Malware Detected – Tips Untuk Membuang Warning Google Secepat Mungkin

Cukup benci kalau benda ni berlaku pada blog aku

Aku rasa semalam aku orang first kot perasan malware problem dengan Innity Network ni. Masa tu tengah syok baca blog Obefiend, rage sana sini. haha~ Dapat je warning, aku terus submit ticket dalam Innity Advenue. Tapi memang dah expect yang takkan ada orang jawab tiket tu. Ads company buat apa lah nak ada 24 hour support kan. Dari situ memang dah boleh agak akan ambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk Google clearkan Innity Network tu balik. Jadi aku amik langkah aku sendiri supaya blog.ariff ni clear dari flag tu secepat mungkin.

First of all, kenapa kita perlu clearkan flag ni secepat mungkin?

Jawapan dia senang, supaya kita tak kehilangan pembaca. Pembaca blog bukan semuanya celik IT, dan kalau ada malware warning macam ni aku yakin orang kebanyakan akan takut untuk buka website/blog kita. We don’t want that. Ketakutan ni adalah sesuatu yang bahaya, silap-silap sampai bila-bila orang-orang ni takkan masuk website kita lagi.

Macam mana aku buat?

Simple. Setelah baca report dari Google, aku dapat tahu yang malware warning tu berpunca daripada domain Innity.net. Macam mana diorang kena tu, hal lain dah. Mesti ada kesilapan mana-mana. Jadi cara paling cepat untuk clearkan nama blog kita adalah remove punca masalah tu. OKlah, remove ads script ni macam buang potensi untuk buat duit, tapi aku lagi sanggup tak dapat duit kejap daripada kehilangan pembaca terus.

Oh ya, selain daripada script Innity, korang kena buang script Mangga Ads jugak sebab Mangga Ads pun amik iklan daripada Innity.

Bila dah buang semua script tu, log in ke dalam Google Webmaster Tools dan korang akan nampak notification pasal malware warning dalam tu. Inilah salah satu kegunaan kita register blog kita dengan Google Webmaster Tools. Dari situ, diorang akan kasi link untuk buat reconsideration request supaya blog korang di crawl semua oleh Google Spiders. Kalau diorang tengok takde script yang terjejas ngan malware tu, warning akan dibuang serta merta.

Cara alternatif, korang log in kat Google Webmasters>Diagnostics>Malware.

Contoh surat cinta daripada Google

Kerja nak buang dan letak semula ads script memang kadang-kadang melecehkan tapi kalau nak tunggu Google clearkan domain Innity tu, tak taulah sampai bila. Bila buat sendiri macam ni; mintak reconsideration untuk blog kita yang kecik ni, kurang daripada 12 jam dah boleh clear.

Jadi itulah. Selamat berblogging =)

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

74 Comments