Mangga Ads – Boleh Buat Duit?

Reading Time: < 1 minute

Sebagai seorang blogger yang masih belum menjadi blogger eksklusif dengan mana-mana syarikat pengiklanan online (Nuffnang & Advertlets) sukalah aku untuk mencuba benda baru. Kalau dah eksklusif tak boleh dah, dilarang sama sekali. Baru-baru ni Mangga Ads ditubuhkan, ads network yang ada kaitan ngan Utusan.com.my. Jadi aku nampak ada masa depan sikitlah Mangga Ads ni sebab bernaung di bawah company akhbar yang dah lama bertapak di Malaysia ni.

Tarikan utama Mangga Ads ni satu je, diorang menawarkan kadar yang lebih tinggi berbanding Ads Network lain. Tetapi kena amik masa sampai dua minggu baru kempen pengiklanan boleh start kat blog korang. Disebabkan aku baru join tak sampai seminggu, maka memang takde earning lagilah sebab ads pun belum start. Aku dah email support Mangga Ads pasal ni dan diorang kasi jawapan yang sama. Jadi tunggu jelah.

Aku cadang kat korang join je dulu Mangga Ads ni, terutamanya yang belum/takde buffered earning daripada Nuffnang. Takde rugi mana kalau join. Mana tau nasib korang lebih baik kalau bernaung bawah Mangga Ads ni. Dah join tu add la aku sebagai partner. Saje nak tambah geng dalam friendlist Mangga Ads. Dia nak buat macam Facebook pun ada gak. Layan jelah. Jadi register la dengan mengklik banner bawah ni.

Oh ya, diorang tengah buat pertandingan referral paling banyak. So kalau sesiapa rajin nak tolong aku register jelah. Then add aku sebagai partner. Settle. Thanks a lot tau!

klu sepa2 ada akaun adsense, asyik2 mcam ciput jer income, klu nak tmbah $ korang, atau nak tips lain dpat duit, leh add ym ni : na_vira89@yahoo.com


Posted

in

by

Comments

29 responses to “Mangga Ads – Boleh Buat Duit?”

  1. haiqal Avatar

    Jalan -jalan blog kau,jumpa benda alah ini.Yeah,dulu mangga macam nak naik.Tapi sekarang,macam ranap terus je.aishhh

    1. ariff Avatar

      Market tak besar. Kalah dengan company lama.

  2. tia Avatar

    heheh . Tia baru aje nak cuba mangga ads ni . tak salah mencuba kan :)

  3. Tentang Internet Avatar
    Tentang Internet

    oh xtau pla mangga ads ni bawah utusan..Main join je aritu…skrg ngah da letak da iklan mangga ni kat blog..xtau ok ke tak…

  4. Zanie Avatar
    Zanie

    Aku pun baru ja join ManggaAds ari ni..
    Harap2 nasib aku ngn ManggaAds ni akan berbeza la dr Nuffnang..
    Aku guna Nuffnang 2 tahun, earning x berubah langsung..
    Tu yang aku try switch ke ManggaAds ni lak..
    Doa2 la nasib aku berubah.. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      perrgghh.. 2 tahun.. Lagi kesian. Aku guna 3-4 bulan lepas tu tak tahan, so guna innit terus

  5. zuls Avatar

    nampak macam ada harapan mangga ads ni.. :D

  6. wazy Avatar
    wazy

    Aku dah join mangga ads ni,kira dah 3hari gak la guna

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tengok hari ni dah ada masuk duit sket. Tapi baru empat posen. haha~

  7. nursarah Avatar

    aku ada cuba kat blog kedua. baru hari ni daftar. saje try2. blog pertama ada B.E Nuffnang tengah running mmg sayang nak menduakan dia.

  8. Adziim Avatar
    Adziim

    Kenapa mangga ads ni buatkan aku teringat kepada majalah mangga?

    1. DaHLia Avatar

      ehehee bukankah mmg majalah mangga tu?
      tu risau gak..sebab majalah tu kan banyak dedah sana sini, halal ke tak eh, kalo dpt duit dari mangga ni?
      nasiblaaa daku sayang BE, kalo tak, mesti dah pasang…huhuh

    2. ariff Avatar
      ariff

      Memang under majalah mangga la. Mangga kan under Utusan.

  9. denaihati Avatar

    Peluang bagus ni dan aku dah join sejak awal diaorang cuba-cuba dulu tapi belum masukkan dalam blog lagi.

  10. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Sejam yg lepas aku tengok Alexa Rank ko masih dalam lingkungan 80k. Sekarang dah 78 626. Nice! Bila agaknya boleh sampai 50k. Hehe

  11. Fitrihadi.com Avatar

    masih selesa dengan nuffnang..rasa sayang lak nak tinggalkan nuff yang byk berjasa tu..

  12. zul Avatar

    ariff…aku da wat da bnde alah ni..tp mcm mane nk add ko sbgai partner?

  13. belalang Avatar

    belalang baru je buang mangga ads sebab x paham diorang bayar mcm mana…
    tp bila baca entry ariff, belalang tgh pikir balik nak cuba atau tak sebab status nuffnang belalang pun dah bukan glitterati (gara2 pasang mangga ads seminggu aritu)

    1. hanisaleeya Avatar

      glitterati status tu boleh mintak balik..

    2. ariff Avatar
      ariff

      Tak salah kalau nak mencuba. Kalau nak tunggu pun tak salah. Ikut mana yang sesuai la

  14. A-Y-I-E Avatar

    Assalamualaikum saudara ariff, saya sudah jadi ahli mangga ini. Tetapi saya berasa was-was apabila membaca luahan hati blogger-blogger di GB tentang ads ini.Apabila mereka mengatakan dengan meletakkan ads ini di blog mereka sesen pun mereka tidak bayar

  15. klcitizen Avatar

    tau jugak pasal mangga ni…
    tak tau nak join ke tak

  16. sharinginfoz Avatar

    mangga? hmmm setia ngan nuffnang. anyway thanks for the info

  17. hanisaleeya Avatar

    [singgah sini untuk kesekian kali]

    hari ni dah dua kempen ads nampak.. Satu kat sini, satu kat ym. Hmm.. nak ikut ke? Nuff tu pun letak nak trace siapa yang masuk je. tak kisah pasal earning pun…..

  18. ery farieha Avatar

    sayang kt nuff
    ahahaha

  19. Miro Avatar

    nuffy aku pun asyik 2 hengget jer naik seminggu…hahaha..tp klu join ads ni status geli2 nuff mesti dah xda kan…

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau join tapi tak pasang ads, takde kacau pun status geli2 tu. huhu…

  20. DaHLia Avatar

    dah join hari tu, tapi sayang dengan GLITERATI…tapi contest ni betul2 mengujakan!

    1. ariff Avatar
      ariff

      itulah cakap, kalau ada buffered earning jangan dikacau. Nak dapat Glitterati tu kejap je sebenarnya.