Gejala takde idea nak tulis blog dikenali sebagai writer’s block
Sebelum aku bercerita lebih panjang, mari kita ikuti dulu teknik-teknik yang diguna pakai oleh blogger lain untuk mendapat idea ketika ketiadaan idea menulis entri baru dalam blog. Ikuti rahsia kejayaan mereka.
tak de idea?
pergi youtube – layan video
plis…plis…plis… kamu jgn nakal..
masa ada idea, buat dlm draft, bila perlu selongkat draft, edit make up sikit2, publish – Kak Jie
Kalau aku , aku baca Blog Korang ! hehe sebab dari situ aku akan simpulkan segalanya untuk menjadikan satu entry :) – Melz
aku rasa kan…. setiap objek di sekeliling korang boleh dijadikan cerita… just korang kena pandang benda tu jauh skit. – Zack
kalau akak tak de idea, memang tak leh paksa-lagi terus tak ada ide, idea akak dtg mcm lampu mentol dalam cerita kartun ngeh-ngeh, time driving selalu dapat ilham tapi masalah tyengah drive mcm ne?.. Lagi satu kalau takde ide, akak ske tgk tv, huhuhu….pastu samada dapat idea atau trus je layan citer tu sampai habis..hhhihihi – farenova
Ha.. itu antara mereka mereka yang hebat-hebat la. Kalau korang perasan minggu lepas aku update dua kali sehari kot. Tak rasa pelik ke mana aku cekup benda nak tulis banyak2? (of course kalau tak kira guest post tu, masih ada benda lagi dalam kepala otak aku ni) Okay, ni bukan nak berlagak cakap aku ni banyak idea atau apa. Bukan sama sekali. Cuma aku nak kongsi sikit apa aku buat bila ketandusan idea. Mana yang korang rasa boleh pakai tu, gunalah sebagai panduan. Harap dapat membantu =)
- Memasak. hahaha~ Mesti korang cakap aku ni perasan bajet hebat sangat memasak kan? Abih tu aku memang suka kot memasak. Lagi seronok kalau berjaya masak sedap-sedap dan perfect. Puas hati woo~ Bila hati puas, perut kenyang & perasaan riang gembira confirm idea masuk mencurah-curah.. Point dia kat sini, buat sesuatu yang korang enjoy. Takkan lah takde benda lain yang korang enjoy selain berblogging kot..
- Layan movie dan tengok tv series. Cuti hari tu aku layan Fringe season 1. Sekarang aku dah khatam Fringe, aku layan Sex & The City. Boleh je nak tulis pasal relationship nih, tapi macam tajuk serius pulak..
- Jumpa kawan & lepak bersama mereka. Sebab tinggal kat hostel ni tak macam Malaysia, ada kedai mamak. Jadi aku jarang la keluar bilik nak lepak-lepak dengan budak-budak nih. Tapi kalau dah tahap bosan melampau, kadang-kadang melawat diorang boleh jugak memberi inspirasi. Jangan jadi geek/nerd, duduk depan komputer 24 jam (teguran kepada diri sendiri)
- Hisap rokok. Eh.. Aku tak hisap rokok. Tipu je..
- Buat research banyak-banyak. Korang mesti ada topik yang korang nak tulis, tapi… tak tertulis jugak sebab tak cukup skop/info kan? Time nilah nak korek seluruh ceruk internet tu. Kasi kaw-kaw punya research. Biasanya, aku akan jumpa benda lain yang menarik untuk ditulis dan bukan benda yang aku nak tulis. Betul, tak tipu.
- Layan Geng Blogger. wahahaha~ Aku tulis entri ni berdasarkan thread kat Geng Blogger ni. Penulisan blog ni sebenarnya ikut kreativiti kita mengolah dari sumber-sumber yang bersepah kat internet. Cari apa yang korang tahu, faham dan minat. Lepas tu huraikan berdasarkan pengalaman. Settle!
- Layan Red Tube
Ok tak? Mungkin korang ada banyak lagi cara pelik nak dapatkan idea untuk menulis. Cuba share sikit kat bawah ni.

Comments
50 responses to “Mencari Ilham Untuk Menulis – Teknik Blogger Tegar”
kadang kadang kita ni macam tahu apa yg nak di tulis,tapi bila nak tulis mula ider hilang yg ini yg buat kita bengang,kadang kadang terigin nak berkonsi dengan saudara semua tapi hari ini mintak maaf ider dah lari……sori aaaaaah.
ter-lompat masuk ke entri ni!=)
bestt lahh…
btol gak tu..even dah abes selongkar..idea tak datang2..
and kadang2 keadaan sekeliling sangat mbntu..
tenkiuu ariffshah!=)
Saya jarang mendapat idea dari keadaan sekeliling. Tapi daripada pembacaan dan soalan yang berlegar. Biasanya menjawab soalan adalah idea artikel yang paling mudah dijana.. :)
[…] ilham/idea untuk menulis Sebenarnya ada banyak cara bagaimana mencari ilham untuk menulis di blog. Semua bergantung pada diri masing-masing untuk dapatkan idea tersebut. Bagi aku, aku lebih suka […]
[…] ilham/idea untuk menulis Sebenarnya ada banyak cara bagaimana mencari ilham untuk menulis di blog. Semua bergantung pada diri masing-masing untuk dapatkan idea tersebut. Bagi aku, aku lebih suka […]
salam . slamat pagi :D
hehe . idea tu x la byk sgt . yg time memasak tu mmg power la . kadang2 kat dapur . time potong bawang n sebagainya . msti rasa nak nyanyi je . hehe . itu pun dah boleh buat entry . lg kita boleh tambah2 kesimpulan dia n bak kata org tua kalau nyanyi kt dapur kawin dgn org lebh tua . haha . byk lg petua dan cara . semua tu akan datang sendri apa bila kita lakukan sesuatu :D
kalau saya saya akan ingat idea itu dan simpan untuk 2 hari berikutnya.. then saya x lah sgt nampak kekurangan idea. saya updated selang 2 hari atau 3 hari. tapi jgn pulak x update seminggu.
.-= Cerita terbaru Hafiz Mohd.. Blogger And Followers, Do They Need Each Other? =-.
Simpan dalam kepala memang kadang2 terlupa.
Sekarang ni kalau boleh tiap-tiap hari nak update. haha~
aku kalau takde idea… mesti taknak duk depan pc. pergilah kemana-mana.buatlah benda2 lain. idea selalunya tak datang bila asyik mengadap laptop. die akan datang time lain. HAHAHA!
.-= Cerita terbaru nursarah.. kalaulah aku punya boyfriend En.Doktor. =-.
tip last skali tu… tros semangat nak tulis blog
.-= Cerita terbaru Joe.. Erti kawan yang sebenar =-.
Hahaha. Shh.. Tak leh bleh bagi tau orang lain.
tulis pasal isu semasa.
keputusan spm dan stpm akan kuar.ni isu semasa ka?hehe
.-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Bagaimana Pensil Warna mengajar Kita tentang Kehidupan? =-.
Aku kat Moscow. Huhu.. Susah sket nak buat pasal isu semasa ni.
aku selalu ada idea nak buat entri..tapi kengkadang idea datang tak kene tempat..
slalu tengah time tengah driving la banyak idea datang..
slalu aja aku nak update..
tapi sebab sekarang aku tengah layan cerita korea..
aku pandang sipi-sipi je blog-blog aku tu..ngeh3
alah..kalau gaya penulisan tu best..
tulis pasal benda remeh temeh pun orang suka..hehe
.-= Cerita terbaru aboi.. I’m Not Sexy ! So What? =-.
Aku kalau time layan cerita, idea datang memang terus tulis je sambil tulis cerita tu. Haha~ Hard core betul kadang-kadang.
Dulu lagi teruk, bangun tido, ada idea bantai tulis terus. Dengan perut berbunyi-bunyi sebab lapar, dengan tak mandinya..
Sayang kalau idea bagus2 datang lepas tu tak dapat zahirkan idea tu dalam bentuk penulisan.
bab hisap rokok dgn tgk red tube tu x boleh blah…keh3x
anyway thanks 4 da tips ;)
Hisap rokok tu mungkin dapat membantu kalau orang tu perokok. Dia buat sesuatu yang dia suka = dia akan happy -> idea akan datang.
Tapi merokok membahayakan kesihatan.
waktu idea tgh banyak rajin-rajin la menulis..pastu simpan dlm draft bnyk-bnyk.
waktu x de idea, ini la masa nak guna post2 dlm draft tu..ye x?
thanks 4 the sharing..
Betul. Selagi ada idea, draft je banyak2. Jangan tangguh.
bg ak separuh
Yang point lain tu ok tapi yg red tube tu tak bleh blah…hahaha
.-= Cerita terbaru SiTikus.. Bila 3D & Photoshop Bergabung =-.
huhu. Gurau je tiu :P
Paling baik baca buku. Kalau dah penuh kepala tu mesti rasa nak ditumpahkan. Mana lagi jika tak di blog. Tak pun, perhati sekeliling, cuba buat entry
Cadangan yang bagus. Membaca ni boleh memperbaiki skill dan gaya penulisan kita.
Cara professional untuk mencari inspirasi… pernah gua tulis kalau x silap gua.. terlalu panjang untk cerita di sini ha ~
.-= Cerita terbaru Eldy.. Button Google Buzz untuk blogspot =-.
Nanti aku usha.
haha.. nice blog la bro. entry pun boleh tahan lucu
Thanks anoz!
Selalu jugak aku ketandusan idea… delay hampir seminggu gitu..kebuntuan melanda… cayalah bro!!
.-= Cerita terbaru zik.. Budaya menabung. =-.
bagus2 entri yang best
Aku ada jgak time betul² takda idea.. asal tulis jer mesti Backspace cam haram! Miahaha
pastu kalau dah mmg benda² camni terjadi. kompem aku buat Vlog ( tuh kadang² cam gila )
.-= Cerita terbaru Melz.. Gempar | 6 Mangsa GengBlogger Telah Ketagih Kepada … =-.
Backspace cam haram. Lol.
Aku kalau nak buat Vlog segan ah. Haha.. Nak membebel depan cam sorang-sorang. Habis budak-budak sini kutuk aku nanti
tau xpe! masa aku buat video tutorial lukis kartun kat fanpage itu ari pon, aku da rasa macam orang bangang da cakap sorang2 depan pc. nasib baek housemate aku takde. kalau tak, masak aku kene bahan! haha
Budak-budak ko kat sana tak baca blog ko ke?
takde idea? hoho mana boleh takde idea..tv ada surat khabar ada..situ memang banyak idea..cuma kena pandai gali je hehehe kengkadang ramai yang tak baca paper.. bila kita tulis kat blog mesti ramai yg nak baca.. :)
.-= Cerita terbaru F I T.. Cara remove @ buang link ‘Subscribe to: Posts (Atom)’ =-.
Orang sekarang tak minat dah baca paper. Mengarut je banyak. Lepas tu orang paper ni banyak je buat kesalahan tatabahasa dan segala jenis kesalahan dalam penulisan. Blogger2 ni kebanyakannya check 10 kali baru publish satu pos
erm ntah la..tapi paper still pilihan aku untuk rilexkan minda..tgk iklan discount ke, artis ke hahaha
.-= Cerita terbaru F I T.. External Hard Disk Tak Detect? =-.
Mencari Ilham Untuk Menulis – Teknik Blogger Tegar | blog.ariff…
Kalau korang perasan minggu lepas aku update dua kali sehari kot. Tak rasa pelik ke mana aku cekup benda nak tulis banyak2? (of course kalau tak kira guest post tu, masih ada benda lagi dalam kepala otak aku ni) Okay, ni bukan nak berlagak cakap aku ni…
kdg2 idea mncurah2..
tp smpai nk taip tu xtau nk susun ayt plak..haha
dapat idea tulis
klu lama lama
idea jadi basi
seterusnya tiada mood nak menulis
.-= Cerita terbaru joegrimjow.. bercinta dengan blog =-.
Betul2. Selalu gak jadi macam tu kat aku. Tu sebab kalau idea datang je cepat2 aku draft selengkap-lengkapnya lepas tu simpan. Sampai time dia aku publish.
Hehehe~
Aku plak jadikan kenangan ataupun benda keliling aku sebagai inti pati penulisan~
ataupun kalau hati aku tengah rasa tak best ke apa, aku curahkan dalam bentuk puisi ke apa ke~ depends~
bak kata kawan2 aku = Shafaza kalau tak update blog sehari, dia akan menggigil macam ketagih~
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Aku Mungkin Seorang Pelakon, Tetapi Aku Juga Seorang Penonton – Benci Dengan Pemikiran Dangkal Manusia Celaka. =-.
Hahaha.. Penat nak maintain update tiap-tiap hari ni.. Komitmen tinggi
blog ariff ni memang blog fokus cakap pasal blogging kan?first of all,thanks juga kat blog ni,banyak tolong bagi tips pasal blogging..sesuai utk org baru belajar macam aku..aku dah lama jadi silent reader,hari ni tergerak pulak nak komen..sebab aku baru tw term writers block tu..haha
Aku selalu juga alami time2 kemarau idea ni..tapi hati selagi tak post entry,selagi tu lah rasa macam tak sedap hati..konon2 dah tegar sangat ah blogging kan..hahaaku peling setuju yang lepak dengan kawan2..aku setuju yang ni sebab yang ni lah yang aku selalu buat..
kalau lepak tu,janganlah lepak dengan kawan2 yang jenis bising terlampau bising,tapi cerita tin kosong semua,tak pun kalau ada jenis yang diam,tapi jenis berfikir tu,borak je dengan dia kasi dia keluar apa yang dia fikir..kalau dapat yang jenis banyak cakap,pastu dia fikir apa yang dia cakap.tu lagi bagus..
percayalah..ada je idea nak cilok dari cerita dorang tu nanti..haha.yang redtube bwah tu tak best..tengok je mesti ngantuk..
Thanks sebab menjadi pebaca setia =)
Well nak kata aku fokus sangat kat blogging tips ni, tak gak. Aku cuma share apa yang aku tau dan pengalaman berblogging ni je. Nak bantu blogger lain yang blog dalam bahasa Malaysia.
Lagi satu kalau kena writer’s block ni, dah buat macam-macam pun xbleh dapat ilham gak better tidur je. Kalau paksa-paksa, tulis benda yang ntah hape-hape takut nanti sia-sia je sebab apa yang kita tulis tu tak best. Yelah, pembaca akan kenal gaya penulisan kita, jadi kalau tengok macam hampeh je tiba-tiba, mesti dia fed up nanti.
kalau banyak sgt idea, tak tau nak buat yang mana satu, aku main baling dadu haha.. kalau takde idea pulak…hmmm… mustahil takde la, banyak lagi benda boleh tulis, ikut tema masing2 la.
.-= Cerita terbaru syahzul.. Selamat tinggal pendrive, external hard disk! =-.
hehe… aku terlampau banyak idea sampai tak tau nak tulis mana satu.. haha.. tu kategori writer’s block gak kan?
.-= Cerita terbaru zuls.. Kena Writer’s Block =-.
Itu bukan block lagi, itu clogged. Banyak sangat idea sampai tersumbat kepala otak. Haha~
ni entry terbaik… aku suka
Thanks bro!