Pengalaman Jadi Artis

Kalau siapa tengok Facebook aku (meh add facebook.com/ariffshah) ada status pasal aku pergi interview. Ahaks. Bukan interview kerja, tapi sebenarnya wawancara. Hari tu kan aku menang iPod Touch daripada Mangga Ad. So diorang panggil la untuk interview. Asalnya aku ingat interview tu untuk letak dalam website Mangga Ad je, rupa-rupanya tak.

Sampai-sampai tu macam pelik. Pergi pejabat kumpulan Utusan kat Jalan Chan Sow Lin tu diorang cakap tak kenal orang Mangga Ad. Aku pun naik pelik dah. Call handphone orang Mangga Ad tu, dia cakap suruh tunggu je. 10 minit tunggu baru sampai dua orang dari Tech Team Mangga Ads. Rupa-rupanya kat pejabat kumpulan Utusan tu buat photoshoot ngan interview dan bukan untuk amik hadiah dari pejabat Mangga Ad. Pejabat diorang kat Gardens MidValley. Patut la macam pelik je.

Aku macam terkejut gak bila diorang sebut pasal photoshoot. ekeke.. buang tabiat sungguh. Selama ni gambar lawa-lawa untuk profile aku semua jugurambar amatur je amik (thanks Syed Shazrin & Syahmi Afnan) sekarang ni jurugambar professional pulak. Kat studio Utusan tu.. Bayangkan la betapa ramai artis dah pernah photoshoot kat situ. Lisa Surihani mesti ada punya :P

Lepas tu interview. Dua cik awek reporter dan dari team Mangga Ads empat orang lagi. Total enam orang. Yang kena interview aku sorang. ahh.. Aku ni mana la biasa kena macam ni. Bila semua perhatian tertumpu kat aku, mulalah perasaan gugup tu datang. I tak biasa you :P Yes, interview kali ni semua pasal aku dan blog.ariff. wow. This is something. So nantikanlah kemunculan muka aku besar-besar dalam surat khabar, nanti aku announce bila. Tapi kalau tak sabar korang start ah beli segala publication kumpulan Utusan. ekeke..

Masa hari pertama aku start blog.ariff kat domain ariffshah.com ni, tak pernah terfikir  peluang-peluang macam ni datang. Tapi apa yang aku tau, kalau kita buat something dengan niat nak buat betul-betul supaya benda yang kita buat tu menjadi dan maju mestilah dimulakan dengan minat. Aku minat menulis, meluahkan apa yang aku fikir dan bercerita (dalam bentuk penulisan). Kalau nak bercakap tu memang kadang-kadang jadi mengarut pun ada gak – kelemahan diri, tapi oklah. Peluang jumpa dengan orang ramai, berkenalan dengan orang baru boleh buat aku improve penampilan dan persembahan diri aku di khalayak ramai.

Mungkin pendapatan aku tak sehebat blogger-blogger lain, mungkin aku juga tak dapat hadiri event yang besar-besar tapi at the end of the day, dapat masuk surat khabar sebagai seorang blogger macam not bad gak kan :D Macam biasa terima kasih kepada semua pembaca blog.ariff. Tanpa korang, aku tak ke mana.

.. and no, tadi takde sesi make up. Terus photoshoot. Tak perlu kot :P

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


75 thoughts on “Pengalaman Jadi Artis

  1. caya la bro..=)pasni aku subscribe paper utusan kat kedai mamak depan ni..hehehe
    ko bila lgi nak bagi aku photoshoot ko plak?ahak!

  2. dashat! :) haih bila la zaman saya nk fofular plak. sementara masih muda dan anggun (hahaha sila jangan muntah) harapan dapat la masuk magazine ker. dreamm onnn jer lah

  3. Memang betul la Abg Ensem cakap ko macam Alex Yoong. Ada iras2.
    Dah kat sini aku kena cakap yg ko lagi hensem dari Abg Ensem la.

    Orait. Congratz bro.

  4. aku pun pernah rasa pengalaman jadi artis..haha
    last year..gbam(producer remaja)jemput aku untuk segmen runway dalam program remaja..;)

  5. siapa jurugambar ek ariff? fatah sulaiman ke? ayah dulu kerja sana bahagian pengarang..1 team dgn mama juwie n huzz n shabaruddin ke ape ntah name…
    kalau ayah kerja lagi sure dah mtk copy dah…hehehe…
    congratz bro….

  6. abg ensem nak sign leh.. hahahahhaa… owh da pergi da interview yg ko ckp aritu.. good… rezeki ko kaan ariff.. dah femes nanti jgn lupa kawan satu taman :) hehehe

    • nuffnang companya lama, so dari segi reputasi, nuffnang memang mendahului mangga la tapi dari segi potensi pendapatan, setakat ni mangga not bad gak. Diorang masih lagi mencari ruang untuk improve dan tengah nak tetapkan berapa rate yang sesuai untuk blogger.

      Jadi kalau nak tanya mana lebih baik tu, susah nak jawab sebenarnya. Dengan nuffnang kalau dia tak kasi buffered earning campaign pun takde guna gak. Memang menyakitkan hati dan membazir trafik. Nak tunggu dia pilih tu kadang-kadang berbulan-bulan.

      Aku jenis yang tak suka membazir trafik jadi aku letak la mangga ad ni. Sedikit sebanyak masuk la jugak.

      • Mengenai Mangga? Adakah Dia Sudah Pay?
        Sebab Mangga Masih Baru Dan Susah Untuk Mempercayai Bukan?
        Macam Nuffnang Memang Sudah Tahu Dengan Paynya..