Sampai2 je, kena mengadap awek nih. Dia panggil semua kapten untuk taklimat. Maka dengan muka baru bangun tidur dan rambut yang serabai aku dengar la taklimat dia. Malu bai~
Lama jugak aku tak update blog ni. Kursk Games dah tamat, aku bawa balik satu pingat gangsa untuk bola baling. Memang tercapai target aku walaupun kalau diberi peluang lawan kat semi final, memang ada peluang dapat pingat perak. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya kalau korang follow update aku kat Facebook.
Sebenarnya macam ni, ada kesilapan sikit masa pengiraan gol oleh penganjur. Simple maths pun diorang boleh salah, aku tak taulah macam mana boleh sampai buat medic ni.. =___=” Apa-apa pun ni personal thoughts aku je walaupun orang boleh cakap manusia akan sentiasa buat salah. Cuma yelah, bila sukan macam ni teams semua memang la perlu percaya pada penganjur, kalau setiap kali match nak check penganjur kira gol satu-satu betul ke tak macam tak elok sangat gak. Orang cakap kita ni prejudis nanti. Tapi bila perkara macam ni berlaku.. susah gak nak terima macam mana boleh salah tu. Bukannya beribu gol pun.
Team bola baling MAI
Bila penganjur silap kira, team dari Nizhniy Novgorod mara ke semi final walaupun yang sepatutnya team MAI la. Jadi time tu team aku pun dah macam boleh terima je la keputusan tu. Semua dah puas hati dengan game hari tu. The next day, orang dah mula cakap-cakap pasal result yang tak betul ni. Masa tu budak futsal je ada, so diorang yang tolong settlekan bab nak kira markah ni balik. Selesai siasatan dan pengiraan semula, memang terbukti result sebelum tu dah salah. Game semi final bola baling (Kursk vs Nizhniy) time tu terus cancel.
Bila berita sampai kat aku dan budak2 lain, macam dah berkobar-kobar balik nak main. Tak kisahla time tu aku main pakai kasut Hush Puppies, jeans dan t-shirt, memang takde hal. Semua dah nekad dah sebab kalau main dan kalah paling koman pun dapat gangsa. Lagipun kalau main, kena lawan team tuan rumah, Kursk yang dah dikalahkan 3-0 seawal game pertama MAI, so macam no problem la. Kalau menang 1-0, orang boleh cakap menang nasib lagi, 2-0 not bad, tapi kalau 3-0 tu macam kena belasah dah. Jadi bila tau macam ni, mulalah syak wasangka: mungkin team tuan rumah takut nak lawan balik? Mungkinkah kesilapan itu disengajakan?
Pada masa yang sama, budak-budak futsal yang tolong settlekan dispute tu diberi impression yang masa memang suntuk kalau nak buat rematch semi final. Sebelum tu diorang dah setuju yang Nizhniy Novgorod dan MAI diberi tempat ketiga untuk bola baling dan tak perlu buat rematch. Jadi team Kursk akan masuk ke final secara automatik. Nizhniy dapat atas sebab damage control, perlawanan dah start pada hari tu. MAI memang ranking ketiga yang sepatutnya kalau ikut kiraan yang betul. Jadi wakil MAI time tu terpaksalah akur dan terima tempat ketiga atas sebab pihak penganjur kesuntukan masa.
“MAI bukan lagi team yang boleh diperkecilkan,” Kapten pasukan bola baling Kursk. Brader India belakang dia presiden persatuan pelajar Malaysia di Kursk, nice guy.
Pihak Kursk setuju untuk buat official announcement pasal kesilapan diorang dan mereka betul2 buat. Time tu hilanglah segala syak wasangka, yelah memang kesilapan diorang lah kan. So bila Kursk betul-betul minta maaf terang-terang, kita pun accept la. Paling tak boleh lupa ayat kapten bola baling Kursk masa pengumuman tu “MAI bukan lagi pasukan yang boleh diperkecilkan” Tahun lepas, ya.. memang MAI kalah semua game bola baling (mungkin sebab aku takde.. :P) Tahun ni kalau betul-betul silap-silap boleh dapat silver. Tahun depan? Tahun depan bila budak patah tangan dah elok baru kau semua akan nampak macam mana punya kuat team bola baling MAI. Kau tunggu..
Dari segi lain, aku rasa penganjur memang buat yang terbaiklah. Makanan semua fresh, sedap dan berkualiti. Aku memang salute korang! Congratulations! You guys did a great job! Hotel pun memang berbaloi-baloi, bilik luas semuanya cukup. Cuma jauh jelah dari universiti. Persembahan pun memang best! Malangnya aku tak sempat bergambar dengan awek Brazil tu. Gilerrr hot! Kalah semua perempuan hot yang aku pernah jumpa dalam hidup aku :P hoho~ Statement melampau.. < Gambar tak boleh diupload sebab seksi dan hot sangat. Tidak sesuai untuk tontonan umum, nanti ada orang marah Ariff Shah.. Terima kasehh~ >
Terlelap kejap sementara menunggu bas..
Bandar Kursk.. Aku rasa bandar Kursk ni memang best la. Low cost, aman damai dan relax je. Tak macam Moscow yang kelam kabut gila babi, dengan mak cik tua yang suka bergaduh dan muka masing-masing macam nak makan orang, makanan susah nak cari dan mahal serta macam-macam lagi. Aku benci kehidupan bandar Moscow yang hiruk pikuk. Kalaulah ada offer kerja kat Russia ni dan boleh kerja kat Kursk, aku sanggup terima. Aman damai kot bandar ni.
Team basket aku.. OKlah. Tak mengecewakan dan aku berpuas hati. Bukan senang nak tubuhkan satu team daripada nothing to something. Lagipun majoriti players belum ada experience dalam basketball tournament lagi, so memang rumit gak kerja aku but at the end, aku boleh tersenyum puas tengok prestasi budak-budak ni. We played as a team, itu yang penting.
Apa-apa pun aku nak minta maaf la kepada sesiapa yang dikasari masa games hari tu, atau kalau pihak penganjur terasa ke bila baca entri ni. Some things should be said.. Peace and see you guys in Moscow =)
Pictures courtesy of Syahmi Afnan, Dinie Irfan, Irfan Isa, Syed Shazrin, Faiz Nadli & Kyo Iqram
Comments
33 responses to “Kursk Games 2010”
Gambor awek yang first tu budak malaysia ker bro..? Alah..meh..meh..lu hantar gambor awek brazil tu kat gua..biar gua kaji dulu..nanti gua post kat blog gua, pasal gua punya blog semua boleh masuk…ahaks..ahaks..
Hebat gak team lu ek…takpe..training lagi for next year..target champion wehhh
.-= Cerita terbaru Azharramli.. SETAHUN AYU OIAM MENGHILANG RUPANYA DAH KAHWIN DAN BERANAK LAGI… =-.
Yup. Awek Melayu tu. Not bad kan..
Gambar eh.. Ok nanti aku hantar ^^
haha…boleh pulak terlelap mse tngkap gambo
.-= Cerita terbaru MC.. Kenapa Perempuan Suka Drama Korea? =-.
hahaha. Ngantuk kot.. Tidur dalam bas tak lena
Awek Russia ke tu???ahaks…..
Tak la. Tu Melayu =)
gigi cam gigi aku ja..dia isap rokok eh?haha *jahat*
.-= Cerita terbaru Azizuan.. Cross Browser Testing Dengan Browsershot =-.
kemenangan memang sentiasa manis…
memang kabarnya gadis Brazil seksi2 serta menawan…
.-= Cerita terbaru klcitizen.. cari duit di blog atau pasar malam? =-.
tinggi² korang.. hehee..
tamirez nama budak brazil tu :), btw, MAI mmg sporting la :)
c ya next year in moscow
aaah. too bad tak sempat kenal. ishhh~
wahh.. kira okla dapat medal gak kan..huhu.. takpe next year dapatkan gold.. :-)
.-= Cerita terbaru zik.. Earth day setiap hari! =-.
Tahniahhhh…..
hot sgt ke awek Brazil 2?? haha
.-= Cerita terbaru fana164.. ~Why Ladies Today Are Still Single~ =-.
mesti ariff ni tinggi kn? hehehe.. :)
.-= Cerita terbaru maisyara.. Peti pesanan ringkas | aku tiada. =-.
170+ camtu je..
gambar awek first tu cun..awek bro ke?hik3…Lama dah tak main basketball..seronok…
.-= Cerita terbaru eyriqazz.. Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin =-.
Haha. Kalau awek aku gambar dia tak keluar kat sini dah
tahniah ariff
.-= Cerita terbaru fina fento.. Ada seorang robocop suka buru saya kat dalam mimpi =-.
congrats!
aku mahu ucap tahniah juga~
=)
aku ikut update ko kat Facebook.
Sampai2 aku confuse~
Budak ariff ni main basketball ke main volley ball~
last2 faham gak (gila lembap Zara, nama je ajar PJ kat sekolah)
T____T
.-= Cerita terbaru Lord Zara.. Makan Malam Pertama – Adakah Mampu Melunaskan Impian Yang Sekian Lama Tercipta =-.
bola baling tu bola baling macam kat mesia ke basketball ke apa?
aku sgt noob game2 macam ni
sebab aku takut benda2 yang dibaling
otomatik…sebagai seorang perempuan..bola jaring aku memang out!
btw..congrats
.-= Cerita terbaru mokteh.. PRK-P94: Hulu Selangor Milik Siapa? =-.
finally dapat juga medle..g pakai hari2 g class x??
.-= Cerita terbaru iyllienaz.. it’s time to show off.. =-.
Tak. tapi pakai jelah sepanjang hari penyampaian hadiah tu. Masuk supermarket pun pakai. Lepas tu awek Russia dah usha-usha. Ingatkan apa, rupanya diorang tengok medal tu. Ada warna kebangsaan Russia. So macam laku gak la sebab medal tu pun Russian. Bangga kejap.
suka tengok gambar2 korang kat FB.. gila besttt!
.-= Cerita terbaru nursarah.. yang annoying tentang FB dan pengkomen tegar shoutbox. =-.
team handball kiter makin mantop kot… thun depan try belatih shot tepi ngn shot jauh…kompem smart dahh…ganaz dah ckup ganaz dahh..ko tk nk citer keemoan aku ngn dak2 kursk time game first kiter..haha
.-= Cerita terbaru buzarovig.. KeJantanan =-.
Betul2. Tak sabar untuk tahun depan~
congrats~ :)
.-= Cerita terbaru e-liex.. I LOVE JPA! =-.
Thanks!
oh dapat nombor 3..not bad lah :) tahniah!
.-= Cerita terbaru FITRIHADI.. (Review) Clash Of The Titans – Penuh Aksi Yang ‘Saspen’ dan Gempak! =-.
bro, awek yg gambar atas sekali tu comel gila ah. muka besar mata kuyu. perghhh. nak kenal boleh? *ayat saja cari nahas*
.-= Cerita terbaru mrkay.. TM Memperkenalkan TM iTalk Whoa! =-.
Ini sukan tahunan student-student malaysia ke arif?
.-= Cerita terbaru Ismail Noh.. Kan Bagus Kalau Macam Ini =-.
Yup2. Rasanya tempat2 lain pun ada buat
Apa2 pun korang semua memang terbaik. Rindu oh nk lepak MAI lagi.
Hot sangat ke perempuan tu? Bak sini tengok. Email dekat aku gambar dia.