Netbook 1Malaysia

Reading Time: 2 minutes

(Sumber gambar: Utusan Malaysia)

Untung budak-budak sekarang kan.. Belajar kat sekolah rendah pun dah dapat netbook. Abang ni belajar bersungguh-sungguh dulu kat sekolah semata-mata nak dapat keputusan bagus supaya layak dapat tajaan ke luar negara ni, itu pun sekarang dapat dalam bentuk pinjaman, bukan biasiswa penuh. Adik-adik ni mesti dapat free je kan netbook tu..

Cuma nilah abang nak nasihat sikit, netbook tu jaga elok-elok. Jangan baru pakai seminggu dah rosak, lepas tu kena hantar Lowyat untuk repair. Jangan install Angry Birds pulak. Karang tiap-tiap hari mengadap netbook main game je..

Kerajaan kasi netbook tu.. sebab.. sebab tak nak adik-adik ketinggalan dalam bidang teknologi. Takkanlah nanti dah sekolah menengah baru nak belajar menaip, ye tak?

And last but not least, jangan pulak tengok benda-benda yang tak senonoh kat internet. Baca blog abang takpe, masih lagi rated U. Abang tak letak keyword lucah nak tarik trafik, gambar awek Russia pun letak yang pakai baju kurung je…. walaupun pada hakikatnya memang susah nak tengok awek Russia pakai litup-litup macam tu kat sini.

Harap mak ayah adik-adik pantau sikit apa adik-adik buat kat internet. Janganlah pulak dah dapat netbook 1Malaysia tu sehari suntuk tak keluar rumah. Petang-petang pergilah main bola ke, main basikal ke.. atau apa-apa sajalah. Asalkan bukan depan komputer, ok?

– Abang yang tak dapat netbook free

P/s Kalau adik rajin, pergi register kat Dealmates. Ada cabutan bertuah dapat RM100,000 tapi kena umur 21 tahun dan ke atas. Takpe, boleh guna IC mak ayah adik. Kalau menang nanti abang kasi iPad 2. Tapi kalau adik menang, adiklah kena kasi abang iPad 2. hehe..


Posted

in

by

Comments

42 responses to “Netbook 1Malaysia”

  1. akubiomed Avatar

    Masa belajar dikolej dahulu hendak beli komputer pun perlu buat pinjaman :-)

  2. Bro Framestone Avatar

    abg nak gak awek rusia pakai baju kurung tue…

    hulur sorang dua boleh

  3. Hisyam Avatar

    Ni entri nak netbook 1 Malaysia jugak ke? Hehehe. Netbook tu tak best. Slow je.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      nama pun netbook. Confirm slow.

  4. Mr.Bintang Avatar

    adik aku pun dpt.. tp 1 netbook 1 family la… hehehe.. kalau smua dpt sorg 1 kan best.. leh bukak cc.. :p

  5. Pacifista Avatar

    benda ni dari tahun lepas bebudak ni dapat.memang untung bebudak sekarang.netbook sorang satu.huhu… :D
    haha…statement last tu tak tahan.kalau bro dapat,boleh la bagi gula2 je.budak2 tak boleh pegang gadjet mahal2.hehe :p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ha’ah ek. betul gak. Kalau aku dapat, buat giveaway kasi macam2 kat blog ni pun no hal.

  6. penyubiru Avatar

    anak saudara aku pun dpt netbook free dr kerajaan terengganu. netbook tu sepatutnya menggantikan buku teks sebab semua silibus buku teks ada dalam netbook tu. tapi perlaksanaan tak berjalan dgn sempurna, buku teks masih perlu dibawa ke sekolah,netbook tinggal di rumah. anak saudara aku buat layan mp3 dan tgk movie.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe.. problem kat malaysia ni itulah. Bila nak buat projek macam tu, takde bajet nak go full swing. Tak pun ada je yang tak kena. At the end, bajet tadi terbazir macam tu je.

  7. rosmadiana Avatar
    rosmadiana

    sppu sy y form4 pn dpt..sbb die bdk pandaikan..jeles2..dpt brodband lg..bayar pn bpe hinggit ja klu nk aktif brodband 2…harap2 die gunakan sebaik y mngkin notebook 2…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      perrghhh. Broadband pun dapat?

      1. rosmadiana Avatar
        rosmadiana

        haha tau pn

      2. ekspresiruang Avatar

        at least budak2 skg xjd cm org kg yg asyik dok tgk tv1malaysia dan berita tv3suku je. nk sumber sahih, pakai notebook 1malaysia

      3. Pacifista Avatar

        yup,memang diorang dapat broadband tu sekali :)

  8. azam Avatar

    Depa makin untung dulu masa blajar sekolah nak pegang keyboard pon takut

  9. delour Avatar

    bertuah tul adik2 sekarang..akak dulu lepas sekolah bru merasa bende2 ni sume..

  10. Izwan Avatar

    biasanya benda2 ni fokus kat sekolah bandar kan?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      tak pasti. Cari detail pasal program tu tak tulis pun fokus kat mana..

  11. anastasyea Avatar

    Bestnya dapat laptop free .. (“,)

  12. Siti Zulaikha Avatar

    hehehe…kelakar pulak baca entri ni. budak-budak zaman sekarang tak payah ajar pon dah pandai..

  13. ProfHariz Avatar

    Macam-macam dapat pun masih tak reti bersyukur kan.. Untung budak2 sekolah sekarang~

  14. namaakulynn Avatar

    lol. entri comel dari abangblogger kepada adik2 zaman skrg.

    whatever it is,still ada pro n cons jugak pemberian netbook ni.ada budak2 yang guna dgn baik,ok la. yang guna utk benda bukan2 tu,itu yang masalah.

  15. Lizz Avatar

    aku berdekah-dekah gelak baca entry ni dari perkataan pertama sampai habis. bahahahaha!! comel je, abang ni nasihat adik-adik.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      oo.. gelakkan abang ye??

      hahahaha..

  16. ayu Avatar

    harap student guna netbook tu untuk meningkatkan akademik…tapi kalau berfacebook suatu kewajipan, pelajaran pun dilupakan~ pandai-pandailah bagi masa yer..adik2
    owh satu lagi…kalau pelajar yang bermasalah ponteng pun dapat netbook free apa kes??

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      ha.. tu kena siasat gak. Ni kalau main bagi je kat budak2 yang tak nak sangat nak belajar, macam no point je nanti.

  17. Khidhir Avatar

    Adik Berkata:
    Tapi… sy tgk abg pun dok depan computer je memanjang smpai petang.
    Kalau abg keluar petang pun abg p usha awek rusia je.. :-p

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Adik jangan pandai tuduh macam-macam ye.. lol

  18. Adib Avatar

    harapan tinggal harapan..mana ada budak sekarang bila dapat netbook tak main game??tak buka utube? itu dah jadi kewajipan.

    kalau niat bagi netbook tu untuk budak2 belajar teknologi, baik tak payah buat makmal komputer dekat sekolah tu..bazir duit je

  19. titan Avatar

    hehe..promosi kat budak sekolah pula. hehe..

  20. butterflyana Avatar

    budak sekarang memang untung!
    yang tak pandai membaca, yang paling banyak kes disiplin, yang selalu ponteng sekolah..pun tiba-tiba dapat netbook tu.

    diorang je tak sedar2 yang ada pihak yang masih beri perhatian.

  21. FauziNor Avatar

    Pandangan aku, bagus kerajaan mengunakan dana pemberian 1 netbook untuk menaik taraf makmal komputer di sekolah sekolah. Ini kerana bukan semua pelajar mendapat netbook tu, so bagi mengelakkan unfair, bagus duit itu digunakan untuk naik taraf makmal makmal komputer di sekolah.. so that semua student leh guna.. heheh pendapat aku jew tu ;p

  22. Denaihati Avatar

    1. aku suka lah nota yang terakhir tu ..heee.
    2. Aku nampak peluang lah macam mana kalau kita buat kelas percuma buat blog untuk pelajar ni semua. Syarat mereka mesti letak banner blog kita kat blog diaorang.

  23. eiyda Avatar

    kadang2 tak berapa setuju dengan netbook 1m atau netbook yang terengganu tu.Sebab kebanyakkan budak2 salah guna..bukak yutube la..men game la..so dorang akan leka..pelajaran entah kemana.So kerajaan kn lebih memantau semua ni.sekat mn2 yang xperlu. sekadar pendapat jek..

  24. alex adriana Avatar

    adik aku yg SPM dapat netbook 1 MaLaysia ni… huhu..skang ni da boleh dapat netbook free. 5 tahun lagi dapat aa Tablet plak.. wakaka. untunglahhh.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      budak SPM pun dapat?

      #untunglah

  25. CMRatu Avatar

    benda baik ni, cuma harap tak salah guna, dan beri pada yang betul2 berkelayakkan sahaja.. kalau tidak bazirkan wang kerajaan ja..

  26. sharinginfoz Avatar

    yang penting guna untuk tujuan berfaedah

  27. ekspresiruang Avatar

    aku rasa pemberian laptop kpd budak2 skolah rendah ni adalah satu disaster bsr kpd generasi baru diorang bila dah bsr kelak.

    1. Denaihati Avatar

      Bagi aku ok sebab suka tak suka inilah zaman diaorang jadi lebih baik kita didik mereka menggunakan laptob dengan betul daripada mereka buat curi2. Kalau kerajaan tak buat macam ni orang melayu akan tertinggal kebelakang berbanding bangsa lain yg mampu menyedia kemudahan untuk anak2 mereka.

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Benda ni aku rasa ikut parents. Kalau parents pantau anak2, memang takde masalah pun tapi kalau mereka biar je anak buat suka hati, memang boleh jadi disaster.

      1. abangensem Avatar

        Totally agreed.