Pening

Entri kali ni bersifat sembang-sembang kosong, takde Tips Berblogging, takde main-main SEO. hehe..

Pertama sekali siapa yang join bowling Geng Blogger nanti, siaplah korang. ekeke.. Aku training tiap-tiap hari kot. Aku harap program tu nanti menjadi dan ramai orang datang. Dapat 10 team (1 team 4 orang) pun cun gak kan. Baru meriah. So harap korang semua dapat mengosongkan jadual untuk memberi laluan kepada event tersebut pada 7 atau 8 Ogos nanti.

Kedua.. yea. aku tengah pening kepala ni. Internet slow gaban. Nak buat kerja pun susah. Nak blogwalking susah, nak reply komen susah. Kan best kalau ada ofis macam Oh! Media. Khai, aku nak tumpang ofis ko boleh? ekeke.. Rasa macam nak guna P1 je, tapi aku macam tak yakin dengan P1 ni. Bagus ke? Aku kat area USJ, siapa kat USJ? Angkat tangan. Cepat gitau aku internet wimax P1 kat sini ok ke tak?

Ketiga.. Lagi satu benda buat aku pening.. aahh.. ada pulak orang kutuk-kutuk aku kat shoutbox. Aku rasa mungkin orang ni baru first time sampai sini, tak pernah baca keluh kesah aku pasal hidup kat Russia ni. Yang dia terbaca barangkali time aku cakap belajar kat Russia ni nampak lebih baik daripada belajar kat universiti mat saleh yang cakap bahasa Inggeris. Terus terang aku cakap, I’ve got issues dengan kerajaan Amerika, UK, Australia dan sekutu-sekutu Bush ni (Obama hanya boneka)

Benda ni normal sebenarnya bila dah tiap-tiap hari menghadap orang Russia. Sentimen benci terhadap negara-negara tu menjadi-jadi, seakan-akan tertanam dalam jiwa. Dah 4 tahun kot aku kat Russia. Dalam kelas aku 2 orang je orang Malaysia, 3 orang Vietnam dan selebihnya (15 orang) orang Russia. Tak boleh salahkan aku dalam hal ni.

Memang dalam entri aku banyak berbau mengutuk universiti kat negara-negara ni. Ok benda ni mungkin ramai tak faham, hanya orang yang study oversea je faham. Biasanya akan ada double standard di kalangan pelajar oversea ni. Bila orang tu cakap belajar mana, course apa, orang yang belajar kat negara ni akan pandang semacam pada orang yang belajar kat negara tu. Macam ada perbandingan siapa lebih baik. Lepas tu mulalah diorang keluarkan senarai 200 universiti terkemuka dalam dunia, tengok ranking universiti siapa lagi tinggi. Itu yang aku hangin sikit dengan diorang ni, sikit2 nak rujuk list macam tu, macam la kalau diorang belajar kat universiti hebat-hebat ni will turn out to be someone.

Benda ni wujud, antara sedar dan tak sedar je.

Kalau nak cakap aku nak cakap besar belajar oversea dan banding dengan orang yang belajar dalam negara, itu jauh sekali. Yes, aku ada kutuk universiti awam, tapi kutukan itu ditujukan kepada kerajaan supaya diorang improve lagi. Ada benda yang kita boleh belajar daripada negara komunis Russia ni, ada benda yang diorang masih lebih baik daripada kita. Kalau terkena tempias tu pada pelajar-pelajar, aku minta maaf banyak-banyak la. Sedikit pun tak terniat.

Cuma itulah, kalau nak kutuk come clean la. Itupun kalau betul la niat asal tu nak tegur kan.. Kalau setakat nak marah tunjuk taring tapi tak boleh nak contact pun takde guna gak. Dan ya, kalau tak suka jangan baca. Senang. Kalau tak suka tapi baca gak, itu namanya bodoh – takde guna belajar kat universiti hebat-hebat. Kutuk-kutuk buat tambah dosa je.

Sekian.

P/s: Thanks to Blabberina untuk entri dia Ariff Shah Kena Kutuk. Sedikit sebanyak aku tau la kelemahan aku. Apa yang aku tulis tak semetinya betul, kalau tak betul tu tegurla dengan cara yang betul kan.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

30 Comments

  • Fitrihadi.com

    24 July, 2010 at 11:57 am

    manusia sekarang ni selalu sangat buat kesimpulan tanpa tahu tali yang dia simpul tu kaler apa, bahan apa atau panjang mana…main simpul je.. alahaii…

    dan kengkadang rasa down jugak bila ada golongan yang pandang rendah pada blogger ni.. alahaii manusia…

  • Lord Zara

    24 July, 2010 at 7:14 am

    orang tu tak kenal ko betul2~
    randomly kutuk camtu aku dah biasa kot~
    kadang2 orang kutuk aku tak pasal2, sebab kata aku anak derhaka based on conversation aku dengan family~

    bangang je kan?

  • kazen

    24 July, 2010 at 1:47 am

    haa bab2 kutuk nie ak geram jugak laa,…stuju tue belajr je universiti tapi kutuk org lebih dari dak tak belajar….cerdik tp xde akal

  • kelvin

    23 July, 2010 at 6:57 pm

    I am from your area and p1 wimax is quite fast and stable. I think it depends on the position of your house. You can try it for 7 weeks first, if not satisfy, they will refund you the money. No harm trying..

  • syahirul

    23 July, 2010 at 2:51 pm

    sabarlah ariff… tak semua orang suka apa yg kita tulis.. even apa yg kita tulis tu dah terang2 sebut dalam kategori peribadi.. biarkan saja apa depa nak cakap.. lama2 senyap la depa..

  • Zaki Helmi

    23 July, 2010 at 12:28 pm

    Lepas aku baca entri ni dan juga entri “Ariff Shah Kena Kutuk” dan semua komen-komen orang lain serta aku cuba recall balik apa yg ko tulis. Damn! Aku tak faham kenapa sesetengah orang anggap ko berlagak study di Russia?

    Diorang kena ingat tujuan ko tulis blog ni adalah untuk kongsi pengalaman dan cerita pasal kehidupan dan cara belajar di MAI, Moscow dan tips berblogging dan juga sedikit sebanyak penulisan umum yg lain. Berlagak? Huh!

    Kepada sesiapa yg baru nak baca blog ni, dan juga tak kenal Ariff in person, jangan nak buat andaian sendiri. Dan jangan buat andaian sendiri berdasarkan penulisan seseorang. Kadang-kadang orang salah tafsir.

    Sekali lagi aku nak ingatkan. Ariff ni salah seorang pioneer batch yg MARA hantar belajar di Moscow Aviation Institute, Moscow. Dan dah tak ada dah budak Malaysia yg dihantar untuk belajar di fakulti yg sama dengan dia. So, dia nak kongsi cerita dia belajar di sana, apa masalah?

    Walaupun aku ni baru 21 tahun, tapi dah banyak kisah yg aku alami sendiri dan dengar dari orang lain pasal orang dewasa yg kononnya matang dan lebih banyak pengalaman melakukan sesuatu yg bodoh. Setiap kali jumpa orang begini, terdetik dalam hati aku, “Aku bersyukur aku tak membesar menjadi sebodoh seperi dia”.

    Tapi itulah, dalam kes ni aku rasa ok lagi dari kes kakak kepada arwah kawan baik aku. Kakak dia selalu cerita dan menyebut kisah bersama arwah dalam blog, kemudian ada la si lahanat yg macam si En. Guest jugak, menggunakan identiti Guest untuk mengutuk si penulis yg kononnya tak terima kehendak Allah dan macam-macam lagi.

    Bila baca komen-komen panas si annoying anonymous tu, sumpah aku berasa lucu. Ilmu agama dia sangat cetek dan cuba menegur orang dengan maki hamun. Sama jugak la dalam kes ni, dia cakap dia tak nak dedahkan ideniti, mungkin family, sahabat atau yg mengenali. Haish.

    Manusia memang bodoh. Dan betul cakap ko, banyak manusia di internet yg cuba berlagak pandai, penuh rasa benci dan iri hati. Dalam dunia blogger ni, tengok lah berapa ramai yg kena. Sekarang ni aku berpegang kepada kata-kata Maja kepada aku, “Haters gonna hate”.

  • Namia

    22 July, 2010 at 11:53 pm

    mencik lh tiap kali GB buat event mesti sama date dengan urusan rasmi.. nampak nya tak dapat lh nk join korang main bowling….

    Abaikan jer lh orang2 yang suka kutuk orang… bukan nya rugi pun .. dan jangan melatah… diorang hanya mahu lihat kita melatah dan putus asa dengan kutukan mereka….

  • Amanda Eltiqaz

    22 July, 2010 at 9:50 pm

    hmm..tu la terkejut gk baca dr cik blabberina tu. honestly sblm ni sy dtg2 pn mmg byk baca psal tips2 tu je. (thanks k. hehe) don’t care much psal sapa kutuk sapa. (i’ve been in university life..normal la tu kan..hehe)

    tapi apapun, just ignore je. tak turunkan ranking pun klau dia kutuk. tak turunkan income pun. so he/she is just not worth to worry for.

  • azif syazwan

    22 July, 2010 at 9:46 pm

    biase le der…..itu lah lumrah kehidupan….bukan semua suke ngan kita but anyway teruskan penulisan hang….pasal gua rasa sonot kalo singgah blog hang nie layan membaca…..alu sule membaca tp kurang suka menulis….hehehehe

  • nursarah

    22 July, 2010 at 9:30 pm

    itu semua sebab persepsi yang berbeza bro, apa kita cakap bukan semua orang setuju, mesti ada yg protes, sama ada protes dgn mengutuk atau menegur berhemah. apapun, cara protes tu menunjukkan siapa mereka. taraf mana akal matang diorang..

    jangan pening-pening. errr, bro berlatih hebat2 nih, nak mintak 1 group boleh. I tak hebat la, bleh cover markah. Hahahaha!