Dapat jemputan ke OPIN 2.0 (Online Property Investor Network) daripada Faizul Ridzuan, penulis buku WTF? 23 Properties by 30. Property talk selama empat jam ini telah dihadiri oleh lebih daripada 500 orang pelabur hartanah. Pelabur bumiputera kita? Tak sampai 10% yang hadir (saya bukan lagi pelabur hartanah, tapi hadir atas sebab ingin menimba ilmu).
Empat pelabur dijemput untuk berkongsi pengalaman. Yang pertama adalah daripada Kam Wei Tsung dengan topik Commercial Property – The Switch on Challenge. Basically dia cerita pasal kelebihan hartanah komersil dan mengajak orang lain untuk menceburi bidang ini. Pada saya, mereka yang benar-benar mampu sahaja boleh melabur dalam sektor hartanah komersil ini.
Kedua adalah Juanita Chin, pelabur dari Pulau Pinang. Juanita dan suaminya adalah pelabur dan pakar tentang hartanah di Pulau Pinang. Mengikut katanya, potensi di sana masih lagi tinggi berbanding di Lembah Klang. Personally, saya sendiri nak cari something di luar KL sebab hartanah kat sini dah terlampau mahal. Harga semua takde belas kasihan punya untuk fresh graduate macam saya.
Ketiga adalah Albert Ko, rakyat Malaysia dengan status penduduk tetap di Australia. Portfolionya dah mencecah 7 angka dan kini dia berulang alik antara Australia dan Malaysia untuk menguruskan pelaburan dan perniagaannya. Secara kesulurannya, tiga lokasi utama yang sesuai untuk pelaburan hartanah di Australia terletak di Utara Australia iaitu Perth, Darwin & Brisbane. Modal permulaan untuk pelaburan di sana adalah RM1 juta dengan pulangan pelaburan boleh mencecah sehingga 30% sebulan.
Keempat adalah daripada tak lain dan tak bukan, Faizul Ridzuan. Dia terangkan kelebihan dan potensi landed property di KL vs apartmen. Ada landed property yang dah meningkat sehingga tiga kali ganda harga dalam masa 7 tahun. Selain tu, dia ada terapkan konsep networking dan OPIN sebagai titik permulaan untuk networking di kalangan pelabur.
Tentang buku WTF 23 Properties by 30 dalam Bahasa Malaysia, sekarang sedang dalam penilaian beberapa pihak. Ada pakar tatabahasa cakap dia tak faham versi terjemahan saya, tapi nak buat macam mana, pakar tatabahasa tak minat bidang hartanah. Sah-sah la dia tak faham apa yang cuba disampaikan. Apa-apa pun, saya bagitau Faizul, final decision terletak pada tangan dia. Kalau nak suruh tukar apa-apa nanti, ikut jelah. Buku tersebut dijadualkan keluar pada penghujung tahun ini.
Peer pressure betul tengok orang yang dah financially free dan boleh berhenti kerja. Takpe.. slow-slow working towards that.
P/s: Nadot, gambar nanti tolong tag kat FB ye.. Nice meeting u!



Comments
22 responses to “OPIN – Online Property Investment Network”
Entri terbaik..nice meeting u bro!
Berminat tetapi banyak yang tak tahu. Maklum tidak mempunyai ilmu mengenai hartanah ini.
Bermula dengan tengok-tengok dulu. Lama2 nanti terus full time
tanah di Penang pon skg makin meletop2. bukan saja di sebelah island, even di bukit mertajam di tanah besar ni pon dh mkin naik.
pehh..gi tak ajak punn..
memang best lah
untungnya dapat pergi..rasa teringin nak pergi jugak..tapi tak de sape yang boleh pass info
Joom kita set up Property Network utk group kita so bila ada property nak beli kita share ikut kemampuan dan untung bahagi ikut % invest. Cina dah lama buat dan kita kena mula.
Setuju dengan pendapat Bro. Tapi siapakah ahli2 group yg dimaksudkan? Geng Talibarut je ker?
Saya sgt setuju bro DH… Perkara ini dah lama dipraktikkan oleh kaum Cina. Dan saya dapati sgt efisien. Kita kena wat satu property network.. Dan lantik 1-2 agen hartanah yg bagus utk mencari peluang2 pelaburan hartanah.. Dpt je terus letak deposit.. Kumpul 4-5 projek dan kita bincang2 sama2 ahli utk menentukan projek mana yg berpotensi.. Dpt je keputusan, terus fokus pd projek tuh.. Terbaik..
Yang pergi seminar semalam ada preview hartanah baru, khas untuk mereka yang pergi je. Malam ni saya tunjuk.
bagus idea tu mcm nak join jer
setuju. tp kena cr org yg btol2 berkaliber dan amanah dlm menguruskan hal2 sebegini. org melayu ni kdg2 suka ambil kesempatan atas peluang2 yg terhidang cmni.
ramai tu smpi 500. apa projek baru menarik?
gua dapat tiket free,tapi tak dapat jugak nak pergi sebab kena teman mem berbelanja..
Nice meeting you too Ariff.. good luck kerja baru! ;)
Dapat gaji, faham2 la..hohohoho
Wahh.nadot pun datang…AE junior in the making..Ariffshah + Nadot…
hahahha.. Eyriqazz tak betull… hehehehe
Rugi tak dapat join..
At least dapat gak tambah ilmu..
Aku tunggu bukan yg dialih bahasa juga laa.
Takpe, slow2 daki, ikut kemampuan diri. Tak semestinya pencapaian org lain baik untuk kita, maybe kita ada potensi di tempat lain. Ape2pun, gud luck untuk buku versi BM tu. Suruh pakar tu belajar ilmu properties dulu. hehe
nanti aku nak beli buku yg ko terjemah tu.. :D
Ada tau tentang nie kat blog abang ensem… Tapi tak sempat join, ada kerja lain… nice sharing bro…
Buku tue hujung tahun baru siap, tak sabar aku nak baca versi bahasa Melayu.. Kalau buku yang sekarang ada peluang nak dapat minum tea dengan penulis Faizul Ridzuan. Aku memang teringin nak jumpa dia.. Bro lain laa, mmg kerapkan? lagipun mmg selalu jumpa laa, sebab buat buku edisi BM. he he..
Aku mencuba nasib, contest homefinder. Ada rezeki jumpa dia ke.. he he.. Nak tag bro, tak dapat.. Sebab tak approve friend lagi… he he.. Sori membebel panjang.. tengah banyak idea plak… Anyway nice sharing…link contest fb yg aku join.. kot2 ada rezeki.. http://bit.ly/MNlI6S