Ketahui Prestasi Blog Anda Dengan Page Speed

Kelajuan sesebuah page loading sekarang ni memainkan peranan yang penting dalam mengukur prestasi dan kualiti sesebuah blog atau laman web. Perkara ni dah diumumkan secara rasmi oleh Google; page yang mempunyai loading time yang lebih cepat akan diberi keutamaan dalam Search Engine Result Page (SERP). Jadi kita boleh anggap prestasi blog dari segi kelajuan blog tersebut loading adalah salah satu cabang Search Engine Optimization (SEO) sebab ia membantu untuk page kita dipaparkan di SERP.

Ada juga ura-ura mengatakan kalau prestasi blog terlalu teruk, Google akan kenakan penalti terhadap blog tersebut. Penalti datang dalam bentuk kehilangan PageRank (ingat tak kes Denaihati dulu) atau mungkin page tersebut lambat diindex. Tapi sama je sebenarnya, sebab sesebuah page akan diindex berdasarkan PageRank, daripada besar ke kecil. Namun begitu, khabar angin ni takde bukti yang sahih lagi.

Sekarang ni terlalu banyak software dan website yang menawarkan perkhidmatan untuk mengira berapa laju blog korang load tapi yang manakah paling tepat dan boleh dipercayai? Senang aje. Kita guna apa yang Google dah rekemen suruh guna dalam Google Webmasters. Ikut cakap Google kalau nak trafik dari Google. Senang. Dalam hal ni, Google rekemen suruh guna Page Speed tool yang perlu diinstall di Firefox. Sebab aku guna Chrome, terpaksalah guna Firefox kalau nak check benda teknikal macam ni.

brought to you by

Senarai score Page Speed blog-blog di Malaysia. Markah penuh adalah 100.

Social PointsJumlah (J)Pemberat (P)Poin (J x P)
Komen15000.2300
Facebook Like20000.1200
ReTweet1001.5150
+1503150

Pendapat aku, markah yang selamat adalah 75 dan ke atas. Kalau tahap sampai 80+  tu, rasanya dalam zon yang selamat la. Kurang daripada 70, aku sarankan supaya check balik mana yang tak betul. Page Speed ada bagitau apa yang perlu dioptimizekan dan macam mana. Awal-awal dulu, blog.ariff punya score 74.

Apa yang boleh dibuat untuk menaikkan score:

  • Buang Alexa widget.
  • Letak ads dari satu company sahaja.
  • Gunakan perkhidmatan Content Delivery Network (CDN)
  • Kurangkan display members kat Google Friend connect dan Facebook Like widget
  • Kurangkan widget-widget yang tak berkaitan macam jam, cuaca, waktu solat, jumlah visitors dan sebagainya.
  • Kepada yang menggunakan Innity, buang code yang takde kaitan dengan kempen yang sedang berjalan. Contohnya kalau takde kempen Site Take Over, buang code tu dulu.
  • Gunakan satu atau maksimum 2 program untuk analytics. Contohnya dulu aku guna WP-Stats, Statcounter, Statpress, Google Analytics dan Awstats (server). Sekarang cuma ada Statpress, Google Analytics & Awstats. Awstats tak dikira sangat sebab tak perlu install coding dalam blog.

Download Page Speed


46 thoughts on “Ketahui Prestasi Blog Anda Dengan Page Speed

  1. Pingback: Blog Loading Time slow kisah ke? | Denaihati

  2. ariff, tlg check blog akak…
    rasanya teruk nyer …bwh 50 kut..
    akak dah donload tapi xde lak mende alah Firebug bawah Tools tu…
    kenapa ek??

  3. Pingback: Leverage browser caching increase blog speed. | PC Technician Malaysia

  4. pagi hingga ke petang aku tweak coding css theme azul swithroyale percuma anwarosman.com, sampai kan sidebar beterabur ke tengah… pening kepala pikir apa salah aku, walhal yg aku ejas2 tu bila diubah balik ke asal..masalah jadik jugak.
    sampaikan sesetengah page aku hilang komen form dan komen2nya sekali. pelik pelik, last2 detect script mangga ads yg problem.. jadik skrg aku sudah buang suma mangga ads dari anwarosman.com

    dan akhirnya result page speed telah menjadi 80 or 81.

    thank you mr ariff sebab ingatkan aku pasal bendalah pagespeed nie.
    ampa smua tau dak? google.com.my punya page-speed result ialah 95.

  5. thanks for this info .. blog dya scores about 73/100. tp cam confius sket nk repair satu2 prob tu .. byk sgt kut tehcnical names yg dya xpaham / xpenah dgr huhu. pape pn nice info sharing !

  6. dulu masa aku baru start buat anwarosman.com nie aku check result 82. mungkin sebab byk kosong. pastu aku edit sket2 theme nie. naik 84.
    pastu bila dah pindah duk KL nie, pc yg install pagespeed tu tinggal kat Perlis.
    dalam sebulan nie jugak byk aku dah tambah kat blog. agaknya dah turun byk nie.
    google webmasters tool pun kata speed site detect 9.9secs berbanding 7secs dulu.

    nanti nak check balikla.

    • lepas install page speed kena install Firebug.
      Siap semua Bukak Firefox. Buka web yg nak test.
      Aku ajar shortcut la yer.
      1) Tekan F12
      2)Window Firebug Naik, Tekan Tab Page Speed.
      3) Tekan Analyse

      Dptla result dan tips teknikal baiki sebab2 slowdown tu. Selamt mencuba yer Rara.

      p/s: Aku suka guna untuk optimize pic, pastu upload balik palam file lama. OH, aku pun test tadik, dpt 79 plak. Hehe performance drop 5points.

  7. Aku suka post ni sebab memang menunjukkan sebelum ko post something, memang ko akan kaji betul-betul dulu. Point-point yg ko rekemen tu, memang ko sendiri dah buat. Sebab aku dah tak nampak benda-benda tu.

    Ko sendiri pun cakap, dulu blog.ariff punya score 74 dan sekarang 79. Maksudnya memang cara yg ko cakap berkesan la. Memang kalau blogger nak cari tips, dekat blog.ariff ni memang terbaik la. Hehe

    • PageRank memang berbeza ngan domain. Kalau kat blogspot.com ada 4, bila tukar .com sendiri memang kena buat balik dari mula. Itu sebab kalau nak tukar-tukar ni, elok masa awal-awal blogging.

  8. Betul gak tu bro,kene maksimumkan penggunaan widget serta plugin yang tak guna,aku pun masih belum puashati dengan prestasi blog,banyak kene check balik ni

    • of course kena install dulu. Itu sebab leceh sikit untuk yang tak guna Firefox

    • Betul2. Dalam proses nak kurangkan gak ni. Manggaads dah bye bye. Sebulan dah kasi chance.

    • Ko punya 77. Tahap selamat la tu.. Biasanya Blogger memang lagi tinggi score sebab structure dia simple. WordPress ni kebanyakan kompleks sikit.