Perangai Buruk Manusia

Terjumpa page ni kat Facebook (owner tak tau siapa). Dia taglah ramai2 orang dalam friend list gambar kat page yang dia buat bertajuk “Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan ngeri 10.10 Tol Simpang Ampat” Banyaklah gambar di kejadian kemalangan ngeri tersebut. Aku ucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat mangsa yang terlibat.

Berbalik kepada tajuk entri ni, bawah caption kat album orang ni dia letakkan link tulis “Klik next untuk gambar seterusnya” Bawah tu letak link. Nak tau kalau klik link tu pergi mana? Laman web Dapatwang, jadi link pengguna Dapatwang tu dapatlah dua posen untuk satu klik. Kurang ajar tak?

Dia gunakan isu macam ni, kemalangan yang meragut nyawa ramai orang untuk dapatkan klik-klik tipu macam tu. Pada pendapat aku memang sangat tak wajar la. Manusia..manusia..

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

52 Comments