Pengalaman ini diceritakan oleh saudara Saufi Karim, blogger hartanah dan penulis ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal. Terima kasih atas free copy untuk saya tempoh hari. Banyak yang dapat dipelajari.
*****
Apa yang SK buat pada 3 tahun yang lepas ialah, SK tahu rumah terpakai mana yang mahu dibeli. Kemudian saya akan mendapatkan khidmat guaman untuk membuat perjanjian jual dan beli (dalam bahasa inggeris ialah Sales & Purchase Agreement, SPA).
SK berbincang dengan ayah SK berapa harga untuk SK beli rumah terpakai tersebut di Bandar Baru Bangi. Kemudian, SK dan ayah SK mendapatkan khidmat guaman yang kami kenal. Setelah itu ayah SK meletakkan harga yang sebenar (harga pasaran) untuk rumah itu dijual kepada saya. SK memaksimakan pinjaman kerana ketika hendak beli rumah umur SK baru sahaja 25 tahun dan boleh buat pinjaman sehingga umur 55 tahun. Maka keseluruhan adalah 30 tahun kesemuanya.
Rumusan untuk pengalaman 3:
- Beli rumah terpakai dengan harga pasaran.
- Mengada-adakan 10% bayaran pendahuluan atau kurang kepada pemilik rumah. Jika pemilik rumah bersetuju anda dah berjaya membeli rumah tanpa modal. Ini kerana tak perlu nak keluarkan 10% wang pendahuluan. Kemungkinan anda hanya perlu membayar wang tempahan awal supaya anda komited untuk membeli rumah tersebut.
- Membuat perjanjian jual beli atau Sale & Purchase Agreement. Pembeli dan juga penjual boleh mendapatkan khidmat guaman
*****
Untuk pembacaan selanjutnya, boleh dapatkan ebook tersebut setebal 107 muka surat yang padat dengan teks (jenuh nak baca). Secara keseluruhan, ebook ni adalah tambahan kepada pengetahuan yang telah saya pelajari sebelum ini dan sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar tentang pelaburan hartanah dan pembeli rumah pertama seperti saya. Tips yang diberikan boleh memberikan penjimatan dan mengelakkan sebarang masalah ketika membeli rumah.
Terdapat enam bab yang dikupas dalam ebook ini dan 7 lagi topik bonus di akhir ebook dengan topik termasuk Lokasi Strategik Untuk Pelaburan Hartanah, Tips Beli Rumah Untuk Yang Berpendapatan Rendah & Cara Mengira Pinjaman Yang Layak Anda Perolehi.
Comments
21 responses to “Pengalaman Membeli Rumah Tanpa Sebarang Modal”
kena study dan berminat jgk bab nie.. tp mcm mana ya..
salam.
pd pendapat sy, kena berfikir panjang dan buat perancangan kewangan teliti sebelum beli hartanah (bg golongan berpendapatan sederhana)… supaya tak tersilap langkah.
tq untuk info ni
Masih tercari-cari rumah pertama….
kalau di kawasan Lembah Klang atau Penang, mungkin pelaburan rumah adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Tapi jika di luar kawasan2 tersebut, mungkin perlu dilihat dgn lebih teliti kerana harga rumah di kawasan-kawasan negeri2 seperti Perlis ini lebih tidak stabil dan kurang pendapatan daripada harga sewa. Better beli rumah tersebut untuk dibuat Homestay daripada disewa. Sebab perbezaan harga dan sewaan tidak seperti di KL. Sewa di KL boleh pergi sehingga RM1+++ untuk rumah teres atau flat biasa. Di Perlis plg tinggi pon boleh dapat RM600++. Jadi ROI mmg lmbt dan lonjakan harga rumah tidak setinggi dan secepat di sana.
Membeli rumah ada satu pelaburan yang baik kerana rumah tetap naik kecuali tempat tempat tertentu saja.
sebuah perkongsian yang menarik, mesti ada teknik dan kaedah kan
Konsep macam ini macam MLM yang pernah saya join, duduk diam pun dapat duit.
bagus ek buku ni.. nanti bila ada niat nak beli rumah bolehla nak beli..
Kalau dapat kowtim dengan owner, senang la sikit. Tak payah lalu org tengah. =)
saya dah beli rumah pertama dan sekrang tengah belajar untuk dptkan rumah kedua, ketiga dan sebanyak yang boleh sebelum pencen.. atau mungkin pencen awal.. :)
Semoga berjaya
Hehe..bagi mereka yg berminat dan mahu mempelajari selok belok hartanah, mungkin akan beli ebook tu..baru tahu mcm mana cara nak beli rumah tanpa keluarkn modal yang tinggi..
banyaknya ebook psl hartanah..semuanya kdg2 hampir sama penulisan…sometimes tu ada tiru tulisan barat. cuma diubah laws of malaysia..
setuju… version translate dah bnyak sekarang ni.. apa kata google search ‘buying house tips’.. haha.. kan free.. tak yah bayar.
Ada yang translate, tapi tak sesuai dengan local play. Kena pandai identify internet marketer yang kaki translate tips ni dengan pelabur sebenar yang kongsi pengalaman
Tertanya-tanya bagaimana memiliki aset tanpa keluar modal.
Ada kawan selalu pakai teknik ni, dia pun nak tolong kalau saya nak buat, tapi saya mahu belum fokus kepada beli rumah sebab tengah fokus benda lain lagi.
sebenarnya bagi penda[at aku,kurang setuju lah kalau beli rumah tanpa sebarang modal. Mcm pengalaman aku sendiri keluar duit rm3k++ utk booking. Mybe ada Owner tak kisah jika tak dapat wang 10% mula-mula dan sanggup tggu sampai loan disburse. Ada juga yg nak 10%. Kalau nasib baik,dapat la hulur 3% dulu.
++ duit lawyer tu kena byr lagi-lagi snp. Unless lawyer pun sanggup tggu sampai loan disburse. Panjang cerita sebenarnya nak beli rumah ‘tanpa sebarang modal’. Macam ko ckp tulis semlm,teori tidak semudah praktikal. –dalam entri eksiden motor.
beli rumah tanpa modal..mark up loan la maksudnya kan..current practice untuk saya dan wife beli rumah..harga rumah 360k..tapi ktorang markup loan 400k..loan duration max 38 tahun. kalau dicongak balik..nanti lepas settle sume dapat extra 10k kat tangan.
Penah dgr pasal ni jugak.. naikkan harga rumah utk tujuan loan, tp kene dptkan lawyer yg boleh/sanggup buatkan agreement tu. Tapi.. nak bayar khidmat lawyer tu pun dah pakai duit yg banyak.. haishh.