Tergerak nak menulis sedikit tentang isu blog menghina Islam yang kecoh beberapa hari lepas. Agak pelik sebab benda macam ni dah terlalu banyak di Facebook, rasanya kekecohan sebegini macam tak matang je. Relax sudah. Bukan bermaksud nak diamkan diri sahaja, cuma tak perlulah over reacting sangat. Entri ni tak perlu panjang, let’s go straight to the point.
- Bila kita jumpa page di Facebook atau dalam hal ini, blog yang menghina Islam, satu kesalahan besar yang orang ramai selalu buat adalah sebarkan benda ni. What’s the point? Bila benda macam ni disebarkan, pengendali laman tersebut lagi gembira sebab point utama dia buat kerja-kerja ni adalah untuk mendapatkan perhatian orang seberapa banyak yang mungkin. Tak perlulah sampai nak linkkan laman tersebut dalam blog kita atau lebih teruk lagi share kat Facebook. Blogger mana yang tak gembira kalau backlink dia datang dari merata tempat dan blog dia dikongsikan di Facebook, betul tak?
- Laporkan laman-laman seperti ini pada saluran yang betul. Ada blogger siap tulis tutorial tentang cara untuk melaporkan laman seperti ini, satu usaha yang bagus.
- Jangan sama sekali berinteraksi di laman tersebut. Bagai mencurah minyak ke dalam api, lagi banyak hate comment yang diterima oleh pemilik blog tu, lagi seronok dia buat kerja tak berfaedah ni. Mereka adalah blogger, jadi konsep dia sama. Blogger mana yang tak gembira kalau entri dia dapat banyak komen, betul tak?
Nak matikan sebuah blog senang je, jangan bagi blog tu pendedahan yang ia mahukan. Tak payah tengok jauh, tengok je blog kita sendiri, berapa banyak yang telah dibuat dan berapa banyak yang masih kekal sehingga sekarang. Jadi relaxlah, tak perlu nak jadi blogger ‘kekwat’ kalau jumpa blog provokasi macam ni. Strategi dia semua dalam poket kita dah. Laporkan blog tersebut dan buat tak tau je. Kalau tak boleh nak laporkan (hosting sendiri), jangan sebarkan langsung. Lama-lama apabila blogger tu rasa bosan sebab tak dapat sambutan, dia abaikan terus blog tu.
Comments
57 responses to “3 Langkah Berhadapan Dengan Blog Provokasi”
Setuju point kau bro.
1.Dia nak tarik perhatian. So, kalau ada orang masuk blog dia, tinggal komen, lagi dia suka. Strategi dia dah berjaya.
2. Dia giler traffik. Kalau ada backlink dari blog lain, seronok la dia. Strategi kedua dia dah berjaya.
3. Dia nak provok emosi orang islam. Bila orang islam sumpah seranah, keji, kutuk, samakan dengan binatang, kali ketiga dia berjaya. Dia boleh tunjuk tengok ini cara orang islam dakwah orang buat salah.
cara terbaik. buat macam ariff kata.Report kat pihak berwajib. Lepas tu kita jangan hirau dia. Lepas tu dia senyap la.
saya memang biar je blog camni. sekadar baca je
yes!! yang first tu aku sokong. silap sebenarnya kalau kita sebarkan menda tu. aku faham, blogger perlukan trafik tapi rasanya biarlah kita dapat trafik dengan cara yang betul. dengan sebarkan benda macam ni, hmm, memalukan. tapi, yeah…semua ada akal.bolehlah fikir mana betul mana tak.
memang susah nak kontrol..manusia…tak kira agama
Semakin kita layan mereka, ini bermaksud kita menyokong perbuatan mereka
Abg Ariff ex-student Mozac eh?
yeah
setuju dengan artikel nih, ramai betul yang buat entri pasal blog hina islam tu. lagi disebarkan lagi dia suka sbb misi dia berjaya. tapi ade jugak blogger yang nasihatkan diorang nih suruh delete entri pasal makcik tuh.
kalau leh..laporkan…tp jgn tulis entry untuk provoke…niq x ambik port pon..:)
buat bodo je blog gitu..nakkan perhatian je lebih atau mungkin ada agenda die tersendiri..
Assalamualaikum….
ALLAH tidak akan terkesan dengan apa juga tindakan makhluk-NYA. Samada dipuji atau dikeji tidak akan menaikkan atau merendahkan kemuliaan ALLAH swt.
Kita sebagai hamba-NYA perlu menjaga kemuliaan agama ALLAH ini. Namun bukan dengan cara mengeji dan memaki.
Tindakan untuk mengabaikan blog tersebut dilihat bijak. Tindakan yang lebih bijak ialah menjalankan usaha dakwah kepada blogger terbabit. Mendoakannya agar dapat hidayah dan taufik juga merupakan usaha salah satu langkah yang patut dipuji.
Bukankah antara doa yang tiada hijab (maqbul) ialah bila A mendoakan C dan C tidak tahu?
Ayuh disamping usaha untuk menasihatinya dengan hikmah, kita doakan dia…. Suburkan rasa cinta.
3 langkah di atas dilihat proaktif…. syabas kepada tuan tanah
Saya hairan kat diorang yang suka betul nak dapatkan perhatian media dengan buat provokasi yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam, harap golongan ini dapat rahmat dari Tuhan.
Saya lebih hairan kan orang yang suka sebar-sebarkan link blog yang sedang memprovok. =__=
byk yg marah dan share kt fb tu, agak2 diorg marah sbb islam kena hina atau marah sebab maruah diri dipijak?
aku jenis baca je kalau takde kaitan dengan aku aku takkan layan
salam…
teringat satu ketika dahulu kes aduka teruna yang dihadapkan ke muka pengadilan kerana menghina kerabat diraja johor…
rasanya individu seperti ini juga patut dihadapkan ke muka pengadilan kerana kesalahan mereka lebih besar…
macam2 la ek??huh
hai…lama xdatang cni..sori..
bz kejar penghutang xbayar utang..
tau sapa penghutang tu??huh..PB
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html
menarik pendapat saudara.itulah sebetulnya.jgn sebarkan.selain blog hina Islam,ada lagi perkara yang sepatutnya tidak disebarkan khususnya perkara yang tiada fakta.contohnya,kejadian simbah asid.kalau post pasal cara nak cegah,ok jugak.ini ditakut-takutkan org awam dgn laporan kononnya berlaku kejadian itu di banyak tempat..kena henti sebar cerita mcm ni
Tapi bukannye pernah dengar pun blog yang camni kene tangkap. Biasanya blog politik je la. Ke dah ada?
yaaa..sangat tepat saranan ini..setuju sangat2!
Sudah tiba masanya perlu ada polis siber untuk menangani provokasi sebegini.
blog mcm tu hanya buang masa je dan ada agenda tersndiri….
Salam Ariff, ni off topic skejap. Saya mmg dah lama ikut blog Ariff cuma x pernah cmment je. Now saya nak request, boleh x Ariff bagi pendapat pasal menjana wang dengan menjawab survey di internet? saya baru je join beberapa website survey ni dengan harapan dapatla rewards dia. Saya rasa Ariff mesti tau punye kan sebab benda ni dah lama.So it will be much appreciate if Ariff can make 1 post pasal online survey ni sbb saya suka dengan idea2 Ariff bila membincangkan sesebuah issue. Hope you can make 1.
Thanx…
Mereka yang berbuat ‘provokasi’ ini sememangnya sengaja ingin meraih kontroversi dan gila mahukan populariti. Ibarat serampang dua mata. Sambil menyelam minum air. Ada benar tiga langkah di atas.
Bila si luncai terjun dengan labu-labunya,kita sebut “biarkan-biarkan”. Hakikatnya, perbuatan tersebut tak patut dibiarkan. Sebaliknya perlu ditangani secara cepat, cekap dan berhemah oleh mereka yang bertanggungjawab. Jika dibiarkan, nanti diinjak-injak lagi maruah Islam. Lepas tu timbul rasa tak sepadan Islam jadi agama rasmi Malaysia kerana mudah diperlekeh dan dipersenda. Pasti seluruh dunia Islam hairan dan pelik bin ajaib….
aku kan tak pernah share or whatsoever.Pernah klik dan baca.Tapi,aku rasa sedih bila tengok anak islam sendiri komen sambil diselitkan kata-kata makian.
Sial,babi,bodoh bangang semua lengkap.Sedih weyh.Patutnya nasihat,bukan cara sebegini.Hurmmm
biarkan dia terjun dengan labunya itu..
setuju jugak…memang tak amik port sgt blog2 atau berita2 sebegitu…suka sengan yang boleh bagi kita Ilmu..
dan buat kita happy….:)
betul..jangan bagi pendedahan yang blog tu inginkan..lagi ramai cerita tentang dia,,lagi dia syok wat keje tu..
boleh tak kalau kita laporkan ke SKMM? macam mana caranya?
rasanya boleh tapi faham-faham jelah kalau buat laporan kes macam ni mesti lambat punya diambil tindakan.
bukan itu sje…aku ckup mluat tgk bloggers yg cari traffic dgn keyword lucahhhh….
Semua ada persepsi masing-masing dalam hal ni. Pada aku, kalau selalu sangat memang agak keterlaluan. Nampak macam takde point sangat dah kalau macam tu
Entah la,nampaknye meraka ne suke menaekkan darah gile jer,rase macam nak bako je rumah dye kalu aku tahu sape la empunyer blog tu
mcm2 dunia zaman sekarang,kan?banyak tipu muslihat dan anasir halus..
Semua nak ambil jalan mudah nak dapat traffik.
Laporkan jer dengan SKMM.
Tahun depan mungkin akan ditubuhkan satu badan yang khas untuk menjaga blog-blog seperti ini. Belum ada kata putus lagi, kalau dah confirm nanti saya share jabatan yang terbabit.
perkara macam ni.. Selagi tak kiamat memang tak akan habis.. banyak2 berdoa ajelah.. moga2 hati2 mereka itu menemui kebenaran yang sebenarnya..
btoi 2..sya ada jumpa gak bnyk blog2 yg kutuk2 islam ni…sakit hati gak la bila aku tgk ada blog2 mcm ni..
yup, betul tuh. tak perlu nak link kan. diorg buat mcm tuh semua sebab publisiti murahan je. Kenapa nak layan and komen2 lagi entri mereka?Laporkan je pada pihak yang terlibat, biar mereka uruskan.
kalau bleh aku nak buat secra offline dengan melempang2 mereka semua.. haha
hadududu. report lelaju ;B
sebab tu kita kena buat derk je dengan semua ni
lagi dok layan makin la dapat tumpuan.
Kalau ada kwn2 blogger kita yg simpan gmbr2 hina Islam tuh, suh jelah dia buang dr blog masing2..tegur menegur sesama kita..
ya, sangat setuju.
Memang buat tak tau je. Malas nak ambik tau walaupun memang tau. Tak perlu nak layan orang macam tu. Kalau kita pergi ke blog dia, suka la sebab trafik naik.
ya, point no 3 juga memang tepat, biar semangat dia mati, melainkan dia menulis tentang kebaikan, tanpa komen pun dia boleh survive
Orang kita cepat emo, tak fikir panjang. Pergilah report WordPress ke, polis ke, SKMM ke ada faedahnya.
kalau nak dikira hinaan dan cercaan orang yang dengki sejak dulu memang banyak.
tapi kadang-kadang kita tak sedar kita sendiri pun banyak buat benda yang Allah murka.
kalau orang kafir buat dosa, memang dah dia tu bukan muslim.
tapi kalau kita yang muslim ni buat dosa, apa kita nak jawab?
Betul tu. Kalau nk sebarkan apa yg dorang dah buat, just citerkan point jer, x payah la letak link blog tersebut.
Setiap kali ada orang letak link ke blog tu, aku tak tekan pun. Sebab ya, dia mungkin akan dapat detect dari mana kita datang dan lagi gembira bila tau ada entry pasal dia. Twitter dia pun kemain ramai follow sebab nak marah dia.
Choi!
Tak payah follow la kalau setakat nak baca TL dia. Bukannya protected pun.
latest entri aku pasal isu ni..memg tak bagi backlink pun,rugi..kasi tulis url je..
setuju dengan point 3..pembaca yg marah berinteraksi dengan nada memaki hamun dan kata2 kesat..dia tak suka org hina islam tapi dia sendiri hina org tuh dengan kata2 penghinaan.. itu boleh jadi fitnah dan menguatkan lagi persepsi tuan blog bahawa islam ni macam ni n macam tuh..
org kita prihatin isu sebegini..tetapi terlalu emosional..
blogger yang sebarkan benda-benda camni semata-mata nak dapatkan SEO, nyata dia seorang blogger yang keji. Tak payah jadi blogger. Sekian.
dah selalu sgt kot.. kalau aku pun malas nak layan dah.. hr tu msk blog tu terus tutup.. malas nak baca.. pastu setakat kutuk sepam dua kat twitter jer la.. xde kasi link ape pun.. :D
Orang macam ni rasanya diorg memang minta untuk dikritik sebab itulah kepuasan yang mereka cari..
yeah, aku sokong. lagi kita sebarkan, lagi seronoklah pemilik fb or blog tersebut. free2 je dapat backlinks and traffics dari kita. diam tak bermaksud suka ya. :)
Btol tu. Blogger yg mcmni hanya nakkan perhatian. tapi kes yg hina Islam ni mmg kronik. spatutnya lapor je kat admin Blogger, pastu abes citer. ada blogger lain yg ambil kesempatan untuk bermain SEO padahal diorang patut tahu menda ni hanya lebih memudaratkan lg kalau diorang sendiri pon share gambar yg menghina tu di blog diorang sendiri.
Andai kata blog yg direport tu dah didelete pon, tak guna gak sbb gambar2 yg menghina tu terlepas ke blog2 lain yg sesetengahnya nk tunjuk ambil berat sangat pasal hal ni padahal nak bermain SEO dan trafik je.
aku sokong dengan points kt atas ni..lagi d layan lg la suka dorang..
Betul juga kata Ariff. Kalau kita kecoh, senyum je blogger tu kan. Sya cuma baca tajuk je pasal blog hina Islam ni, tapi x pernah klik untuk baca. Hik2…