Mengapa Rank Alexa blog.ariff Tinggi Melampau?

Naik dan terus naik..

Aku terkejut sebab ranking Alexa blog.ariff dah berlegar-legar sekitar 360 ribu. Aku tak sangka cepat sangat naik macam ni, baru empat hari lepas cerita pasal 100 hari blog.ariff, masa tu 450 ribu. Ada kesilapan di sini ka?

Yang musykilnya, aku takdelah dapat buffered ads dari Nuffnang lagi. Belum pernah, mungkin trafik dari Malaysia belum mantap lagi. Ya, mungkin begitu tapi.. hehe.. tak kisah sangat kot..

Aku ada terbaca (mungkin korang pun ada) terbaca pasal cara nak tingkatkan rank Alexa kat blog RezqiDotCom. Ni aku nak reply entri dia.

Tips Tingkatkan Alexa Rank Blog Anda

1. Install Alexa toolbar pada browser anda dan pastikan set website anda sebagai homepage. Ini adalah langkah yang paling asas. Setiap kali anda buka browser anda, maka blog/website anda akan terpapar dahulu. Satu point untuk anda!

Nope, takde Alexa toolbar kat browser aku. Dulu penah install tapi dah buang.

2. Letak Alexa rank widget pada website anda. Anda boleh mendapatkannya bila anda register di Alexa.

Nope, takde gak. Tapi yang ni pun aku penah dengar. Betul kot.

3. Galakkan semua orang untuk menggunakan Alexa toolbar. Sebenarya alexa rank juga dikira berdasarkan alexa toolbar. Selagi pengguna alexa toolbar melawat blog anda maka blog anda akan dikira.

Korang ramai-ramai masuk sini, semua guna Alexa toolbar ke? Cuba bagi tau sket kat comment section bawah tu. Kalau ye, baguslah!

4. Galakkan rakan anda untuk review dan rate profile website alexa anda. Tidak pasti sejauh mana keberkesanannya tapi ia mungkin menolong. Kalau tak keberatan review juga blog ini.

Ha’ah. Aku baru terfikir nak buat nih. Jom sama-sama kasi rating tinggi.

7. Gunakan social network seperti Facebook, Twitter, Digg, MySpace dan tinggalkan post anda yang mengandungi url anda

Nombor 5 dan 6 aku skip. Yang ni betullah, laman web sosial memang penyumbang besar trafik.

8. Post kandungan artikel yang bagus di blog anda! Apabila anda memaparkan artikel yang berguna, maka orang akan sentiasa datang ke blog anda. Juga selalulah update blog anda dengan info yang baru.

Nak blog berjaya kena ikut turutan ni: Isi kandungan (content) bagus > orang suka > orang akan datang lagi. Itu je sebenarnya.

9. Tinggalkan komen anda di blog-blog yang mempunyai ranking yang tinggi. Komen mestilah dengan berhemah supaya orang akan klik kepada link anda.

Kalau boleh jangan la memilih kan, komen je mana-mana sesuka hati. Paling kurang pun tinggalkan mesej kat cbox, sebab aku tau meninggalkan komen kat blogspot ada kelecehannya.

10. Mungkin blogwalking..

Blogwalking atau two-way trafik exchange. Sangat digalakkan kepada blogger baru.
Artikel original boleh baca sini

Kesimpulan: Aku masih tak faham kenapa tinggi sangat. Kalau dah tinggi tu, elok la dapat buffered kan, barulah betul. Kena pada tempatnya. Tapi kalau rank Alexa tinggi-tinggi ni boleh la kot buat advertising. Sape nak advertise sini? Tapi PR Google masih rendah da..

Ariff Shah: Mengapa mahu dibakar gereja itu? Masya-ALLAH..


59 thoughts on “Mengapa Rank Alexa blog.ariff Tinggi Melampau?

  1. Salam. Entah bilalah aku nak dapat rank camni. Tapi aku berkenan sangat kat theme blog ni la. Mana nak cari ek? Atau design sendiri?

  2. salam,

    saya first time datang sini.. :D
    nak tau gak la..penting ke sebenarnya rank alexa ni..saya cam tak de la amik berat sgt pasal alexa ranking ni..blog saya pon tahap picisan jek..ranking juta2 kot..heheh..

    pasal buffered ads from nuffnang tu..blog saya masa unique visitors dalam 80 per day dah dapat buffered..tp tak tinggi sangat la amountnya..maybe depend on UV kita gak kot amount tu..tak tau la camne nye nuffnang ni..huu..

    • Kalau macam tu kena naikkan pageviews je la bila dah dapat buffered ni. Rugi kalau tak naikkan. Unique ni untuk tunjuk kat Nuffnang yang blog kita memang layak. Itu je.

      Kalau dari segi Alexa, penting supaya boleh buat personal advertising.

    • Alexa tu tak perlu ambil peduli sangat. Yang tu cuma untuk sesiapa yang nak jual ruang pengiklanan jer. PR yang penting

    • eh tak la. Alexa ni kerja dia kasi rank kat website satu dunia. Lagi tinggi rank (nombor kecil) lagi hebat la website tu.

  3. site aku baru je berumur 1 bulan 10 hari,alexa rank sekarang nie 2,121,952…ok ke tak…
    .-= baem´s last blog ..18sx Pembedahan Buah Dada =-.

  4. suka pasal alexa ni adalah pasal ley cek traffic blog org
    layan je wlpon xbetol

    tp rasanya btol kot
    ;)

    • Anggaran je kot tapi itulah, seluruh dunia internet masih lagi guna Alexa ni, kita ikut aje.

  5. Salam Ariff, tak pernah masuk pun blog ni melalui Alexa Toolbar. Dok taip kat mozilla toolbar saja.

    Tahniah blog naik mencanak di Alexa. Bloginformasi taraf puluhan juta lagi. Nak kena menulis lagi banyak content menarik dan blogwalking.

    Nuffnang nak bagi buffered earning ni macam payah sikit la. Try tulis email dekat NN. Paling mudah nak dpt buffered earning apply innity lah. ;)

  6. ikut kajian, blog yang pakai wordpress cepat naik ranking alexa..kalau blogspot senang naik PR almaklumlah blogspot kepunyaan google. Thanks sebab sudi baca blog aku..ko punya alexa memang tinggi melampau..nak buat advertise kena tengok awstats jugak.. :).. yang pakai alexa toolbar ko tak perlu ada, cukuplah orang yang datang ke blog ko ada dan dia view melalui toolbar tu..lagi ramai view ko punya blog melalui toolbar alexa (pc diaorang bukan ko) lagi cepat naik..macam kat laptop aku. aku ada install toolbar alexa dan aku view ko punya blog maka secara tak langsung ranking ko naik
    .-= meezwan´s last blog ..Cara Access Laptop Kawan Anda Dari Jauh =-.

  7. blog yg bagus n glamer camni mmg cpt menaik kt alexa tu… aku masuk xde pn alexa kt toolbar… segan nk tgk sbb ranking diri sendiri kt juta juta lagi… hahahaha

    • Haha. Takde sampai jutawan punya. Kalau saya jadi jutawan, confirm ramai blogger lain yang akan jadi jutawan dulu.

    • Faedah ye.. hm.. Kadang-kadang kalau nak jual text link advertiser tengok Alexa punya rank gak. Itu je kot..

      Dalam dunia internet dan website ni, umumnya kayu ukur yang digunakan adalah alexa dan google pr. Biasanya itulah.

  8. Salam
    salah satu sebab utama adalah saudara menggunakan platform WordPress.org
    Wordpress.org memang mesra SEO
    walaupun baru, ranking blog tu akan naik dalam tempoh yang singkat berbanding orang yang guna platform Blogspot

    • aku setuju! fakta ini sukar nak terangkan tapi ia seperti benda yang terjadi secara built in. kalau rajin rombak satu-satu koding kat fail-fail wordpress yang banyak2 tu (hu3)
      .-= megat´s last blog ..3 Gereja Dibakar, Otak Udang!? =-.

  9. Pingback: negaraku.net

  10. Pingback: IMCurtain.com