Mengapa Rank Alexa blog.ariff Tinggi Melampau?

Reading Time: 2 minutes
Naik dan terus naik..

Aku terkejut sebab ranking Alexa blog.ariff dah berlegar-legar sekitar 360 ribu. Aku tak sangka cepat sangat naik macam ni, baru empat hari lepas cerita pasal 100 hari blog.ariff, masa tu 450 ribu. Ada kesilapan di sini ka?

Yang musykilnya, aku takdelah dapat buffered ads dari Nuffnang lagi. Belum pernah, mungkin trafik dari Malaysia belum mantap lagi. Ya, mungkin begitu tapi.. hehe.. tak kisah sangat kot..

Aku ada terbaca (mungkin korang pun ada) terbaca pasal cara nak tingkatkan rank Alexa kat blog RezqiDotCom. Ni aku nak reply entri dia.

Tips Tingkatkan Alexa Rank Blog Anda

1. Install Alexa toolbar pada browser anda dan pastikan set website anda sebagai homepage. Ini adalah langkah yang paling asas. Setiap kali anda buka browser anda, maka blog/website anda akan terpapar dahulu. Satu point untuk anda!

Nope, takde Alexa toolbar kat browser aku. Dulu penah install tapi dah buang.

2. Letak Alexa rank widget pada website anda. Anda boleh mendapatkannya bila anda register di Alexa.

Nope, takde gak. Tapi yang ni pun aku penah dengar. Betul kot.

3. Galakkan semua orang untuk menggunakan Alexa toolbar. Sebenarya alexa rank juga dikira berdasarkan alexa toolbar. Selagi pengguna alexa toolbar melawat blog anda maka blog anda akan dikira.

Korang ramai-ramai masuk sini, semua guna Alexa toolbar ke? Cuba bagi tau sket kat comment section bawah tu. Kalau ye, baguslah!

4. Galakkan rakan anda untuk review dan rate profile website alexa anda. Tidak pasti sejauh mana keberkesanannya tapi ia mungkin menolong. Kalau tak keberatan review juga blog ini.

Ha’ah. Aku baru terfikir nak buat nih. Jom sama-sama kasi rating tinggi.

7. Gunakan social network seperti Facebook, Twitter, Digg, MySpace dan tinggalkan post anda yang mengandungi url anda

Nombor 5 dan 6 aku skip. Yang ni betullah, laman web sosial memang penyumbang besar trafik.

8. Post kandungan artikel yang bagus di blog anda! Apabila anda memaparkan artikel yang berguna, maka orang akan sentiasa datang ke blog anda. Juga selalulah update blog anda dengan info yang baru.

Nak blog berjaya kena ikut turutan ni: Isi kandungan (content) bagus > orang suka > orang akan datang lagi. Itu je sebenarnya.

9. Tinggalkan komen anda di blog-blog yang mempunyai ranking yang tinggi. Komen mestilah dengan berhemah supaya orang akan klik kepada link anda.

Kalau boleh jangan la memilih kan, komen je mana-mana sesuka hati. Paling kurang pun tinggalkan mesej kat cbox, sebab aku tau meninggalkan komen kat blogspot ada kelecehannya.

10. Mungkin blogwalking..

Blogwalking atau two-way trafik exchange. Sangat digalakkan kepada blogger baru.
Artikel original boleh baca sini

Kesimpulan: Aku masih tak faham kenapa tinggi sangat. Kalau dah tinggi tu, elok la dapat buffered kan, barulah betul. Kena pada tempatnya. Tapi kalau rank Alexa tinggi-tinggi ni boleh la kot buat advertising. Sape nak advertise sini? Tapi PR Google masih rendah da..

Ariff Shah: Mengapa mahu dibakar gereja itu? Masya-ALLAH..


Posted

in

by

Comments

59 responses to “Mengapa Rank Alexa blog.ariff Tinggi Melampau?”

  1. Zaini Avatar

    No 8 aku paling setuju. Tiada yang lain melainkan update blog dengan bagus. Cukup bagi aku dengan no.8 tu.

  2. masterfaiz.com Avatar
    masterfaiz.com

    Salam. Entah bilalah aku nak dapat rank camni. Tapi aku berkenan sangat kat theme blog ni la. Mana nak cari ek? Atau design sendiri?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Ini theme platform pro by pagelines. Aku edit sikit2

  3. PutraRocker Avatar

    rezki2..wooot3 o_O

  4. Adem84 Avatar
    Adem84

    thanx 4 the useful tips

    1. ariff Avatar
      ariff

      your welcome bro

  5. beba Avatar

    salam,

    saya first time datang sini.. :D
    nak tau gak la..penting ke sebenarnya rank alexa ni..saya cam tak de la amik berat sgt pasal alexa ranking ni..blog saya pon tahap picisan jek..ranking juta2 kot..heheh..

    pasal buffered ads from nuffnang tu..blog saya masa unique visitors dalam 80 per day dah dapat buffered..tp tak tinggi sangat la amountnya..maybe depend on UV kita gak kot amount tu..tak tau la camne nye nuffnang ni..huu..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau macam tu kena naikkan pageviews je la bila dah dapat buffered ni. Rugi kalau tak naikkan. Unique ni untuk tunjuk kat Nuffnang yang blog kita memang layak. Itu je.

      Kalau dari segi Alexa, penting supaya boleh buat personal advertising.

  6. DaHLia Avatar

    tgh kumpul maklumat pasal ALEXA and PR thingy…
    thanks for the info :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Alexa tu tak perlu ambil peduli sangat. Yang tu cuma untuk sesiapa yang nak jual ruang pengiklanan jer. PR yang penting

  7. simieY Avatar

    baru ja nak cuba pasang.hehee
    .-= Cerita terbaru simieY.. Kurniaan Ilahi =-.

  8. cHiQuE CoMeL Avatar

    alexa tuh apa??? mcm nuffnang??? huhuhu buta it sket ;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      eh tak la. Alexa ni kerja dia kasi rank kat website satu dunia. Lagi tinggi rank (nombor kecil) lagi hebat la website tu.

  9. baem Avatar

    site aku baru je berumur 1 bulan 10 hari,alexa rank sekarang nie 2,121,952…ok ke tak…
    .-= baem´s last blog ..18sx Pembedahan Buah Dada =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm. Tak tau pulak macam mana nak respon. Takpe. Yang penting rajin update. Lama-lama nanti oklah

      1. fendi Avatar

        nape name blog sy xde lam carian google dan yahoo

        1. Amirez Avatar

          blog baru ke fendi?
          lum diindex lagi la tu agaknya.
          xpe..nanti adalah

        2. ariff Avatar
          ariff

          register kat google webmaster
          ok kejap. tulis tutorial senang

  10. zool Avatar

    Kira hebatlah tu..
    Rasanya mesti pasal tukang nama arifshah yang lagi satu tu byk membantu kan..
    traffik mesti ribu2 ni

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Tak sampai beribu-ribu lagi bro. Masih lagi ratus2.

  11. joegrimjow Avatar
    joegrimjow

    suka pasal alexa ni adalah pasal ley cek traffic blog org
    layan je wlpon xbetol

    tp rasanya btol kot
    ;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Anggaran je kot tapi itulah, seluruh dunia internet masih lagi guna Alexa ni, kita ikut aje.

  12. bloginformasi Avatar

    Salam Ariff, tak pernah masuk pun blog ni melalui Alexa Toolbar. Dok taip kat mozilla toolbar saja.

    Tahniah blog naik mencanak di Alexa. Bloginformasi taraf puluhan juta lagi. Nak kena menulis lagi banyak content menarik dan blogwalking.

    Nuffnang nak bagi buffered earning ni macam payah sikit la. Try tulis email dekat NN. Paling mudah nak dpt buffered earning apply innity lah. ;)

  13. meezwan Avatar

    ikut kajian, blog yang pakai wordpress cepat naik ranking alexa..kalau blogspot senang naik PR almaklumlah blogspot kepunyaan google. Thanks sebab sudi baca blog aku..ko punya alexa memang tinggi melampau..nak buat advertise kena tengok awstats jugak.. :).. yang pakai alexa toolbar ko tak perlu ada, cukuplah orang yang datang ke blog ko ada dan dia view melalui toolbar tu..lagi ramai view ko punya blog melalui toolbar alexa (pc diaorang bukan ko) lagi cepat naik..macam kat laptop aku. aku ada install toolbar alexa dan aku view ko punya blog maka secara tak langsung ranking ko naik
    .-= meezwan´s last blog ..Cara Access Laptop Kawan Anda Dari Jauh =-.

  14. dilot Avatar

    aku pun tak berapa phm sgt dengan alexa ni..hehe…no kecik ke no besar yg lebih baik…=)
    .-= dilot´s last blog ..detektif nak bongkar rahsia FAHRIN AHMAD =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Rank Alexa Google adalah №1. Jadi lagi dekat dengan nombor satu, lagi hebat.

  15. nOj Avatar

    blog yg bagus n glamer camni mmg cpt menaik kt alexa tu… aku masuk xde pn alexa kt toolbar… segan nk tgk sbb ranking diri sendiri kt juta juta lagi… hahahaha

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tak perlu ada pun sebenarnya. Ini cuma tambahan je..

  16. beliamuda Avatar

    lupa pulak. pasal buffered earning tu, kan nuffnang ada stat dia sendiri. daripada situ kot dia guna untuk tunjuk kat advertiser tu… aku pun amik masa dekat enam bulan baru dapat buffered earning daripada nuffnang.
    .-= beliamuda´s last blog ..Rasa Macam Nak Buat Contest La Pulak =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oo. Okay. Ko cakap camni aku dah tak pelik dah. Kena usaha keras lagi nih.

      1. beliamuda Avatar

        yup. usaha keras. aku tengok advertlets cepak lak earning naik. cme dia ada kisah silam yg kurang enak.
        .-= beliamuda´s last blog ..Contest: Menangi RM20 Untuk 5 Orang =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Hm. Rasanya macam nak cuba nasib dengan advertlets. Haha.
          Tapi tak penah pulak tengok advertlets punya ads. Selalu nampak iklan default dia je..

  17. beliamuda Avatar

    alexa ranking ni senang je kalau nak kecikkan numbernya tuh. kalau blog kita ada constant reader lebih daripada dua negara (lagi banyak lagi bangus) senang la ranking tu nak jadi kecik.
    .-= beliamuda´s last blog ..Rasa Macam Nak Buat Contest La Pulak =-.

  18. Nazz Avatar

    Wow…Tahniah.. lepas ni kene up plak PR …

    1. ariff Avatar
      ariff

      Itulah. Memang projek tahun ni nak up PR.

      1. beliamuda Avatar

        PR ni makin pelik lak skg. link exchange pun macam dah kurang berkesan. mungkin ada benda lain lagi yg google consider.
        .-= beliamuda´s last blog ..Rasa Macam Nak Buat Contest La Pulak =-.

  19. iamsura Avatar

    kalau Ariff dah jadi jutawan internet jangan sombong2 eh… eheheh

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Takde sampai jutawan punya. Kalau saya jadi jutawan, confirm ramai blogger lain yang akan jadi jutawan dulu.

  20. aman Avatar

    wow. congrats. dalam sebulan lagi, boleh bawah 200k. yayy~

    1. ariff Avatar
      ariff

      Harap-harap dalam sebulan lagi dapat la buffered. Barulah kena pada tempatnya.

    2. beliamuda Avatar

      amanz nya alexa mantap weh…
      .-= beliamuda´s last blog ..Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar =-.

      1. ariff Avatar
        ariff

        Amanz? Amanz.net? Aku tengok 4 juta. Kak jie punya 190k

        1. beliamuda Avatar

          bukan amanz.net la.. amanz.my~
          .-= beliamuda´s last blog ..Contest: Menangi RM20 Untuk 5 Orang =-.

          1. zool Avatar

            Amanz tak boleh nak bandingkan.. dia berada dalam kelas tersendiri..
            .-= zool´s last blog ..Lepat pisang yang enak =-.

  21. Azah Avatar

    apa faedahnya klau alexa rank kita bagus?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Faedah ye.. hm.. Kadang-kadang kalau nak jual text link advertiser tengok Alexa punya rank gak. Itu je kot..

      Dalam dunia internet dan website ni, umumnya kayu ukur yang digunakan adalah alexa dan google pr. Biasanya itulah.

  22. MOHD. ADHA MOHD. ZAIN Avatar

    Salam
    salah satu sebab utama adalah saudara menggunakan platform WordPress.org
    Wordpress.org memang mesra SEO
    walaupun baru, ranking blog tu akan naik dalam tempoh yang singkat berbanding orang yang guna platform Blogspot

    1. ariff Avatar
      ariff

      Oo. Tak tahu pulak blogging platform pun main peranan.

      1. beliamuda Avatar

        platform mainkan peranan, domain pun mainkan peranan. kalau guna domain blogspot, macam payah sikit nak dapat ranking alexa tuh. cuba check yg guna url subdomain, mmg payah nak dapat ranking..
        .-= beliamuda´s last blog ..Gambar Datuk Seri Nizar Kemalangan =-.

        1. ariff Avatar
          ariff

          Itulah.. Aku pernah nampak yang blogspot punya sampai belas-belas juta dulu.

    2. megat Avatar

      aku setuju! fakta ini sukar nak terangkan tapi ia seperti benda yang terjadi secara built in. kalau rajin rombak satu-satu koding kat fail-fail wordpress yang banyak2 tu (hu3)
      .-= megat´s last blog ..3 Gereja Dibakar, Otak Udang!? =-.

      1. ariff Avatar
        ariff

        Haha. Coding untuk wordpress ni memang aku fail lagi la. Guna apa yang ada je..

  23. shuko Avatar

    maybe aku kot..aku salu msuk blog ko ni pakai mozilla yg ade alexa toolbar tu..sbb tu la aku ckp rnking ko kt alexa tu tggi..hehe..ko baru prsan rupenye
    .-= shuko´s last blog ..Selamat tinggal Dunia Blogger!! Aku nak g study!! Rindu korang semua! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Haha. Kalau macam tu terima kasih banyak-banyak aku ucapkan =)

  24. Mengapa Rank Alexa blog.ariff Tinggi Melampau? | blog.ariff…

    Aku terkejut sebab ranking Alexa blog.ariff dah berlegar-legar sekitar 360 ribu. Aku tak sangka cepat sangat naik macam ni, baru empat hari lepas cerita pasal 100 hari blog.ariff, masa tu 450 ribu. Ada kesilapan di sini ka?…

  25. Mengapa Rank Alexa blog.ariff Tinggi Melampau? | blog.ariff…

    Aku terkejut sebab ranking Alexa blog.ariff dah berlegar-legar sekitar 360 ribu….

  26. ezany Avatar

    aku tak paham alexa ni mende..? explain please.. hehe.. aku pny sejuta lebih kot..
    .-= ezany´s last blog ..Geng Blogger Memang Awesome =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Alexa ni kira ikut trafik masuk blog ko. Kalau banyak masuk, tinggi la rank dia. Itu je sebenarnya.

      1. ezany Avatar

        tu jer.. baru aku faham sket.. tenkiu..
        .-= ezany´s last blog ..Geng Blogger Memang Awesome =-.