Mentaliti Nombor Satu

Reading Time: 2 minutes

Always aim high; the sky is your limit.

[Update 31 Mac] Aku ketinggalan 30+ markah (setiap komen dan RT adalah satu markah) lagi di belakang peserta ini dan ya, dia pun gunakan network dia untuk menang, tengok entri ini. Jadi sekarang memang begantung kepada network siapa yang lebih hebat. Tinggal 2 minggu lagi untuk promote dan dapatkan markah.

***

Ada dua contest besar yang aku join sekarang, satu adalah di peringkat antarabangsa dan satu lagi anjuran sebuah blog tempatan iaitu Denaihati.com. Hadiah pertama untuk pertandingan peringkat antarabangsa tadi ialah wang tunai berjumlah $1000 (seribu dolar Amerika) manakala yang dianjurkan oleh Denaihati adalah berupa sebuah iPad 2. Pada waktu dan ketika ini, aku berada di tempat kedua untuk kedua-dua pertandingan dan terus terang aku cakap, aku mahu tempat pertama.

Kenapa? Mudah je. Sebab peluang untuk dapat tempat pertama dah di depan mata. Cuma untuk ianya direalisasikan, aku memerlukan bantuan daripada semua yang boleh membantu. Memang mustahillah kalau aku usaha seorang diri untuk dapat nombor satu dalam dua contest ni, kena ada sokongan rakan dan sesiapa sahaja yang sudi. Nak sampai ke tempat kedua ni pun dah ramai orang bantu, dengan itu ribuan terima kasih diucapkan.

Hampir tiap tahun Denaihati menganjurkan contest dan hadiah yang dia tawarkan memang lumayan. Aku mula kenal Denaihati masa dia menganjurkan pertandingan Hidup Berani Untuk Gagal dulu. Pertandingan yang cukup banyak memberikan motivasi kepada aku untuk berani mencuba mengambil apa sahaja peluang di depan mata. Kita boleh nampak ciri-ciri orang yang akan berjaya dalam perniagaan dengan melihat perangai mereka, samada mereka hanya pandai duduk di atas pagar dan berkata-kata ataupun mereka berusaha merebut peluang yang datang. Orang yang pandai berkata-kata ni, tak nak bantu tapi komen je banyak bolehlah untuk kita tidak mengendahkan mereka kerana orang-orang ni memang tak ke mana. Kat situlah dia sampai bila-bila.

Selain daripada pertandingan Hidup Berani Untuk Gagal, banyak lagi pertandingan yang telah dianjurkan oleh Denaihati, antaranya ialah Hidup Seorang Blogger, Acer Aspire One dan paling terbaru ialah iPad 2 ni. Aku sangat-sangat menghormati sifatnya yang pemurah yang sedikit sebanyak menceriakan dunia blogging di Malaysia. Semangat hidup untuk memberi inilah yang patut dicontohi oleh kebanyakan top blogger kita kerana mereka tak akan berada di situ tanpa sokongan rakan dan pembaca setia.

Kepada yang ingin membantu aku untuk memenangi hadiah wang tunai $1000 tu bolehlah RT link yang aku paparkan di sidebar blog ini. Kalau ikut statistik sekarang, aku dah separuh jalan untuk sampai ke arah itu, kena teruskan berusaha. Kepada yang rasa aku spam retweet link tersebut walaupun dua jam sekali, butang unfollow tu ada je. No heart feelings, semua orang ada tahap keselesaan mereka terhadap seseorang. Mekanisma pertandingan tu memang macam tu, setiap RT akan dikira, jadi kalau boleh nak dapat seberapa banyak mungkin. Untuk contest Denaihati, lagi mudah. Nampak je link Denaihati kat blog ni, klik dan lawati beberapa page lain di blognya.

Kepada yang sudi dan setia membantu sejak dari awal, sekali lagi terima kasih tak terhingga aku ucapkan. Setiap usaha kecil anda memang sangat bermakna pada aku.

 


Posted

in

by

Comments

42 responses to “Mentaliti Nombor Satu”

  1. Myvitrd Avatar

    good luck bro.. kawan2 sentiasa support

  2. juanita Avatar

    Selepas baca n3 ni saya pula semakin berkobar2 nak masuk mana2 peraduan. Sayangnya saya baru terjumpa blog denaihati. Xper la xde rezki. Apa2 pun saya doakan anda berjaya

  3. mutiara Avatar

    hu..

    nak join contest denaihati yg ipad2..
    tp xlayak..PR rendah..
    nangis 3 saat :)

  4. AdaAkuKesah Avatar

    so you also want to be no 1 huh my fren? ok i Will retweet u.. I have lots of follower and lots of twitter acc.. gd luck

    1. ariff Avatar
      ariff

      wow. Thanks a lot! Really appreciate that.

  5. andyhowtt Avatar

    akan sentiasa support RT..ada ku kesah org unfollow hahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      thanks a lot bro! ni memang support habis-habisan.

  6. […] khbr semua pembaca yang howtt dan cool..hehehe..hari ini nak wat entry khas untuk bro ariffshah untuk membantu beliau dalam satu contest yang diberi nama Famous Blogger kalo tak silaplah […]

  7. Intan Avatar

    Gud luck Ariff!

    Insya’Allah ada rezeki utk Ariff, usaha gigih dan berdoa…dua cara yg terbaik yg mampu kita lakukan ;)

  8. hasrulhassan Avatar

    Salam .. erkk ada hadiah dari Denaihati yer .. tak tahu la pulak .. hehhe… hmm apapun goodluck .. :) sendiri nyer contest tak ada ke? kasik la tiket penerbangan ke apa ke .. hehehe.. :)

    Tabik.

    1. ariff Avatar
      ariff

      tiap2 tahun Denaihati ada buat contest besar. jom join sekali.

  9. k.a Avatar

    nama arifshah mcm seorang yb yg aku kenai…haha

  10. titan Avatar

    hoho..dulu memang aku rajin ikut contest-contest begini. Selalu juga menang. Tapi sekarang, sibuk punya pasal, dah tak dapat aktif cam dulu. Ini pun, dah cukup gila untuk aktifkan balik. Ohh, badan dah tak muda macam dulu..

  11. ML Avatar

    kalau dapat nombo dua tak dapat pape ke arep??

  12. Faizal Fredley Avatar

    GOOD LUCK BRO…

  13. matjoe Avatar

    bro, gua pernah anjur kontest, dan aku notice 1 perkara yg mungkin ko boleh praktikkan iaitu: teknik ambush, which is dekat2 ujung baru ko gerakkan ko punya pengaruh. by that time sure kompetitor pun hanya boleh tgk je laa

    lagi satu create account byk2 oleh seorong pengguna. suruh kawan buat 5 akaun, kalau 5 org dah 25. chiss, dh mcm MLM pulak

  14. yas Avatar

    semoga berjaya bro, gua support mane yg terlarat jek….

    1. wansiti Avatar

      All the best!

  15. Lord Zara Avatar

    Aku baru baca updates kau tu.
    Nanti akan aku usahakan lagi.
    usaha promote ala Tom Cruise tak berjaya tadi. Lepas ni aku tukar jadi Aviator ke apa ke.

    Good luck Ariff~

  16. mancai Avatar

    lama tak singgah sini… gud luck bro…

  17. Izwan Avatar

    aim for the top !

  18. MuJE Avatar

    aku dah tolong yang termampu.. tiap kali bukak tweetdeck nampak ariffshah tweet link mesti aku RT balik.. :D

    gud luck bro. nanti kalau dapat 1000USD tu boleh buat giveaway kat sini pulak ye.. :P

  19. Pejuang Kesenian Extreme Avatar

    Good luck bro utk kedua-dua kontest tu…
    Memang tak best duduk tempat kedua..mesti nak yg pertama je..hehe

  20. haiqal Avatar

    hahaha.Aku da cuba bantu mana yang aku boleh.hehehe.Itu je yang mampu aku tolong.keh keh keh.

    Bastket?macam ada bau-bau kalah je?kih kih kih

  21. Syazwan Sarawak Avatar
    Syazwan Sarawak

    entri untuk contest ComLuv tu terbaik-lah!
    moga-moga dapatlah apa yang dihajati tu.
    best of luck~

  22. AdaAkuKesah Avatar

    wah!! kaki sukan gak eaa.. semoga berjaya.. terbaek

  23. Freak Tips Avatar

    segala yang terbaik..dari yang terbaik.. InsyaAllah

  24. NailahAzman Avatar

    Good luck Ariff!

  25. ata Avatar

    wah,Kelab UMNO tuk student x kena AUKU ke?
    haha….demokrasi Malaysia!

  26. namaakulynn Avatar

    goodluck for both things.:D
    kasik dpt medal wokey..:D

  27. syahrilhafiz Avatar

    hoho, betul tu, tak tercapai akalmu kalau kita asyik dok bawah je. maju dan terus maju

  28. Tok Esah Avatar

    i/allah.. boleh lah tu!!!
    yakin boleh!! hehhe

  29. APi Avatar

    semoga bawak balik pingat emas pulak kali ni..
    gambate..

  30. ekspresiruang Avatar

    ER berharap bro akan berjaya nanti. usaha bro takkan sesia. kena berpegang pada pepatah

    “1st runner up is the 1st loser”

    No heart feeling. Good luck, bro!

  31. Lord Zara Avatar

    Oho!
    Good luck untuk basketball tu.
    :)

    Dan ya, kalau aku nampak kau tweet, aku RT nanti. Cam hari tu la kan? CUma aaa.. cam biasalah. Bila kita main RT orang, ramai je unfollow (tapi ada ku kisah orang unfollow aku?) haha.

    Kau jangan unfollow plak. :p

    1. ariff Avatar
      ariff

      Aku sekarang RT selang 2 jam, jadi memang nampak jarang sangatlah. Kalau orang masih ingat benda tu spam, maksudnya diorang tak follow cukup ramai orang. Apa-apa pun itu semua terpulang, keselesaan mereka jadi kita tak boleh kata apa-apa.

      Tapi dalam kes aku walaupun ada sorang dua complain, follower bertambah gak. Jadi aku tak rasa aku spam atau terlalu melampau mempromote link ni, 2000+ follower masih selesa, jadi no problem.

      haha.. xdelah aku nak unfollow ko. Buang tabiat lak. ish. Anyway, thanks a lot sebab bantu.

      1. Lord Zara Avatar

        Betul gak kau cakap tu. Orang yang rasa annoying tu mesti sebab dia tak follow ramai orang.

  32. Dari Kelate Ke Copenhagen Avatar
    Dari Kelate Ke Copenhagen

    wah siap ada sukan 1Malaysia kat Moscow..
    Semoga mendapat nombor#1 dlm basketball!

  33. paihujey Avatar

    insya-Allah bro dpt naik tmpat pertama..rmai supporter dr blakang ni..gd lux..da dpt tu share2 kt sini..hehe