Malaysia – Broadband Internet Akan Bertambah Laju

[English Version]

Kerajaan dalam perancancangan untuk melancarkan network jalur lebar (broadband) berkelajuan tinggi antara 10mbps sehingga 1 gigabit sesaat (1 gbps bersamaan 100x 10mbps). Perdana Menteri yang dipetik berkata demikian di persidangan MSC International Advisory Panel walau bagaimanapun tidak menyatakan sebarang tarikh bila perancangan itu akan dilaksanakan.

Pada masa yang sama, TM mengumumkan bahawa kabel bawah laut yang menghubungkan negara-negara di Asia Tenggara dengan Amerika telah siap. Kabel yang berkapasiti 2 terabit sesaat (1 terabit bersamaan 1000x 1gbps) itu dijangka dapat menghubungkan Asia Tenggara dengan Amerika tanpa latency yang tinggi.

Kabel baru itu yang dihubunglan menerusi lokasi-lokasi yang berisiko rendah gempa bumi dijamin dapat mengurangkan risiko gangguan sekiranya berlaku gempa bumi atau tsunami di Asia Pasifik. Kabel akan mula digunakan setelah TM selesai menjalankan sesi percubaan ke atas kabel tersebut.

Ini adalah selaras dengan Bajet 2010 yang baru sahaja diumumkan.

Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan high-speed broadband dengan jumlah kos sebanyak RM11.3 billion. Sejumlah RM 2.4 billion datangnya daripada pihak kerajaan dan RM8.9 billion lagi daripada Telekom Malaysia.

Sebagai permulaan perkihidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabit sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010. Seterusnya perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012.

– Bajet 2010

No Comments