Malware Detected – Tips Untuk Membuang Warning Google Secepat Mungkin

Reading Time: 2 minutes

Cukup benci kalau benda ni berlaku pada blog aku

Aku rasa semalam aku orang first kot perasan malware problem dengan Innity Network ni. Masa tu tengah syok baca blog Obefiend, rage sana sini. haha~ Dapat je warning, aku terus submit ticket dalam Innity Advenue. Tapi memang dah expect yang takkan ada orang jawab tiket tu. Ads company buat apa lah nak ada 24 hour support kan. Dari situ memang dah boleh agak akan ambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk Google clearkan Innity Network tu balik. Jadi aku amik langkah aku sendiri supaya blog.ariff ni clear dari flag tu secepat mungkin.

First of all, kenapa kita perlu clearkan flag ni secepat mungkin?

Jawapan dia senang, supaya kita tak kehilangan pembaca. Pembaca blog bukan semuanya celik IT, dan kalau ada malware warning macam ni aku yakin orang kebanyakan akan takut untuk buka website/blog kita. We don’t want that. Ketakutan ni adalah sesuatu yang bahaya, silap-silap sampai bila-bila orang-orang ni takkan masuk website kita lagi.

Macam mana aku buat?

Simple. Setelah baca report dari Google, aku dapat tahu yang malware warning tu berpunca daripada domain Innity.net. Macam mana diorang kena tu, hal lain dah. Mesti ada kesilapan mana-mana. Jadi cara paling cepat untuk clearkan nama blog kita adalah remove punca masalah tu. OKlah, remove ads script ni macam buang potensi untuk buat duit, tapi aku lagi sanggup tak dapat duit kejap daripada kehilangan pembaca terus.

Oh ya, selain daripada script Innity, korang kena buang script Mangga Ads jugak sebab Mangga Ads pun amik iklan daripada Innity.

Bila dah buang semua script tu, log in ke dalam Google Webmaster Tools dan korang akan nampak notification pasal malware warning dalam tu. Inilah salah satu kegunaan kita register blog kita dengan Google Webmaster Tools. Dari situ, diorang akan kasi link untuk buat reconsideration request supaya blog korang di crawl semua oleh Google Spiders. Kalau diorang tengok takde script yang terjejas ngan malware tu, warning akan dibuang serta merta.

Cara alternatif, korang log in kat Google Webmasters>Diagnostics>Malware.

Contoh surat cinta daripada Google

Kerja nak buang dan letak semula ads script memang kadang-kadang melecehkan tapi kalau nak tunggu Google clearkan domain Innity tu, tak taulah sampai bila. Bila buat sendiri macam ni; mintak reconsideration untuk blog kita yang kecik ni, kurang daripada 12 jam dah boleh clear.

Jadi itulah. Selamat berblogging =)

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

74 responses to “Malware Detected – Tips Untuk Membuang Warning Google Secepat Mungkin”

  1. Zana Avatar

    kalau dapat malware berpunca dari nikbir09.ws macam mana pulak ye? haihh ==.

    1. ariff Avatar
      ariff

      buang la save energy script tu

  2. lyeah Avatar
    lyeah

    wuaaa tak faham cane nak buang malware tu ='(
    aritu kena sekali camtu ='(

  3. Pisyek Avatar

    kontek hoster, tolong setel kan.. hehe… xD

  4. Fahmie's Hyperlink Avatar
    Fahmie’s Hyperlink

    ariff…remember me? blogger dari Johor ke gathering buka puasa ari tuh. Blog aku telah diblock. Aku dah dapat email dari Google and Mangga Ads untuk daftar ke Webmaster tools tuh. Tapi sampai ke hari nie aku tak dapat nak verify blog aku tuh. Macam mane eak aku nak buat. Kau boleh bantu aku tak???

  5. Rhia Avatar
    Rhia

    Isu malware tersebut telah diselesaikan dan sistem adalah bebas dari sebarang ancaman dan serangan. – anda boleh mengaktifkan skrip iklan sekarang tanpa sebarang masalah dan anda tidak akan menghadapi sebarang isu untuk memuat naik iklan anda.. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.innity.com/announcement/ atau http://blog.innity.com/
    Rhia
    (Marketing Manager @ Innity)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Terima kasih atas notis anda di sini =)

  6. Masa DAH Time Avatar
    Masa DAH Time

    patutlah masa nak tengok blog ni hari tu tak boleh sebab ada malware dari innity..

  7. ciklinn Avatar

    hishh semakin ramai yg ken akan.. good info pada sapa2 yg dah terjangkit tu.. so boleh berhati2

  8. Mfds Panda Avatar

    GengBlogger pun sama kalau nak masuk guna result Google. Semua ni sebab banner/iklan yang sekarang bukan setakat image, iklan skrg pun ada yang pakai flash dan html sekaligus dengan embedded cookie stats/statistic. Hmm.. tertanya-tanya gak mane hilangnya web GengBlogger?

    1. princesseryna Avatar

      berdasarkan tweet gb… gb akan direhatkan dulu…dia malas nak betulkan…

      1. shaharil Avatar

        Nampaknya, lama lagi la blogger-blogger di Malaysia boleh ping kat gb.

  9. PoJiePooH Avatar

    Thanks for sharing Ariff..
    So far blog Pojie ok tak?
    I mean dah ok x dari malware nih since ada kata yang ok ada yang idak..
    Sndiri bukak ok plak!

  10. Azuan Avatar

    Aku pun ada pengalaman kene macam ini.. Cari punca masalah, lepas tu buang punca masalah, then submit request kat google webmaster tools.. Dlm masa 24 jam blh settle, tapi pastikan betul2 dah bersih dari malware..

  11. rashid Avatar

    Kes ni lagi besar dari kes yang belaku dekat luar sana…habis kecoh dunia blog…time2 raya kena macam ni, memang tak tenang hati…huh, nasibaik semua ok…

  12. Ali ridha Avatar

    setakat ni aku masih blom lgi
    guna innity.apehal depa ni.
    cepat la sikit selesai kan masalah ni…….

  13. ann Avatar
    ann

    nak buka pun takut.. euwww

  14. Ckin Kembaq Avatar

    tq cik ariff..nak tanya,kalau tak da apa2 kt dlm msej tu,maknanya serangan malware dah tak ada la ye?

  15. cahaya Avatar

    owhh…ari tu masuk gengblogger pon dpt warning mcm tu yg kaler merah tu..terus tak masuk dah..dah buang ke ek?huhuhu…

  16. ainaa zulkifli Avatar
    ainaa zulkifli

    tp kn mcm saya dkt home aje yg terkena.dekat blog x der pulak..
    cam ner tuh??
    konpius lar (=_=)’

  17. yuri Avatar

    Isu ini telah diselesaikan. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.innity.com/announcement/ atau anda boleh email kami di report-malware@innity.com.

    Yuri
    (Digital Media Specialist) – Innity

  18. Jo Qusary Avatar

    Saya pun kena… tapi tak reti nak buat apa. Masuk dlm Google Webmaster Tools lalu submit report je. Apa lagi alternatif yg boleh dibuat ye?

  19. zik Avatar
    zik

    owh macam tuh… hurm… kena tunggu lah nampaknya… rupa2nya mangga pun sekali ek…

  20. jue Avatar
    jue

    sy xleh nk buka gengblogger.. nape ek? klu bk mesti keluar warning report attack site.. help me please.. tq..

  21. adel Avatar
    adel

    wah,thanks ariff..nak tny,kalau kita masuk website yg ada warning malware tp kita proceed anyway,ada pape effect tak? sbb byk sgt website yg mcm tu skrg..mnyampah lak rasa.huhu

  22. Rhia Avatar
    Rhia

    Isu ini telah diselesaikan. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://www.innity.com/announcement/ atau anda boleh email kami di report-malware@innity.com.

  23. Kujie Avatar

    Kak Jie ada 4 url dari google

    2 utk kategori
    2 utk permalink

    utk kategori… malas nk cek satu2 sbb ada 172 entri – terus mskkan kesemua dalam trash!

    habis cerita.

    dah hantar reconsideration 19hb lagi…belum clear lagi

    tapi tak de la risau – rasa mcm keadaan macam ni nk suruh ‘ambil masa bertenang’

  24. Lord Zara Avatar

    Huhuhu~
    Aku kan tetiap kali mesti masuk blog kau.
    Bila ada notification merah cam semalam tu, aku tutup sat~
    Bila semua orang update twitter bagai tentang Innity, aku sabar je la tunggu kau clear~

    nasib baik dah boleh semula dah~
    ^__^

    Gila tegar baca blog kau~
    =p

  25. x-po Avatar

    innity dah menuju ke zaman kejatuhannya hehe

  26. Mommy Lyna Avatar

    Dah buek tapi apsal masih belum dapek masuk eh?

    kesian saya.lost 85% visitors hari ni hahahaha.

    1. ariff Avatar
      ariff

      amik masa sikit. kurang2 6 jam untuk google process application

  27. mr cEro Avatar

    tindakkan cepat ariff sgt bagus..
    takut hilang reader nanti..
    thumbs up ariff…

  28. fazidahaziz Avatar
    fazidahaziz

    sunnguh annoying malware detected nie….igt lappy aku bengong mlm tadi…seb baik x buang pergi laut….hahahaa…sekali inity script rupanya…dan keputusannya mmg aku x buat blogwalking dr mlm td smp sekarang…huhhu….

  29. sha myheart Avatar
    sha myheart

    blog Arif kena truk giler sb dh ignore warning tu pun tak boleh buka jugak berbanding blog sorang lagi blogger yang boleh lagi masuk bila dah ignore.

    Kemudiannya, nampak dia buat entry suruh ignore je warning tu. Tapi, kalau orang yang belum masuk blog tu, nak tau dari mana? Mungkin kena ada alternatif blog ke apa-apa maklumat untuk waktu-waktu ‘kecemasan’ macam ni. Betul tak?

    Aku tak berani jugak nak buka blog ni sebab kan dah ada sejarah pernah kena hack. Ingatkan hacker ambik kesempatan masa ni dan sebarkan virus. Aku takut sikit bab kena hack ni.

    Apa pun, syukurlah, dah ok semula. Kalau tak dapat masuk blog ni, rindu la plak. Haha.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Jap. ‘blog ni’ tu maksud blog aku ke? Kalau ye, takde apa-apa lah. Dah check habis-habisan. Dulu bukan kena hack, orang curi password email. huh.

      1. sha myheart Avatar
        sha myheart

        Ya, merujuk kepada blog.ariff

        Oo i see. Bagus la kalau dah selamat. Tak la takut lagi.

        Orang cerita pasal lain, aku cerita pasal lain. Lari tajuk. Mesti ko marah, kan Arif. Sorry ek.

        1. ariff Avatar
          ariff

          eh eh. takdelah. hehe~ blog ni ok jer. nyawa aku kot =)

  30. mijie Avatar

    ada yg dah buang kod tu tapi masih lagi kn, mungkin kn tengok banner yg dilink kan ke blog lain, takpun yg seangkatan dengannya

    1. ariff Avatar
      ariff

      banner, feeds kat sidebar, gambar yg dihotlink dari sana.. semua tu kena check balik

  31. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    aku sgt peka pada blog sendiri tp aku tak jumpa lg mcm mna nak review balaik blog aku guna web mastertools tu…takde butang review…adakah ianya perlukan masa selepas kerja mendelete suma tu..or adakah skrip yg aku tak buang lg…mcm mna nak tau ye ariff ada script yg tak buang lg..kot2 ada yg terlepas pndang

    1. ariff Avatar
      ariff

      ko baru nak verify. diorang xabis crawl lagi. itu sebab takde warning dalam tu

  32. AsmaAishah Avatar

    kalau blog ariff diserang malware facebook saya diserang apa pula sampai tak boleh nak login..setiap kali nak log in suruh view certificate.

    apa kes pula kalau macam ni mr ariff..?

  33. […] bila benda-benda alah ni berlaku. Siang tadi dah banyak blog aku buka di blog sebab malware kata Ariffshah. Anak beranak malware ni lah yang buat dosa aku semakin bertambah dengan duk mengutuk […]

  34. iddin Avatar

    Aku memang kadang2 takut buka kalau ada warning mcm tu… tapi yang lebih penting ialah orang tak takut masuk web kita..

  35. zackmohd Avatar

    setakad ni blom kena lagi..tapi bila i buka bharian dan hmetro…terus ada warning tu …terus i discontinued…bahaya jugak ni kalau terkena kat blog kita sendiri..sah2 pembaca terus dicontinued..ropenya senang je nak settlekan problem tu..thanks arif

    1. ariff Avatar
      ariff

      yang penting kena cepatlah. kena peka dengan blog sendiri kalau tak nak readers lari.

  36. JMR Avatar

    ramai gk yg kena attack ek..

  37. L.Y.N.N Avatar

    patot pon xdpt nk jengukk..
    bravo2!teror2!^_^

  38. azieazah Avatar

    ARIFF, Akak sudah kena. Ada reader bagitau Malware warning di blog Kak Azie. Ramai sudah beri tips dan panduan, tapi satu pun Kak Azie tak buat lagi, sbb tak tau nak mula dari mana.

    Ads tu cemana nak tau dari mana? My blog bukan ada ads apa-apa kecuali yg Nuffnang tu.

    Ada yang kata, virus tu dari blog yang kita lawati dan yg kita list, tapi yg mana satu? Cemana nak tau kalu ada banyak senarai blog? Tak tau nak trace mana satu.

    Aduhhh.. tambah pening.

    1. ariff Avatar
      ariff

      oh. blog akak ni sebab ada letak feeds dari blog2 yang masih black list, tu sebab kena sekali padahal ok jer blog akak tu.

  39. appledia Avatar

    Tula..perasan jugak.Since semalam.Chedet.com yang duk buh dalam blogroll pun depa kata ada malware..Haih

  40. KiN Avatar

    arif, blog xpkai innity tp still kene lg, then dah buang mangga ads.dah request reconsideration….bpe lame agaknya de bg feedback?

    1. ariff Avatar
      ariff

      Minimum 6 jam ke atas. Takpe.. tunggu je. Kalau buat semua betul, nanti dia remove la flag tu.

  41. DaHLia Avatar

    Malware ni sejak isu 2negara tu kalo xsilap,
    Memula GB, then habis site akhbar online kena..skrg ni Innity laks..jangan NN pun kena udah laa…

  42. Anip Avatar

    sejak 2 menjak ni..byk blog kene malware…plik tol la..hmm..

  43. aizuddin Avatar

    aku dalam usaha nak clearkan..harap2 boleh lah..tunggu je la dulu

  44. Masturah Idrus Avatar

    how about if malware tu dtg dr site org lain, should I remove their links?

    1. ariff Avatar
      ariff

      sebenarnya bukan links dia, tapi mungkin something else macam gambar atau file-file lain. letak link tak rasanya tak terjejas ngan warning ni.

  45. syafiq.net Avatar

    bagus! pembaca tu kene ada. duit boleh cari nanti. kalau orang dah tak percaya, mana mau datang duit tu pulak haha.

  46. aman Avatar

    aku pun buang sebaik sahaja tengok ada warning sekitar pukul 8 @ 9malam. sekarang blog bebas iklan. ;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      aku dapat lambat sikit kot. btw. nice ah layout baru =)

  47. blowie Avatar
    blowie

    cepat gila site ko clear, site aku belum clear2 lagi. demm laaa!

  48. lana Avatar
    lana

    alhamdulillah.. ade dah jln penyelesaiannyer.. satg akan ku jalankan operasi .. tq for sharing bro..

  49. ZE Avatar

    pembaca lagi penting..=)

  50. shukri Avatar

    hah. bukan ko sorang je bro yang perasan. ramai der.. hehe.. aku nyer blog rasanye kene tunggu esok kot baru clear… aku pun dah kontek bahagian support manggaads .. dia kata nanti dia call partner dia.. [innity kot] tgk camne. good luck sume.

  51. Heiswayi Nrird Avatar

    em laman web GengBlogger.com juga ada kuar alert malware sebegini.. tp drpd host yg lain… sy perasan ni agak sudah lama iaitu entah sy lupa bila..tp slepas penyelenggaraan sudah dibuat la…

  52. Meow Avatar

    dah buang dah script innity tadi, kena tunggu 12jam la pulak….

  53. Fazreen Avatar

    aku masih menunggu blog aku kena detect..dr smlm aku monitor..check kt webmaster tools still xdetect any malware.

    1. ariff Avatar
      ariff

      itu yang aku pelik. camne ko boleh tak kena.. hmm.. innity ko kena suspend ka? :P

      1. Fazreen Avatar

        innity aku ok je…mesti innity syg aku sbb xremove script..hahaha

  54. Azah Avatar

    macam biasa… terbaik dari ladang..
    haha.. mujur aku x yah risau pasal benda ni..
    :D

  55. Piratz Avatar

    Oh camtu.. Aku tak pakai innity.. patut tak masyuk.. :(

  56. suffer8zine Avatar

    yeahhh cara yg sama sepertimana blogger2 lain buat, dah x perlu block warning popup lagi

  57. syahrilhafiz Avatar

    pergh..
    nasib bro cepat bertindak kan..
    adoii makin menjadi malware sekarang..