Menjadi Saspek H1N1

Reading Time: 2 minutes

Tahun lepas masa aku balik dari Moscow, kat Malaysia dan seluruh dunia tengah kecoh pasal penularan wabak selsema babi H1N1. Agak kelakar gak time tu sebab masa tu kita boleh lihat betapa paranoidnya sesetengah manusia pasal benda-benda macam ni. Sebenarnya tak payah paranoid sangat kalau kita tak terdedah pada sesiapa yang betul-betul sakit atau memang terbukti positif H1N1.

Jadi masa aku nak balik tu adalah rasa tak sihat. Takdelah teruk mana, cuma rasa tak sihat tu masih ada. Masa tu kat Russia adalah 2-3 kes positif, tu pun bukan kat Moscow kot. Sampai Malaysia, semua orang diberi kertas kuning kat airport. Kertas tu kalau tunjuk kat hospital nanti diorang tau la yang aku ni baru balik dari luar negara dan ada kemungkinan disyaki pembawa H1N1. Kat KLIA, aku lepas screening yang check suhu badan tu.

Bila sampai Melaka, dah telan panadol pun masih rasa tak sihat gak. Jadi keesokan harinya, atas semangat ingin menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab, aku pergi hospital Melaka dan terus laporkan diri kat wad kecemasan. Tunjuk kertas kuning tu terus orang yang jaga meja depan dah gelabah; daripada tak pakai mask terus pakai on the spot. Ketakutan jelas terpapar pada wajahnya.

Aku diarahkan untuk pergi ke kawasan khas kat hospital tu. Sebelum tu diorang bunyikan siren khas supaya kalau ada sesiapa kat situ boleh blah atau cover diri masing-masing. Rasa macam dah jadi ancaman negara pulak time tu. Kat situ siap ada khemah putih; kalau siapa yang pernah tengok movie Hollywood yang ada kaitan dengan penyakit berjangkit ni taula khemah yang macam mana aku maksudkan. Giler ah. Aku tunggu situ lama gak; aku rasa doktor-doktor kat situ tengah bergaduh-gaduh sesama sendiri tudung jadi nak suruh attend aku. At last sorang doktor lelaki keluar, setelah hampir sejam lebih tunggu padahal aku sorang je kat situ. Suit dia jangan cakap la, kalah perempuan yang pakai jubah tutup seluruh badan. Siap ada plastik cover mata sekali. Kalaulah aku dapat tangkap gambar time tu..

Doktor tu duduk, amik suhu, tanya soalan rutin. Lepas tu amik sampel dari dalam tekak. Telefon KL, diorang cakap aku kena house quarantine. Tak boleh keluar rumah selama seminggu atau sehingga keputusan ada. Sampel akan dihantar ke KL. Paling kurang dalam masa 24 jam baru boleh dapat keputusan.

Aku blah dari hospital, doktor tu supply dengan topeng untuk family aku. Mak aku pick up, dia singgah Mydin. Aku kenalah berkurung dalam kereta, kata kena kuarantin kan. hehe.. Sekali pegawai dari kementerian kesihatan call, tanya aku kat mana. Aku jawab la kat Mydin, belum sempat habis ayat lagi dia dah marah-marah. ekeke… Lama gak ah aku tahan telinga. “Awak tahu tak awak ni disyaki H1N1? Kalau betul-betul ada macam mana??! .. bla.. bla.. bla.. “

Dipendekkan cerita aku duduk rumah je dua hari tu (masa tu dah pindah Subang) berkurung dalam bilik macam anak dara sunti tunggu orang masuk meminang. Masa hari kedua menunggu, petang tu aku call kementerian kesihatan, dia cakap result dah sampai pagi. Negatif. ades.. kalau dah ada result call la aku bagitau kan. Rasa macam nak marah balik lak.

Ingat-ingat balik memang kelakar kenangan ni. Aku rasa diorang kira kot masa dalam Buletin Utama malam tu – kes disyaki H1N1. 1 kes untuk negeri Melaka. Kalau tak silap aku la.. Apesal tak sebut nama aku, kalau tak jadi popular kejap :D

Kepada yang terlibat dalam kes macam ni, ingat ye. Sila patuhi arahan kuarantin. Jangan degil :P

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:


Posted

in

by

Comments

20 responses to “Menjadi Saspek H1N1”

  1. apies92 Avatar
    apies92

    ala ko da cukup popular kat sini..

  2. hanisaleeya Avatar

    hahaha.. nis pun kena marah gak. masalahnya nis mana de simptom2 pun. disebabkan uitm dicutikan seluruh msia, semua student uitm kena banned. aduyai.

    nis duduk dalam kampus u. time tu nis nak buka akaun cimb supaya senang ayah nak hantar duit kalau nis sedang perlu. tak payah nak keluar jauh2. nampak je mesin deposit tu dari pejabat ayah.

    then kakak yang kerja situ tanya, student sini ke? jawab je la.. “student uitm.”. terus muka dia berubah.

    “Eh, macam mana awak boleh lepas masuk ke sini? kan student uitm tak boleh masuk uXX.. bla3..” macam2 la dia cakap. time tu rasa nak marah pun ada, nak gelak pun ada. dalam hati da gelak kuat2, bisik2 “kalau tak masuk uXX, nak duduk mana. dah rumah kat dalam ni..”

    lepas tu bila tengok nis diam je, dia pun tanya.

    “anak staf ke?”

    “ya,”

    bila nis bagitau nama ayah baru dia senyap. then dapat la layanan vip.. hahaha.. minta maaf la segala macam.. siap ajar cara nak tukar pin, cara set pin online [yang dah lupa pun] aduyai..

    kadang2 memang kelakar bila jumpa orang yang paranoid kan?

    1. ariff Avatar
      ariff

      haha.. itulah. bila benda tu ada kaitan dengan babi, orang kita lagi bertambah-tambah paranoid.

      kalau babi + nyawa, haaaa… lagi kelam kabut la jadinya. tapi itulah, survival manusia memang macam tu. Naluri semula jadi. Gelagat masing-masing tu yang kadang-kadang memang kelakar kalau kita tengok

  3. Piratz Avatar

    bahaya tue… boleh kena samak.. hahaa

    1. ariff Avatar
      ariff

      hahaha.. samak lah sangat.

      1. Piratz Avatar

        tu nasid bek h1n1… klau b1n1… pyah gak kan…

  4. ira_ishiko Avatar

    jauhi H1N1 ~~~

  5. ashraf Avatar
    ashraf

    haha, kelakar rasa baca pengalaman ariff di kuarantin. Thanks kongsi pengalaman ni, sekurang2 boleh tahu macam mana org yg balik dari luar negara n deman masa tu…mesti sapa yg deman leh rasa pengalaman masa tu..heheee

  6. jack Avatar

    actually bro H1N1 nih it is self-limiting…meaning flu nih mcm flu biasa. akan baik/pulih secara sendiri plus makan ubat. far less dangerous dari H1N5. the thing is klo org tu ada masalah kesihatan lain yang berkaitan pernafasan, that is when this swine flu jd so dangerous. sbb virus h1n1 nih akan lupuhkan sistem imunisasi badan lalu menjadikan penyakit tersebut lebih teruk.
    but you are right bro. klo kne saspek ade flu nih sendri mau ingat la kna watpa. jgn dok diam ja. nnt 1 negara kena quarantine

  7. atreyu strange Avatar

    Last year mmg paranoid H1Ni sket. Masa turun kat Beijing Airport last year pun sama. Masa tu memang tgh ada batuk2. And sbb x biasa naik flight 8 jam, I caught the flu IN THE AIRPLANE. Mase turun dari airplane, terus kene tahan kat airport. Ngeri jgk sbb bkn kat negara sendiri. Nasib baik ada klinik bergerak, kalu dihantarnya ke hospital, mau aku nangis2. Huhu..

    1. ariff Avatar
      ariff

      wow. some experience you have there. Nasib baik everything is okay

  8. aisumichan Avatar

    hahaaa.. kelakar pengalaman tu.. tapi nk wat camne.. bukan sume org leh dpt pngalama camtu :P seb baik takde pape kan.. cuma di syaki saje..

  9. amar haziq Avatar

    ada seorang kawan aku study kat czech suspect H1N1
    tapi tak tau apa nasib dia..
    klau tak salah dia positif H1H1

  10. denaihati Avatar

    KIsah anak aku yg di syaki H1N1 membuatkan aku gabra juga @ denaihati.com/virus-influenza-a-h1n1-bukan-bayangan-ngeri

  11. hakimfaridzul Avatar

    HAHAHAHAHA,

    kelam kabut betul~
    tak cool langsung doktor tu…
    bahahahaha

  12. Azfarul Avatar
    Azfarul

    bro..
    ko dok melaka daerah mane ek? :P

    1. ariff Avatar
      ariff

      masjid tanah.

  13. Lord Zara Avatar

    ha ha ha~

    tapi kau tau apa yang paling teruk tentang vaksin H1N1?
    aku konvo dlm keadaan kena pakai mask!
    gila tak?

    dah la tu, gambar konvo aku (batch aku) paling hodoh, sebab gambar2 dean segala tu semua pakai mask! aku sedih gila bayar gambar mahal, tapi end up camtu~

    1. RIS-FAMILI Avatar

      Lord Zara : Kesian pun ada tapi…. memang lawak. Ko nya lawak no satu, Arif lawak no 2. Walaupun citer ko pendek tapi aku cuba bayangkan keadaan ko masa konvo. Kah kah kah….
      Jgn marah Arif sbb ko dapat no dua. Aku dah cuba bayangkan kedua2 situasi dan memang ko no 2 jer.