Lajukan Loading Time Blog Anda Dengan Content Delivery Network (CDN)

Reading Time: 2 minutes

Aku tak tau la laju ke tak loading blog aku ni guna Celcom/Digi/Maxis Broadband korang, tapi aku dah cuba sedaya upaya nak buat blog.ariff ni load selaju yang mungkin. Banyak benda yang dibuang semata-mata nak jaga user experience. Aku faham macam mana perasaan kalau masuk blog yang lambat load dan aku faham macam mana keadaan internet kat Malaysia. Selain daripada macam-macam benda yang dibuang, aku guna perkhidmatan Content Delivery Networks (CDN) supaya loading time untuk blog ni lagi laju. Sebenarnya dah 2 bulan aku guna CDN ni, cuma baru sekarang nak cakap dan reveal rahsia ni. Cuma kalau siapa yang advanced sikit sedar aku dah lama guna. Untuk pengetahuan semua, ads network macam Nuffnang pun guna CDN.

Apa itu CDN?

Simple je sebenarnya CDN ni. Berdasarkan gambar rajah di atas, (1) adalah server hosting korang. Dengan perkhidmatan CDN ni, korang akan dapat server server (2). Server (2) adalah server CDN yang terletak di seluruh dunia yang tarik segala data (image file, CSS & java) dari hosting korang. Jadi file2 macam lagu dan gambar tu semua akan dicopy dan disimpan dalam server server (2) di seluruh dunia. Bila ada user (3) dari mana-mana nak akses blog korang, maka server (2) yang paling dekat dengan diorang akan load content dalam blog korang kepada mereka. Loading time jadi pendek sebab jarak antara server dengan user dekat. Ada fahamm?

Kepentingan Loading Time yang Pendek

Untuk blog yang pentingkan trafik dari Google, sangatlah digalakkan untuk memastikan blog tu load dengan pantas. Apa relevannya? Senang. Cuba bandingkan 2 laman web yang content dia lebih kurang untuk sesuatu keyword tapi salah satu daripada laman web tu load lebih perlahan disebabkan widget-widget bodoh yang digunakan pada laman web tersebut. Google yang boleh kesan laman web mana yang lebih laju loading time dan akan beri keutamaan kepada laman web yang load lebih laju itu. Pada Google, laman web macam ni adalah lebih berkualiti sebab webmaster tu bekerja keras untuk memastikan laman web dia load dengan laju. Ini bukan mitos atau statement yang aku pandai-pandai buat. Baca sendiri blogpost ni Using site speed in web search ranking

CDN Menjimatkan Bandwidth Hosting

Untuk mereka yang mempunyai pakej hosting yang agak limited dan kecil, gunakan CDN untuk absorb excessive bandwidth usage pada hosting korang. Daripada korang beli bandwidth pada harga yang mahal, adalah lebih baik korang invest sikit duit untuk  membeli bandwidth CDN dari luar negara sebab bandwidth CDN luar negara lebih murah berbanding bandwidth hosting kesayangan korang.

Pakej CDN yang Murah & Percuma

blog.ariff menggunakan CDN daripada NetDNA.com. Pada asalnya, pakej percubaan ini sepatutnya bertahan selama 15 hari sahaja kalau tak silap, namun  entah macam mana dia tukarkan jadi pakej 250GB yang boleh bertahan sampai setahun. Rezeki kot.. atau pada masa tu aku salah baca dan memang ni akaun percubaan selama setahun dengan 250GB bandwidth. Apa-apa pun aku masih untung. Untuk pengetahuan korang, HongKiat pun gunakan NetDNA sebagai CDN provider.

Kalau korang nak try, sila [Sign up] untuk akaun percubaan dia. Akan diberi bandwidth sebanyak 10GB untuk digunakan selama 15 hari. Kalau korang kreatif sikit, bila dah habis tempoh percubaan, register lagi. Rasanya boleh sebab semalam aku buat boleh lagi :D

Untuk pakej CDN yang murah, guna je MaxCDN. MaxCDN ni anak syarikat NetDNA yang dibuat khusus untuk memberi perkhidmatan CDN kepada website yang berskala kecil macam blog. Ada promo $10 untuk bandwidth sebanyak 1 Terabyte (1000GB). Murah tu. Kalau bandwidth hosting sampai tak cukup, maksudnya duit Nuffnang confirm dapat banyak.. takkan le tak mampu beli pakej CDN tu. Cheapskate betul la..


Posted

in

by

Comments

51 responses to “Lajukan Loading Time Blog Anda Dengan Content Delivery Network (CDN)”

  1. illyz Avatar

    nanti illyz pun nak try juga le :)

  2. zulfizan Avatar

    wow..tips berguna ni,laju loading = search engine friendly,search engine friendly = traffic + rank power :D

  3. eddikl Avatar

    Tips yang bagus dan mantap, minat juga CDN ni…

  4. mancai Avatar

    aku ader try guna CDN plugin utk wordpress.. blog jadi gila lambat la pulak…

    1. ariff Avatar
      ariff

      Blog aku ni lambat tak? Aku guna W3 CDN plugin. CDN service guna Netdna tu. Ko guna apa?

  5. syahirul Avatar

    bagus gak CDN ni.. tapi aku rasa buat masa ni tak payah lagi kot utk blog aku.. $ pon susah nak cari ni :P
    .-= Cerita terbaru syahirul.. Apa itu God Mode dalam Windows 7? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Memang bagus cuma CDN ni tergolong dalam kemewahan dah.. Tak perlu pun takpe. Aku ada pun sebab dapat free =)

  6. Jake Hays Avatar
    Jake Hays

    nice post Ariff… I’ll already tried CDN last year, and it gives me quiet an experience.
    .-= Cerita terbaru Jake Hays.. GENGBLOGGER: Simple Wallpaper =-.

  7. mrkay Avatar

    aku jumpa satu lagi kelemahan MaxCDN. dia orang belum ada server kat asia. Setiap kali request dari Malaysia akan route ke server US (LA atau NY kalau tak silap aku). So sekarang Streamyx ada malasah kabel bawah laut utk international link ke US, pengguna streamyx akan mengalami slow loading bila bukak blog yg pakai MaxCDN. masalah besar ni sbnrnya.. urmm..

    tapi aku dah email dia orang tanya bila nak deploy kat server malaysia. tunggu je la jawapan dia nanti.
    .-= Cerita terbaru mrkay.. Staff @TMCorp tak tahu buat kerja ke? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Aku chat ngan diorang sebelum buat entri ni, katanya early Q3 mungkin ada tapi dia cakap server US tu pun dah good enough dah sebab ping time dia <100ms.

      1. mrkay Avatar

        mmg good enough but bila ada ISP ada masalah kabel ke US tu yg prob. Streamyx mmg terkenal dengan masalah tu ;-)
        .-= Cerita terbaru mrkay.. Staff @TMCorp tak tahu buat kerja ke? =-.

  8. eiman Avatar

    info yang berguna, bole guna bila blog dah femes nanti.. LOL
    .-= Cerita terbaru eiman.. Tournament Bowling yang Menyesatkan di Metropoint Kajang =-.

  9. uberVU – social comments

    Social comments and analytics for this post…

    This post was mentioned on Twitter by ariffshah: Lajukan Loading Time Blog Anda Dengan Content Delivery Network (CDN) http://gengblogger.com/read/97690

  10. zaiMi Avatar

    belum masanya untuk aku pakai cdn. trafik slow gila lagi. hehe
    .-= Cerita terbaru zaiMi.. Tiada Lagi Facebook Connect =-.

  11. dr.shiedah Avatar

    saye pening cket kalo bab2 teknologi cmni..adehh :P

  12. JAI Avatar

    Salam bro,

    Impak cuma untuk yang pakai paid hosting & domain ker bro? Bagaimana dengan free hosting paid domain? Menarik gak tu..blog aku dah penuh semak dengan widget..ingat nak buang tapi sayang….ahaks
    .-= Cerita terbaru JAI.. AWAS!!! KEMBALI MENGGANAS DAN MEMBUNUH…. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Rasanya ni impak kat hosting sendiri je. Yang lain macam tak efek sangat kot sebab hosting entiti lain yang tanggung. Tapi itulah, page load time still kena jaga.

  13. apiih Avatar

    blog aku x sepopular dengan blog otai yg trafik sllu tinggi,ckoplah dengan ape yg ade,nnti kalau dah up skit,dah mmg jd blogger tegar,mybe leh gune CDN..huhuhu

  14. mrkay Avatar

    aku dah lama gila nak buat entry pasal CDN. tapi tak boleh. haha. Aku kerja dgn company CDN, tapi aku pakai CDN company lain. kalau aku buat review pasal CDN, aku kena promote company aku punya. takleh promote company lain. kalau tak, abes la aku. haha

    BTW, NetDNA dgn MaxCDN ni, adalah sistem paling teruk aku penah tengok. function delete pon takde. padahal delete tu adalah basic dalam buat sistem.
    .-= Cerita terbaru mrkay.. Staff @TMCorp tak tahu buat kerja ke? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau ko mintak CDN company sendiri lepas tu buat sponsored review xleh ke? Mesti lagi best ^^
      Try je bodek2 sket. Bukannya banyak mana pun bloggers macam kita ni guna. Nak sampai 100GB sebulan pun aku rasa susah.

      1. mrkay Avatar

        actually free trial baru abes. tapi masalahnya, company aku more pada jual cdn software dari cdn solution. so company aku tak handle end user. end user dia boleh bg trial. tp after certain period akan di pass pada client kita orang (cdn provider). setakat ni, aku tgk client kita org takde yg affordable utk blogger biasa. tu yg payah.
        .-= Cerita terbaru mrkay.. Staff @TMCorp tak tahu buat kerja ke? =-.

  15. farenova Avatar

    thanks for sharing!, dgr nama hongkiat terus register, sebab bile buka page hongkiat laju, buke page ariff pun laju :)
    .-= Cerita terbaru farenova.. Face Your Manga versi bertudung =-.

    1. farenova Avatar

      akak try buat yg trial tu, dan akak dah pegi kat – Create New Zone, dah isi Pull Zone Name, Url, tapi kat Custom CDN Domain tu nak isi mcm ne ye ? tq
      .-= Cerita terbaru farenova.. Face Your Manga versi bertudung =-.

      1. ariff Avatar
        ariff

        Yang custom CDN domain tu bantai isi apa2 je boleh..

  16. klcitizen Avatar

    blog akak blog ciput je lagi
    tunggu dah femes macam ariff nanti…
    tapi blog ariff memang laju loadingnya

  17. HURULAINI Avatar

    aku mmg dah lama nak guna CDN ni lepas baca info kat blog roslan nazri….cuma kurang pendedahan pasal service2 ni….ye la…mesti nak compare harga ngan pakej dulu kan…but thanks ya….at last jumpa gak link web provider service ni….hahaha
    .-= Cerita terbaru HURULAINI.. J.Rich | Goodbye My Love (ft. TVXQ’s Yunho) =-.

    1. HURULAINI Avatar

      aku nak tanya….harap sudi bagi tunjuk ajar

      1) yg ko pakai skarang ni 250GB/month utk setahun ekk?brapa bayaran?ke free?
      2) kalau cdn habis bandwith (contoh la ambik sikit je) then is it akan guna main domain balik?
      3) storage ko brapa GB?

      note: kat MaxCDN tu 1TB $39 la…lebih kurang rm130 kot….tu annual payment ke?
      .-= Cerita terbaru HURULAINI.. J.Rich | Goodbye My Love (ft. TVXQ’s Yunho) =-.

      1. ariff Avatar
        ariff

        1) Yang aku pakai sekarang 250GB, valid sampai setahun kecuali kalau aku dah habiskan. Masa aku register dulu free as trial account.
        2) Habis bandwidth hosting untuk bulan tertentu blog ko akan down sampai masuk bulan seterusnya, kecuali kalau beli extra bandwidth la.
        3) Bandwidth aku 100GB.

        Yang MaxCDN tu, unfortunately harga dia dah tukar masa entri ni dipublish. Malang betul siapa yang lambat beli. Kesulitan amat dikesali.

  18. Kujie Avatar

    Kak Jie pun baru bulan ni guna CDN
    tgh nk preview juga – tunggu masa yang sesuai
    .-= Cerita terbaru Kujie.. Cerita Pendek Yang Termalu =-.

  19. penyubiru Avatar

    oo..baru paham pasal CDN ni.lebih kurang macam server mirroring la kan.

    thanks for de info. :D
    .-= Cerita terbaru penyubiru.. Taktik Jenayah Terbaru.Calarkan Kereta & Tinggalkan Nota =-.

  20. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Memang penting page load laju. Contoh mudah, semalam aku terjumpa blog yg menarik utk dibaca tp hilang minat sbb load lambat. tapi mmg internet dkt rumah aku ni mak aku amek yg biasa je, tgh fikir nk upgrade ke tak.

    shout box ko kt sebelah ni jd pelik sikit. tak tahu nk cakap mcm mana. td aku try surf blog ko guna phone dan shout box tu pop up menggangu aku nk baca post2 ko.

  21. mokteh Avatar
    mokteh

    wah…terbaik dari ladang info ni
    thanks…aku baru tau CDN tu apa
    .-= Cerita terbaru mokteh.. Menghitung CGPA =-.

  22. BaDBoY Avatar

    yang aku faham…dia untuk bagi sesebuah blog tu loading bagi laju ke…no sangkut2? ni blog aku cuba ko tengok..loading laju ke slow http://www.akubadboy.com harap ko dapat komen sikit tentang kelajuan blog aku dengan jujur…hehehe…aku dah buat ikut apa yg ko tulis tu, entah jadi ke tak aku pun tak tahu…
    .-= Cerita terbaru BaDBoY.. "Bulan" by Kayant & Intan Nor Saina =-.

  23. hizami Avatar

    wow.
    thanx for the indfo.
    ;)
    .-= Cerita terbaru hizami.. Paling Syok Dan Best. =-.

  24. eykameow Avatar

    ohhh begituuu :) thx bro!
    .-= Cerita terbaru eykameow.. 5 tips dari eykameow untuk memikat lelaki =-.

  25. azizan4444 Avatar

    blog gwe suam suam kuku lg…review yg mntap bro..nanti gwe sedut mne yg bagus…aku pon alami prob sme joe..npe entri tnpa tjuk lg klua,.kn tgk error dkt commntluv..
    .-= Cerita terbaru azizan4444.. ………. ………. ………. ………. =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Erk. Tu lagi aku tak tau. Ni CommentLuv punya problem kot..

      Anyway, aku rasa blog ko mantap gak ape.. Sekali entri komen giler banyak dapat

    2. zik Avatar
      zik

      azizan… , dah register comluv member lum???
      .-= Cerita terbaru zik.. Minggu final exam! =-.

  26. Ramdzi Avatar

    blog aku xramai visitor lagi.. so xperlu CDN ni.. hahaha.. blog amanz.my tu pakai cdn.. ada orang cakap kalau nak pakai cdn ni, kena bayar rm100/month.. huhu.. mahal tu..
    .-= Cerita terbaru Ramdzi.. Aku Kena Penyakit Pagophagia =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau CDN Malaysia memang mahal. Buat sakit hati je. Gi usha link aku tu, murah habis-habisan.

    2. zik Avatar
      zik

      yeker… aman punya traffic..memang malatop ngan pr 5.. no wonder la… :-)
      .-= Cerita terbaru zik.. Minggu final exam! =-.

    3. mrkay Avatar

      harga tu company malaysia punya. Bandwidth Malaysia sangat mahal. sebab tu jadi mcm tu.
      .-= Cerita terbaru mrkay.. Staff @TMCorp tak tahu buat kerja ke? =-.

  27. joegrimjow Avatar

    apsal cite pasal champagne ni lagi? padahal entry 2 dua ari lepas…. urmmm?

    banyak plak komen ;)
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. antara champagne, hot choclate dan carlsberg =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Entah. Gi register ngan CommentLuv email ko lepas tu boleh pilih entri mana ko nak letak antara 10 entri latest

  28. joegrimjow Avatar

    huuuu
    yg ku paham bleh lajukan load
    ok la tu
    tp kalau untuk blogspot, ade releven ke pakai ni?
    ke khas untuk hosting sendiri je

    erkk, klu ko view blog ak, lambat x?
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. antara champagne, hot choclate dan carlsberg =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      CDN memang untuk hosting sendiri. hehe~ Tapi sebagai blogger biasa macam aku ni, CDN ni dah macam kemewahan. Tapi aku dapat pree ^^

      1. Azizuan Avatar

        kita tak function sgt la utk blogspot user..tp takpa..nnt maybe boleh pakai
        .-= Cerita terbaru Azizuan.. Cross Browser Testing Dengan Browsershot =-.

  29. joegrimjow Avatar

    1st111
    .-= Cerita terbaru joegrimjow.. antara champagne, hot choclate dan carlsberg =-.

  30. MrLonely Avatar
    MrLonely

    nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog…