Faktor Yang Melambatkan Kejayaan Dalam Hidup

Seorang profesor subjek ekonomi di sebuah kolej mengatakan dia tidak pernah menggagalkan walau seorang pelajar pun dalam peperiksaan tetapi pernah menggagalkan seluruh kelas. Pelajar kelas tersebut berkeras untuk menerima konsep sosialisme Obama di mana tiada orang yang akan menjadi miskin dan tiada yang menjadi kaya. Semua orang dapat sama rata.

Profesor itu kemudiannya berkata, “baiklah. Kita akan lakukan eksperimen berkaitan pelan ekonomi Obama ni”. Kesemua pelajar dalam kelas tersebut akan menerima gred purata daripada keputusan kesemua pelajar dalam kelas tersebut (membandingkan gred sebagai pendapatan yang diterima).

Selepas peperiksaan pertama, gred purata dikira dan kesemua pelajar dalam kelas tersebut mendapat gred B. Pelajar yang berusaha lebih keras tidak berpuas hati manakala pelajar yang malas belajar gembira. Selepas peperiksaan kedua, pelajar yang malas tadi menjadi semakin malas dan pelajar yang rajin tadi pula tidak berusaha keras kerana menganggap ada pelajar lain yang akan berusaha lebih keras.

Gred purata untuk kesemua pelajar dalam peperiksaan kedua adalah D. Semua orang tak puas hati. Selepas peperiksaan ketiga, purata tadi jatuh dan semua pelajar mendapat F. Pelajar dalam kelas tersebut mula menyalahkan antara satu sama lain, bergaduh dan tuduh menuduh. Yang malas dengan terang-terang digelar pemalas, ada yang berkecil hati. Akhirnya dalam peperiksaan terakhir, semua pelajar gagal akibat daripada sistem purata tersebut.

Profesor tersebut menerangkan bahawa sosialisme akan gagal dengan mudah kerana sekiranya habuan yang ada adalah besar (contohnya, contest ni), usaha untuk mencapai kejayaan juga besar. Bila habuan yang ada itu kecil (dalam kes ni, dibahagikan sama rata), maka semua tak akan gigih berusaha. Konsep mudah. (Source)

5 pengajaran penting di sini:

  1. You cannot legislate the poor into prosperity by legislating the wealthy out of prosperity.
  2. Apa yang diterima oleh seseorang tanpa usaha adalah sesuatu yang dikerjakan oleh orang lain untuk mendapatkannya dahulu tetapi tidak menerimanya.
  3. Kerajaan tidak boleh memberi sesuatu kepada sesiapa tanpa mengambil sesuatu daripada sesiapa terlebih dahulu.
  4. Kekayaan tidak akan menjadi berganda jika dibahagikan.
  5. Bila segelintir manusia sedar bahawa mereka tak perlu bekerja kerana segelintir yang lain akan menjaga mereka, dan apabila golongan yang bekerja ini pula sedar bahawa apa yang mereka lakukan hanyalah sia-sia kerana orang lain akan mendapat manfaat daripada apa yang mereka kerjakan, itu adalah permulaan kepada kehancuran (ekonomi) sesebuah negara.

Beberapa perkara lain daripada kisah ini yang boleh dijadikan pengajaran:

  1. Kalau asyik bergantung pada ibu bapa untuk support kehidupan kita, lama-lama kita akan terbiasa dan mula menjadi malas.
  2. Bagaimana nak mula berusaha keras dalam hidup? Tetapkan impian kita sebagai habuan, contohnya, nak hidup senang tanpa perlu bekerja sebelum umur 40. Bila dah ada impian, kita akan mula berusaha ke arahnya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
  3. Sama juga halnya dalam pembelajaran. Impian saya di tingkatan 1 dulu ialah untuk belajar di luar negara dan cara utama untuk dapat peluang tu adalah dengan mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR & SPM. Lihat, ada impian, berusaha keras untuk mencapai impian tersebut dan kini berjaya.
  4. Dalam hidup, kena faham peraturan alam ni, every man for himself – Setiap orang tertakluk pada diri mereka sendiri. Maksudnya, tiada orang akan datang pada anda dan jadikan impian anda sebagai kenyataan. Usaha sendiri. Perkara asas untuk hidup seperti makan pun kena buat sendiri (suap makanan ke mulut). Kenapa tak nak gunakan konsep sama (berusaha sendiri) untuk mencapai kejayaan?
  5. If you still have reasons for your failure, that means you haven’t worked hard enough.

 

 

Comments

  1. says

    Aku tak pernah bagi markah kosong pada budak even budak meniru.
    Tapi aku kumpulkan markah semua yang meniru dan aku pilih yang paling rendah dan bahagi dengan bilangan peniru. Contoh ada 65, 60, 78, 80, dan 40. Aku pilih 40 dan bahagi dengan 5 orang peniru.

    Best kan? Sorang dapat 8 markah. Better dari dapat 0. Heh. Sistem tak boleh baca 0. =.=”
    Entri terbaru Lord Zara >> #01 : Ini Cerita Seorang Perempuan.My Profile

  2. budak selalu fail says

    bro, aku tak stuju dgn point ko yg ni :
    4. Dalam hidup, kena faham peraturan alam ni, every man for himself – Setiap orang tertakluk pada diri mereka sendiri. Maksudnya, tiada orang akan datang pada anda dan jadikan impian anda sebagai kenyataan. Usaha sendiri. Perkara asas untuk hidup seperti makan pun kena buat sendiri (suap makanan ke mulut). Kenapa tak nak gunakan konsep sama (berusaha sendiri) untuk mencapai kejayaan?
    5. If you still have reasons for your failure, that means you haven’t worked hard enough.

    pada aku, jangan kita simplistik dlm mengadili faktor kegagalan manusia.Every man for himself dan juga kata2 yg ko amik dr source tu di bhgian pengajaran bahawa kekayaan tidak akan berganda jika dibahagikan sangat menunjukkan gesaan dan sokongan terhadap gaya hidup dunia yang materialistik.Ini yang biasa dijadikan pegangan oleh so called ‘pelajar cemerlang’ dan ini yg biasa dimomokkan oleh kita di sekolah.Hakikatnya, pelajar yg gagal dan kurang cemerlang punya sebab tersendiri yg mana di luar kwalan mereka.untuk ko menafikan adanya faktor2 lain yg signifikan dalam hal ini adalah sesuatu yang tidak manusiawi.korupsi dalam sistem, kemiskinan, tekanan hidup, kontradiksi dalm pandangan hidup, tafsiran kejayaan dan kekeliruan tentang kegilaan masyarakat yg menjadikan kecemerlangan akademik seolah2 kejayaan mutlak dlm menilai prestasi kehidupan seseorang sehingga menjadikan pelajar tersebut menentang sistem, yang akhirnya membwa mereka tidak mencapai ‘kejayaan’ seperti mana yg diingini masyrakat.Ini semua faktor2 yang hakikatnya wujud dan tidak boleh dianggap sebagai alasan oleh mereka yg gagal.kita selalu menyalahkan mereka dgn mengatakan mereka tak cukup berusaha, pemalas dan sebagainya.mudah saja kita menghukum mereka tanpa menyedari betapa keadaan itu bukan pilihan mereka dan jalan penyelesaian yg kita tunjukkan seperti kata2 motivasi kejayaan dan sebagainya adalah satu yang tindakan yang klise.bahkan tidak mampu selesaikan masalah.
    jadi, aku berpendapat, pentingnya untuk kita adil dalam menilai dan tidak memandang rendah kepada golongan begini.Ya, ada faktor kegagalan itu drpd sikap mereka sendiri, tetapi jangan simplistik dalam menbebankan hukuman dan kesalhan terhadap mereka.Hakikatnya, sistem dalam masyarkat sekeliling harus dipertanggungjawabkan bersama.Nak memotivasi untuk kejayaan boleh, ttp jangan simplistik terhadap faktor kegagalan

  3. Anonymous says

    The same could be said with Roosevelt’s New Deal.Both programmes involve government intervention to assist the economy without disturbing the core fundamental of capitalism,private ownership, market operation and profit motivation.Thus,these programmes are not a socialism,it is a capitalist system with government intervention or what we call mixed economy.
    Second,about kekayaan tidak akan menjadi berganda andai dibahagikan.I found it really disturbing as it against the operation of economy. In economy,distribution of wealth is one of the important objectives,besides achieving full employment and low inflation as it is fundamental to the economic growth.The simplest example could be like this.Profit generated through the sales of good and services.If people consume,producer would produce more to gain more profit and economic growth could be attain.What if people do not consume? The impact is obvious don’t you.The absent of income distribution would contribute the fall in demand and would affect the profit generated by the producer and the economy would not grow.The absent of income distribution also would be suicidal.Due to this condition,people would be denied of access to education and healthcare.Check various sub-Saharan country and this would prove my point.Check the relation between Ginie co-efficient and its relation to the economy.Deep analysis on economy would reveal that the root of recent Great Depression in US is due to the lack of income distribution.Thus,the logic of kekayaan tidak akan bertambah jika dibahagikan is totally a myth.

  4. Anonymous says

    while i appreciate this post,several important points should be receive your attention.First,regarding the so-called Obama Socialism.It’s is really2 misleading and inaccurate.To call Obama is a socialist is really a joke that make me laugh.Far from being a socialist, Obama is merely a representative of the capitalist class.US government,under Obama decided to bail out several companies.The concept of socialism is collective ownership of the private property by the government,on behalf of the people.This is the basic of socialism.Yet,rather than doing so,Obama bailing out those companies,for the interest of investors,not the the people.A real contradiction with the core of socialism.This practice is the core of mixed economy,government intervention in economy to reduce volatility which is inherent in capitalism

    • Ariff says

      Thanks for your comment but this should rather be posted at the source (as already provided abore) than here. Nobody’s interested about American politics here more than you do.

      Enjoy your day =)

    • says

      Obama tiada pilihan. Pelabur-pelabur kaya terpaksa diselamatkan sebab mereka ‘terlalu besar untuk gagal’. Jadi, untuk mengawal kejatuhan, kerajaan terpaksa menyelamatkan orang kaya dulu (sebab mereka pemilik syarikat, kalau mereka ni jatuh, bukan takat mereka je jatuh, semua pekerja termasuklah kerajaan pun akan turut sama jatuh-hilang sumber cukai). Kemudian, ramai orang-orang kecil akan gagal, dibuang kerja, tak dapat makan, hilang rumah semua. Tapi sebab si kaya pemilik syarikat tadi berjaya diselamatkan (kerajaan bagi duit), company bermasalah boleh bertahan lebih lama, kemudian bila dah habis krisis, company harapnya boleh kembali pulih semula, kemudian orang-orang kecil bolehlah kembali minta kerja. Ni lah kelebihan jadi orang benar-benar kaya berbillion lemon, mereka tak perlu risau jatuh miskin, sebab kerajaan mesti pastikan mereka kekal berharta.
      Entri terbaru Lagubestbest >> Video Games/ Blue Jeans – Lana Del ReyMy Profile

  5. says

    Kekayaan tidak akan menjadi berganda jika dibahagikan.{{{ agak bercanggah dgn islamic concept ni..
    anyway, great blog-happy new year 2012

  6. says

    menarik konsep teori ekonomi lecturer tu.. memang yang duduk rilek leh dapat gred tinggi suka,yg penat2 buat dpat rendah down la..
    memang bila takde matlamat,kita tak rasa nak berusaha pn.. dulu aku pernah rasa camane termotivasi bila kita ada satu target2 dalam hidup dan target tu tercapai.. sekarang tengah cari balik motivasi2 yang dulu,kembali nak susun target.. hidup makin dewasa makin mencabar.. keadaaan sekeliling memang pengaruh sangat besar disamping diri sendiri..
    Entri terbaru Izwan >> Wordless What’s On Your MindMy Profile

  7. says

    “If you still have reasons for your failure, that means you haven’t worked hard enough.”

    Ouch! This is a slap on the face. Thanks for reminding.(^_^)

  8. says

    Berusaha membina yang terbaik untuk diri sendiri…pertolongan itu perlu,tetapi jangan mengharap…

    Kisah pelajar tu tadi,samalah yg berlaku di pejabat saya..apabila sistem bonus diberi sama rata.Yang banyak mc.absent,datang lambat diberi bonus sama saja dengan orang yg tak pernah mc,datang lambat,absent.
    Entri terbaru Azman >> MenumpangMy Profile

  9. says

    Adakah orang Melayu ni ketinggalan dari segala bidang disebabkan mereka fikir kerajaan akan menjaga mereka, jadi mereka boleh bermalas-malasan?