Penajaan Contest Sebagai Strategi Pemasaran Yang Berkesan

Reading Time: 2 minutes

Dunia blog 1Malaysia sekarang memang rancak. Pasarannya sangat meluas dan kalau digunakan sebaiknya membolehkan pemasaran sesuatu produk atau jenama dengan lebih berkesan pada kos yang lebih rendah. Pertandingan dalam sesebuah blog memerlukan tajaan. Lebih besar tajaan yang diberikan, maka lebih banyaklah peserta yang menyertai contest tersebut dan semakin banyak peserta, semakin meluas pendedahan yang diperolehi oleh penaja tadi.

Namun begitu, berapa amaun yang wajar diberikan untuk menaja sesebuah pertandingan? Pada pendapat aku, kalau sesebuah perniagaan membuat untung bersih minimum RM1000 sebulan, maka minimum 25% daripada untuk bersih tadi adalah nilai yang sangat sesuai. Berdasarkan pengalaman aku dalam dunia blog ni, sesebuah blog yang ingin menganjurkan pertandingan tanpa penaja hanyalah mampu untuk mengeluarkan sehingga RM200 kecuali beberapa blog seperti Denaihati.com. Dengan tajaan minimum RM250 dan amaun itu ditambah oleh penaja kecil yang lain, tak mustahil sesebuah pertandingan boleh menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan itu sudah dikira lumayan dalam dunia blog 1Malaysia.

Jadi bagaimana untuk menganjurkan pertandingan yang menguntungkan sponsor? Dalam hal ini, kita abaikan kehendak contest dan kita tumpukan pada point penting yang menguntungkan penaja dan boleh membuatkan mereka ingin menaja dalam contest anda. Penaja MESTILAH mempunyai laman web sendiri untuk memasarkan produk dan jenama mereka.

  • Review penaja. Peserta pertandingan boleh melakukan review/advertorial post untuk penaja dan akan mendapat markah tambahan atau kelebihan untuk dia menang dalam contest tersebut.
  • Pautan ke laman web penaja. Biasanya kalau menganjurkan contest peserta diwajibkan untuk menulis tentang contest tersebut dan menyertakan pautan ke laman web penaja. Pautan ini mestilah dikaitkan dengan keyword laman web atau produk yang ingin dipasarkan supaya kelak dapat memberikan kelebihan SEO kepada penaja.
  • Banner produk/jenama boleh digunakan untuk membezakan antara penaja utama dengan penaja biasa. Banner hendaklah dipaparkan dalam entri wajib untuk promosi contest tadi.
  • Peserta perlu like/follow  Facebook/Twitter penaja.

Apa yang perlu dielakkan kalau nak anjurkan contest? Satu je, paling penting ialah supaya kita tak letakkan syarat yang terlalu banyak untuk peserta. Hipotesis dia macam ni, semakin banyak syarat (perkara yang perlu dilakukan oleh peserta), semakin malas untuk mereka sertai contest tersebut. Kena ingat, buat contest kalau boleh nak beribu-ribu orang masuk. Baru puas hati, betul tak?

Dalam pencarian penaja contest, penganjur contest perlulah bersedia untuk memberikan yang terbaik kepada penaja. Takkanlah mereka nak tabur duit buta-buta sahaja tanpa mendapat faedah daripada contest tersebut kan? Pastikan anda mempunyai pelan yang berkesan yang menguntungkan anda dan penaja anda.

+ Anda blogger? Jom join 5 Blog yang Paling Kerap Dilawati. Ada projek besar menunggu peserta.


Posted

in

by

Comments

29 responses to “Penajaan Contest Sebagai Strategi Pemasaran Yang Berkesan”

  1. uncle syaf Avatar

    betul…kalau tak sesie je pengajur tu sponser duit… contest kene mantap n sambutan pun kene hangat

  2. syahrilhafiz Avatar

    mantap. seo tu penting gak..
    jadi biar dua2 dapat benefit
    penaja dan penganjur

  3. zik Avatar

    kalau syarat terlalu ketat, kena buat itu ini,kebarangkalian untuk join tuh memang malas lah nak join..

  4. uncle syaf Avatar

    aku jarang masuk kontest, sebab tak de mase sangat nk buat….

    setuju dengan ko, contest tak perlu banyk2 syarat, menyusahkan org yg nk masuk je

  5. madammondoq Avatar

    saya suka masuk contest..tapi belom pernah buat contest..hopefully one day dapat anjurkan contest yang best jugak..

    1. ekspresiruang Avatar

      sama la. hopefully oneday akan dpt anjur kontes dan dpt sponsor mcm IKEA dan kedai2 perabot mahal2. huhu

  6. achie Avatar

    nak buat contest bukan mudah,perlu ada ketelitian..bukan sekdar kewangan tapi point yang hndak kita sampaikn..hehheeee takut orang kata sekadar syok sndiri.tu yang susah..

  7. Dila.13 Avatar

    thank you sebab share strategi ni. boleh jugak buat as check list for the future :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      jadi sponsor nanti pun boleh jugak kan =)

  8. nizam Avatar
    nizam

    betul tu, melalui contest juga dapat mempromosikan blog kita tetapi kenalah tahu dengan jelas supaya capai matlamat untuk blog kita dikenali.Setakat ni nizam tak pernah lagi buat atau taja contest. mungkin nanti boleh juga turut serta.

  9. sayacomel Avatar

    itu yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang selalu buat contest.

  10. ekspresiruang Avatar

    topik ni serius bunyi dan isinya tapi utk long term, memang sgt2 penting kepada semua blogger yang memang betul2 nak serius dalam dunia blog. mencari sponsor adalah satu skil gak sebenarnya. The power to convince people and make friends ni memang diperlukan dalam menjayakan sesuatu contest yang berkehendakkan kepada sponsor yang mahal.

  11. Mohd Isa Avatar

    aku setuju bro, penganjur contest yang ingin mencari penaja perlulah pandai mencari keuntungan buat penganjur terlebih dahulu. jika boleh siapkan proposal dahulu untuk mencari penaja adalah terbaik. senaraikan keuntungan yang bakal diterima oleh penaja, itu dapat membantu untuk mencari penajaan yang lebih banyak dan berbaloi. :)

    1. ekspresiruang Avatar

      buat kertas kerja ni pon memerlukan kemahiran dan strategi yg betul. sebab penaja pon perlu didedahkan dgn permainan SEO dan juga kepentingan network dalam dunia blog. semua tu perlu diletakkan sebagai point dalam kertas kerja gak

  12. Amir Said Avatar

    Aku tak pernah lagi buat contest. Insyaallah kalau ada sumber kewangan, boleh la anjurkan.

    1. ekspresiruang Avatar

      sama la kita. nak tunggu duit adv pon tak berhasil lagi so far. huhu

  13. razis Avatar

    nti kalau blog ariff nk wat kontest, kena announce kuat, mesti ramai akan sponser nanti..heheheh

    1. ariff Avatar
      ariff

      best gak kalau dapat sponsor banyak. memang puas hati.

  14. aman Avatar

    jom-jom. nak sponsor ariffshah ar pasnie. :D

    1. ariff Avatar
      ariff

      whoa. amanznetwork nak sponsor. memang best macam ni.

    2. ekspresiruang Avatar

      mantap la. pasti win-win situation ni akan kasi dua2 blog lebih meletop lepas ni :)

    3. syahrilhafiz Avatar

      hadiahnya ialah
      iPad 2 tanpa touch screen..haha

  15. madlut Avatar
    madlut

    jika penajaan untuk memberikan kesan jangka masa panjang pun best jugak,
    baru semangat sikit nak taja…hehe

  16. Noridah Avatar

    pernah jadi penaja contest sebelum ni, yup memang betul kena betul2 pilih penganjur kalau nak jadi penaja. kena ada win-win situation lah.

  17. sha myheart Avatar

    oo, macam tu ya.. Sekadar ambik tahu. Nak buat, belum lagi sebab belum mampu.

  18. Lord Zara Avatar

    Kalau ada rezeki lebih, teringin juga aku.
    :)

  19. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    kalau penaja berada dlm niche yg sma dengan contest yg ditaja lg baik rasanya :)

  20. syafiq sulaiman Avatar
    syafiq sulaiman

    memang btol..
    dengan cara menaja..
    blog memang mudah untuk lebih dikenali..
    tapi mesti pilih jgk ape yg perlu ditaja..
    siapa yg buat contest itu..

    klo maen taja sebarang contest..
    matlamat utama utk promosi blog..
    pasti x tercapai..

  21. Cik Su Life Cycle Avatar

    bagus gak idea tue