Aku tidur pukul 12 malam tadi, terbangun pukul 4 pagi dan check email ada notification pasal comment dah mula masuk kat kat entri pertandingan aku. Tak sangka entri tu diterima oleh Andy Baily (founder Comluv Network) dan dipublish awal. Maksudnya aku ada advantage kat sini. Sekarang, tak boleh sambung tidur sebab bersemangat nak menang.
Aku masuk pertandingan “The Biggest Internet Cash Contest” anjuran Comluv Network dan FamousBloggers.net. Hadiah terkumpul yang ditawarkan setakat ini dah mencecah $3550 (~RM11000) dan ya, pemenang akan mendapat hadiah dalam bentuk wang tunai yang akan disalurkan ke akaun Paypal mereka. Setakat ni aku rasa aku seorang je blogger Malaysia yang menyertai pertandingan ni, jadi aku harap dapat bagi saingan sikit kat blogger-blogger lain. Dengan itu, aku memerlukan pertolongan korang.
Apa yang korang boleh buat untuk tolong aku menang?
Retweet, retweet dan retweet
Kalau semua blogger Malaysia retweet entri tu, aku yakin dengan mudah boleh menang pertandingan retweet. Hadiah untuk kategori tu mungkin ada, mungkin tak sebab diorang tak umumkan lagi tapi bilangan retweet juga akan dikira dalam menentukan pemenang. Ada markah kat situ. So, ni cara yang paling senang untuk korang tolong aku. Just copy tweet bawah ni dan tweet.
Why I Love ComLuv by @ariffshah http://bit.ly/bCEfHc (Please RT)
Tinggalkan Comment
OK, benda ni tricky sikit. Diorang ni agak serius kalau nak tinggalkan komen, tak macam blogger Malaysia, kita lebih santai dan relax. Aku lagi suka cara kita. Bilangan komen berkualiti yang ditinggalkan memang akan diambil kira dan komen “thank you great post” memang tak dipandang sangat. Panduan untuk korang tinggalkan komen:
- Mesti dalam bahasa Inggeris.
- Tanya soalan dalam komen tu, supaya aku boleh reply.
- Kalau ada idea lain, bagitau dalam komen.
- Cuba berinteraksi dengan orang lain, cuba reply komen orang lain.
- Ceritakan sikit macam mana CommentLuv dah membantu korang, kalau ada entri yang berkaitan dalam blog korang, masukkan sekali link tu. Bagus untuk SEO sebab CommentLuv kat situ dofollow.
Itu jelah kot. Untuk memudahkan korang meninggalkan komen, aku kasi ringkasan sikit pasal entri yang aku dah tulis tu.
Tajuk dia Why I Love ComLuv. Perenggan awal aku cerita pasal link exposure. Kiranya kalau ada CommentLuv ni akan ramai lagi nampak link korang la. Point aku lepas tu adalah kelebihan menjadi commentator terawal dalam sesebuat entri yang baru dipublish, orang lain yang nak komen dan berbincang pasal entri tu akan baca komen korang dulu.
Perenggan kedua, aku cerita pasal exposure tadi boleh memberikan trafik kat korang. Aku kasi tips kat situ dalam menggunakan CommentLuv. Kalau sorang blogger yang popular tulis tentang sesuatu isu hangat, korang tulis version korang yang unik sikit, kasi pandangan dari sudut tersendiri. Kasi something yang blogger tu tak tulis lagi. Lepas tu tinggalkan komen kasi tajuk macam “reply to entri.. ” (macam yang aku buat untuk edisi terjah Eyriqazz dulu). Then tinggalkan komen kat blog blogger popular tu. Melalui plugin CommentLuv pembaca yang berminat dengan topik tu akan nampak link yang berkaitan pasal topik yang sama dan akan klik kat link tu untuk baca lebih lanjut.
Dalam perenggan terakhir, aku cerita kalau ada komen banyak kat entri korang atau korang dah tinggalkan komen banyak kat blog yang ada plugin CommentLuv, korang akan dapat tersenarai kat front page ComLuv.com. So dapat backlink PR6 dari situ la. Rasanya benda ni dah cerita dalam entri dulu kan.
Jadi itulah, cuba tinggalkan komen kalau boleh –> Why I Love ComLuv
Comments
14 responses to “Memerlukan Sokongan Blogger Malaysia”
Good luck!!
dah retweet ngan komen.. semoga berjaya la… :-)
[…] about commenting methods?12 – Why I Love ComLuv, by Ariff @ariffshah and this is his post about the contest and sponsors.Important Update (Don’t miss this chance!)Gail @GrowMap has some awesome ideas and support […]
Thank you ariff for posting about the contest, although it’s not in English but that’s cool!
I wish you good luck!
Semoga berjaya Ariff!
Aku dah RT.
Nanti aku nak singgah berikan komen pula~
Banyak wei duit tu kalau menang~
^^
Thanks Zara. Boleh RT tiap-tiap hari, so nanti aku tukar ayat RT tu. Kalau berbeza baru dikira. Setakat ni paling banyak baru 100+, boleh kejar insya allah. Entri aku ada 25+ retweet setakat ni.
Aku sedia menyokong (tinggalkan komen) . Tapi kat entri ini atau ada entri yang lain.
Cuba tinggalkan komen kat sini bro Why I Love ComLuv
Thanks!
Dah komen tapi broken english (hhahaha) sbb aku bukannya pandai sangat english.
Takpe2. Terima kasih banyak2 bro
good luck bro..dah retweet pun.. sokong blogger malaysia :)
dah retweet
xmo retweet sbb ko xgtau pon contest ni!
Sempat lagi la kalau nak masuk.