[Terkini] Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak

[Update 2 Feb 2011] Gambar sekitar Cairo dan pengalaman pelajar Malaysia di Mesir ketika rusuhan berlangsung

[Update 1 Feb 2011] Terima kasih kepada semua atas kerjasama menyebarkan entri ni. Rasanya pihak-pihak tertentu sudah mula menunjukkan inisiatif mereka. Usaha macam ni walaupun nampak mudah, tapi dalam jangkamasa panjang dan kuantiti yang besar dapat memberikan impak yang diharapkan. Semoga semua perancangan untuk membantu rakyat kita berjalan lancar dan semoga mereka semua selamat di sana. Insya Allah.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.

Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

So what can you do now?

  1. Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
  2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
  3. Share this on Facebook.

Premium Sponsor

 

Comments

  1. zaki says

    apa pulak nak hantar pelajar ke negara maju..ko ingat negara macam mesir tu apa???jd ko suke la palajar2 bawk pmikiran barat kat ngara kita…negara kaper..penjajah tu…ei…mesir tu dah baratus tahun tau malaysia hanto student kat sane..cme bru 2 ni je malysia hanto plajar prubatan..bumi anbiak ni..ko ingat tanah dia mcm malysia..bumi berkah tu..pikir hidup sekali memanglah takut sgt mati..eiii..hidup ni 2 kali la…kita ada 1 kehidupan lagi…kat aherat sana jgn lupe..

    • says

      Tak suruh pun pelajar bawa pemikiran barat ke negara kita. Cuma kalau dari segi kemudahan, infrastruktur, ekonomi, politik, keselamatan dan macam-macam lagi stabil lebih banyak hantar kat negara maju.

  2. Pozi says

    keaadan belum pasti 100% ok.Yang memerintah sekarang adalah orang2 Mubarak, begitu juga tentera.Macam2 boleh jadi selagi regim tak ditukar.kpd student yg ada lebihan duit di bank arab, tukar bank international yg berprestage..

  3. fyza eaza says

    apapun rakyat kita dah selamat sampai ke tanah air…ALHAMDULLILAH….sekarang yg nak dipikirkan mcm mana mereka nak sambung study??? erm!

  4. Saddam Hussien says

    Alhamdullilah segalanya hampir balik ke asal.Tumbang nya seorang lagi diktator dan konco2nya.Kalau benarlah saperti dikata Hosni Mubarak(HM) ni jauh lebih kaya dari Bill Gates,memanglah banyak karun yang dikumpulnya sepanjang 32-34 tahun pemerintahannya.Dia cuba untuk bertahan sehingga September 2011 atas sebab yang tertentu.Dia bermain masa agar dapat memindahkan segala harta miliknya supaya keluar dari Mesir dan tak boleh di bekukan oleh tampuk Pemerintahan Mesir yang baru.
    Setelah arahan perintah berkurungnya gagal,HM mengarahkan DENGAN SENGAJA agar semua banduan-banduan dibebaskan agar berlaku ketakutan diantara rakyat yang sedang memberontak dengan harapan mereka2 ini akan balik semula kerumah masing2 dan revolusi menjadi hening dan keadaan pulih kepada sedia kala.Malang bagi beliau kerana ‘people power’ mengatasi mengatasi diktaturship power.
    Salam kemerdekaan bagi Rakyat Mesir.Gelumbang Revolusi bermula dan ledakannya ketara diTimur Tengah.

  5. says

    AKHIRNYA KEADAAN KEMBALI PULIH DISANA..HOSNI MUBARAK BERUNDUR JUGA AKHIRNYA,,TAPI NAMPAK MACAM FENOMENA REFORMASI DAN BANTAHAN MEREBAK KE NEGARA-NEGARA BERHAMPIRAN MESIR PULA..

  6. Not Pro Umno & Pas says

    Dalam kes nie ak puji tindakan kerajaan M’sia & ucapkan terima kasih kerana sudi tolong rakat M’sia yg belajar di Mesir. Cuma yang menjadi sedikit isu adalah tindakan yang sedikit lewat yang di ambil oleh kerajaan Malaysia. Yela, mana tak jadi isu beb, krisis kat sana agak teruk & rmi ibubapa dan juga rakyat M’sia yang bimbang tentang keselamatan mereka. So, tu yang sesetengah rakyat M’sia menggesa kerajaan mengambil tindakan dengan cepat & efisyen.

    Pihak yang menggesa spy kerajaan ambil tindakan tu tak patut dipersalahkan kerana dengan gesaan/teguran drp rakyat itulah kerajaan mungkin akan sedar akan hal ini.

    Namun, kerajaan juga tak patut dipersalahkan juga krn utk melakukan pemindahan tersebut memerlukan perancangan yang betul & efisyen tetapi sedikit kelewatan itulah yang menyebabkan sesetengah rakyat M’sia marah, risau & sbginya.

    Kerajaan Malaysia patut dipuji dalam hal nie TAPI aku tidak akan undi kerajaan Umno selagi tidak menegakkan ISLAM yang betul. Umno telah banyak merosakkan umat Islam kat M’sia nie. Umno tidak serius dalam menegakkan Islam. Islam bukan teras dalam parti Umno padahal mereka semua tahu bahawa Al-Quran itu Kalam ALLAH.

  7. Syahril says

    Aperpun yang berlaku adalah dugaan Allah kepada manusia.. TerimaKAsih Kepada Kerajaan Malaysia kerana membantu rakyat malaysia serta pelajar2 Malaysia disana…. Aperpun Mgkin ramai yang menyatakan kelewatan kerajaan malaysia bertindak…tapi hakikatnya “Procedure” nak masuk jeddah sepatutnya kena ada visa..tapi dapat pengecualian… Flight AirAsia pun bukan ada hak pendaratan disana… semuanya atas usaha Kerajan Malaysia yang terusan berusaha untuk keluarkan rakyat malaysia….. So kepada semua yang berjaya dikeluarkan dan dibantu….. Berbanyaklah Ucap Tahniah Kepada PM kita Dato’Najib….

    Bukan Senang Nak keluarkan 11 ribu Rakyat Malaysia…
    penggunaan Lapangan Terbang Mengikut Jadual….. Bukan senang flight nak terbang..bukan suka2 hati jer boleh bawa terbang…so beringatlah….jgan suka Komplein..Orang Dah Bantu kita n selamatkn nyawa kita….umpama kita berhutang budi dgn org…tapi kerajaan malaysia tak minta semua tu….

    Kita sebagai rakyat malaysia perlu “Kenang Budi’ dan Ingat Jasa baik orang…. mudahan Allah tetap pelihara kita….

    Terima Kasih Dato’Najib

    Syahril TH

  8. fyza eaza says

    salam,bdw bila ops piramid yg ke 2 sampai??risau sangat kat kawan2 kat sana tapi apa yg menyenang kan hati ada juga yg call gto mereka dalam keadaan selamat masih dapat makan lagi..apapn kita kat malaysia ne banyak2 la berdoa..dan bersyukur atas bantuan kerajaan terhadap saudara2 kita yg masih di mesir and jeddah.kita doakan mereka cepat sampai dan bersama2 bersama kita di negara kita.
    saya yg duduk di negara brunei darussalam pada masane mendoakan rakyat kita di sana dalam keadaan selamat…pulang ke tanah air.

  9. ibn palestin says

    semoga kita semua berada dalam pelindungan Allah terutama kepada student2 atau sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang berada di Mesir.ana tak nak komen tentang keadaan rakyat kita di sana kerana ana tak tahu perkara yang sebenar, apa yang ana nak kongsikan adalah untuk kita sama2 memahami isu sebenar yang berlaku di sana kerana memahami isu ini sangat penting untuk kita faham fasa2 perkembangan Islam.andaikata Hosni Mubarak berundur dengan segera dan tampuk pimpinan berpihak kepada ikhwanul muslimin(parti pembangkang) maka, insyaAllah tidak mustahil sekatan di sempadan rafah mungkin akan dibuka dan tidak mustahil kita akan melihat kebangkitan negara-negara Islam di seluruh dunia dan mudah-mudahan kita doakan bersama akan terwujudnya kembali khalifah Islam, sama-samalah kita berdoa kerana inilah salah satu momentum untuk kita melihat kejayaan ISLAM sebagai agama yang suci, ALLAHU AKBAR!!!

  10. aku orang kedah says

    Semalam aku sembang dgn sorang orang kuat Pas di Kedah, Ketua Kampung lagi (MKK). Dia kata nak hantar surat ucap TenQ kat Datuk Najib pasai anak dia dah selamat dan dok tunggu nak balik m’sia ja.. mungkin la ni dah sampai m’sia… aku respect la dia ni sbb dlm hal ni dia tak kisah pasal politik… yg penting TenQ kat K’jaan tu kena ada… ini tidak, macam2 dok buat spekulasi kat k’jaan. depa ingat senang ka nak angkut keluaq 11,000 pelajar m’sia di sana…

    • Pozi says

      Baru call Alex,plan tergendala.group pagi tadi.asrama MARA overcrowded.makan makin kurang.harap sampai la bantuan makanan yg C130 bawa tu.becakap dengan pegawai bilik op haritu kata, jangan risau, kita bagi bantuan makanan dan duit poket”.amboi.

  11. Hashim says

    Keluhan Hati Pelajar Malaysia

    Salam. aku student mesir. kawasan yang masih ‘hijau’. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

    takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah ‘lebat’2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

    betul.

    ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,

    http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html

    http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html

    apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan ‘hijau’ ni baru nak menggelabah ke?

    betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan ‘hijau’ ni perlulah bersabar.

    aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

    yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

    aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

    ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

    sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

    ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

    ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

    bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

    kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

    sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

    kami tak cukup berharga, kan?

    lagi sekali.

    sampai bila?

    nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

    kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

    kawasan ‘hijau’ yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

    well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke’hijau’an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.

    sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.

    kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

    kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

    banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

    terima kasih kerana sudi membaca.

    wassalam.

    • says

      T_T .. sedeh pulak aku baca komen ni.. Y_Y .. harap2 kerajaan m’sia cepat2 ye bertindak.. jgn bazirkan duit tu buat rumah terbuka.. Y_Y

      • bidah says

        salam, sedih juga dengar kisah antum kat sana. Kami di bumi Malaysia ni sentiasa doakan you all dalam lindungan Allah. Jangan fikir yang bukan2, Malaysia tetap pegang janji rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Wassalam.

  12. Hashim says

    salam,
    Alhamdulillah,Dua orang anak saya dah berada di Airport menunggu flight ke Jeddah mungkin ambil masa dua jam disana.Dan tiga jam ke Jeddah inyaallah kalau flight tak delay.Semalam Flight delay 10-12 jam

  13. Hashim says

    Memang lah kerajaan bantu tapi our government lembab negara2 lain seperti Bangaladeh,Indonesia dan negara miskin yang lain semuanya awal2 lg dah keluarkan rakyatnya.Jawapan dari Wisma Putra sabar kita tunggu.Nak tunggu ape tunggu apabila ade yang mati baru kelam kabut.Semalam 60 orang yang sampai ke KLIA tu semua nya di taja oleh Kelab Putra Umno.Patut lah sokong Najib

    • Taksukatipu says

      sila bagitau negara miskin mana yang dah keluarkan rakyat mereka dari Mesir? Banyak mana yang Indonesia keluarkan? Sebuah pesawat boleh muat macam rakyat kita yang beribu-ribu tu ke? Siapa kata 60 org tu ditaja Kelab Putra UMNO? Susah la, jangan membohong kalau tak tahu. Dengar rumours sahaja tak guna

  14. Kucing says

    salam. semalam, saya baru saja YM dgn salah seorang adik saya yg blajar di mesir. dia tinggal di luar bandaraya cairo. kalau nak bandingkan cerita2 di blog dgn apa yg adik saya ceritakan, jauh bezanya. keadaan di sana tidaklah seteruk spt cerita di blog. alhamdulillah (sbb keadaan x seteruk di blog). saya tahu bnyk org suka menokok tambah cerita supaya sedap didengar & nak menarik perhatian. adik saya cakap, abg dia dan kakak dia yg belajar di univ kaherah & tinggal di bandar cairo, sekarang ok, protes tu mmg ada tp dan keadaan bertambah teruk dari hari ke hari. so far, atm berfungsi, dan sudah ada internet access cuma waktu malam je kena berhati2. dan mengenai jumlah banduan 6k yg melepaskan diri itu betul tp berkaitan pelajar di rogol, org dibunuh itu hanyalah tokok tambah saja. yang penting ialah, jaga diri dan berhati2. insyaallah selamat kalau duduk di rumah dan tidak keluar waktu malam. terima kasih kpd gov m’sia kerana berusaha utk bawa pulang balik rakyat msia yg disana.

    kepada wai, insyaallah keadaan adik awak di mansourah selamat sbb keadaan di mansourah tak seteruk di cairo. dan adik saya cakap di cairo mmg ada rusuhan dan insyaallah selamat klau avoid drp terlibat dgn rusuhan.

    kita tengok keadaan di mesir teruk bg kita, tp itu yg terbaik untuk mereka rakyat mesir. selagi mereka dibawah hosni mubarak, selagi itu mereka dibawah ditindas. semoga islam kembali berkuasa di mesir. dan harap juga keadaan yg sama di malaysia.
    sudahlah cakap PR cakap itu ini, saya penyokong PAS tak kisah siapa memerintah negara as long as islam diutamakan dan dikuatkuasakan di malaysia. Kalau UMNO memerintah dgn cara islam, saya sokong UMNO, kalau PAS memerintah guna cara islam, saya sokong PAS.

  15. hafiz halim says

    anyway, thanks a lot to kerajaan malaysia sebab tolong kami student di egypt. kami sangat2 menghargai usaha dan doa semua rakyat malaysia. moga2 proses evacuation ni berjalan dengan lancar dan dipermudahkan-Nya. amin

  16. hafiz halim says

    saya hafiz halim, pelajar perubatan University Mansourah nk bgtau. keadaan dkat mansoura sekarang xseteruk seperti msg diatas. saya blom lagi dgar crite pasal people get killed tu. tapi pasal pecah rumah tu ade la. aiming to attack Malaysia student tu, saya rase tu xbtol. sedangkan lecturer pon ckp protester kat sini xbuat masalah pon. yang buat rosak sume tu org hosni mubarak (his regium). lecturer tu org arab. annoucement dkat masjid2 tu pon bgtau suro org yang jage setiap lorong tu, turun time die bg annoucement tu. kiranya start jage la untuk malam tu. tapi pasal member ariff kat atas ni yg kate diorang nk attack malaysia student la ape la, tolong la. jangan la terok kan keadaan.

    kita kalau boleh xnak orang kat malaysia risau sangat bila kat sini xde lah teruk mane pon. pagi2, ok je org2 arab ni pegi keje. xde ape pon. mlm jage setiap jalan. org2 mcm member ariff ni la yg kitorang pelajar kat sini xsuka. kenapa nk bagi orang jauh risau gila2 pasal kita. ok la kalau setakat nk bgtau keadaan kat sini mcm mne. tapi dah sampai nk attack malaysian student tu, tu saya dah rase sangat xbtol la.

    keadaan kat mansoura xseterok cairo / alex. kalau cairo / alex tu lain la. mmg kereta kebal bnyk (kot. xpegi tgk lagi) tapi kat mansoura ni ade 2 je kereta kebal. tu pon on the way nk pegi supermarket Metro tu. kereta kebal tu stay je pon kat situ. xde gerak2 round mansoura ke. askar jage dkat situ je. mmg la protes tu ade. kejap lagi ni pon rasenye ade. tapi mansoura xseterok cairo / alex la. tolong la pelajar egypt jgn buat2 cerita sangat. jangan la bagi parents / org kat malaysia risau sangat2. nk bgtau, bgtau bnd btol. ni ade crite kat malaysiakini.com yg budak mansoura tido dgn pisau la, pepper spray la sebab takot sangat. kebulur la. adoi. tolong la. kitorang yang dekat mansoura ni pon risau dgn korang yg crite lebat2 sangat ni. makan sume ok je. nk draw duit pon skrang dah boleh. internet dah ade. nk ape lagi diorang ni? nk balik free??

    • cahaya says

      salam hafiz. hati ibu bapa mana yg tak risau. mmg kdg2 ade cerita yg menambah perisa tp tu bkn niat mereka. ape y mereka dgr, mereka tulis. xpe la hafiz. skang ni diorg bkn kesah psl nk balik free.. tp atas dasar keselamatan. xnk tggu smpai da terjadi bru nk terngadah. sy sndiri mmg nk belikan adik sy tiket sndiri ke m’sia tp keselamatan dia yg kami sekeluarga risaukn sbbkn perjalanan dr mansoura ke cairo tu xtau ape akn terjadi.
      kalau anda skrg selamat, sy harap pelajar2 laen jg selamat. :)

  17. turutbersimpati says

    dr kter slh menyalah baek kter berdoa keselamatan dyerorg kat mesir… bkn rakyat mysia jerw… sume warge islam dkt mesir… moge yg benar akn dpt mengalahkan yg slh…. tp bile bace sesetgh komen kat ats rase nak marah+bengang pown ade…. ye la… ade yg berckp ikot sedap hati jerw,,… gaye ckp mcm bende ni ta serius… cube la consider skit keadaan mrk… kter kne kasi support…. ni ta… tah2 yg tgh komen kater bende2 ni ta serius tuh n mcm perlekeh kan kes ni komen smbl tgk tv…. sng la ckp… cube bygkan diri saudara/i kat sane atau plg sng bygkan ahli family saudara/i berade kat mesir skang,… ape2 pown mari la kiter muhasabah diri n doakan yg terbaek buat mrk…

  18. studentmesir says

    salam
    1st of all,i would like to thnx to those yg memahami kami dan sentiasa meng’update’ cerita dan perkembangn kami di mesir..
    saya,student tahun 4 UNIVERSITI KAHERAh..dan menetap di kawasan SAYEDA ZAINAB,KAHERAH.and for ur info..SAYEDA ZAINAB merupakan antara kawasan yg pling teruk diserang dan dijadikan tempat demonstrasi besar2an selain drp TAHRIR,ABOU RISH dan SAAD ZAGHLOUL..
    Dari 25hb Jan 2011;hari polis semesir..saya dan rakan ke TAHRIR utk mmbeli beg.Sampai shj di tahrir,kami dipesan oleh jurujual,”selepas kamu beli ni,balik rumah,i’allah kamu akan selamat..ada muzaharah(demonstrasi) against kerajaan hosni”..
    kami terpinga..tengok di luar anggopta polis mula ambil tempat..org2 berpusu2 keluar dn blik..agak cemas juga..
    bermula saat tu,keadaan makin teruk..
    perintah berkurung dikeluarkan..pada awalnya dr jam 6ptg-6pg..kemudiannya diawalkn dr jam 4ptg-8pg..dan kemudiannya diawalkan lagi dr jam 1ptg-8pg..
    bygkan life kami tiada internet,line tel tiada,nak hubungi spa2 pun tk boleh,hanya duduk dirumah berjaga2 SAMBIL DITEMANI BUNYI TEMBAK-MENEMBAK,HELIKOPTER BERKELIARAN DAN ADAKALANYA BUNYI SUARA2 ORG YG MMBERONTAK..ADAKALANYA,SEDANG KAMI TIDUR,KAMI DIKEJUTKN DGN BUNYI PESAWAT PEJUANG2 YG TERBANG RENDAH..BUNYI SEAKAN2 BAGAIKN BERGEGAR LANGIT..
    Ada satu masa saya terpksa mmberanikan diri keluar ke bank ATM berdekatan utk mengambil duit.gas pemedih mata ke atas org2 demo turut kami rasakan..pedihnya tuhan sahaja yg tau..smbil manangis2 dan skit tekak kami kuatkn jugk utk ambil wang takut2 akn dtg bank dibekukan.itulah shj bekaLAN kami..dan wktu yg dibenrkn keluar itulah kami gunakan utk mmbeli brg2 keperluan dapur utk makan.ayam naik hrga,brg terhad..semua mnjdi mahal..trak2 polis dibakar,bgunan dibakar,banduan terlepas..kereta2 awam juga ada yg diserang..macam mana ya hyendak survive dlm keadaan mcm tu..ibarat duduk dlm gua..
    setakat ni kami masih di DEWAN MALAYSIA ABBASIYYAH,skarang pukul 6.47 wktu msia.kami msih mnggu arahan utk dikeluarkan ke jeddah..harap semua di malaysia doakan kami semua..usahla ada yg menyalahkn mana2 pihak..jgn la ade yg berasa dianak tirikan..masing2 ada kelebihan masing2..stduy di malaysia yg aman dn stabil tidak perlu risau apa2 pon..kemudahan byk..jauh beza dr kami disini..tp kami yakin ALLAH pilih kami utk mnyaksikan keadaan mcm ni sbg tarbiyah utk diri kami akan dtg..beljar bersabar,belajar utk tabah,belajar utk kuat..kami redha..cuma kami harap.andai ada bantuan keselamatan boleh diushakan,bantulah,doakanlah..keran kami juga manusia biasa,ada kelemahan.ada perasaan takut dan bimbang..kita berusaha,kita meraNCANg segalanya,namun ALLAH tau apa yg terbaik..
    terima kasih lagi sekali kepada semua pihak..
    wassalam

    • eaza says

      salam,kmi di sini bersyukur atas apa yg kmi baca…kmi di malaysia berharap rakyat malaysia di sana..cepat2 lah di bawa balik…
      seperti negara lain yg menyediakan pengangkutan udara untuk menyelamatkan rakyat mereka….
      semoga ALLAH sentiasa melindungi rakyat malaysia yg ada di sana….amin..

  19. aku orang kedah says

    k’jaan dok bantu dah pun depa dok kata macam2 lagi…amboi ingat senang ka… Jangan dok politikkan benda ni la… sabaq la sikit… kalo dah nak mati nak buat camna dah sampai ajal.. kalo Allah kata tak mati selamatlah dia… hidup mati kita dah tertulis…

  20. nash says

    Kerajaan habis duit ke pilihan raya byk sgt. Budget habis untuk angkut pelajar di Mesir. Tu lah kerap sangat pilihanraya dan yang ramai di Mesir masa susah ingat kerajaan dan masa senang kutuk kerajaan

    • ariff says

      banyak diperkatakan yang Mubarak ni bantu Israel. Pintu masuk ke Palestin pun dijaga oleh Mesir dan memang susah bantuan nak masuk melalui Mesir.

      • nodame says

        Hosni mubarak 2 dh mlanggar fatwa ulama’ mesir dgn mnjalinkan hubungan diplomatik dgn ISRael walhal fatwa di sana telah terang2 mengatakan menjalinkan hubungan dgn ISRAEL yakni musuh Islam adalah haram..

  21. amir N9 says

    salam!!!!sy nk beritau sume…setakat ni ..jam 9.27pm waktu mesir..keadaan xlah seterok yg tertulis dlm mane2 s/kabar atau tv.Dtg mesir tgk lah sendiri.yg kat mansurah tu,mane ade yg mati kat jalan2.fitnah tu.sy dok kat kaherah ni ok je…student2 kite je yg kelamkabut.macam lah mesir nk perang ngn israel!!!mase perang israel-mesir pon pelajar2 msia xbalik,ini kan baru tunjuk perasaan.kalau masjid 1 msia solat hajat..mintak mesir ni reda..tu baru jadi.

  22. Mansor Haji Abdul Ghani says

    Najib bukan hanya patut mengarah kapal laut TLDM yg berkebetulan berada dipersekitaran Timur Tengah sahaja untuk bertanggung_jawab diatas menyelamatkan orang-orang kita yang terkandas disana.Beliau mesti menggunakan kuasanya sebagai PM dengan mengarahkan kapal2 dagang kita saperti yg dimiliki MISC dan lain2 Syarikat agar menjalankan tanggung-jawab sosial mereka mengeluarkan rakyat kita dengan SEGERA.Masa adalah faktor utama sekarang dalam menentukan keselamatan orang-orang kita…..melayu,Cina,India serupa.
    Akhir kalam,pada tika dan sa’at sebegini,janganlah nak bajet dan berjimat-cermat.Demi nyawa diambang malapetaka,’deployed segera kapal2 kita yg ada di Malaysia ini terus kesana.Get sukarelawan segera membantu,……………..insya’Allah ramai akan menyahut.Saya seorang darinya.

  23. says

    on one hand, im happy on all the concerns that we have..as for me, not only 2 Malaysians, but may everyone stay safe and still be alive….

    on another hand, one should really understand the situation of the people there…im sure some took advantage hence the increase of crime rates…but the bigger pictures is why do the people want to reform? get on the net and you find a lot of resourceful info’s….

    dictators, what goes round, comes around…

    cheers

    • says

      Mari kita doakan saudara-saudara kita di sana baik orang Malaysia, Baik juga orang Mesir. Kedua-dua berjihad. Yang Malaysia berjihad belajar, yang Mesir berjihad untuk kemerdekaan dan sekali gus memutuskan hubungan dengan Israel selama lebih 30 Tahun. Mereka juga berjihad untuk saudara kita sendiri. Cuma mungkin caranya tak kene apabila mula merosakkan hak milik awam.

      Semua berlaku ada ketentuanNya.Oleh itu, Mari banyakkan doa dan berlapang dada. Minta Allah tolong semua saudara kita.

  24. anon says

    hope gov amik tindakan dgn cepat…sy kenal sgt perangai arab yng degil n keras kepala….klo dia kata a, a lah…selagi hosni mubarak x trn selagi 2 keadaan mcm 2, peristiwa 2005 berulang lagi walaupun dlu kecil, tp rentetan masih serupa…moga Allah membantu dn menyelematkan teman2 ku di sana….amin ya rabb

  25. hnya ku tahu.. says

    rilek la….ini adalah ktentuan ilahi..ape2 blaku psti ada hiikmahnye…pljr mlysia prgi sne kn untuk blajo..so itu jihad kn.. jihad msti la ada dugaan nye,,,x selalu lngit cerah,,pasti hujan akn trun…pkr2 la…jgn terlalu ikt prasaan… dah lps g cne cmpom dak2 pndai..so pndy2 la survive dri mnghadapi cabaran ini…walaupun tiada sesiapa disisi kita…kirta kena ingt ALLAH sntiasa brsma kte..Allah xpnh myusahkn hmba nye tp allah hnye mnguji keimanan hmba nye itu…

  26. says

    Salam,
    Moga2 lebih 11 ribu rakyat malaysia yang berada di Mesir dilindungi Allah. Dalam suasana yang kacau sebegitu, apa-apapun boleh berlaku.

    Kita memang tahu dengan jumlah sebegitu, kos sangat tinggi, namun adakah kos itu lebih besar daripada belanja pilihanraya di Tenang?

    Anak muda di perantauan menuntut ilmu itu adalah PEJUANG. Sekiranya gugur, mereka syahid…kerana itu mereka yang lebih perlu diutamakan. Mereka yang bakal terajui negara kita masa hadapan.

    Hari ini baru 2 Februari, untuk tunggu 5 Februari baru boleh bawa balik sebahagian daripada mereka (boleh angkut tak 11 ribu tu serentak?), sudah sangat2 lambat. US dah sewa penerbangan khas, Indonesia (lebih 6 ribu sahaja warganya di mesir) dah hantar Garuda untuk keluarkan rakyat mereka, kita yang ada lebih 11 ribu rakyat nak kena tunggu hingga 5 Februari?

    Tolonglah! Kalaupun anak-anak menteri tak belajar di Mesir, 11 ribu nyawa itu sangat berharga.

    Sama2lah kita doakan keselamatan mereka di sana.

    • bersyukurlah sama... says

      Indonesia hantar Garuda untuk siapa? 6000 pelajarnya atau kumpulan tertentu? Misi Kerajaan Malaysia untuk 11000 pelajar adalah misi menyeluruh yang perlu perancangan teliti dan sokongan semua pihak. Jangan asyik mempolitik dan mempelekeh usaha kerajaan tetapi berebut-rebut dan kecoh pula untuk mendapatkannya sehingga terjejas peluang orang yang sepatut mendapat bantuan. Ini berlaku bukan saja dalam krisis Mesir tetapi bantuan banjir, pertanian dan segala macam bantuan kerajaan pun serupa….kutuk, keji dan sapu semuanya!!

  27. eliese says

    sama2 lah kita berdoa..x baik tunding jari pd kerajaan..xmungkin kerajaan xbuat apa2..semuanya kna bincang dgn teliti..xboleh main redah je..bnda kl xde perancangan nt lg celaru..nak xnak kita kena jgk ikut step..ikut peraturan baru semuanya bjln lancar..xbaik tuduh2..pg sendiri amik sedara sndiri je la..ada bran??huhu
    kl kita dtempat kerajaan mcm mn?org dok terjah mengata mengutuk itu ini..padahal org xtau yg kerajaan dok bincang cara nk bantu student kita.so, xperlu buat spekulasi..yg perlu n mampu kita buat cuma berdoa semuanya selamat..insyaAllah

  28. along ejie says

    bengang tul aku ng krajaan ni..duit abis2 bebillion wat pmbziran ntah pa2 tp utk slmtkn rkyat mlaysia ckp mbzir..time plihanraya sgup abis duit smta2 nk menang tp ni smua bkaitn ng nyawa rkyt malaysia..mna pergi slogan rakyat ddhulukn pak jib oii..dsar talibarut yahudi mmg cmni..pntingkn dri sdri..

    • tiger says

      ko kene ingat bro.. rakyat mesia kat sana lebih 11ribu org..nak angkut bukan main angkut senang2.
      Mereka mencuba untuk mencari tempat terbaik sebagai STAGING POINT untuk melakukan evakuasi. Masalah dengan Malaysian ini satu.Kalau kerajaan buat pelan evakuasi secara TERGESA-GESA nanti ada suara babi yang kata kerajaan MENGGELABAH dah tak nak plan evacuation dengan terperinci. Kalau ada rakyat yang tertinggal nanti kerajaan juga akan diludah dan warga pembangkang akan jadikan ini isu politik.
      Kalau kerajaan buat pelan terperinci (macam yang sudah dinyatakan Muhyiddin Yassin tempohari) korang kata kerajaan slowpoke. Tahukan anda pihak kedutaan kita disana sudah ada pelbagai pelan kontingensi. Mereka nak melihat apa yang berlaku dulu tanpa bertindak melulu. Macam di Tunisia tempohari after a few days of people on the street things got better very quickly. So I reckon kerajaan kita juga beranggapan keadaan akan jadi macam Tunisia pada awalnya dan evakuasi tidak perlu.

      • aimnazri says

        Minta anda bersopan sikit. Jangan guna perkataan ‘babi’ untuk manusia. Allah tak suruh cakap macam nih.

  29. detective says

    salam…apa yang berlaku di mesir amat menyedih kan…tapi kita semua harus igt golongan yang membuat rusuhan itu adalah islam dan untuk menuntut islam…dan aper yang sy pelik di sini kenapa begitu prihatinye rakyat terhadap pelajar luar sana??? macam mana pelajar di malaysia??? hal ini menunjukkan pelajar di malaysia di anak tirikan…dan kita boleh lihat most of them yang belajar di luar negara sempat bercuti di negara orang lain…kenapa tibanya rusuhan mereka ingin pulang sedangkan duit untuk bercuti mereka leh dpt…come on la wahai rakyat jgn buta hati dan buta mata…time susah ko cari malaysia time senang ko berlenang lenang…sbg seorang pelajar di malaysia kami amat rase tertindas…come on jgn bg sy yang menjadi menteri suatu hari nanti…..

    • wayfarer says

      salam…detective,,cube ko imagine kalo ko tgh tido bunyi tembakan trlalu kerap ko rase ape..aku nk tny kat msia ko dgr ke bunyi tmbakan2 ni sume…pastu kereta kebal melambak2 kat jalan rye..ngn tntera peganga senapang…so mstilar rakyat prihatin kat plajar2 sni..ape yg plajar msia di anak tirikan?aku tgk lengkap je sume universiti sediakan..ko jgn same kan mesir ngn university kat uk tu seribu kali jauh berbeza infrastructure nye…n satu lagi bukan sume plajar disini ditaja so jgn assume sume plaja disini pergi bercuti oversea..n tlglar skg kte tgh bercakap pasal plajar di mesir bukan keadaan pelajar di uk..
      dan ape yg ktorg sng lenang lupe msia susah baru cri msia??wat mse ni aku xpnh plak dgr plajar graduate mesir keje oversea sume balik msia serve org msia..ape bende yg ko rase tertindas blaja kat msia huh??tlglar bersyukur..kalau ko dtg ke mesir dan ko blaja disini perhaps u gonna say”oh ya Allah sungguh aku bersyukur dpt blaja kat msia”..so please think before you said something..bersyukur dgn ape yg ko dpt..jgn menuduh membabi bute..kami plajar disini blaja sedaya upaya n berharap dpt balik msia ngn keje ngn msia bukan keje tuk mesir..sorry kalo ter emotional skjap..sekian..

    • Hamba Allah says

      Malaysia aman bukan mcm kt Mesir skrg, sbb tu kena ambik tindakan, 11k yg study kt sana bukan 11org saja. Keadaan sana amat teruk, bank dirompak. abis pelajar2 kt sana mcm mana nk keluarkan duit? nk beli mknan? nk beli tiket kapal terbang dah tentu 4 kali ganda harga tiket naik. Kena pulak lepas ni air, internet, & tenaga elektrik akan diputuskan. Gila ke apa? Bunyi tembakan sana sini (aku penah rasa keadaan mcm ni aku tau la) Kes rompakan tinggi. Sbb tu kita perihatin pd mereka. Takkan nk tgok mereka mati mcm tu je. Pikir2kan sbb anda juga student mesti bijak menilai. Jgn nk pikir ttng pilih kasih. semua sama. bila susah kita tolong. tiada beza sbb kita manusia bukannya binatang

    • cahaya says

      salam detective. bkn duit yg menjadi masalah. bg saya dan keluarga, kami x kesah berhabis duit bergolok bergadai asalkan adik saya selamat pulang depan mata saya. tp keselamatan adik saya yg menjadi keutamaan.

      sy juga belajar di M’sia. tp sy tak rase pun di anak tirikan. saya percaya rezeki org berbeza2. syukurlah kita sntiasa di bumi M’sia yang aman.

  30. nur amirah says

    salam..
    saya student 1st year perubatan dr muhafazah Tanta yg sempt ke Cairo..
    now,msih lg di Bahrain,tersangkut..
    student seharusnya diselamatkan dgn segera..
    bygkanlah dgn bank yg rata2 da kena rompak..tiada duit..
    topup 10geneyh jadi 40 geneyh..
    tidur malam yg diselang seli dengan bunyi tembakan,
    rakan2 di Alex tidur dgn bgunan rumah mereka bergegar disebabkan kehadiran kereta kebal..
    lepas ni,kemungkinan air,internet,fon,n api akn diputuskn..
    rumah kena pecah masuk pula semakin tggi..
    tidak risaukah terhadap saudara2 saya di Egypt??

  31. mirahana says

    saya pelajar tanta skarang berada di bahrain naik gulf air.. insyaAllah esok petang sampai Malaysia

  32. linda says

    Kerajaan jgn ckp jer..kena bertindak cepat..
    Tolong selamatkan pelajar di sana termasuk adik saya.
    Sepatut yer dr awal kita bawak balik..tolong cepat bertindak..
    Kami sekeluarga merayu kepada pihak kerajaan..
    kawan2 tolong doakan mereka semua selamat pulang ke malaysia dgn cepat,Jangan tunggu perkara tidak diingini br hendak bertindak.

  33. says

    Bagi saya tak perlu bimbang sangat tentang pelajar Malaysia kerana mereka sudah pandai menjaga diri sendiri, kekacauan yang berlaku di sana disebabkan pemerintah yang keras kepala dan tak mahu menagalah..Rakyat Mesir akan bertindak di luar batasan kerana kemarahan yang amat sangat kepada Hosni Mubarak..malaysia perlu hantar pasukan penyelamat dengan segera..

  34. says

    Salam.em.setiap kali baca isu nie..bimbang degn nasib shbat2 SkY kt sne…harap2 diorang selamat..dan perkara nie cepat setel..SkY akan sbrkan entri ni ye tuan tanah..thanks for da info huhuhu..

      • ariff says

        Biasalah kesilapan macam ni memang berlaku dalam proses penyampaian maklumat bila sumber tu datang dari pelbagai sudut, lebih-lebih lagi dalam keadaan kritikal macam ni.

    • cahaya says

      walaupun palsu, tp ttp menjadi concern kita di M’sia. tak mahu ada kes2 spt ini terjadi kpd sesiapa pun. kita kn sesama Islam. :)

      apa pun nadia, usaha anda amat kami hargai! :)
      Terima kasih

  35. zatty says

    Salam..Risau dgn keadaan adik sekeluarga yg berada di Cairo.Sms tiada balasan.Talian internet juga telah di block.Tdk tau bagaimana situasi sebenar.Hanya dapat mendoakan agar mereka sekeluarga selamat.

  36. says

    kakak kpd kwn adik sy merupakan slh sorg drpd pljar M’sia yg brda di sana.. Fmly dorg kt sini tgh b’tgkus lumus utk memastikan dorg dpt blk M’sia.. Sgt kesian!

  37. says

    OMG! this is more suck than what we expected.. How pity them. The government should take quick action otherwise, it will be more huru-hara!

  38. says

    Saya doakan semoga semua rakan-rakan saya yang berada di Mesir selamat… Terima kasih atas post yang sangat berguna ini.. mohon untuk Share ya..

  39. says

    x setuju bi;a kata hantar pelajar malaysia di negara maju sahaja. Terlalu sempit pemikiran. Adakah negara maju tidak berlaku jenayah, tidak berlaku mala petaka seperti di Brisbane, tempat saya sekarang. Adakah negara kita lebih baik keadaannya jika di banding dengan satu masalah yang ini?

    Di mana-mana juga jika tidak melaksanakan hukum Allah, akan terjadi kerosakan Alam spt di bicara di Al quran.

    Mari sama-sama mendoakan mereka selamat dan ada tindakan susulan yang cepat dan cekap.

    nadia.

    • harun says

      Semua tempat ader jenayah dan malapetaka. Maksud saudara Ariff tu. Kena hantar pelajar-pelajar ke negara yang stabil dan teratur. Tp memang diakui negara dunia ke-3 agak kurang stabil.

      Harap2 sahabat kita di Mesir tu selamat.

  40. gluckyusof says

    insyaAllah they will be safe :) Haa pasal study kat negara maju tu, setuju gila2. Safety first! Evacuate them asap

  41. parents risau says

    wahai kerajaan malaysia evacuate segera rakyat kita di egypt.Kotakan slogan rakyat didahulukan yang megah dilaung2kan.Duduk dlm rumah memang slmt.Tapi kalau susah nak gerak,bekalan makanan akan susah,duit kt bank tak boleh keluar,banduan mula mengganas,adakah ini selamat.Ya Allah selamatkanlah rakyat malaysia dan bumi mesir..Amin..

  42. says

    Ya Allah selamatkan mereka semua.
    kasihani la mereka.jangan biar kan
    mereka menderita Di Mesir.
    sesunggunya Engkau lebih tahu
    apa yang terjadi di sana.hanya
    kepada Engkau kami meminta pertolongan.
    redakan keadaan di Mesir tu.tunjuk kan Kekuasaan-Mu
    Allah.

    Amin……………….

  43. says

    Sesuatu yang segera dilakukan untuk kedutaan Malaysia di Mesir untuk menyelamat dan memberi perlindungan kepada pelajar-pelajar kita di Mesir

  44. says

    salam. inshallah, ape2 kecelakaan yang berlaku tidak sia2. semoga revolusi mesir ni membawa sinar baru kepada Mesir, Palestin dan islam amnya.

    Harap2 semua ni membuka mata pemimpin islam yang mengikut telunjuk israel. Arab Saudi juga sudah menunjukkan keresahan. semoga Malaysia juga akan bangkit sama. bukan sekarang, mungkin nanti

    wallahu a’lam

  45. says

    tulah…baru nak hantar unit peninjau…bertindaklah segera…macam mana nak bayangkan kesusahan mereka di sana…mak ayah di malaysia dgn kegusaran…tak dapat nk dibayangkan

  46. says

    Ikut berita pukul 8.00 mlm tadi…kerajaan sedang bertindak..minta disegerakan tindakan…
    ada 2000 orang sangkut kat airport…harga minuman RM200…allah tolong lah anak-anak kami disana…kami pun turut menangis dan sem. hajat disini…

  47. Mrs X says

    salam…kpd semua yg baca msg di atas hrp dpt check info tersebut supaya kita hanya sebarkn info yg tepat…doakn kesejahteraan mereka kerana perancangn Allah adalah yg terbaik utk kite n mereka…

  48. says

    Semoga anak-anak di Mesir selamat semuanya…saya yakin kerajaan mengambil berat hal ini…ye le bukan boleh sebarang masuk ke negara orang…bayangkalah polis mereka pun tak dapat kawal….didoakan semuanya akan selamat….semua minta sembahayang hajat..

  49. says

    tak sangka things are this bad. td tgk gmbr2 kt fb mmg meremang bulu roma. risau kt cousin yg bljr kt sana, luckily dia lelaki. takziah kpd plajar msia yg mjadi mangsa rape tu. masyaAllah, besarnya dugaan :(

    pray all d best utk msian citizens kt sana. amin…

  50. says

    isu evacuation. alhamdulillah.. td baru dpt kol dr tunng sy slh sorng pljr ALEX. sebahagian antara mereka telah selamat dipindahkan ke TURKI. tadi pukul5 ptg waktu malaysia baru check in hostel disana

  51. says

    risau sangat2 sebab ada kawan yg tengah study kat sana…
    x dapat conteck dia langsung sekarang nie….
    harap sangat2 dia selamat, InsyaAllah….

    mintak izin copy paste note untuk letak dlm blog saya

  52. says

    terkilan benda nie jadi tapi kerajaan malaysia lambat bertindak…tapi td ade bace update yg kerajaan akan hantar student malaysia dekat 3 negara jiran tu dah kira bersyukur sgt…

    share entry ni kt blog sy jgak..

  53. kakyong_85 says

    Salam. Mohon same2 doakan keselamatan umat Islam di Mesir khususnya pelajar. Sy br kol adik di Kaherah td. Die mmg sll ketawa dan katanye kedutaan pesan supaya jgn sedih kalo family kol n ape yg penting kalo jd ape2 pd diorg, syahid. Adooi, x benti2 air mata sy jatuh pk kan die. Td pn ayh sy cube utk anta duit kt die, tp bank reject sbb mmg x leh bt ape2 ngan duit tu nnti. Kerajaan kite plak bleh senang2 suruh balik sendiri. Kalo keluarga ssh cm ne? ini ke yg di katekan RAKYAT DI DAHULUKAN ??? mmg kene laknat la si PENIPU2 ni !! x kene anak beranak korg boleh la ckp !!

  54. nurul isma says

    hope pelajar mlaysia sume selamat..
    doa agar allah melindungi mereka from perkara bruk..

    i wanna share this..tq..

  55. naya says

    kwn2 rmi sgt kt saner…!!ya allah, selamatkn malaysian, selamatkn muslimin muslimat yg tak brsalah..amin…

  56. kyrakhaulah says

    ya allah…selamatkanlah saudara2 kita di mesir….
    mohon pihak kerajaan hulurkan bantuan dgn segera..

  57. shera says

    my bro di mansuora.my dad br call dia semalam.dia kata now meraka dalam keadaan berjaga-jaga.da standby passport dan beg kecik.kalau red alert dikeluarkan, mereka da siap sedia.curfew dari pukul4pm til 8am.doakan adik saya dan yang lain selamat.
    for ariff : minta copy paste ye utk reblog.

  58. shera says

    my bro kat mansuora.semalam my dad call him.dia kata now mereka semua dalam keadaan berjaga2.curfew from 4pm til 8am.really worried about my bro’s safety.

  59. ryzal says

    ya Allah,selamatkan lah mereka…

    insyaAllah saya akan sebarkan berita nih secepat dan sebanyak yang boleh

  60. says

    Nadia ada share benda ni kat FB aku juga.
    Yup.

    Call banyak kali kawan2 di sana, sekejap dapat, sekejap tak. Please call phone to phone, not internet to phone.

  61. Kareem says

    Dunia akhir zaman, KAMI MENUNTUT PIHAK KERAJAAN AGAR PROSES MEMBAWA BALIK RAKYAT MALAYSIA DI MESIR DI PERCEPATKAN!!!!

  62. says

    Salam, Ya Allah sedih sangat, ada ye pelajar malaysia kena rogol, Ya Allah lindungilah mereka semua Ya Allah, sampai sekarang juga menunggu perkabaran dari seorang rakan blogger kita yg belajar di sana, mudahan dia selamat :(

  63. says

    sy nk share info nie ngn kwn blog sy yer..n family sy ye..sbb rmai family yg x tau situasi sbnr d sane..adik saya pon skrg ade di kaherah..risau sgt ngn keadaan die kat sane..

  64. says

    alhamdulillah…my cousin dh selamat smpai mesia..juz confirm kan ngan my auntie..btw,tq for the info..

    harap sgt sumer rakyat mesia kt sana dpt pulang ke mesia dgn selamatnyaaa

  65. says

    ariff sya menangis bile bace entry ne sbb sya try call adik sepupu sya di mansoura smpai hari ne tp tk de khabar berita..i’m so worried bout her..as sya kakak sepupu yg plg dkt dgn die skrang.. i mean sya di jeddah n die di mansoura…doa sgt agar die selamat..

    n i really2 hope kerajaan kite hantar bantuan secepat yg mungkin…

Trackbacks

  1. [...] menghubungi ‘web-web selebriti’ khususnya blogger-blogger yang prominent di Malaysia. Blog Post dari @ariffshahcontohnya mendapat retweet yang banyak. Begitu juga dari blog post denaihati , blog [...]

  2. [...] ini pula berita oleh salah seorang pelajar di mesir yg baru sahaja pulang ke malaysia..beliau menceritakan keadaan disana kepada seorang blogger iaitu Arif Shah [...]

  3. [...] 4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita [...]

  4. [...] perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazakAnda digalakkan untuk sebarkan post ini ( copy paste dibenarkan )Mohon untuk tweet post [...]