
Sebulan tak update blog gara-gara mencari hartanah below market. Serius. Jadi saya kongsikan apa yang saya nampak dan perasan sepanjang sebulan hunting property below market ni.
Pembeli Terdesak
Mungkin pasangan suami isteri ni dah bercerai dan nak jual hartanah cepat.
Mungkin juga ahli keluarga sakit, takde medical card, rumah banyak. Jadi rumah dijual untuk bayar bil hospital (ambil medical card kalau nak jadi pelabur hartanah). Kes macam ni memang normal. Biasa dengar.
Mungkin juga sebab dah rugi dalam saham sebab beberapa bulan kebelakangan ni berlaku penurunan mendadak dalam pasaran saham akibat daripada kejatuhan ringgit Malaysia.
Orang terdesak nak duit cepat, kurang sikit pun tak mengapa.
Lelong, Kalau Menang Harga Murah
Sebulan ni juga saya nampak ada beberapa kes yang menang lelong pada reserve price di kawasan panas. Ada jugak nak cuba nasib tapi malang sekali tak berjaya sebab unit lelong yang saya nak masuk called off.
Satu yang tak best walaupun menang lelong murah ni ialah no excess cash daripada pembelian. Orang muda mau excess cash. Boleh shopping.
Nak cash kena jual balik or refinance.
Rumah Rosak
Kalau rumah rosak teruk, ada alasan nak ketuk harga supaya dikurangkan daripada market price. Tak banyak sikit, adalah kurang kan. Seronok sebenarnya repair-repair rumah ni.
Walau bagaimanapun, kaedah ni takdelah dapat kurangkan banyak. Cuma ia boleh digunakan dalam semua situasi yang saya terangkan di sini untuk keuntungan maksima.
Beli Subsale Daripada Pemilik Pertama
Hartanah subsale sekitar KL/Selangor ni taklah lama sangat. Samada anda beli daripada pemilik pertama, ataupun kedua je. Kenapa lagi mudah nak dapat harga bawah market value dengan pemilik pertama?
Pertama sebab untung dia dah banyak. Masa dia beli dulu murah je, jual sekarang dekat ratusan ribu untung. Jadi ada yang tak kisah asalkan terjual cepat. Dapat duit boleh modalkan yang lain.
Kedua sebab dah takde RPGT. Bila takde RPGT, mark up lah banyak mana sekalipun, takde kesan apa-apa. Bagi pemilik yang jual dalam masa kurang daripada 5 tahun, cukai RPGT akan dikenakan dan cukai ni dibayar mengikut harga dalam S&P. Makin banyak mark up, makin banyaklah cukai yang perlu dibayarnya.
Ketiga sebab kalau bukan membeli daripada pemilik pertama, untuk pemilik kedua / ketiga ni tak banyak. Sudah tentu di nak jual pada harga semaksimum mungkin.
Keempat sebab pemilik pertama dah pegang hartanah ni lama. Lebih lima tahun tu normal (ada yang beli sebelum siap), lebih 10 tahun pun ada. Bila dah hold lama dan lebih-lebih lagi kalau ada faktor negatif seperti kejatuhan ringgit sekarang, mereka tak kisah nak kurangkan sikit harga jualan kalau dapat jual cepat.
Agen Hartanah
Berkawan dengan agen hartanah. Nak jumpa mereka senang je, rajin-rajin tengok rumah atau pergi mana-mana event berkaitan hartanah. Beritahu mereka yang anda nak cari hartanah di kawasan ini pada harga sekian-sekian.
Masa Yang Betul
Walau apapun, pada pendapat saya masa yang betul adalah kunci untuk mendapatkan hartanah below market. Kalau tengok setahun dua yang lepas, memang susah nak dapat sebab masa tu semua orang nak beli dan boleh beli hartanah. Masa tu nak dapat loan senang, nak beli hartanah ketiga dan seterusnya pun masih 90% loan asalkan Debt Service Ratio ok. Sekarang tak.
Fast forward ke waktu sekarang, dengan keadaan kos sara hidup meningkat, bank-bank besar nak kurangkan pekerja, harga minyak jatuh dan mereka yang dalam industri oil and gas pun kena buang kerja, dah makin kurang golongan yang mampu beli rumah. Kebanyakan yang mampu beli, dah beli.
Tengoklah kat shopping mall betapa banyaknya developer buka booth untuk jual property, tengok berapa banyak diskaun yang mereka tawarkan. Beberapa tahun dulu, kebanyakan projek main sold out je.
Beberapa tahun dulu kita berada dalam sellers’ market atau di mana penjual bermaharajalela. Jual apa sahaja, sekejap je dah ada pembeli.
Sekarang dah mula masuk buyers’ market di mana pembeli boleh pilih nak unit subsale yang macam mana pada harga below market. Dahlah below market, siap boleh tekan harga lagi.
Kepada yang baru nak beli, sekaranglah masanya untuk anda shopping deal terbaik.
—
Sekadar perkongsian pemahaman saya berkaitan topik ini. Saya bukan pakar.
Selamat berjaya kepada yang nak membeli rumah dalam masa terdekat ni. Semoga dapat deal yang terbaik. Dalam property investment, anda sepatutnya untung semasa membeli.
Kalau saya ada listing hartanah below market, berminat ke kalau saya kongsikan dengan anda?

Comments
17 responses to “Macam Mana Nak Dapatkan Hartanah Below Market Value?”
Assalamualaikum Ariff.
Saya cuma nak tny, awak start tulis blog tahun bila sbb byk betul sharing awak ni.
Good job
Dah 7 menulis kalau tak silap. Lupa dah
Assalamualaikum. Trend sekarang, anak muda berhutang sehingga 35 tahun dan bayaran bulanan rm2500 untuk hartanah. Tak bagus sebenarnya. Perkongsian ni amat bagus. Pakcik suka. Syabas. Semoga Allah merestui dan memberi bantuan. APA PUN CASH AMAT PENTING. MULALAH MENYIMPAN DENGAN BERSUNGGUH2 DAN BERDISIPLIN MULAI DARI SEKARANG DAN KURANGKAN NAFSU BERBELANJA YANG MEMBAZIR.
bagus tips ni, pernah juga dapat rumah below market price. tapi terpaksa let go takde rezeki. nanti boleh cuba lagi.
patut la lama senyap
Saya pun prefer beli rumah subsale sebab boleh nego dgn owner rumah. Hartanah baru mahal dan overrated kan
Bak 2 tiga unit below market bro..tengah cari property gak ni…
Tu dia.. taukeh besar pun dah start hunting property
berminat..dah submit form..dalam dilema berkenaan lokasi…
Kena kenal dan tau lokasi yang kita nak. Bila tau lokasi tu dengan betul, kita tau market value dan normal asking price kawasan tu. BIla tau dua maklumat ni, boleh kenal pasti mana yang below market.
currently 20 & minat sgt abt property and stuff. need some advice. perhaps u hve any? interesting & ths artcle is soooo good. keep it up. thanks for sharing☺
So, sekarang masa terbaik la ye.
Tq tuan Arif untuk perkongsian ni :)
Sekarang peluang lebih cerah nak cari hartanah below market
Dua benda penting dlm Property
1. Undervalued
2. Sustainability
Sangat berminat nak tahu hartanah below price. Da lama bercita2 nak beli property..Tapi asyik takut je..hihihi
Blog awak sgt berguna dan menjadi panduan bagi saya…boleh pm x sbb nak tny tp not in public? To get some informal advice? Currently in a very contemplating situation…
Boleh send msg thru FB page saya or email admin@ariffshah.com. Insya Allah cuba bantu mana yang boleh