Kalau takde Proton, tak wujud tax yang melampau-lampau untuk bantu Proton.

      Industri automotif sekarang ni memaksa orang miskin beli kereta yang takde kualiti daripada Proton dan Perodua. That’s fact. Baru sekarang Proton nak hasilkan kereta yang elok sikit, tapi tu pun ada pengguna yang masih komplen.

      Industri yang menyusahkan rakyat macam ni tak perlu diberi muka. Kalau takde Proton, saudara Hairie dah lama guna Honda, Toyota dan sebagainya.

      • ruffstuff says

        Yang kelakar nya ialah Encik Arif tak tahu langsung pasal tax, FTA dan NAP malaysia.

        Proton kena eksais tax sama macam kereta CKD. Proton punya cukai eksais 65-75% bergantung kepada saiz enjin. Kereta yang datang dari Thailand cukai import dia 0%. Semua benda ni boleh rujuk dkt MAA, dan Presiden MAA sendiri cakap proton mahal dkt malaysia sebab ada cukai eksais.

        Sejak 2005 lagi Proton tidak lagi dpt rebat 50% dari kerajaan malaysia sebab melanggar FTA punya regulations. Sblm 2005, malaysia ingkar dan terpaksa membayar denda kepada negara-negara FTA sebab rebate ni.

        Kalau takda Proton sekarang, harga kereta tetap tinggi selagi kerajaan tak turunkan cukai eksais dan syarikat kereta tak mengambil untung yang tinggi. Eksais tinggi, margin pun tinggi. Boleh rujuk data dari treasury department, earnings ntuk eksais tax 8 billion tu cuma 10% dari yang sepatutnya. Mana pegi lebih revenues total car sales? Semua pegi dkt kroni UMW, ETCM dll.

        NAP lebih kepada mekanisma untuk memprotek kroni vendor CKD. Bukan untuk protek proton. Kelebihan syarikat import dapat kelebihan cukai eksais sama macam proton, tapi mereka tetap jual mahal kepada rakyat malaysia sebab syarikan ni tak akan dipersalahkan. Yang disalahkan ialah Proton.

        Yang kelakarnya, post ini takkan diapprove saudara Arif.

        • Ariff says

          Sejak 2005 lagi Proton tidak lagi dpt rebat 50% dari kerajaan malaysia sebab melanggar FTA punya regulations. Sblm 2005, malaysia ingkar dan terpaksa membayar denda kepada negara-negara FTA sebab rebate ni. – No rebate, tapi mereka dapat grant.

          Madani explained that the Ministry of International Trade and Industry (MITI) offers various grants to car companies, both foreign and local, to promote value added activities like research and development and vendor development. The Industrial Adjustment Fund (IAF) and Automotive Development Fund are two examples.
          All car companies that carry out completely knocked down (CKD) local assembly of motor vehicles qualify for these grants. The scale and value of the work carried out will determine the value of the grant given.

          These grants are used to off-set the actual excise duty paid through Customs. The considerations used in determining the value of grant given however, are rather opaque. A brief comparison of prices between national and non-national cars suggests that in some cases, these grants are even used as subsidies.
          Perodua, being one of the largest car manufacturers in the country conducts a very extensive list of product development work at its headquarters in Rawang. With Malaysia as its base, Perodua conducts more R&D work than any other foreign brand.

          Thus, Perodua receives one of the highest rebate values and it effectively pays little or no excise duty for its models. This applies to Proton as well.

          As Proton does far more extensive R&D work than Perodua, the rebates received by Proton are even higher. This allows Proton to price its sedans, which traditionally cost more to build, slightly lower than Perodua’s hatchbacks.

          Kelebihan syarikat import dapat kelebihan cukai eksais sama macam proton, tapi mereka tetap jual mahal kepada rakyat malaysia sebab syarikan ni tak akan dipersalahkan. – Untuk kereta import, mereka gunakan alasan nak protect proton dan perkenalkan sistem AP.

          APs drive up prices of imported cars when their availability is artificially limited. The simple rule of supply-demand means that whatever little units imported into the country are now worth more than what it would on an open market.

          Each year, the total number of APs allocated is capped at just 10 percent of the total number of vehicles assembled locally in the year before. This is then split in a 60:40 ratio between Open APs and Franchise APs.

          Why are PIs, which contribute little to the industry, receiving more APs than the franchise holders, which invest heavily to grow the local automotive industry? This is a question that MITI has avoided answering.

          The opaque manner in which APs are allocated to different companies is another point of contention.

          As there aren’t enough cars to cater to the market’s demand, car companies have to choose between setting a lower price and disappointing customers with a very long waiting period, or to limit its sales by charging higher prices. As a business entity, it is obvious that car companies will choose the later option.

          http://www.livelifedrive.com/malaysia/news/view/3802/explaining-the-mystery-behind-high-car-prices-in-malaysia—part-1
          http://www.livelifedrive.com/malaysia/news/view/3808/explaining-the-mystery-behind-high-car-prices-in-malaysia—part-2

          • ruffstuff says

            Betul mereka dapat R&D grant 200 million. Ini perkara biasa yang dipraktikan oleh semua negara. Bukan untuk industri automatif sahaja.

            Contoh, Holden dan Ford dapat R&D grant lebih besar dari Proton. R&D grant memang ada dalam polisi mana2 kerajaan.

            R&D grant berbeza dengan Excise tax rebate yang melanggar peraturan FTA. Sebab R&D grant ini perkara biasa.

            Kalau kerajaan betul-betul mahu membantu Proton, mereka patut bagi grant yang lebih tinggi. 200 million tak cukup untuk pembangunan sebuah kereta dari stage p0/platform. Exora dibina dari platform memerlukan 400-500 juta. Ini boleh kira antara yang terjimat oleh sesebuah pembina kereta. Kalau toyota buat dari platform, kos nya lebih tinggi. Myvi yang rebagde pun kosnya mencecah 220 juta.

            http://www.innovation.gov.au/INDUSTRY/AUTOMOTIVE/INITIATIVESANDASSISTANCE/Pages/default.aspx

          • ruffstuff says

            AP tidak secara langsung mekanisma untuk mebantu atau protectionism method.

            AP telah disalah guna oleh pemegang AP yang menjual AP dengan lebih tinggi kepada pengedar kereta.

            Belum lagi cerita Franchise AP, mereka untung atas angin setiap kereta dibawa masuk. Duit AP ni masuk poket UMW, ETCM etc.

      • mojo says

        Mana encik arif tahu kereta proton takde kualiti?Proton apa yang encik arif pernah pakai?Atau sekadar tengok Top Gear yang suka kutuk2 kereta tempatan?Saya pakai Proton Saga baru ni ok je. Kawan saya pakai Persona dengan Gen2 pun ok.

        • Ariff says

          Saya rasa yang ni semua orang sedia maklum sejak dari dulu lagi cuma itulah, baru-baru ni mereka dah mula tunjukkan improvement, which is good.

          Persoalannya sekarang adakah mereka akan terus memperbaiki kualiti mereka atau mula ambil kesempatan terhadap reputasi mereka yang baru nak naik ni?

          • wawa says

            “proton – committed to be better”
            dari motto pun dah tau proton mmg committed untuk jadi lebih baik (kaizen /istiqamah)

      • Shahmawa says

        Saudara Ariff,
        Saya kurang setuju mengenai anda mengatakan kereta proton hanya untuk orang miskin dan berpendapatan rendah. Saya yang berpendapatan 5 angka pun membeli proton, dan masih lagi menggunakan proton saga 1.5 i tahun 1989 sehingga sekarang. Bukan tak mampu nak beli jenama lain, tetapi jenama proton masih utuh dari segi ketahanan jika dibandingkan dengan jenama lain seperti BMW yg cuma tahan kurang dari 5 tahun, dan lebih terkenal dengan kerosakan dari segi elektronik dan kebocoran minyak enjin. Sama juga dengan jenama VW terkenal dengan kerosakan kotak gear dsg yang tidak tahan lasak dan panas, menyebabkan kereta berhenti secara tiba-tiba.
        Orang melihat kereta jenama proton banyak rosak sebab keretaa jenama ini ramai yang membelinya. Cuma bayangkan jika ramai yang mampu membeli kereta jenama seperti VM dan BMW, anda akan nampak kenderaan jenama ini banyak tersadai dan berhenti di tepi jalan dengan bonet hadapan dibuka sebab kerosakan yang saya katakan tadi.

  11. says

    Ramai yg backup proton nmpknya. Syg bebenor kat Proton ye..haha! Aku tunggang modenas 100 jek. Rasa tak mampu lagi nk habiskan beratus ringgit utk minyak dan segala servis utk kereta

    BTW, aku nmpk effort dan improvement dr Proton but the problem is kualitinya tidak setanding harga yg ditawarkan. Dlm famili aku adalah bbrp org pakai Proton. Tak smpai setahun mcm2 rosak especially power window dan break. Sorry to say.

    Aku setuju dgn ariff. Org kita takde pilihan lain nk beli kete yg murah. Yg ada hanyalah proton dan perodua. Itupon dah kira mahal sebenarnya jika dibandingkan dengan average pendapatan bulanan rakyat malaysia skrg. Belum tolak lagi tanggungan lain.
    Entri terbaru MK Kimi >> Peminjam PTPTN Bakal Disenarai Dalam CCRISMy Profile

    • Ariff says

      Yes proton is improving, finally.

      And yes, kalau nak banding dengan gaji fresh grad sini, memang kereta yang dijual di Malaysia ni mahal!

      Kenapa kereta mahal? Kena balik semula kepada Proton, selagi mereka tak dapat hasilkan kereta murah, selagi tu kereta lain semua jadi mahal.

      Itu yang ramai orang gagal faham. Patriotik tak tentu pasal, hidup sengkek

      • jabb says

        Kenapa Proton dipersalahkan kalau kereta mahal. Bukan salah Proton kalau kerajaan yang kenakan cukai duti eksais 75% dan cukai jualan 10%. Cukai import cuma 10-30%. Proton cuma dikecualikan cukai import tetapi masih dikenakan 85% cukai eksais dan jualan.

  12. eisya says

    ariff, you are good writer….but sometimes with a lot of people reading this blog, you have to be careful of what you are about to share.sy agak terkilan dengan pandangan awk….proton ini kan kereta nasional..cuba awk kaji dulu apa di sebalik brand proton…bukan ke ini syarikat muslim dan kebanyakkannya pekerja muslim….kenapa awk tidak memberi kritikan membina sahaja…sebaik2nya kita support produk muslim, kalau di tutup maka tertutuplah periuk2 nasi pekerja sesama muslim dan juga pekerja2 lain. sy pasti proton telah cuba memperbaharui kelemahan2 yang ada sebelum ini. daripada minta brand ini tutup terus kenapa tidak buat gesaan utk lebih terus memperbaiki….

  13. adam89 says

    preve convert hacthback je trus tukar name. hadoi..klu name sedap x pe jgak..proton terlalu ego!!
    honda,mitsubishi,toyota, nissan amek komen2 dri utube atau blog2 dan dikaji utk dijadikan rujukan utk improvement lg design dieorg.

  14. auta vs fakta says

    dahulu hingga kini banyak yang menghentam proton disebabkan nasib kurang baik, atas sekali dua buat test drive kereta saudara atau hanya mendengar komen orang lain. bagi saya yang biasa ni taklah nak memuji melambung kereta proton atau kereta import tapi, kita kena memandunya selama yang mungkin. kereta pertama wira thirdhand, pakai takda masalah besar, kereta kedua vios j pun lebih kurang perfomerce sampai kereta yang ketiga persona pulak. pun sama takada masalah besar. setakat bunyi, goncang, ke apa yang maslah kecik semua kereta akan jd. kita tengok kenapa kereta boleh mengalami masalah? yang pertama cara menggunanya. kalau tekan macam kereta fully modified dari statik kepada laju memang akan jd masalah engin. yang kedua, part luaran pulak harus dielakkan dari masuk lubang selalu, letakkan kereta ditempat kering dan tidak panas. baru part akan berada dalam good condition dengan minyak gris yang tak mencair, beering yang tak berkarat. benda kecil tapi mendatangkan kepuasan kalau menjaga dengan baik. itu pengalaman saya sahaja. lain orang lain nasib. http://billyinfo.blogspot.com/2013/05/gambar-polis-uk-guna-kereta-proton.html#axzz2cNG6o06T

  15. Wan says

    Proton sudah sedaya upaya untuk membetulkan imej yg buruk. Setiap model yang terkini menampakkan perubahan dari kualiti.

    Kereta yang terbaru ini nampak bertujuan memberikan keselamatan pada pemandu dan penumpang dgn membekalkan 6 airbags. Cuba la cari kereta mana yg bg 6 airbags dengan harga yg lebih kurang sama.

    Oleh kerana penulis sgt menginginkan proton tutup, cuba bayangkan berapa byk syarikat vendor (kebanyakannya syarikat bumiputera) yg bergantung harap kepada proton. Setakat ini proton ada lebih dari seratus vendor! Silap2 ramai saudara penulis yg diberhentikan jika proton tutup.

  16. firdaus says

    Proton sekarang sudah banyak peningkatan. Bagi syarikat yg masih muda dalam industri automotif ni, pencapaian proton pada tahap skrg boleh dianggap normal. Sama juga macam kereta jepun dulu..yg berkualiti rendah tetapi orang jepun tetap membeli kereta mereka.Disebabkan org jepun membeli kereta mereka. kereta jepun berjaya maju ke depan dan keluar untuk di export..Sama juga dengan kereta korea..industri automotif korea lebih awal daripada industri automotif di Malaysia.

    Industri automotif korea juga disokong oleh kerajaan korea dan pernah mengalami kerugian.Amerika syarikat juga memberi dana kepada kerajaan korea selatan untuk meningkatkan keupayaan syarikat korea selatan. Mereka banyak kelebihan berbanding kita kerana Amerika Syarikat sering membantu mereka disebabkan wujudnya ancaman dari Korea Utara.

    Sokongan rakyat korea pada produk mereka sangat tinggi kerana sifat patriotik mereka. Mereka memandang tinggi barang mereka sendiri berbanding barangan luar. Kebanyakkan barang luar tidak mendapat perhatian orang korea.Faktor ini juga menyebabkan jenama korea semakin maju seperti samsung.Perlu diingatkan bahawa orang korea, jepun dan indonesia mempunyai sifat patriotik yg sangat tinggi.

    Rakyat malaysia kebanyakkan nya tidak sepatriotik rakyat jepun atau korea. Oleh kerana itu kerajaan terpaksa mewujudkan polisi supaya industri automotif kita dilindungi. Kebanyakkan negara mempunyai polisi untuk melindungi syarikat tempatan dengan mewujudkan cukai dll.

    Bagi orang islam pula, kita sepatutnya membeli barangan buatan muslim kerana disitu kita dapat menolong sesama islam.Syarikat muslim mengeluarkan zakat tetapi syarikat lain tidak.Sunnah Nabi pun menyuruh kita menyokong dengan membeli barangan muslim. Dengan membeli barangan muslim, kita bukan sahaja memajukan syarikat dengan meningkatnya keuntungan dan meningkatnya pemberian zakat, malah syarikat tersebut dapat melakukan lebih byk RnD dan pengetahuan tentang teknologi terkini.

  17. Awang Cangkul says

    Duit lu duit lu la. Duit gua duit gua. Pilihan ikut hati sendiri la. Apa pulak kutuk proton? Lu specialist automotif ka? Gua pakai Gen2 used lama pon tahan tak pernah rosak pun . Bole lari cecah 210 km/j lagi. Berapa banyak kereta proton lu pernah pakai? Berapa banyak pula kereta import lu pakai? Jangan kutuk proton la kalau kail panjang sejengkal.

  18. siti kohagi says

    salam. sy terbaca artikel ini semasa google pasal Suprima S. sy x kisah pun kalau empunya blog sebenarnya memang anti proton dengan sebab yg dinyatakan itu. sy ada ramai sahabat sy mcm tu dan sy faham.

    just nak register kat sini jelah. sbb sahabat2 yg mcm tu jg x faham kenapa org beli proton. point patriotik ni pun ya jg inilah yg membezakan orang yg anti proton dan org yg pro.

    sy beli proton sebab kereta proton mmg cantik dan ada beberapa kelebihan lain. kekuragangan tetap adalah.

  19. says

    wah.!!!! “tiada kata secantik bahasa… untuk ku puji adinda” siapa yang langgan artikel bro ariff dah faham dah. Dia memang begini.. Jelouslah denga traffik lepas ni.

    Duit ada, belilah apa nak beli.

    Penyokong dan pembangkang sangat saling memerlukan antara satu sama lain.

  20. panglima says

    Lantak lah pasal kualiti proton ke apa. tapi aku tak puas hati pasal nama Suprima S tu. Dalam contest, diorang kata tak leh lebih dari 6 huruf. tapi tup2 yang kuar, lebih dari 6 huruf. Nama ea plak mesti dalam bahasa melayu, tapi aku tak pasti suprima tu ada lam kamus dewan ke tak. aku rasa lain kali, tak payah lah nak wat contest bagai, kalo siang2 lagi dah ado namo lain. wat sakit hati aku je.

  21. says

    Membantu proton atas nama menghidupkannya untuk tunaikan tanggung jawab agama, bangsa atau negara memang bagus.

    Tapi memberikan keistimewaan berlebihan sehingga mereka manja naik lemak seumpama memanjakan anak sampai tak dapat berdikari.

    Itu namanya bukan membangunkan, malah sebenarnya membunuh dan merosakkan potensi.
    Entri terbaru Mohd Shubhi >> 5 terbaik dari Hidupringkas #11My Profile

  22. s3juk says

    Byk yang bash dalam nih…pakai ah beng jah pun….setakat pakai myvi, forte, city, vios, almeera tayah nak boom banggg sgt la..buat malu org kampung jah dengaq….yang ataih2 tu lagi la tadak apa pun nak dibanggakan..puak2 tuh ja pun yang duk sakan hentam pun..ngeh ngeh ngeh

  23. kudin says

    Cantiklah hang punya tajuk. Habih semua hanggin. Ak rase hang saja nk test mcm post kawin 50ribu sblm ni. Bg semua org baca. Hhahaha..apa2 pun hang berjaya curah api kat depa. Habih semua tension. Jgn slalu cm ni plak

  24. says

    Pendedahan yang berani oleh bro Ariff, tetapi saya agak kurang bersetuju walaupun akur setiap point yang diberikan ada kebenarannya.. Pasaran akan menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat automotif itu, ada pro dan kontranya kewujudan Proton di Malaysia ini. Saya akui, pendapat yang menyokong dan tidak menyokong Proton kedua-duanya mempunyai alasan yang kukuh dan betul..terpulang kerana itu hak masing-masing.
    Entri terbaru Yus >> Toyota Vitz GRMN Turbo Limited Edition – hanya 200 unit dikeluarkan, untuk pasaran JDM sahajaMy Profile

  25. razi iskandar says

    aku like komen alan tsukasa, tp pjg sgt. aku dh pakai preve cfe lebih setahun. B4 beli aku compare dgn city, vios, forte sbb kete tu sume mahal sikit dr preve cfe. Tp on paper spec preve lg bagus, malah setanding dgn kete cc 2.0. Yg plg aku suka preve lg luas, power & torque tinggi. aku biasa bwk honda city kakak aku, mmg preve lg luas & selesa. Nk kata xde kemajuan, enjin campro dr zaman waja, skrg dh cfe. Vios yg dh brapa belas tahun pakai enjin sama, xde lak org komplen toyota. aku mmg puas hati pilih preve cfe dgn harga rm72k. Mmg lg brbaloi dr amek city, vios, forte full spec yg harga lg mahal.
    Yg duk cite psl tax lak, korg rasa tax tu bole turun immediately ke? Bukn proton yg impose tax. Nasib la korg duk dlm negara yg kerajaan impose tax tinggi…

  26. says

    Ini yang di namakan bloggers yg x patriotik …. jika Kita nak komen pasal proton biarlah komen yg membina bukan menjatuhkan… jika u mampu nak beli kereta import sila lah pakai … jika u setakat makan gaji ingat mampu sgt ke ?? pandangan sy Proton masih baru dalam industri ini … banyak perubahan dan langkah2 yg dilakukan demi penambahbaikan model sedia ada.. bnyk perubahan yg telah proton lakukan bro… nak bandingkan honda mereka dah 80 tahun .. kia hyundai sudah 40 tahun Proton ?? lu pikirlah sendiri … itu pon byk kejayaan proton telah kecapi ada lu org tau … pikirlah sendiri

  27. hanafi says

    Proton getting better dari masa ke masa.. compare to other national car yg rebadge model… proton jauh lebih baik dgn RnD dan model menarik dgn harga lebih murah.. Kualiti? Keta luar pun lebih kurang teruknya.. Expecially keta Jepun n perodua.. overprice…

  28. Hang Tuah says

    Assalamualaikum. Ada yang benar, dan ada juga yang tak dalam artikel ni. Ini sekadar pandangan saya.

    Saya setuju bab Proton tak setaraf dengan jenama antarabangsa. Proton has been in the market for 20 over years, sepatutnya problem kecil-kecil seperti spring signal lever yang tak berfungsi dan cepat rosak dah boleh diatasi. Masalah yang significant macam ni lah yang merosakkan nama Proton. Apa yang diorang buat dalam masa 20 tahun lebih tu? Takkanlah problem macam tu pun tak boleh nak overcome? Seriously speaking, kita jarang dengar masalah yang kecil macam ni kalau foreign car. Kalau ada pun, sangat jarang.

    Tapi, saya tak setuju kalau saudara cakap Proton untuk orang yang tak mampu beli kereta import. Ya, mungkin ramai yang beli sebab terpaksa, tapi ramai juga yang beli sebab suka. Ramai je kawan saya yang professional drive Proton. Bila saya tanya “Bila nak tukar kereta?” Mereka akan cakap yang mereka dah sayang dekat Proton. Mustahil lah untuk mereka sayang kereta tu kalau ia seburuk dan seteruk yang saudara canang-canangkan.

    Local and import cars both have their own pros and cons. Banyak juga orang yang pilih kereta import, tapi menyesal sebab maintenance cost memang sangat tinggi. My uncle bawak Mercedes, tapi dia cakap dengan saya sekali servicing 8k. Pernah sekali rosak, masuk bengkel, 12k terbang. Kalau cukai diturunkan, atau ditiadakan, apakah harga maintenance juga akan turun? Saya kurang arif pasal benda ni, sebab tu saya tanya.

    Maaflah kalau komen saya ni mengguris hati saudara.

    Selamat Hari Raya,
    Maaf Zahir dan Batin.

    Assalamualaikum.

  29. koko says

    Sebenarnya kereta proton ni sudah banyak improve berbanding dahulu,apa yg belum berubah tenttang proton ni adalah nama buruk model dulu yg org dok sebut sebut.
    proton telah merubah…apsal org kate masih tak berubah? sebabnya
    1. mentalliti perkerja proton itu sendiri..jgn burukkan majikan sendiri, dah kerja sana proton susah depa gak susah,,pernah aku hantar kete gen2 ada masaalah, boleh pulak perkerja servis tu kata memang proton bergini..sepatutnya kate lah saya cuba selesaikan masaalah awk..
    2.nama yg berbeza banyak sangat..sebab tu la org kate masih tak berubah..patutnya kena bersihkan nama lama dulu, baru buat baru..buat kereta design baru namakan dgn nama lama, baru org kata sudah .berubah..pemikir proton kena pikir ni..bersihkan nama buruk..klu tak bersihkan sampai bila pun buruk je org pandang..
    3. Jangan buat perangai lama, yg mana rakyat malaysia merasa di anak tirikan..jual kat luar negara spec tinggi, pulak tu harga lebih murah..patutnya kena tiru jepun, kat dalam negara buat yg terbaik, harga pun terbaik yg boleh di tawarkan, kualiti eksport pun mesti sama..baru rakyat malaysia, tak rasa di anak tirikan..pengurusan proton kena prihatin..sila baca forum2
    4. Proton kuar kan sereta mesti ikut trend semasa, jangan musim dah tamat baru nak buat.. contohi model myvi, kenapa sgt laris sebab body kit luaran dan dalaman ikut trend semasa..pemikir2 proton mesti selalu baca dalam web2 apa dia trend semasa..contoh masa org minat caldina..buat la body kit ala caldina, bukan perlukan belanja tinggi pun cuba reka body kit yg bersesuaian dgn trend semasa..
    5.Proton kena buat aksesori/injin/spare part/ kereta yg boleh di share untuk apa2 model…belanja RND pun boleh di optimun kan.
    6.Bersih kan nama buruk paling penting.. kenapa nama masih buruk pada hal dah banyak di buat perubahan? sila pemikir2 proton renung baik2 masa nak tido tu pikir lah.. ambil sebatang pen dan kertas..coret apa yg terlintas…

  30. rish says

    yang dok compare proton dengan kete import luar pasaipa tak tau… proton tu baru 20an.. kalau budak blajar tak habis lagi.. nak duk compare dgn kete luar yg experience da berpuluh taun.. adesssss… kalau kerajaan tukar kete import tak guna kete malaysia… setuju tak kalau aku cakap bukan sebab kualiti? tapi sebab lain? hahahahaha

  31. Alan Tsukasa says

    as’salam, seronok baca komen-komen disini. ada yang positif, ada yang negatif, ada yang berjenaka, ada yang serius. tapi sebelum kita membuat penilaian, atas dasar apakah penilaian tersebut dibuat?

    – Fakta
    – Auta
    – Komen pengguna
    – Khabar angin
    – Persepsi
    – Emosi
    – Bias
    – Hasil ujian / kajian

    sebelum teman-teman disini membuat penilaian, apakah fakta tentang Proton yang diketahui? ada yang kata mereka dengar komen daripada pekerja proton yang berkata jangan beli produk proton. tapi pelik, mereka masih bekerja disana dan makan gaji daripada proton juga. kalau betul proton teruk, kenapa mereka masih bekerja dengan proton? oh, persepsi teman-teman mungkin dia hanya mampu bekerja dengan proton sahaja.

    para pemilik kereta proton juga, adakah mereka ini tidak menilai kereta sebelum mereka membelinya? kalau persepsi teman-teman bahawa mereka tidak mampu memiliki kereta import, sila selidik dahulu. mungkin sebelum ini dia pernah memiliki camry, accord, civic malahan lancer. siapa diantara teman-teman pernah soal selidik mereka yang bertukar daripada jenama luar kepada proton? adakah mereka tidak mampu? ada yang membeli kereta proton sebagai kenderaan harian, kenderaan jenama luar cuma sebagai ‘weekends car’. ada sesiapa yang mengambil kira semua ini?

    ya, kereta proton tidak lari daripada mengalami masalah. tetapi adakah jenama luar bebas masalah? accord pun ada masalah, golf pun ada masalah, ferrari pun boleh terbakar. ramai yang komplen tentang gear cvt yang proton guna, enjin yang underpower. tapi siapa pernah selidik, enjin kia dan hyundai sebelum ini juga underpower, gear DSG volkswagen pun bermasalah, toyota ada masalah brek, honda pernah buat recall kereta, tetapi balik-balik power window proton juga yang popular. nampak agak bias disini.

    teman-teman mengatakan proton masih di takuk lama, tidak berkembang, kereta tidak berkualiti. tidak mengapa, teman-teman mungkin tidak tahu fakta tentang proton. siapa tidak tahu, proton dah lebih 25tahun di malaysia. adakah syarikat pengeluar kereta nasional wujud di thailand, singapore, indonesia atau filipina? teman-teman membandingkan dengan jenama dari korea pula, tetapi ibarat membandingkan epal dengan durian. memang durian diminati oleh rakyat malaysia. adakah teman-teman tahu, gen-2, persona, savvy, saga BLM, FLX, exora, satria neo, preve dan yang terbaru suprima s adalah ciptaan proton sendiri? yang menyokong perodua pula, sila nyatakan kereta ciptaan perodua sendiri kepada teman-teman. jangan terkejut kalau anda jumpa alza dengan badge toyota di jepun. mesti bangga owner alza sebab toyota ambil design perodua ya. jadi adakah itu bukan satu kemajuan proton, membina kereta sendiri?

    bagi yang mengagungkan jenama jepun, cuba semak betul-betul. adakah kereta mereka yang dijual disini merupakan buatan jepun 100%? rasanya honda malaysia import kereta dari kilang di thailand, ingat berita kilang honda di thailand banjir? dari kilang yang sama kereta honda yang masuk ke malaysia. toyota pula kalau tak silap saya buatan indonesia, sebab kilang toyota pun ada di sana. err, mana kereta buatan jepun ya? yang pakai honda civic type R, wish dan alphard baru betul buatan jepun. sebab import terus dari negara matahari terbit tersebut. bagi jenama korea, tak sempat nak kaji lagi. tapi teman-teman kan rajin mencari kelebihan kereta jenama korea berbanding proton, alang-alang boleh kaji sekali kereta tersebut di-import dari mana.

    akhir sekali, semuanya bergantung kepada duit poket dan baju di badan sendiri. sendiri mahu ukur, sendiri mahu ingatlah. kalau anda kata vios lagi jimat minyak, perbezaan harga antara vios dengan preve sahaja dah boleh isi minyak untuk setahun dua. nak salahkan kerajaan kerana cukai tinggi, adakah kerajaan yang menjual kereta? pengeluar kereta walaupun dikenakan cukai oleh kerajaan, masih mengaut keuntungan bagi setiap pembelian oleh teman-teman. jadi siapakah ‘the ultimate loser’? fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.

  32. nasri says

    salam.. dude.. thats is the proton yg still under kerajaan b4 diswastakn.. mmg teruk.. politician bodo bahalol amek kesempatan kaut duet.. supply brg xde kualiti.. sbb tuh name proton jatohh.. skg nih proton makin improving after DS syed zainal abidin jadi ceo sjak pengeluaran exora… still not good but impoving after that fucking bullshit politician took advantages over proton.. to hell the politician… did u follow the current situation of proton?? how good is Proton Preve right now?? u as a ”popular” blogger shud dig some more infos… dont throws lies irresponsibly…

  33. says

    Saya bersetuju dengan semua pandangan diatas.

    Mari kita lihat dari sudut tanggungjawab sesama muslim. Pembangunan Proton merupakan fardu kifayah kepada kita. Selagi tiada pembangunan kenderaan muslim maka kita menanggung dosanya bersama.

    Saya selalu didik anak saya bahawa isikan minyak di Petronas banyak kebaikkannya. Selain keadaan surau yang selesa disediakan oleh pihak Petronas, saya yakin bahawa pada setiap keuntungan yang diperolehi ada bahagian zakat yang diperuntukkan untuk asnaf-asnaf yang layak menerimanya.

    Bagaimana dengan proton? saya berbaik sangka bahawa mereka juga melakukan sesuatu yang baik untuk ummah

  34. encikkaripintar says

    Bro, toyota n honda, dan skrg Kia n Hyundai, dorg mahal sebab dorg push dorg punya model upmarket n brand value perception by malaysian.

    Dorg xkan nak letak harga kereta dorg sama atau hampir dgn proton sbb dorg rasa xlayak letak harga tu, sbb kastemer akan beli jugak n dorg ambik kesempatan utk ambik profit margin lebih tinggi.

    Honda insight n Toyota prius yg hybrid tu kenapa harga x sama dgn pasaran kuar? Sdgkn cukai dah kurang sgt sbb insentif green car??

    Nak kereta murah?

    Suruh Honda bwk masuk Brio n Toyota bawak masuk Ethios yg built in India tu. Berani ke? Sebab kualiti n safety teruk dr proton lg.

    Toyota Agya yg pasang kat indon dah pergi mana???

  35. says

    Bro, gua dah usha annual report Proton Holding (2011) & DRB-Hicom (2012), gua tak rasa yang PROTON bermasalah dan tidak menguntungkan as compared to tahun 2009 sebab all the ratios (esp. gearing ratio) can be considered as acceptable & healthy, walaupun kualitinya teruk. Manakala untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dalam negara (at this moment), sebaiknya tarif cukai kenderaan luar diturunkan sedikit demi sedikit macam yang cuba dilakukan oleh kerajaan sekarang.
    Entri terbaru Abang Ensem Berketak >> Rumah Mampu Milik Versi AEMy Profile

    • Ariff says

      Rujuk annual report DRB 31.03.2013, muka surat 142


      PROTON contributed revenue of approximately RM312,778,000 and profit after taxation of approximately RM8,294,000 to the Group for the period from the date of acquisition to 31 March 2012.

      Had the acquisition taken effect at the beginning of the financial year, the revenue and LOSS after taxation contributed to the Group would have been RM8,010,959,000 and RM606,305,000 respectively.

      Jadi ikut pemahaman saya yang tak pernah kerja bank ni, Proton actually rugi RM606 juta in 2011 lah kan?

  36. says

    Gua suka dengan entri lu sebab ianya bakal menambahkan ‘kekayaan’ gua dalam jangkamasa terdekat kerana, bila PROTON bungkus, ramai pekerja PROTON akan menganggur. Bila ramai pekerja PROTON menganggur, pekerja PROTON ni (terutamanya yang bekerja di Kilang Shah Alam) dah tak mampu nak bayar instalment rumah diorang. Bila dah jadi cenggini, pekerja PROTON terpaksa let go pada harga yang murah dan bila dah murah, rugi la kalau gua tak beli. Betul tak? Ini dari sudut mikro, cuba fikirkan pula dari sudut MAKRO. Lu rasa kita untung ke atau rugi? hehehe.
    Entri terbaru Abang Ensem Berketak >> Rumah Mampu Milik Versi AEMy Profile

  37. says

    Setuju dengan Ariff.

    Kalau nak cakap pasal kerosakan, itu depends pada pemandunya. Pandai jaga, lamalah boleh tahan. Cuma dari segi kualiti tak dinafikan jenama Proton ketinggalan. Dulu pernah drive Proton Saga BLM baru tak sampai sebulan beli (kawan punya) tapi rasa macam naik playwood. Tutup pintu pun rasa tak yakin takut rosak sebab rasa macam rapuh. Secara jujurnya kereta Proton Saga arwah ayah saya tahun 1984 lagi berkualiti, sampai sekarang ok.

    Siapa yang pernah drive kereta Proton dengan kereta import mesti terasa bezanya.

    Apa pun still lagi mengharap Proton dapat produce kereta yang setanding kereta import.

  38. faiz says

    Salam bro..rasenye bro selaku blogger xbley bg pandangan camni hanya berdasarkn nama proton trus kutuk..bro kena phm proton masih baru dan modal xsebesar mcm kete2 luar yg femes tu..aku skarang pkai preve.aku kagum ngan improvement proton bile pkai preve..compare ngan vios..city..forte yg lg mahal,mmg preve lg sedap..org yg pkai proton saje yg tau..don’t judge berdasarkn name proton..nk buat kete baru mmg kena duit byk utk rnd..aku yakin dlm 5-10 thun proton akan kuar kete yg mantap..

  39. Fasha says

    rasa macam pelik plakkkk… bukan kah Malaysia adalah negara penyertaan AFTA… sebarang kereta yang dikeluarkan dalam negara ASEAN dikecualikan cukai import, duti import… termasuk toyota yang dikeluarkan di thailand… Honda CKD (malaysia)… tapi kenapa still mahal??? siapa kata Proton dilindungi kerajaan… Proton, Produa, Naza, Toyota, Honda, Nissan semua dikenakan cukai yang sama berdasarkan pada CC jika nak jual di Malaysia… nampak tiada ilmu di situ dalam bab cukai… tahukah Preve sebelum cukai adalah kurang dari RM40K… cuba tengok Preve semenanjung dengan langkawi, lebih kurang sama sebab di langkawi proton kena cukai, tetapi honda, toyota tak kena cukai… siapa kata kerajaan bela proton???

    biar pakai kereta murah tapi spec tinggi dan duduk di rumah mewah… Kereta adalah liabiliti… rumah adalah aset…

  40. says

    Kereta pertama saya adalah Proton Iswara @kereta kebal dan kereta kedua juga dari jenama Proton Gen2. Saya malas hendak berkongsi masalah yang boleh dikatakan major ketika tempoh jaminan.

    Harap Proton berkembang maju setelah diambil oleh DRB Hicom dan anugerah antarabangsa yang dikecapi belum lagi memberikan keyakinan. ‘Expectation’ pengguna adalah tinggi membandingkan jenama yang sudah lama dipasaran sebelum perang dunia lagi. Masalah remeh-temeh terutama kualiti aksesori perlulah serendah ‘minor defect’.

    Kereta jenama besar pun tidak lari dari masalah seperti pernah berlaku kepada Toyota.

    Nak kata tidak ada perubahan tipulah kerana pemilikan Lotus dan kerjasama dengan Mitsubishi Motor ada memberikan impak kemantangan kepada Proton. Seperti saya tulis diatas ‘expectation’ terlalu tinggi diharapkan oleh pembeli Malaysia.

    Kalau ditanya kepada saya. Adakah saya masih menaruh harapan kereta buatan Malaysia. Ya harapan itu masih ada.

  41. says

    kalau tak puas hati sebab tax, yang korang kena komplen ialah kepada kerajaan yang memerintah yang korang pangkah.. bukan pada proton… bukan proton yang naikkan tax tu untuk keuntungan proton..

    kalau duti import tak ada pun lagi baik untuk proton. baru lah persepsi yang salah terhadap proton tak timbul.. masa tu baru la nampak yang mana baiknya proton yang mana buruknya proton, dan yang mana baiknya jenama luar dan buruknya jenama luar… proton kan dah di privatise, so tak apa la kerajaan tak sokong kereta nasional pun.

    kereta import pun tak semestinya bagus sangat..ramai member & family aku pakai jenama import juga. ada kebaikan & keburukan yg bila timbal balik, lebih kurang jer..

    Sekarang ni cukai import akan diturunkan secara berperingkat oleh kerajaan. harga kereta import pun makin murah.. jazz pun baru rm75k jer.. tgk la dulu mcmana. kalau proton memang takleh bersaing biarkan je la proton dengan labunya.. tapi kaalau proton memang semakin baik & mampu bersaing di peringkat global, nama proton la yg kita boleh sandarkan untuk dibanggakan.. kalau tak, korang nak bangga dengan apa lagi? pakai pun kereta orang lain buat jer, takde kereta jenama sendiri..

    Bagi aku , model-model baru proton dah makin baik & tak banyak problem.. kereta import pun ada je problemnya & kalau dah kena, lagi banyak duit kena keluar.. exora bold, preve cfe, boleh dibanggakan la kalau banding dengan kereta lain sekelasnya.. Resale value pun lekat tak jatuh sgt..

    Satu benda proton memang kena improve banyak ialah after sales service..

    Aku harap proton akan continue & pergi lagi jauh.

    p/s: pandai en arif main dengan keyword n topic panas utk tarik visitor…
    Entri terbaru imran >> Perfume Original untuk Hari Raya?My Profile

    • Ariff says

      Hm.. Kalau tulis semua benda pun nak kaitkan dengan tarik visitor, susah jugak la. Takkan nak komen pasal current isu pun tak boleh?

      Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen.

  42. asha says

    Penah pakai proton tak? Penah drive jauh2 tak? Sy guna proton persona yg mula2 keluar, now dah 5thun. Ye mmg btul saya tak mampu lgi nak heli kete import.mtp sejak dh pki 5thn ni, alha,dulillah tak ada apa2 yang nk dikomplenkan. Servis cukup time, now dah 200milag. So far tak overhaul lagi, but stil leh bawak jauh2.. ada duit lebih bru nak overhaul.

    • Ariff says

      Pernah dan pernah.

      Now nak tanya, pernah bawa kereta lain (Honda, Suzuki etc)? Kalau pernah, boleh nampak dah beza kualiti antara Proton dan yang lain

      • says

        saya setuju dgn saudara penulis. Bila drive kereta non-nasional, memang feel lain. Best. Proton x menguntungkan, market nya kecil. Cuma mostly harapkan market malaysia

        • omanjedi says

          yang nie aku sokong…last year raya aku pakai kereta aku (NEO CPS) dan time jumpe jem raya kat Tanah Merah Kelate, aku cukup rasa stress dan penat….tahun nie aku pakai keter bini aku, KIA forte dan walaupun jumpe jem raya yg sama, tapi mood sgt lain dan badan rasa tak penat…international companies concentrate dgn driving ergonomics dan interior effect kepada pemanduan…dalam hal nie aku terpaksa akui yg mmg kereta luar mmg ada advantage dalam hal nie

          • kah kah says

            kah kah. dok soh la compare satria neo kecik ngan forte. memang la rasa lain. Duduk dalam satria neo kecik pastu sekat dalam jem memang la hangin. Duduk dalam kereta besar sikit tak lah rasa sakit hati sedikit. Sebenarnya tuan ini menginginkan kereta yg lebih besar, try beli preve, besar juga tu.

  43. says

    still pakai perodua punya jenama.. mungkin next ye tukar kereta luar pulak.. honda ke.. sebab gomen pun lebih suka pakai kereta luar..akan datang jenama honda jabatan kerajaan akan guna tukar dengan perdana… emmm gomen pun dah taknak pakai jenama proton..mcm mana kita yg nak pakai..
    Entri terbaru myvitrd dot com >> Isi Borang Penamaan KWSP Secara OnlineMy Profile

  44. Anak Tempatan says

    Oh ya Honda Toyota Kia Mercedes etc takde masalah sedangkan selalu jugak saya nampak Mercedes baru tersadai tepi jalan, Vios baru lampu belakang bocor masuk air bertakung, City baru ditarik naik tow truck yang entah kenapa puncanya, dan Alphard terbabas akibat salah konar ke, stereng rosak ke suspension koyak.

    Oh ya Perodua, Naza dan entah apa lagi ‘kereta nasional’ tak dilindungi tax macam Proton walaupun sebenarnya Proton pun tak dilindungi tax sangat. Jadi tak perlu masukkan Perodua dan Naza dan sebagainya di dalam senarai serangan terhadap kereta nasional.

    Oh ya Proton patut bungkus kerana pembeli Proton tak mampu beli kereta mahal sedangkan ada juga manusia yang tinggal di banglo di kawasan kediaman golongan kaya-kaya, memandu kereta mewah tapi masih belikan Proton untuk isteri dan anak.

    Dan oh ya memang patut Proton bungkus jika alasan untuk dibungkuskan Proton adalah hasad dengki dan iri hati manusia yang pantang melihat bangsa Malaysia terutamanya anak Melayu yang ingin maju dalam permotoran dengan usaha sendiri tanpa bergantung terlalu banyak dengan teknologi Toyota Mitsubishi dan Volkswagen. Maka jika begitu tebalnya perasaan tersebut Proton haruslah dibungkus untuk memuaskan hati puak dan kaum tersebut.

    Saya seorang pemandu Proton, dan saya akan terus memandu Proton saya, kerana saya tahu kereta saya setanding dengan kereta kebangaan milik anda.

    Terima kasih.

    • PendapatTakSeberapaDariSaya says

      jangan salah anggap, bukan utk jatuhkan proton, tapi kita perlu ada orang yg bukak kan mata agar kita nampak dimana tahap kejayaan seseorang… proton dah lama bertapak dalam industri otomobil dunia, tapi masih jauh ketinggalan berbanding jenama2 lain. ini bisnes, bukan utk politik atau bangsa. jadi tidak perlu ada perbandingan kononnya semua ni demi kemajuan bangsa, knp kita perlu pikir mcm tuh, orang luar berbisnes utk tarik minat semua, jadi jika mahu maju, kita kene lihat potential utk tarik semua org.. bukan utk org tempatan saja… kita sendiri rasa sedih kalau org luar kutuk2 jenama proton, tapi apa boleh buat kalau proton sendiri masih lagi ditakuk lama.. chill bro..

      • Ariff says

        Itu yang ramai orang tak boleh faham sampai sekarang. Business venture ni kalau dah sampai tahap berpuluh tahun masih kat situ, memang terpaksa cut off demi untuk mengurangkan wang yang dibazirkan.

        Bila bisnes dicampur dengan emosi (maruah) inilah jadinya, sanggup bergolok-gadai semata-mata nak bela produk yang tak boleh perform dan tak diterima masyarakat

        • puterakupang84 says

          bro ni pakai kereta ape ek? pernah bawa PREVE CFE x bro? try banding dgn CITY/VIOS? bro rasa kete mane lg bagus? bro kan pandai menilai kereta…try banding antara 3 kereta tu tnp lihat brand then buat entry kt cni aku nk bace hasilnya…1 lg klu bro rase org pakai kereta proton sbb x mampu beli kereta luar atas dasar ape bro ckp mcm 2? ade statistik ke? rase2 yg beli inspira&preve x mampu ke nak pakai kereta import mcm bro??ke bro pakai MYVI je??

        • Anak Tempatan says

          Saudara,

          Salahkah saya kalau menegur sedikit artikel saudara yang membayangkan emosi saudara yang terganggu dengan jenama Proton. Berdosakah, jika saya masih menyokong jenama Proton? Kenapa mereka yang berbangga dengan Myvi mereka tidak dihina sebagaimana kami yang memandu jenama Proton?

          Sebenarnya pemandu dan pemilik Proton tidak pernah menghina saudara dan kawan-kawan yang memandu kereta Perodua dan jenama luar. Cuma sekali terguris dengan pandangan sinis di dalam beberapa blog terkenal yang memandang pemilik Proton sebagai ‘bodoh’, ‘miskin’, ‘cacai’, ‘substandard’, ‘kodi’ dan berbagai lagi, sama kononnya dengan jenama itu sendiri yang ‘tak berkualiti’, ‘underpowered’, ‘problematic’ dan sebagainya. Usah nafikan. Anda mampu membeli kereta jenama luar, dan anda layak memilikinya dan wajar berbangga dengannya, maka apa salahnya kami menyokong jenama kami dan terus dapat memandunya tanpa dibayangi dengan penghinaan yang berterusan.

          Toyota mengeluarkan kereta pertama mereka seawal 1936. Honda bermula dengan kereta mini pick-up pada tahun 1963. Kia Motors bermula dengan mengeluarkan trak pada tahun 1960-an dan kereta pertama dilancarkan pada 1974. Nissan seawal 1914.

          Tak perlulah bandingkan jenama Proton dengan Ford, Benz, Lambo atau berbagai jenama Eropah yang lain kerana sejarah masing-masing adalah jauh meninggalkan jenama Proton selama beberapa dekad.

          Proton masih muda.. bermula pada tahun 1985, masih jauh lagi perjalanan yang perlu dihadapi. Maruah atau bukan soal maruah itu pendapat masing-masing. Apa salahnya saya ada perasaan bangga kepada bangsa saya? Jika kawan-kawan Cina saya berbangga dengan bangsa, budaya, bahasa mereka kenapa bila kita berbicara perkara yang sama menjadi satu isu besar? Jika bangsa saya kita mampu buktikan sesuatu apa salahnya menyokong sedikit dan memberikan kredit? Namun realitinya saudara cuma melihat beberapa gambar foto sekali imbas sudah terus membuat penilaian bahawa produk ini teruk dan tak layak berada di dalam senarai kenderaan di dunia. Seakan dunia hampir kiamat.

          Saudara yang sebenarnya beremosi.

          Saya cadangkan saudara hampiri mereka yang terlibat dengan pembuatan jenama Proton. Fahami jiwa mereka. Mungkin ada dikalangan mereka yang mempunyai pertalian nyang rapat dengan saudara.

          Semua orang bebas memberi komen dan kritikan. Tetapi bukan semua orang mampu mengkritik dengan berdasarkan ilmu. Emosi dan intelektualiti sama penting dalam melontarkan kritikan.

          Oh ya.. Hari Sabtu kereta ini akan dilancarkan. Saya yakin saudara tidak langsung teruja untuk melihat kenderaan ini dengan lebih dekat. Tak perlulah tiba-tiba teringin untuk melawat ruang pameran Proton. Berilah peluang kepada kami, peminat Proton, untuk membawa keluarga melihat kereta ini dengan lebih dekat tanpa perlu bersesak dengan beberapa orang yang datang semata-mata untuk mengetuk, menghempas, melanyak, mencungkil bahagian kecil dan besar kereta tiap kali model Proton baru di lepaskan untuk tontonan.

          Salam.

          • Sahlan says

            Ada benarnya ap yg anda cuba sampaikan,
            isu Proton tak berkembang, kualiti tak bagus, design tak cantik bla..bla..bla semua wayang yg sering diulang. Maybe orang yang bekerja dalam sektor automotif walau bukan dalam Proton sekalipun sedar pasal nih. Isunya bukan Proton tak mampu atau tiada expertise dalam automotif industri. Isunya adalah supportif industri dalam Malaysia tak membantu. JANGAN INGAT PROTON YANG BUAT SEMUA KOMPONEN DALAM KERETA TU. Ariff Shah ko sekarang bekerja dalam sektor aeronautik, mesti ko dah tahu selok belok industri nih, siapa supplier, company itu, ini. Ambil contoh CTRM, macam mana…? Mungkin ko lebih tahu.
            Dan dalam automotif pon sama jugak limitation yg berlaku.
            Kecoh pasal isu cukai kereta import mahal,
            Di Korea cukai kereta import lagi mahal dari Malaysia. Sebab apa goverment diorang support local car maker. Satu-satunya kereta import yg dipasang di Korea hanya Chevrolet itupon berselindung bawah local car maker Daewoo.Supportive industri sana kuat. CEO company naik kereta local (luxury car) yang harga sama dengan BMW5, 7 Series, Mercedes. Tapi kebanyakan mereka tak pakai kereta import. Why?
            Satu lagi orang kita suka tengok luaran, design, but safety, structure, performance, handling,suspension, jarang orang sembang. Sebab apa. sebab susah nak bashing pasal benda2 nih. Dengar nama Proton bashing, Nissan Almera tahu? Dah banyak atas jalan…Cantik ke design dia? Tapi kenapa orang beli because of Nissan badge, if Almera wear a Proton badge dah lama kena maki. Almera kat Malaysia and ASEAN country tak ada di pasaran Jepun, why? because it is design for ‘ASEAN’ mentality country. Cheap price Big Nissan badge. Design KO. No hal. Beli Janji Nissan.
            Itu ja aku nak comment. Messing with issue does not solve it.

        • kah kah says

          proton baru buat kereta betul betul masa buat waja which is around 2000. before this pasang kereta mitsubishi je. So dari 2000 sampai 2013. baru 13 tahun buat kereta sendiri, home grown models from scracth. Maknanya Proton baru tingkatan 1 la dalam buat kereta dari scratch ni, tapi dah ada model yang bagus seperti saga sv ( murah gila ) ke Preve ( model premium) dalam market yang kecil ni ( malaysia ). Cuba banding ngan brand lain yang mmg berpuluh puluh tahun pengalaman, proton adalah bagi pendapat saya adalah syarikat kereta yang paling banyak progress.

  45. Vai says

    Aku pengguna persona. Mmg betul cakap bro. Aku actually minat city tp sbb x mampu terpaksa beli persona. Kalau kat australia, harga persona auto $18k ni tak jauh sgt dgn city $20k tp kat sini beza dkt RM20k. Aku ada baca satu artikel yg ckp perbezaan harga kereta ni bukan masalah tax tp lebih kepada masalah logistik sbb kerajaan mengehadkan jumlah kereta import yg boleh dibawa masuk ke Malaysia.

  46. says

    boleh tak selitkan sekali sumber-sumber bagi menyokong kenyataan diatas. Nak tahu gak. Sebagai persediaan untuk membeli kereta nanti. Kalau dah beli nanti, menyesal pula. Harap boleh selitkan.
    Entri terbaru Man >> Ilham Seni MinecraftMy Profile

  47. says

    Honestly said memang Proton boleh improve banyak kalau betul caranya. Tapi melihatkan keluaran terbaru pun dah tahu Proton masih lagi ditakuk yang lama.

    Nak namakan Suprima S lah, itu lah ini lah. Walhal keluaran lain tiada masalah gunakan nama lama, Sunny, Accord, Civic, Polo, Golf and a few to be name. Pening kepala nk fikir nama baru daripada nak fikir kualiti, rekabentuk. Outdated exterior, outdated interior, cheap materials.

    Bukan nak bash Proton, tapi siapa lagi nak sedarkan kita kalau bukan diri sendiri. Ambil baseline Lancer buat Inspira output jadi huduh gabak. Beza sangat dengan Perodua ambil Passo buat Myvi lebih improve designnya. Jadi lebih kebelakang pula.

    Rasa kat Malaysia ni banyak designer hebat & kreatif. Ambil contoh Theophilus Chin automotive car manipulator/design, even autoblog.com pun ambil design dia. Cuba jadikan designer Proton sure lebih kemas design.

    Nak target volume selling, tapi negara Malaysia besar mana sangat untuk dapatkan volume sale. Cuba fokuskan design/kualiti & satu dunia Proton boleh conquer.

  48. says

    betul tu bro.
    atas nama “melindungi pengeluar kereta tempatan” cukai import kereta dari luar tak diturunkan

    atas nama ‘sokong buatan malaysia’ kereta import terlalu mahal, supaya rakyat malaysia beli kereta proton.

    proton oh proton. harga mampu milik dengan kualiti yang rendah !
    Entri terbaru azwan >> Barca Vs Harimau Malaya Hiburan Semata-Mata !My Profile

  49. Firdaus M Sobri says

    Salam bro, sorry mencelah..
    Nak tanya..pernah drive preve x?? Brapa lama drive??
    Pernah naik suprima ni x?? Pernah bukak bonet tgk enjin dia x? Mmg betul harga competitor lg mahal dan kita mampu beli proton je sbbkan tax gov utk lindungi proton dan produa tapi aku rasa preve tu berbaloi dh dgn harga dia klu nak compare dgn vios yg x gi mana tu..
    Aku beli kereta brdasarkan dr segi performance dan bg aku kereta proton yg aku ada skrg berbaloi dgn performance dan maintenance nya.. Spare part xde la mahal spt mana nak tukar spare part elantra..

    • yrv halfcut says

      perodua?….ok ape…ak pakai sampai da nk abes byr full loan daa…mentenen stkt myak itam , filter je.gas aircond., myk gear bagai….x pnah lagi kne major overhaul…tpi gua respek org pkai protong….duit banyak beb..banyak beli spare part yg selalu rosak….haha…gua x mmpu bli kete luar negara bai…haha…

      • akak tulip says

        knp dgn perodua?
        salah ke pakai perodua. orang yang ckp kesian ni manusia yang plg kesian di dunia.. sbb show off tak tentu hala dan rasa mcm dia hebat sgt.

        klu awak takat pki kete honda, toyota, ke apa ke tak yah nak show off sangat la.
        klu dh mampu pki bmw (yang bukan recon), pakai mercedes ke boleh lah nk show off sgt!!!!