Kenapa Ramai yang Nak Straight A Untuk SPM?

Kenapa tidak?

Jadi keyphrase ni tersesat la masuk ke dalam blog aku. Aku pelik pulak macam mana pesoalan macam ni boleh timbul. Jadi, ni aku nak kasi pendapat aku kenapa aku nak dapat straight A dalam SPM:

  1. Aku percaya bahawa good education will bring good opportunities in life. So in order to get good opportunities, you have to obtain good education but good education can be obtained from anywhere. It’s just that I choose to study hard, get good result for my SPM,  get a scholarship and study overseas to obtain knowledge. Still, studying locally also means getting education. So it’s all just choices we make. For me I want to study elsewhere and not locally. Itu pilihan saya.
  2. Bantuan pendidikan. Aku tahu kalau aku dapat result SPM yang tak melayakkan aku dapat biasiswa, mungkin susah untuk aku lanjutkan pelajaran ke mana-mana, hatta dalam negara sekali pun. Jadi, aku belajar gila-gila untuk dapat scholarship tu supaya aku tak perlu susahkan mak bapak aku cari duit untuk hantar aku belajar jauh-jauh. Untuk orang yang mampu, ya. Mereka tak perlu straight A untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana. It’s all about the money.
  3. Membalas jasa. Sebagai anak yang belum ada duit gaji kerja, dapat straight A dalam SPM adalah salah satu cara untuk menunjukkan pada mak bapak kita yang usaha mereka membesarkan kita berbaloi la jugak. Still, banyak lagi cara lain dan bukan dapat straight A je.
  4. Sebab saya boleh! Berfikir boleh dan membuktikan kita boleh adalah dua perkara berbeza. Walaupun ada yang cakap nak dapat straight A ni perlu DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal) tapi tak semetinya macam tu. Manusia ni berbeza. Masing-masing ada tahap IQ mereka, ada yang boleh faham apa yang dipelajari dan ada yang susah nak faham. Jadi ya, BUKAN semua orang boleh dapat straight A SPM. Akan ada yang gagal untuk mendapatkannya walaupun dah berusaha sampai nak mati. Yang penting kita dah berusaha dan dah buat sehabis baik.

Hari ni result SPM 2009 keluar. 1001 cerita kejayaan akan kita dengar. Ya, orang yang tak dapat straight A mungkin akan dilupakan sebentar. Aku dulu tak dapat straight A gak, terus sekolah lupakan aku padahal satu B untuk EST je pun. Ya, aku masih bengang sampai sekarang. Itu baru satu B, orang lain yang tak dapat banyak A tu pula macam mana?

Kepada yang lain tu, yang dah betul-betul berusaha keras dan berazam nak dapat straight A tapi gagal, aku bagi tau korang this is not the end. Straight A SPM bukan satu sahaja jalan yang korang perlu ikut. Yang penting kat sini, kita berusaha untuk memperbaiki diri kita dan berusaha mencapai kejayaan dalam apa yang kita buat pada masa hadapan.


21 thoughts on “Kenapa Ramai yang Nak Straight A Untuk SPM?