Famous Sebab Menang Contest Famous Blogger

Seperti yang dijangka aku menang pertandingan menulis entri anjuran FamousBloggers.net, ComLuv.com dan iBlogZone.com. Walaupun ada sedikit kekecewaan sebab tak dapat tempat pertama (aku percaya semua yang menyokong aku memang mengharapkan aku menang tempat pertama), tapi bersyukur jugalah sebab menang. Boleh cuba tahun depan. Aku akan keluarkan entri yang lebih mantap dan dengan bantuan Network Blogger Malaysia, Insya Allah aku akan mencapai cita-cita untuk mendapat tempat pertama.

Pertama sekali, terima kasih kepada si dia sebagai pembakar semangat aku siang dan malam. Kalau kalah pun aku tau dia akan tetap di sisi. Terima kasih diucapkan kepada dua orang rakan baik yang aku kenal dah berbelas tahun, Amir dan Yuyu. Mereka inilah orang pertama yang membaca entri aku, menokok tambah entri tersebut supaya sedap dibaca dan membetulkan segala jenis kesalahan tatabahasa. Aku rasa kalau aku submit draft pertama untuk entri ni, memang lagi pening untuk hakim-hakim membaca entri tersebut. Terima kasih tak terhingga kepada network blogger Malaysia yang bertungkus lumus siang malam me-retweet entri tersebut. Tanpa korang memang jenuh aku nak buat sorang-sorang.

900+ retweet memang aku tak mampu nak balas jasa setiap seorang. Oleh yang demikian, 10% daripada hadiah kemenangan akan diberikan kepada follower yang bertuah dalam bentuk giveaway (boleh follow @ariffshah supaya tak terlepas giveaway ni) yang akan diumumkan dalam minggu ni atau minggu depan. Sebenarnya nak bagi insentif kepada individu yang paling banyak RT, tapi sebab agak mustahil untuk mendapatkan senarai 900+ RT tu, maka tak dapatlah buat. Selebihnya nanti kasi mak aku sikit, beli emas untuk simpanan masa hadapan dan of course, nak belanja makan dua orang yang aku sebutkan tadi (tak taulah bila boleh jumpa). No, aku tak bercadang untuk membeli iPad 2 walaupun aku memang nak sangat iPad 2 tu.

Sekali lagi, terima kasih kepada Network Blogger Malaysia yang menolong aku sehingga sampai ke peringkat ini dan diharapkan kita dapat melihat lebih ramai lagi blogger kita menyertai pertandingan peringkat antarabangsa. Senang sikit nak tolong kan, tak perlu pilih pun.

Lepas ni bolehlah guna title Famous Bloggger tanpa rasa bersalah atau orang nak panggil aku perasan. hoho..

+ Peluang akhir untuk contest ni, hadiah utama tinggal iPad 2 & iPhone 4 je.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

59 Comments