Hari ni ambil cuti untuk menghadiri majlis konvokesyen isteri di Universiti Malaya. Pertama kali menghadiri majlis konvokesyen Malaysian style.
Saya simpulkan dalam bentuk point jelah sebab tak banyak gambar diambil tadi.
1. Overall majlis yang menarik untuk yang first time datang, macam saya. Tahun ni mereka buat lain sikit, ada persembahan oleh pelajar dari fakulti kebudayaan (?) di tengah-tengah majlis. Oklah daripada baca nama satu-satu non-stop sampai habis.
2. Walaupun ni dah masuk hari ke-6, masih lagi meriah. Kat luar dewan ada perarakan daripada pelbagai persatuan pelajar untuk mengucapkan tahniah kepada ahli mereka. Tak sangka pulak meriah macam ni. Meriah tahap Jom Heboh punya, tapi bukan sebab yang tak signifikan macam Jom Heboh.
Kat Moscow dulu senyap je sebab mini konvo kami dibuat awal. Kalau nak tunggu sampai bulan May/Jun punya konvokesyen, memang takde orang sanggup. Nak buat apa melangut kat Moscow tu lama-lama. Scholar pun cukup-cukup makan je.
3. Bunga harga RM50 je. Nampak besar ingatkan mahal sampai seratus lebih. Kalau letak teddy bear jadi RM70. Kalau ada ferrero rosher 4 biji pun jadi RM70 walaupun pada hakikatnya boleh beli ferrero rosher sekotak pada harga RM20 kat luar. Good business.

Mungkin salah seorang daripada mereka akan jadi arkitek untuk rumah yang bakal anda beli
Alhamdulillah. Dua tahun bersusah-payah dari sebelum bertunang sampai dah kahwin. Dari jadi driver, bodyguard sehinggalah ke pembantu tanpa gaji. Graduate jugak akhirnya.
Loading
Tukang buat model, installer software, driver, penyiap assignment, bodyguard..lol. #husband @shahariff
To my life partner, all the best. Semoga dapat kerja yang best, tak stress dan gaji berbaloi macam job saya sekarang ni. Amin.
20 Comments
Afiffuddin
26 October, 2014 at 7:03 amTahniah to both of you! Itu sebahagian daripada rezeki.
Asyrof Asri
22 October, 2014 at 8:17 pmTahniah buat isteri solehah tersayang.
Suami isteri kayo. Okay arr ..
Raihanah Ahmad
21 October, 2014 at 2:26 pmtahniah buat isteri anda. mesti seronok dah grad
Norhayati Suaib
21 October, 2014 at 12:51 pmtahniah kepada isteri tuan.
asnida
19 October, 2014 at 6:18 pmtahniah buat si isteri yang gigih belajar dan buat suami yang tentu nya teguh memberi semangat. anda berdua hebat!!!
hikaru matsushima
19 October, 2014 at 1:47 ammemang hujung tahun ni musim konvo.
teringat zaman belajar dulu. Siap buat persembahan lagi masa konvo.
azimah mohd zainuddin
18 October, 2014 at 4:25 pmtahniah dan selamat menempuh alam pekerjaan
Hayat
18 October, 2014 at 1:37 pmPoint No 2 tu yang tak tahan…..
eyriqazz
18 October, 2014 at 1:06 pmhappy convocation buat isteri ariffshah..lepas ni bolehla menimang cahaya mata pula..
Hilmi Hasan
18 October, 2014 at 12:52 pmTahniah! Bukan mudah nak capai segulung ijazah. Semoga semangat menuntut ilmu kekal hingga akhir hayat
Afiq
17 October, 2014 at 10:44 pmTahniah buat Ariff seisi keluarga. My wife baru graduate UniKL hari tu, meriah juga.
Tapi tak join masuk sebab bagi mak & ayah dia masuk.
Aku pulak tahun depan Insya Allah
ohcikgu
17 October, 2014 at 9:09 pmtahniah.
bini hang sudah konvo.
siti hazreen
17 October, 2014 at 6:07 pmamin…tahniah2…semoga berjaya mengharungi suka duka bersama ^__^
Ani Haryani
17 October, 2014 at 3:54 pmAlhamdulillah dan Tahniah! :D
husna alya
17 October, 2014 at 3:54 pmStudent fac kebudayan Um selalu buat gimik time ambil scroll atas pentas. boleh tgk kat youtube bnyk yang menarik! ;)) Bila grad degree bestlah ramai kawan, nnti grad for master or phd, sunyii je. ;P
yangbaik
17 October, 2014 at 12:47 pmdah bergraduat yer cik puan kita…tahniah!
tentu jauh beza konvo di Rusia dan Malaysia kan
yangbaik
17 October, 2014 at 12:41 pmdah bergraduat yer cik puan kita…
tentu jauh beza konvo di Rusia dan Malaysia kan
Kereta Sewa Selangor & KL
17 October, 2014 at 11:27 amAkhirnya mesti rasa semangat je lepas dapat sijil tuh kan.
akubiomed
17 October, 2014 at 9:30 amPengalaman yang sukar dilupakan selepas mendapat ijazah. Kenangan manis tuh.
lia ummiiirfan
17 October, 2014 at 9:04 amTahniahhh…! alhamduLILLAH semoga hubungan kalian diberkati ALLAH.. ameenn.. :)