
Entri ini khas untuk yang makan gaji macam anda dan saya.
1. Hartanah Sendiri
Tak kisahlah apartment low cost, medium cost, rumah teres, semi-D, corner lot, bungalow.. Asalkan ada hartanah sendiri walaupun sebuah. Kenapa? Sebab beli sekarang lagi murah berbanding beli beberapa tahun lagi. Tak percaya, cuba sendiri.
2. Pekerjaan Yang Stabil
Pada umur ini, anda sepatutnya dah jumpa career path yang bersesuaian dalam industri pilihan anda. Kenapa? Kalau pada masa ni anda masih lompat kerja sana sini, dan lebih teruk lagi bertukar industri, maka anda belum mempunyai tapak yang kukuh dalam industri tersebut.
Umur lepas 30 dah kena cari laluan untuk masuk dalam management, paling tak pun senior executive.
Walaupun begitu, ini pandangan saya secara umum sahaja. Lain industri lain ceritanya.
3. Simpanan Enam Bulan Gaji
Tak kisahlah simpan di mana pun; takaful, ASB (bukan loan), Tabung Haji, saham, unit amanah, emas mahupun fixed deposit. Asalkan nilai simpanan cukup enam bulan gaji. KWSP tak dikira.
Kenapa? Cash is king. Kalau berlaku apa-apa kecemasan pada diri sendiri atau keluarga, duit inilah yang akan bantu di masa susah. Kalau tiba-tiba kena buang kerja, sekurang-kurangnya duit ni boleh digunakan untuk sara hidup sementara dapat kerja baru.
4. Simpanan Tetap Setiap Bulan
Sebelum 30 dimaafkan kalau tak boleh simpan duit secara tetap setiap bulan. Mungkin duit dah habis kat rumah dua tiga buah, mungkin dah habis pada keluarga dan sebagainya tapi bila nak masuk 30, dah kena ada amaun tetap daripada pendapatan bulanan yang disimpan.
Kenapa? Kalau anda masih gagal nak wujudkan simpanan tetap setiap bulan macam ni, bermakna ada yang silap dalam perancangan kewangan anda. Mungkin anda boros berbelanja, mungkin anda hidup di luar kemampuan atau mungkin terlalu banyak kebocoran dan benda tak perlu yang dibelanjakan setiap bulan.
5. Pelan Takaful Sendiri
Tak kisahlah takaful komprehensif atau tidak, asalkan anda mempunyai pelan takaful yang memberi manfaat perubatan (medical card). Kenapa? Semakin lambat ambil, semakin tak berbaloi pelan tu dengan apa yang dibayar.
Dan lebih penting, umur 30 dah mula ada yang sakit. Kalau dah sakit, memang susah dah nak bantu..
—
Money management bermula umur 30 kena betul dah. Tak boleh silap sebab biasanya masa ni majoriti dah berkeluarga. Bila silap bukan setakat diri sendiri susah, anak beranak pun kena sekali.
Perancangan kena mula dari sekarang, lepas graduate, masa start first job. Lagi lambat start, lagi susah nak berada di landasan yang betul.

Comments
54 responses to “Perancangan Kewangan – Apa Yang Anda Patut Ada Sebelum 30?”
umur dah 24, separuh daripada list ni pun saya masih tak buat..nampaknya kena banyak lagi berusaha.
satu perkara yang saya kagum tentang admin nie dia pandai merancang kewangan walaupun bukan belajar course finance time university dulu, kawan saye bachelor of finance tapi gagal merancang kewangan sendiri, mungkin dia hanya baca tanpa aplikasi daklam kehidupan seharian..
saya akan singgah blog ariff lagi kalau ade sharing pasal kewangan sebab entry yg bro buat memang membantu..
Insyallah tengah merancang masa depan. Semoga dipermudahkan semuanya.
perlunya ada kerjaya sendiri.bisnes sndiri.. bisnes awal2 habis habisan bila tua duk rilek aje..hihi
Assalamualaikum En Ariff,
satu artikel yg berguna buat saya.saya baru 25 tahun dan baru bkerja .now saya tengah merancang untuk menceburi dalam perniagaan for my future dan dalam umur 35-40 saya trget have my own company.in sha Allah amin.
Good. Start awal. Jangan dah tua baru nak start bisnes. Memang ketinggalan nanti.
Saya doakan yang terbaik untuk Hazmie
insyaAllah saya akan capai semuanya sebelum 30. aminn
memang kena bijak rancang kewangan kita.
agar tidak menyusahkan orang lain dan orang sekeliling kita.
Terima kasih kongsikan.,,.banyak lagi perkara nak kena saya lakukan ni..tahun depan masuk umur 30..huhu..
umur 30 ni kalau dihayati, memang menakutkan jika tidak sekurang-kurangnya comply dengan kriteria-kriteria di atas
sebelum berusia 30 tahun, saya merancang untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri.
Pekerjaan tetap dan simpanan setiap bulan tu betul-betul menarik perhatian Ani. point lain tu akan ku kejar sebelum capai cecah 30 In sha Allah Amin :)
Setuju sangat.
Kot mana pun kena ada hartanah dah sebelum umur 30 tahun.
Sebab bila dah masuk 30an memang perancangan untuk besarkan keluarga. Kat situ banyak duit perlu digunakan walaupun pada masa yg sama memang menyimpan.
good advice indeed…aku nak bgtau ni la nak adik beradik…thanks da summarizekan…keep on kumpul aset bkn berhenti kt umur 30…hehe kurangkan liability…smoga kita semua bersatu utk majukan agama…
Rata-rata masyarakat hari ini mencari sumber pendapatan tambahan bagi menyara kos perbelanjaan kehidupan. Dengan berusaha untuk meningkatkan lagi pendapatan tambahan Insya-Allah target menepati sasaran.
Kat mn buleh dpt perkhidmatan untuk cara urus duit n kaunseling… Dlm list kat atas hanya simpanan tunai jer xda…. Sbb dah terbabas buat hutang….
Im 24, baru sambung degree. Will only finish 3 more years. Sempat ke nak dpt semua checklist before 30.
kalau mula perancangan pd tahun pertama kerja mmg mudah dh lps tu. first time dpt gaji g tabung haji isi borang potongan gaji tetap. walau xtau sgt, redah je bank tanya.
2 thn pertama kerja bli emas byk2. tahun ke 5 bli property di JB (xsemua org muda boros) dok JB ni seksa.mkn mahal..umh mahal..bulan ni duit sewa masuk dekat 1K. Alhamdulillah….
teruskn tambah ilmu xkira umur berapa pun.
At the age of 30, Alhamdulillah I have got all in the list perfectly checked.
taniah..kawen daa? hihi
jika sebelum atau masa umur 30 dah mampu urus wang dengan bijak memang bagus. tapi kalau dah terlajak ke 40an baru nak mula pun boleh… cuma semangat mesti kental dan berusaha berlipat kali ganda dari orang yang dah mula dari awal.
Rasanya harga rumah akan slowly turun sebab keadaan sekarang nampak macam tak berapa bagus. Currency kita pun teruk. Tapi rumah harga murah memang sentiasa ada kalau kita pandai cari info.Tak semestinya dalam bandar sahaja luar bandar pun ok jugak dengan deposit yang lebih rendah.Flat pun ok sebagai investment. Beli muda-muda installment pun rendah.
Umur saya dah hampir 30 ni..nak kena cepat2 rancang kewangan sebelum terlambat. Thanks for sharing
Saya lepasan master,
Saya mengalami kekeliruan untuk berkerja dahulu atau sambung phd secara terus.
Mungkin ada sedikit pandangan yang boleh dikongsi bersama?
Terima kasih-farhana
Setiap industri berbeza tapi secara umummnya macam ni. Kalau master sekarang pun ada value dalam industri tuan (more pay, job scope advanced), boleh kerja dulu. Win-win situation kerja or sambung phd.
Tapi kalau no value dan ada peluang nak go for phd, then better go. Dengan phd, dapat buka peluang cerah nak jadi lecturer. Most probably, industri pekerjaan akan terima phd berbanding master.
That is how i will decide.
Tapi kalau saya, since saya jenis yang malas dan tak minat nak jadi lecturer, maka saya lupakan terus phd. Jarang nak jumpa orang ada phd dalam aerospace tapi still kerja dalam industri selain lecturer
So far i tak pernah merancang apa-apa. Cuma ada sedikit ilmu pengurusan wang je. 5 years planning tak pernah buat, cuma apa-apa yg dimiliki saya hari ini adalah secara kebetulan disebabkan takdir kehidupan saya. Dlm usia saya 29 tahun saya dah ada segala-galanya dalam kehidupan which the most important is; I dah ada kerjaya stabil which i have both of business and management level in industry. Kejayaan yang lain-lain datang dengan sendirinya.
Apa yang Ariff cakap tu betul, yang sangat penting bagi saya adalah kerjaya yg stabil tu. Sebabnya, kerjaya stabil adalah PLATFORM utama untuk step seterusnya. Oleh itu, generasi muda kena fokus & perform, bukannya masih melompat kerjaya sana-sini atau bertukar-tukar industri.
Bagus ada checlist ni. Mudah nak semak. Alhamdulillah. Terima kasih. :)
perkongsian yg sgt bermakna menarik :) terima kasih encik ariff.
Semenjak GST, simpanan entah ke mana..hmmmm
Ilmu agama should be first..understand the quran’s message..insyaAllah everything else will come easily..insyaAllah
Baguih lepas 30 komitmen dah kurang/stabil. Lain kalau tak pandai ambik iktibar.
Good job Ariff!! Good advice.. For my case, semua dah ada.. Wife je x der lg.. Hahaha.. Sebab komitment terhadap career aku dan family aku yang perempuan payah nak faham.. My advice for those yang baca blog ariff ni please fully utilised all the information given.. Bukan baca n komen but do nothing.. If hope je rezeki x jatuh Dari langit.. Tq again ariff cause orang mcm ko la yang diperlukan di Malaysia ni.. Share n guide the knowledge.. Bukan mcm certain orang yang kononnya pointer tinggi tp komen hampeh.. Serius aku malu.. Nasib baik bukan org kampuny aku.. Hahaha.. Nampak Sgt ‘kelemahan’ dia di situ.. Serious wa respect you ariff..
Assalamualaikum…
Encik Ariff Shah. Saya banyak ikuti panduan bagi fresh graduate yang encik kongsikan di blog dan facebook. Saya salah seorang graduate dan baru sahaja menceburkan diri dalam jual beli hartanah sebagai agen hartanah. Saya teringin untuk tahu sejauh mana kerjaya sebagai agen hartanah mampu memberi pulangan yang besar dan adakah berbaloi sekiranya saya still memilih kerjaya ini even if one day saya telah mendapat tawaran kerja dengan government? Saya amat mengharapkan pandangan dan tunjuk ajar encik ariff yang telah mahir dalam kerjaya ini. Terima kasih.
Kenapa end up nak kerja kerajaan? For your own security or sincerely nak berkhidmat untuk orang awam? I’m sorry about my comment.. SBB ramai my friends yang kojer gomen tp but side income time tgh keja.. X salah nk BT side income but must balance between ur keja hakiki n ur side income job..
Seperti yang saya tahu, kebanyakan dari kita memerlukan kerja tetap walaupun mempunyai bisnes tersendiri. Ini mungkin kerana for their own safety. Dari segi pinjaman perumahan mahupun kereta, adalah lebih mudah untuk lulus bagi pekerja kerajaan. Mahupun begitu, saya yakin potensi untuk berjaya dalam bidang perniaagan adalah besar cuma ada turun naik nya.
Absolutely agree dengan Mira. Tapi kan sangat rugi jika orang yang berdedikasi seperti Mira join government even jadi pegawai gred 41. Sebabnya dari pengalaman kawan-kawan saya termasuk diri sendiri(pernah kerja gov gred 41 selama 1 tahun dan aku resign dan aku tak penah menyesal resign gomen), kita orang muda memang bersemangat untuk bekerja dan melakukan perubahan sejajar dengan masa dan keadaan. Namun, sikap orang sekeliling lama kelamaan akan menyebabkan kita tewas dan terus jadi seperti ‘common people’ in government (think about our comfort zone only). Stable job tak semestinya with government. We should change our mind set. Saya sangat sedih dengan sikap kawan-kawan saya sekarang. Dulu begitu dedikasi tapi akhirnya ‘alah, tak pe janji dapat gaji’.. So how? Inikah generasi yang akan menjadi pegawai2 atasan yang mentadbir negara tercinta ini nanti??
Jika Mira berfikir untuk keja tetap sebagai kakitangan kerajaan, Mira sudah meletakkan limit kepada diri Mira sendiri.. Maafkan saya, saya tak kata semua pengawai kerajaan itu tidak bagus, ada yang bagus dan berdedikasi, namun akhirnya pegawai yang bagus ini sama ada go with the flow or resign n migrate to other countries.. Itu pengalaman kawam-kawan saya sendiri termasuk diri sendiri..
Kepada Mira, think above the par.. Insya allah awak bole berjaya.. Rezeki ada di mana-mana.. Cuma saya tak galakkan sangat kerja kerajaan if awak berhati dan berjiwa besar.. Seriously akan rugi..Tapi itu pandangan peribadi diri saya sahajalah kerana Allah lebih mengetahui dari semua makhluk di bumi ini..
Cuma, don’t limit urself Mira.. Think wider.. Cari ilmu dan beramal.. Insya allah…
i love this part <3
setuju dgn executive guy..sy jgk pnjawat awam n sy btul2 faham awk yg cube disampaikan sbb sy sdang lalui..:)
Hi Syafiq…
Jadikan apa yang berlaku di sekeliling bro as part of learning curve.. My advice is kalau nak menurut biar berakal, kalau nak mengikut biar pintar.. Itu je..
p/s: salute dengan government officer (Gred 17) yang sangat tabah menghadapi kerenah pelanggan yang tanya bila kes saya bole settle tapi pegawai (Gred 27 @ Gred 41) di belakang main solitaire.. Hahaha..
Perkongsian yang sangat berguna & sedikit sebanyak dapat memberi gambaran jelas tentang hala tuju sebagai ajen hartanah. Thanks Executive Guys. Hopefully dapat beri lebih banyak tunjuk ajar. Email saya eyra4791@gmail.com
Once im in business industry, I love this industry sgt2 even risk die not bad lah.mang diri sendiri.didik tuk minat business n i am a girl yg xminat keje gomen cause i love explore something new. And tgh apply tuk kerja full time as life planner takaful agent. Nak tanya, berbaloi x sbb mang jatuh cinta betul ngn bisnes industry ni.
Buat sebab minat lagi senang jadi successful daripada buat sebab terpaksa. So all the best, follow your passion
ejen hartanah adlh kerjaya paling best buat duit. saya sbelum graduate sy dh join ejen hartanah n sempat close deal property juta2. .lepas exam terus kahwin..lps setahun buat ejen dpt beli rmh teres corner lot dkt s.alam n then condo kemuncak sebijik. .lps tu flip rmh teres tu dpt cash dkt 200k. .usaha lah sungguh2. .cari ilmu n penglaman. .skg dh ada bisness yg stabil. .at the same time skg tgh proses pch lot tnh utk buat rmh banglo. .inshaAllah akn jd pemaju pulak nnti…doakan saya..
Assalamualaikum.Cik blh berkongsi mcm mana nak starting jadi ejen hartanah. Please guide me.TQ
Alhamdulillah.. Seronok tengok kejayaan step by step mkh. Saya baru berada dalam fasa permulaan sebagai ajen hartanah dan masih belajar sedikit demi sedikit dan mengharapkan tunjuk ajar sesiapa yang telah berjaya dalam bidang ini. Matlamat saya utk hidup senang dengan kareer ajen hartanah ni makin kuat memandangkan saya tidak lah datang dari keluarga yang senang dan saya merupakan anak sulung dan bertanggungjawab menjaga adik-adik.
3 tahun menuju 30,,, hartanah belum ade lagi,, T_T
setuju elakkan pembaziran kepada perkara yang tidak perlu dan biar hidup mengikut poket sendiri tak perlu ikut rental sangat
Ariff,
Terima Kasih bagi artikel seperti ini. Harap boleh juga sediakan artikel sebelum 25 tahun. Semoga saya lebih jelas dengan future saya. inshaAllah
Setuju sangat. Dalam usaha ke arah simpanan 6 bulan gaji.
setuju bab 30 tahun.
dah kena pandai menyimpan duit secara tetap.
kalau tak menyimpan gak..
tak tahu la.
Ada perancangan yang terlepas tetapi rasa lega baru habis bayar pinjaman kereta. Boleh merancang untuk simpanan dan perancangan kewangan guna duit untuk bayar kereta sebelum ini untuk tujuan lain.
indeed…. ada yang rajin lompat kerja sebab kononnya nak cari gaji yang lebih tinggi…. hakikatnya bila asyik lompat kerja, kestabilan dan kekukuhan ekonomi individu tersebut agak goyah.
Simpanan 6 bulan gaji tu belum lagi…
Yang kerja sendiri? Komen disini nak baca perancangan anda. Bina dan bangunkan dulu, atau cash flow dah tetap.
Guide ni bagus arip, bagi adik adikku baca..hehe terima kasih :)