Penangan Domain Authority

Apa itu domain authority?

Domain authority ni adalah semacam reputasi sesebuah domain. Reputasi domain ni search engine dapat baca melalui data seperti berapa lama domain tu hidup, berapa banyak kali domain tu bertukar server, kat mana domain tu dihostkan, PageRank, trafik keluar masuk kat domain tu dan beratus lagi petunjuk aras yang wujud. Jadi takde orang tahu formula sebenar, semuanya komputer yang kira.

Formula mudah, lagi lama domain tu hidup, takde malware warning semua lagi tinggi authority dia. PR banyak mempengaruhi domain authority.

Macam mana nak check?

Paling mudah aku check guna Open Site Explorer. Nilai yang diberikan hanyalah anggaran (sama macam nilai PageRank yang korang semua tau) tapi masih boleh dipercayai. Selain daripada tu, dengan menggunakan Open Site Exporer kita boleh spy domain yang ada PR tinggi untuk tahu dari mana diorang dapat backlink. Yeah. Agak licik ;)

Kesannya?

Sekadar contoh, tiada unsur politik dalam entri ni.

Kesannya dapat dilihat pada SEO. Sangat mudah sebenarnya nak dapatkan result untuk front page SERP kalau domain authority tinggi. Dalam gambar atas ni, perkataan ‘beruk’ tu ada 2 atau 3 je dalam page Wikipedia tu, tapi disebabkan domain authority domain wikipedia.org tu tinggi, dengan mudah dapat keluar kat first page.

Kelebihan kepada pemilik domain

Memiliki sesebuah domain adalah satu kelebihan. Suka sangat untuk aku cadangkan kat orang, kalau memang dah rancang nak menulis blog sampai bila-bila, dapatkan terus domain. Seeloknya selepas 6 bulan pertama berblogging sebab masa tu kita dah tahu hala tuju kita macam mana, samada nak teruskan berblogging atau tidak.

Bayangkan dah setahun dua berblogging, PR pun dah cantik sekali terasa nak tukar domain baru. Habis kena start segala-galanya dari bawah sebab kalau beli domain baru memang takde reputasi langsung. Reputasi harus dibina, melainkan kalau korang beli domain yang dah pernah dimiliki oleh orang lain.

Komen tak berkaitan

Kalau nak jadi ahli politik tu, janganlah main isu yang boleh malukan diri kat dunia sebenar dan dunia internet. Yeah. Sekarang kena ambil tahu pasal dunia internet gak, silap cakap macam atas ni kan dah buruk padahnya. Agaknya sampai dia mati kot perkataan beruk tu melekat kat dia. Nasib baik tak kena perkataan khinzir tu sekali (tapi aku tau macam mana nak buat supaya boleh dikaitkan gak.. SEO rules).

Bacaan lain: Bila SEO Disalah Guna

P/s: Komen berbau politik kepartian akan dipadamkan serta merta. Entri ini dikategorikan sebagai entri tutorial dan informasi. Terima kasih.

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

33 Comments