Ketahui Prestasi Blog Anda Dengan Page Speed

Kelajuan sesebuah page loading sekarang ni memainkan peranan yang penting dalam mengukur prestasi dan kualiti sesebuah blog atau laman web. Perkara ni dah diumumkan secara rasmi oleh Google; page yang mempunyai loading time yang lebih cepat akan diberi keutamaan dalam Search Engine Result Page (SERP). Jadi kita boleh anggap prestasi blog dari segi kelajuan blog tersebut loading adalah salah satu cabang Search Engine Optimization (SEO) sebab ia membantu untuk page kita dipaparkan di SERP.

Ada juga ura-ura mengatakan kalau prestasi blog terlalu teruk, Google akan kenakan penalti terhadap blog tersebut. Penalti datang dalam bentuk kehilangan PageRank (ingat tak kes Denaihati dulu) atau mungkin page tersebut lambat diindex. Tapi sama je sebenarnya, sebab sesebuah page akan diindex berdasarkan PageRank, daripada besar ke kecil. Namun begitu, khabar angin ni takde bukti yang sahih lagi.

Sekarang ni terlalu banyak software dan website yang menawarkan perkhidmatan untuk mengira berapa laju blog korang load tapi yang manakah paling tepat dan boleh dipercayai? Senang aje. Kita guna apa yang Google dah rekemen suruh guna dalam Google Webmasters. Ikut cakap Google kalau nak trafik dari Google. Senang. Dalam hal ni, Google rekemen suruh guna Page Speed tool yang perlu diinstall di Firefox. Sebab aku guna Chrome, terpaksalah guna Firefox kalau nak check benda teknikal macam ni.

brought to you by

Senarai score Page Speed blog-blog di Malaysia. Markah penuh adalah 100.

[table id=6 /]

Pendapat aku, markah yang selamat adalah 75 dan ke atas. Kalau tahap sampai 80+  tu, rasanya dalam zon yang selamat la. Kurang daripada 70, aku sarankan supaya check balik mana yang tak betul. Page Speed ada bagitau apa yang perlu dioptimizekan dan macam mana. Awal-awal dulu, blog.ariff punya score 74.

Apa yang boleh dibuat untuk menaikkan score:

  • Buang Alexa widget.
  • Letak ads dari satu company sahaja.
  • Gunakan perkhidmatan Content Delivery Network (CDN)
  • Kurangkan display members kat Google Friend connect dan Facebook Like widget
  • Kurangkan widget-widget yang tak berkaitan macam jam, cuaca, waktu solat, jumlah visitors dan sebagainya.
  • Kepada yang menggunakan Innity, buang code yang takde kaitan dengan kempen yang sedang berjalan. Contohnya kalau takde kempen Site Take Over, buang code tu dulu.
  • Gunakan satu atau maksimum 2 program untuk analytics. Contohnya dulu aku guna WP-Stats, Statcounter, Statpress, Google Analytics dan Awstats (server). Sekarang cuma ada Statpress, Google Analytics & Awstats. Awstats tak dikira sangat sebab tak perlu install coding dalam blog.

Download Page Speed

46 Comments