Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 8) – Metallica World Magnetic Tour 2010 Live in Moscow

Reading Time: 2 minutes

Idan – bukan ahli Metallica. Warm up sebelum bertolak..

Puas hati. Memang puas hati. Aku sebenarnya tak tau nak cerita apa, masih pekak pekak sikit sebab sound system yang memang mantap malam tadi. Performance memang puas hati punyalah, cuma aku terkilan sikit Metallica tak main lagu Hero of The Day. Feveret aku kot.

Pasal keselamatan lak, memang terasa selamat la. Segala jenis polis dari seluruh Moscow diorang hantar ke stadium tu. Daripada pak guard busuk busuk tu kepada polis Милиция (Militsiya – militia a.k.a polis biasa) kepada polis ОМОН (bukan HOMO), polis pencegah rasuah rusuhan ala FRU (Federal Reserve Unit) Malaysia. Kedai2 kat sekeliling stadium Olimpik tu tak dibenarkan untuk menjual arak malam tadi. Memang terkawal. Lepas ni kalau ada konsert best2 lagi boleh la pergi.

Polis Pencegah Rusuhan OMOH – HOMO. haha~

Disebabkan ni first time aku pergi konsert high profile macam ni, aku nak kasi tips sikit la kalau korang pulak nak pergi konsert apa-apa nanti.

  1. Kamera. Kalau boleh bawak kamera mahal-mahal macam DSLR untuk tangkap gambar banyak-banyak. Aku tak bawak DSLR malam tadi sebab malas, dari hari tu planning pergi konsert ni sebab nak enjoy dan bukan nak tangkap gambar. So terlupa terus pasal kamera. Kalau nak diikutkan boleh je pinjam monopod dan lens Nikon 18-200mm budak-budak ni dan tangkap gambar cun2. Lagipun sebelum pergi tu tak tau lak keselamatan semua terjaga dan keadaan memang terkawal walaupun beribu orang datang.
  2. Air dan makanan luar tak boleh bawa masuk dalam. Memang diorang akan check dan kalau ada kena buang. Lepas tu kan aku nampak diorang ni (pihak berkuasa) kutip balik mana2 air/makanan yang belum dibuka tu. Adeh~ Sampai macam tu sekali..
  3. Bawak duit banyakkk. Makanan/minuman kat dalam dijual pada harga 3-10 kali ganda. Jadi seeloknya makan kat luar dulu sebelum pergi konsert supaya duit tak habis beli makanan kat dalam.
  4. Bawa barang sikit. Salah satu sebab gak kenapa aku tak bawa DSLR. Leceh kot. Wallet pun aku tak bawa takut kena pow ke apa nanti, abis kad bank semua kena bedal. Bawa cash je. Worst case scenario, kalau ada orang mabuk kejar senang nak lari.
  5. Rokok. Kalau indoor stadium, tak boleh merokok kan dalam tu. Kalau keluar macam jauh sangat, so biasanya orang akan merokok kat toilet. Note: Aku tak merokok. It’s just my trademark.
  6. Enjoy! Aku tak faham kalau orang datang concert nak tengok diam2 je macam ada satu couple Russian yang duduk kat barisan depan seat aku. Siap nak sound2 lagi. Dah nama konsert, orang confirm akan buat bising, menjerit, menyanyi. Ni bukan persembahan ballet atau teater. Kebodohan yang tak boleh diterima.

Layan gambar lagi..

Memang terasa bahang api tu. Tak tau la macam mana on stage, mesti lagi panas

Keranda tu bleh gerak2, jadi efek lampu tu ada variation.

Sebelum pergi konsert, singgah masjid dulu. ha.. baik kan.. Bagus buat calon suami ni..

Al memang hyped giler malam tadi


Posted

in

by

Comments

34 responses to “Kehidupan di Celah Bandar Moscow (Siri 8) – Metallica World Magnetic Tour 2010 Live in Moscow”

  1. pesot Avatar
    pesot

    uik, ko tak tdo ker? bukan sana malam ker skrg… 500+ air asia tix, dalam 2k + makn +hotel =RM3K++ worth ker??? hmmmm bnyak nak kena pikio ni bro.. takpe2.. aphal2 balik ni, cari semua album baru dia, layan.. baru masyuk kalo pergi.. hahahah tq a lot for your info and pic bro..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ape pulak. Tengah hari la bro. haha~
      Well kalau nak pergi Aussie semata-mata untuk konsert ni macam kurang berbaloi je. Kalau ko sambung cuti seminggu, maybe berbaloi la.
      Tapi konsert tu pun memang pergi sekali seumur hidup, so faktor tu kena ambil kira gak.

  2. pesot Avatar
    pesot

    bro, best giler ker konsert tuh baper ko bayar ticket kalo convert duit mensia? dia nak turun australia, ingat nak gi.. boleh la budget2 berapa nak kena save!! nak tuggu diorang trurn malaysia, DAP memerintah pon belum tentu lagi, last sekali datang 10-15 tahun dulu itupon kat thailand ke Singapore… huhuhhuh

    1. ariff Avatar
      ariff

      Mustahil kalau diorang boleh datang Malaysia, dan konsert Metallica ni memang selamat dan teratur la kalau nak banding ngan konsert kat Malaysia.
      Harga dia tu adelah dalam RM500+ Yang tu kira 3rd – 4th class camtu. But memang puas hati. Make sure ko pun minat lagu-lagu daripada album baru diorang. Baru bleh layan kan. Separuh daripada performance semua main lagu baru.

  3. NMAH Avatar
    NMAH

    tak tau lah cmane leh terdapat medik.interview jpa utk medik.name da tsenarai dlm program pendedahan tu…..mmg pelik.mmg berlaku tapi terpencil. mungkin 100 hanya 1 orang

  4. NMAH Avatar
    NMAH

    mekaseh.wat ubat ati…aku da katam bace blog nih…just nk relief sbb tolak tawaran medik russia baru2 nih………lega rase……………ade k patot minta enjin dapt ubat….tensen gak.tapi ada hikmah…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Erk. Macam mana pulak minta engineering tapi dapat medic eh? Pelik betul. Minta engineering sini ke?

  5. chanz Avatar
    chanz

    Wooahh Fan Metallica…Aku minat MUSE..teringin gak nak gi konsert-konsert neh..
    .-= Cerita terbaru chanz.. Berjaya Menghabiskan Buku "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" =-.

  6. mokteh Avatar
    mokteh

    Sebelum pergi konsert, singgah masjid dulu. ha.. baik kan.. Bagus buat calon suami ni

    tak bagus puji diri sendiri
    haha
    haih! ko cakap pasal konsert buat aku rindu ngan konsert Super Junior (korean boy group: aku perempuan. normal ok minat korea) Mac lepas
    .-= Cerita terbaru mokteh.. Menghitung CGPA =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha. sekali sekala puji takpe.. kalau selalu tu yang orang naik meluat

  7. hanif Avatar
    hanif

    nampak meriah..
    .-= Cerita terbaru hanif.. WOFF S Standard Baru Dunia Web =-.

  8. farenova Avatar

    wahhh kejelesannya, dia main lagu dolu2 tak mcm master of puppet ke, huhuhuhu mesti best kan sound semuanya, huhuhu
    .-= Cerita terbaru farenova.. Siapa yang rajin naik LRT, sila baca dan sumbang =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Master of Puppets sume ada. Bak kata orang, lagu wajib sume ada ^^

  9. lizz Avatar

    orang2 sana kalau buat apa2 macam gempaq sungguh. kita punye…huhuhu
    .-= Cerita terbaru lizz.. Orang Kata, Lelaki Yang Baik Hanya Untuk Perempuan Baik Saja. Betul ke? =-.

  10. din Avatar

    uish cam best je g konsert tu..hik3..
    .-= Cerita terbaru din.. Ketenangan Jiwa =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      hoho. Memang best!! Tapi duit aku habiss… Tapi.. takpelah. Sekali seumur hidup punya belanja

  11. Lord Zara Avatar

    Nampak sungguh ekau tinggi dak ariff uit~
    dan ya, kalau siap gantung2 keranda tu memang atk dapat nak ke Malaysia (ya, mimpi Zara, mimpi!)

    sob3~

    Avenged Sevenfold pun tak dapat masuk malaysia kan?
    huhuhu~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Blog Wanita Lebih Suka Diserang Berbanding Blog Lelaki. Mengapa Agaknya Ya? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tak dapat eh? Apa pasal?

      1. Idanus Avatar
        Idanus

        a7x paling dekat sampai singapore je tahun lepas.. aku sdeyh gak x smpt gi yg tuh..huuuuu..

  12. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    memang betul cakap ko. sebab tu la aku suka kalau pergi mana2 ada orang yg mmg akan bawak kamera dan tangkap gambar. kita pulak rilek dan enjoy je. ehehe

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ada time memang best la tangkap gambar, tapi ada time nak gak relax2

  13. iyllienaz Avatar
    iyllienaz

    alaa..rugi xbawa dslr..mesti best kan…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Memang nak enjoy pun semalam. Tak nak bawak barang banyak2.

  14. nursarah Avatar

    haha, tol gak kan. dah nama konsert takkan nak romantic2 plak. mesti la hingar. ehehe
    .-= Cerita terbaru nursarah.. cayang cik epal n miss lolly! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Macam ape je.. Kadang2 manusia ni tak fikir banyak pun..

  15. serol Avatar

    tips no 4 tu penting tu.. senang kalau apa2 jadik..
    .-= Cerita terbaru serol.. Aku kedekut+ikhlas=tension? =-.

  16. Morriss Avatar

    uish..metallica.. confirm gempak…

  17. eykameow Avatar

    bapak ah besttttttttt seyh!!
    .-= Cerita terbaru eykameow.. ape tarikan anda? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Memang besttt!!!!!!

      1. MC Avatar

        power r ko… dpt signature x?
        .-= Cerita terbaru MC.. Trend Bodoh Artis Malaysia #1 =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Signature pebendenya.. Kalau aku duduk depan pagar tu, untung2 pun kena sembur air ngan Lars Ulrich. Silap2 kena sembur beer. haha~

          1. ardi Avatar
            ardi

            fulamak!!!… gila babai tuh konsert.. takper wa wakilkan lu lah tengokkan tuk wa eh…(jeles sehhhh…)

            1. ariff Avatar
              ariff

              Haha. Tak tau bila Metallica ni nak sampai Asia. Sekarang memang tour around Europe

              1. Azizuan Avatar

                malaysia bila la dian nak sampai..tah2 tak sampai lgsg..manjang kena sekat ja kalau artis2 best nak masuk wat concert
                .-= Cerita terbaru Azizuan.. Aku Benci Pop-Up Ads, Menyemakkan Monitor! =-.