Aku sebenarnya agak kesal dengan simpanan wang dan perbelanjaan aku beberapa tahun dulu. Banyak pembelian yang sia-sia dan banyak peluang yang dilepaskan begitu sahaja. Disebabkan kesilapan itu yang mendorong aku untuk menulis entri tentang pengurusan wang di blog ini supaya orang lain tidak melakukan kesilapan yang sama.
Satu kesilapan besar aku adalah tidak menyimpan dengan lebih banyak lagi. Dapat duit tajaan ni sebenarnya cukup-cukup makan je, tapi kalau tiap-tiap hari masak dan tak pergi melancong/melencong ke negara lain, nak modalkan untuk beli kondo 500 ribu pun cukup dah masa akhir pengajian.
Tapi 95% daripada penerima wang tajaan pembelajaran ni tidak pernah diajar tentang pengurusan wang yang betul. Sistem pendidikan dan keluarga kita pun tak pernah mengajar tentang pengurusan wang. Kalau yang duduk hostel, dapat elaun mingguan tu mungkin dapatlah belajar sikit-sikit, itupun bila duit habis sebelum hujung minggu atau hujung bulan, ‘talian hayat’ digunakan untuk duit belanja tambahan.
Sebenarnya penyimpanan wang dari awal adalah sangat menguntungkan. Kaedahnya sangat mudah:
- Simpan dalam amaun kecil (5-10%) daripada elaun/gaji bulanan dalam apa sahaja instrumen penyimpanan wang (ASB, unit trust atau mungkin gold/silver)
- JANGAN KELUARKAN ATAU GUNAKAN LANGSUNG
- Lepas 10 tahun, anda akan nampak konsep compaunding ni berkesan. Duit anda akan jadi berganda-ganda.
Inilah sebenarnya cara bank jadi kaya walaupun mereka bagi pinjaman beratus ribu sehingga berpuluh-puluh tahun untuk pinjaman rumah atau apa sahaja jenis pinjaman yang wujud. Interest demi interest yang digandakan bertahun-tahun menggandakan nilai pinjaman tersebut.
Kepada yang dah tahu, terima kasih kerana membaca. Anggaplah ini sebagai rujukan dan pembakar semangat. Kongsikan dengan rakan/keluarga anda yang tak reti nak saving.
Kepada yang belum, teknik compounding ni sepatutnya diketahui oleh semua. Ianya mengajar kita bahawa walau sedikit mana pun simpanan, tapi kalau dilakukan berterusan sepanjang hayat, memang akan berlipat ganda bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Juga sesuai untuk ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata yang ingin memulakan tabungan untuk anak-anak mereka (ramai kawan aku yang dah kahwin, ada yang sampai dua orang anak dah pun). Umur mereka 20 tahun nanti dah ada duit yang banyak, semuanya berasal daripada permulaan yang kecil.
Dapatkan kalkulator dari sini: Irwan.biz


Comments
28 responses to “Kuasa Gandaan Dalam Penyimpanan Wang”
Simpanan hari tua kita semua…
sy sgt setuju..pkara nie dh diamalkn oleh parent sy sejak kami kecil lg.Alhamdulillah..bila anak2 dh besar n melangkh masuk universiti kurang skit bebanan.sy hrap dpat amalkn utk diri sy pd masa akn dtg…
Memang cara terbaik adalah dengan menabung dan menyimpan. Lagi baik kalau simpanan tu pulak boleh ‘membiak’ mcm kat asb tu…
hoho..sudah fikir benda ni since last 2 years. tapi tak simpan duit pun. ada duit shopping sampai gila.
I wonder what did you buy..
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Lepas baca entri ni, rasa lebih berkobar-kobar tak nak belanja bukan-bukan.
Disiplin penting utk tabungan ni n simpan tempat yg susah skit nak kluokan, jgn ade ATM card.
an expert penah sebut yang compounding interest ni salah satu keajaiban dunia…
betul gak kan…
yg penting kena displin dan kuat iman, jgn ngada-ngada nak usik duit di bank klu tak penting sgt :)
asb dgn unit trust ni tak kisah ke untuk sesiapa join walaupun pelajar?bank mana2 pun boleh?abang aku dealer unit trust, ingat untuk orang bekerja. Tu yang malas amik tau dulu
asb kalau tak silap umur 12 tahun boleh start dah. Bayangkan kalau dari umur 12 tahun dah ada simpanan. Fuh…
Unit trust pula untuk 18 tahun ke atas kalau tak silap.
Kalau nk tau, bangsa lain semue terkulat-kulat bile tgk org melayu ade peluang simpan kat ASB. Malangnya, orang melayu lagi suke belanje bende bukan-bukan….
The only thing yg orang melayu mesti buat kalau nk buat investment mestilah penuhkan ASB tu. Dah penuh barulah pikir nk invest bende lain.
Sebab?
-Semue melayu ade peluang; subscription x limited, mcm bank rakyat (every year bank rakyat bg return more than 10%)
-Almost xde langsung risk rugi + pulangan tinggi yg stable. Even gold yg org kecoh-kecoh pon dah start jatuh harga (search article lame about gold bubble by george soros)
– Xpayah ade skill and buang mase nk analysis2. Gov cnfirm nk maintain pulangan ASB kalau x habislah time election.
So, gunalah pulangan sepenuhnye. Bukan semue orang dpt peluang buat duit senang yg mmg diletakkan dlm mata….
Kalau xnak jugak letak, jgnlah salahkan orang duit x cukup and gov x prihatin…sampai bile nk mengomel je ;)
betul la bro.aku bila dah ada anak ni baru fikir kenapa tak simpan duit dari dulu lagi.kalau tak,mesti dah kaya sekarang.hehe :P
Bank kaya sebab ia boleh buat duit atas angin. Kalau kita deposit RM1 ke dalam bank, ia boleh bagi pinjam RM10, pastu charge interest lagi! Tak fairkan tapi itulah hakikatnya :)
jom mulakan kempen menyimpan
aku prefer carum dalam Tabung Haji. at least dpt dividen dlm 5% setahun plus duit tu kita tau pelaburannya ke arah yg halal semata2. kalau bank konvensional ngan amanah saham ni, xberapa yakin sgt walaupon pulangan tinggi. contoh cam public mutual islamic. walaupon islamic but still rs ragu2 nk invest dlm tu
Dapat buat simpanan untuk pembelajaran anak² .. itu yg penting sekali ..
thumbs up!ramai orang suka ‘menabung’ dengan syarikat kad kredit yg amalkan compounding interest 18% setahun berbanding simpan dalam unit trust yang boleh bagi 7-10% dividen :D
setuju.. gunakan ASB sepenuhnya.. 7% agak tinggi sebenarnya.. cuma bonus ASB lain cara kiraannya.. kurang dari % yang dinyatakan.. tak tahu macam mana dia kira..
Yang ni guna ASB calculator daripada Irwan.biz. Rasanya dia dah buat research sepenuhnya tentang pengiraan ASB.
Boleh try sendiri http://www.irwan.biz/asb-calculator-v3/
Of course nilai tu anggaran untuk memudahkan pengiraan.
Sekarang bab simpan emas tu yang paling awesome.
Heh.
Tak semua mampu simpan emas, tapi rata-rata semua mampu simpan RM30 sebulan ;)
simpan duit dulu baru beli emas..
ya..sy sgt setuju…ini sudah baik, kalau mengikut konsep yg sy sedang pelajari, kita juga perlu ambil tahu nilai duit kita sekarang dan nilai duit kita masa akan datang.. sebab nilai duit hari ini tak sama dengan akan datang. Jadi perlu ambil tahu kadar inflasi untuk mengetahui, nilai masa hadapan jika dibandingkan dengan nilai masa kini, berbaloi atau tidak kita simpan..apapun, ini slh satu cra terbaik untuk menyimpan kerana tidak terlibat dengan apa-apa risiko. Menyimpan duit di bank dengan risk free sebab profit tu pasti dpt over fix interest rate…..
Sebenarnya ASB tu pada pendapat saya lebih kurang macam cara gov beri balik duit kita untuk mengatasi inflasi. Silap besar kalau tak digunakan sepenuhnya.
pada pendpt sy pula..inflasi dpt dikawal kalo kita menabung…jika kita berbelanja berlebihan..inflasi akan naik..
tahniah juga kepada Tun M kerana mengawal dan menambat RM kepada USD dan Gabenor Bank Negara kerana berjaya menurunkan kadar rate USD kepada RM.. :)
satu part yg aku tak paham,da tak simpan duit tapi duit masih bertambah-tambah? camne tu?
ASB kan ada dividen tiap-tiap tahun. Kalau diamkan aje duit dalam tu pun dah boleh bertambah.
Btul..dividen x baki semasa + baki semasa = jumlah simpanan..